Weekend yg Capek...

Sabtu yg lalu saya menemankan En Cina Sunwaymas ke MidValley utk membeli leather sandal.Itu pun atas nasihat pakar runding fesyen beliau(saya) yg merasakan perlunya ada satu leather sandal yg boleh dibawa ke tengah ke tepi selain dpd sandal Crocs beliau yg sgt limited kegunaanya walaupun beliau mendakwa sandal itu dibeli di Singapura dgn harga yg murah.Round2 sebentar kemudian ketemu sudah sandal yg berkenan di hatinya iaitu di Hush Puppies.Nasib baek beliau tidak begitu cerewet dan ini telah memudahkan kerja saya untuk membuat penilaian.

Sblm itu kami berbuka puasa di Kenny Rogers.Kami sampai lewat jadi terpaksa la tunggu umat2 yg sedang berbuka puasa habis makan kemudian barulah dapat seat.En Cina Sunwaymas tak henti2 merungut kerana salah seorang staff Kenny Rogers
yg saya kira agak rude jugaklah kerana macam nak marah2 melayan customer(heloo..org lain pun poser jgk). Sampai dah dapat seat n tunggu makanan pun mulut En Cina Sunwaymas x henti2 membebel perihal service lembap dan tak ikhlas yg diberikan.Namun saya hanya mendiamkan diri sambil berpura2 memandang tempat lain kerana saya tidak mahu lah pula mencurah minyak ke dlm api walaupun bercakap dgn beliau kadangkala spt mencurah air di daun keladi.

Selesai di MidValley dia mengajak saya ke Kafe MJ di Casa Tropicana Damansara pula utk menonton perlawanan bola sepak.Bola sepak?Aduuuh...Chelsea vs MU katanya.Dia mmg begitu.Gila bola yg amat sangat.Tidak mengapalah kerana itu lebih baik dpd dia gila perempuan.

Ramai sungguh bangsa asing pd mlm tersebut. Di hadapan meja yg kami duduki saja sudah ada 2 grup besar.Kami tiba sewaktu separuh masa kedua baru nak bermula. Bagus juga kerana C.Ronaldo hanya bermain di separuh masa kedua.Sekurang2 nya saya ada juga sesuatu utk ditonton.Tiba2 semasa sedang asyik menonton salah seorang bangsa asing itu berdiri sambil menjerit2 (frust la konon2 nya Chelsea x dpt score).Sangka kami dia akan duduk semula tapi sangkaan itu rupa2nya meleset sama sekali.Dia terus saja berdiri malahan sehingga tamat perlawanan(apa dia ingat dia tgh tgk kat stadium ke?!).Kasihan sungguh En Cina Sunwaymas kerana dia tidak dpt melihat skrin dgn jelas dan terpaksa menonton skrin kedai sebelah saja (oohh..jarang2 sekali aku berperasaan kasihan kepada beliau.Ini satu perkembangan yg sihat nampaknya).Sudahlah tu,mereka sesama mereka bercakap kuat seperti hendak bergaduh berparang(kalau bergaduh betul xtau lah saya!).Sungguh tidak menyelesakan.

Perlawanan itu berakhir dgn 1-1.Yg pastinya sehingga tamat perlawanan saya sebenarnya kurang jelas En Cina Sunwaymas menyokong pasukan mana kerana setiap kali ada percubaan gol pasti dia akan sgt teruja x kiralah dpd pasukan mana.Tidak mengapalah asalkan beliau bahagia kerana sewaktu perlawanan saya melihat cahaya kegembiraan jelas terpancar dari wajahnya.

Ooh..oooh..saya ada melihat sesuatu yg membuatkan hidup saya tidak keruan di Gardens,MidValley.Sebuah handbag Donna Karan New York(DKNY) berwarna hitam yg sgt comel but yet elegant!After has failed the target to own a LV Neverfull Bag, saya terpaksa beralih arah and my next target has to be something cheaper of course.Hmmmm...

4 beeZ bOdsss:

adiepot said...

i say u beli beg macam makan dadah. pegi tgk dalam almari - kalau buat pre-loved sale kat weekend bazaar pun setahun tak habis2. lagi mau beli beg????

tapi saya juga macam kamu. huhuhue

Hajime said...

ah!
campak je menda2 yg ade atas meja kat mamat yg diri tu...
pastu ckp a...
"org lain bayar gak a!"
kalau die wat bodo gak...
pergi diri kat depan die...
wat ala2 main harimau ngan ibu ayam...
(betulke name permainan... aku lupe dah...)
hmm...
handbag yg mane ni ek?
(sambil mengeluarkan wallet)
=op

fadzil hafiz said...

aku juga gila bola!!!dan pastinya...aku juga tidak gila perempuan!!!cuma kagum bangat....hehe,,,,

MS PONDER said...

memang perempuan selalunya giler dgn handbag dan kasut. Gila bangat!!

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com