Followers

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul 2014

Sambutan Maulidur Rasul 2014 di Bandar Seri Begawan. Seawal jam 6.20am dah tiba di bandar sebab nak cari tempat letak kereta sebelum polis trafik tutup jalan. Horror! 

Port untuk kami tiap kali ada assignment di bandar di restoran Babu's Kitchen. Jadi, lepas dapat slot parking dekat bangunan HSBC, terus jalan kaki ke restoran tunggu yang lain-lain. Minum milo panas. Surrender minuman berais sebab kesejukan. Peh! Buat pertama kali kesejukan di Bandar Seri Begawan ha ha ha.. 

Hujan mula lebat. Cuak. Ada ke tak ni perarakan Maulidur Rasul. Rasanya Sultan kalau hal-hal macam ni dia tak akan tangguh atau batal, kecuali kalau hujan sangat lebat.

Jadi jam 9am acara perarakan bermula, lepas 21 das tembakan meriam gegarkan dan hampir pecahkan cermin bangunan di Bandar Seri Begawan.. huhuhu.

Sultan (tengah) Tengku Mahkota (kiri) Anak Azrinaz (yang kecit tu)


Tapak kasut sapalah yang tanggal ni 


Famous weh tapak kasut ni lepas saya tangkap gambarnya, ramai pula yang suka dan ambil gambar juga. 


Semangat sungguh!

Monday, January 13, 2014

Kosong

Dari dulu sampai sekarang aku bukan seorang yang ekspresif. Emosional ye, tapi bukan ekspresif, kecuali marah atau tak puas hati hahahaha.

Tapi percayalah walaupun aku tak pandai tunjukkan apa yang aku rasa tak bermakna aku orang yang tak berperasaan, cuma aku perlu lebih banyak belajar.

Aku diam bukan bermakna aku marah dengan kau, tapi kerana aku tak pandai hendak meluahkan perasaan aku. Kalau kau merajuk, dan aku biarkan, bukan bermakna aku yang sakit hati tapi sebab aku tak pandai hendak menyusun kata untuk memujuk.

Aku tak minta kau untuk fahami aku tapi cukuplah bersabar dengan kerenah aku. Maafkan aku kerana tidak pandai bermain ‘permainan’, aku tak pandai berlakon. Maaf, apa yang kau lihat, itulah aku.
  
Tapi aku juga seorang wanita, walaupun mungkin ‘tak berperasaan’ tapi aku masih ada hati dan rasa.
Daripada

“Intan” kepada “Joe”

Monday, January 06, 2014

Negara panas kepala beku

Catatan terbaru tahun ni

Tu dia.. sikit punya lama laaa nak menulis.

Duduk di negara ni tak sama macam duduk di negara empat musim dulu. Di negara empat musim tak ada siapa paham apa saya tulis, walau saya tinggal skrin ternganga kat library. Tak ada sapa nak baca pun.. tapi kalau kat sini aku biar skrin on.. habislah! Bak kata sepupu cina saya... matilah! Hoh! Choi!

Okay pada siapa yang tanya fasal manuskrip terbaharu... minta maaf banyak-banyak masih tak sempat nak menambah. Masih sangkut di muka surat 66. Dah berbulan-bulan saya merenung skrin tapi hero masih kat situ, heroin masih macam tu. Orang hilang masih tak jumpa-jumpa..

Kenapa ni karektor saya semua nak larikan diri? Tak suka dah ke dengan saya? 

Kalau dulu semua sibuk sampai tak menyempat nak bercerita dengan saya sampai saya rasa dalam kepala ni macam banyak sangat suara-suara bagitau apa mereka nak buat... La ni semua senyap sunyi. Dah bisu ke?

Oh oh oh... Kak Yah, saya rasa nak pergi bercuti jauh jauh.. tapi saya tak ada masa dan tak de berduit. Sapa nak sponsor????

Haiyah haiyah haiyah!!

Insya Allah mungkin tahun ni saya akan lebih banyak menulis di sini dan di blog satu lagi. Mungkin saya perlu luahkan rasa tak puas hati. 

Simpan dalam hati tak membantu nampaknya. Sakit dan beku kepala kotak rupanya