Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Dec 8, 2016

KELAS MURTABAK MANIS DAN BISKUT KELAPA KLASIK- AHAD 18 DIS/ 10 PG


Ada 2 lagi kelas best di Bzee Bakery Seremban 2 pada AHAD 18 Disember ni.

Kelas pagi dan petang. Cikgu Aiza Cookies yang akan ajar.

Kelas pagi (10 pagi - 1 petang): Murtabak Manis.
100% Hands On - RM180 SAHAJA
DEPOSIT RM50




Kelas petang ( 2 - 4 ptg) - Biskut Kelapa Klasik
100% Hands On - RM100 SAHAJA
DEPOSIT RM50

Kalau ambik kedua2 kelas RM260 SAHAJA. Discount RM20.
DEPOSIT KALAU NAK KEDUA2 KELAS NI RM100

Apa yang anda akan belajar:
1. Pagi tu belajar buat kuih yang famous kat Indonesia macam apam balik. Tapi ni lagi sedap lagi rich.

2. Resepi adunan murtabak manis yang sangat senang tapi hasilnya sangat best...bersarang2 macam bika ambon! Ada rahsia penting yang cikgu Aiza akan bagi tahu.

3. Resepi 3 jenis filling. Anda buat sendiri dan bawak balik semua murtabak manis yang anda buat.

4. Jangan risau kalau tak ada acuan apam balik. Sebarang non stick pan boleh. Acuan buat kulit DC pun boleh.

5. Costing dan packaging semua akan diajar.

Petang - biskut kelapa
1. Resepi terbaik biskut kelapa yang rangup. Senang buat senang jual.
2. Setiap pelajar akan bawak balik sebalang biskut yang dibuat tu.

Cara daftar:
1. Bank in deposit ke acct maybank bzee cafe&bakery 5051 76100 195
2. Pas bank in wasap bukti pembayaran dan nama penuh ke 019 282 0053
3. Bawak pen saja. Yang lain cikgu siapkan.

Labiu
Zalina

Aug 25, 2011

Biskut raya....

Salam dan alooo untuk semua...lamanya tak update blog nih......Tak da apa yang menarik sangat pas selesai kelas DIY saya dua minggu pertama berpuasa tu. Saya biasa saja...meneruskan kerja-kerja harian. Buat hamper sket untuk customer-customer lama (walaupun dah bercita-cita tak nak buat lagi tahun ni...hehhe..tapi customer dah pujuk kena la buat jugak..)

Pas habis kelas DIY dua minggu pertama hari tu, saya start membelek koleksi resepi-resepi biskut raya yang disimpan selama ni. Tak tau nak buat biskut apa sebab banyak sangat resepinya. Ada yang baru n ada yang dah lama sangat.

Tapi selalunya untuk pengetahuan anda semua, semua biskut raya saya akan jadi lain daripada apa yang sepatutnya. Sebabnya saya ni jenih yang beli dulu barang-barang buat biskut yang saya suka, pastu baru pikiaq apa nak buat. Sebab tu lah jadi biskut cara merba. Atau senang critanya - buat biskut berdasarkan bahan apa yang ada disekeliling saya...hehhehe

Saya akan adjust hampir 1/2 daripada resepi asal. Satu kebaikannya buat macam ni ialah - saya akan dapat biskut yang berlainan setiap tahun. Tapi keburukannya pula ialah - thn depan kalau nak buat lagi, jenuh nak ingat balik apa yang saya kurang dan apa yang saya tambah dalam biskut tuh....ehhehehhe....Tapi tak  pa la yang penting saya suka cara nih....hehhehehe

Untuk tahun ni saya buat 7 jenis biskut raya yang saya suka-suka hati taruk nama mengikut saya punya sukak gak....ahakssss. Semua biskut saya buat untuk makan sendiri dan untuk dicenderahatikan pada sedara mara tercinta....

Biskut-biskut tu ialah:

Cereal crunch

Samperit Mak Chaq (resepi daripada buku resepi arwah mak)

Thousand Nuts

Chocolate Crystal

Cornflakes Blossom

Butter Cherry cookies

Royal Pecan - hmmm...kacang pecan ni rega dia dekat RM80 sekilo...saya buat sket jer biskut nih....

Biskut dah siap pack untuk diagih-agihkan pada orang yang dikasihi...hehheheh
Ok...untk semua saya nak ucapkan:

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kalau saya ada buat silap. Terima kasih kerana terus menyokong saya.


Aug 1, 2010

LAGI RESEPI BISKUT RAYA PERCUMA....

Salam dan aloo untuk semua...khas untuk anda pembaca setia blog saya yang juga selalu menyokong dan mendoakan kesejahteraan saya, ni ada 5 lagi koleksi biskut raya yang boleh anda cuba. Biskut mana yang bessttt....? Ermmm...saya paling suka snow lemon n strawberry chocolate. Tapi semua pun sedap. Try la buat...


SNOW LEMON

A:
150 gm butter
30 gm gula kastor

B:
1 biji kuning telur

C: (ayak sekali)
200gm tepung gandum
60 gm tepung ubi jagung

D:
30 gm cornflakes kisar
20 gm almond nib

Hiasan:

Coklat putih cair

Halua kulit lemon

Cara:

1. Gaul sebati A
2. Masukkan kuning telur dan kemudian bahan ayak. Akhir sekali D.
3. Canai bentuk acuan bulat. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 hingga 25 minit.
4. Sejukkan. Celup dengan coklat putih cair dan tabur halua kulit lemon





STRAWBERRY CHOCOLATE FANTACY
A:

60 gm cornflakes (hancurkan sedikit)
40 gm black currant
40 gm almond stripe (panggang pada suhu 160 darjah sehingga garing)

B: 200 gm cooking chocolate -cairkan

C: Strawberry chips (untuk hiasan)


Cara:
1. Campurkan A dan masukkan B. Masukkan ke dalam paper cup dan hias dengan strawberry chips.
2. Biarkan beku sebentar (20 hingga 30 minit) – tak perlu letak dalam peti sejuk.

SWEET ISABELLA



A (Base)

65 gm butter
60 gm tepung superfine/cap rose
40 gm tepung jagung
20 gm serbuk icecream
20 gm gula aising

B: (topping)
85 gm butter
75 gm tepung superfine/cap rose
45 gm tepung jagung
30 gm gula aising

Pewarna pink+1 sudu teh strawberry paste

Pewarna unggu/campuran merah dan biru

Hiasan:
Gula-gula manik

Cara
1. Campur dan gaul A sampai jadi doh. Canai nipis dengan acuan bulat
2. Campur B. Bahagian kepada dua. Satu dengan pewarna pink & strawberry paste dan satu lagi warna unggu.
3. Masukkan kedua-dua warna ke dalam piping beg beracuan bunga dan paip atas adunan A yang telah diterap tadi. Hias dengan gula-gula manik.

4. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 30 minit.




BISKUT NAVY


A

200 gm butter
150 gm gula kastor

B:
1kuning telur



C:
40 gm serbuk badam
280gm tepung gandum

 Hiasan
Almond Slice – bakar sekejap
Coklat putih

Cara:
1. Pukul A sampai kembang. Masukkan kuning telur dan akhir sekali C.
2. Canai dan terap dengan acuan yang digemari. Bakar pada suhu 170 darjah selama 30 hingga 40 minit.
3. Sejukkan .
4. Cairkan coklat putih dan tabur dengan almond slice.

Jul 27, 2010

RESEPI BISKUT RAYA PERCUMA

Salam dan aloo untuk semua...

Ni ada 7 resepi biskut raya saya yang keluar dalam majalah SAJI bulan Ogos. Ni memang saya cipta khas untuk SAJI. Kalau tanya saya dalam banyak-banyak biskut ni, biskut mana best, saya highly recomend biskut KASIH. Sempoi gila biskut ni. Selain senang nak buat, bahan yang digunakan pun senang nak cari. Bak kata orang...ada kat keliling rumah jerr...hehehe...Biskut ni cuma pakai tepung, butter n gula. Telur pun tak payah pakai. Tapi peringatan penting, untuk biskut ni u all memang kena pakai butter yang mahal n berkualiti butter. Paling murah pun butter Anchor. Untuk resepi ni saya pakai SCS...memang best..kawww...cair di dalam mulut.

So sesapa yang belum belum majalah Saji bleh la try resepi-resepi biskut ni. Tapi elok beli majalah tu. Ada lebih 200 resepi biskut. Pilih saja mana yang nak.

Ok, apa-apa pun kalau nak cuba resepi biskut saya, silalah...selamat mencuba.

CHOCOLATE SWIRL


1.
A

125 butter
50 gula aising (diayak)
1 biji kuning telur
1 sudu teh sirap chocolate Hersheys






B:
50 gm badam kisar
50gm coklat urai
25 gm tepung potato starch
25 gm tepung jagung
10 gm susu tepung
120 gm tepung gandum

C (hiasan)
Chocolate chips

Cara.
1. Gaul A sebati
2. Masukkan B. Masukkan Adunan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Picit satu bulatan kecil. Hias dengan 2 biji chocolate chips
3. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit

2. CHERRY VANILA ICECREAM COOKIES

A:


220 butter
50 gm gula aising (diayak)
1 sudu the esen vanilla

B:
225 gm tepung gandum
25gm tepung jagung
50gm serbuk aiskrim

C (Hiasan)

Ceri merah dibelah dua
Chocolate cair

Cara:

1. Gaul A sebati. Masukkan B. Masukkan ke dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Picit seperti bunga. Hias dengan ceri merah.
2. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit. Sejukkan.
3. Paipkan dengan coklat cair diatasnya sebagai hiasan

3.
4. BISKUT KURMA LEMON



A:

120 butter
30 gm gula castor
1 sudu the vanilla
1 biji kuning telur




B
1 sudu the parutan kulit lemon/oren
100 gm kurma (buang biji dan cincang halus)
30 gm kelapa panggang

C:
50 gm serbuk badam
150 gm tepung

D (Hiasan)
Telur merah
Gula castor

Cara:

1. Gaul A sebati. Masukkan B dan seterusnya C
2. Canai dan terap dengan acuan. Sapu kuning telur diatasnya. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.
3. Tabur gula castor atas biskut sebaik sahaja dikeluarkan dari oven. Sejukkan.


.4. HAZELNUT CROQUANT COOKIES







A:
220 butter
50 gula asing (ayak)
1 biji kuning telur



B:

225 gm tepung gandum
12 gm tepung ubi
12 gm tepung potato starch
20 gm tepung jagung
50 gm tepung susu

C (Hiasan)
Hazelnut croquant secukupnya
Chocolate cair

Cara:

1. Gaul A sebati. Masukkan B.
2. Masukkan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Paip mengikut corak yang diingini. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit. Sejukkan.
3. Celup dengan coklat cair dan tabor hazelnut croquant


5. BISKUT KASIH




A:

112 butter
25 gula aising
½ sudu the vanilla






B:
125 tepung gandum
Secubit garam

C (hiasan)
Gula-gla manik berbentuk hati

Cara:

1. Gaul A sebati. Masukkan B. Masukkan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Sapu sedikit dengan telur putih dan hias dengan gula-gula manik berbentuk hati.
2. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.




6. BLACK FANTASIA





A:

120 gm butter
70gm gula aising
1 biji kuning telur




B:

20 gm serbuk bijan hitam
30 gm tepung jagung
100 gm gula-gula manik berwarna
50gm serbuk badam
150gm tepung gandum

C (hiasan)
Kuning telur
2 sudu besar serbuk roti (berwarna putih)
2 sudu besar gula-gula manik berwarna

Cara:
1. Gaul A sebati. Masukkan B. Canai dan terap dengan acuan. Sapu dengan kuning telur dan tabur campuran serbuk roti dan gula-gula manik
2. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit



7. BISKUT KARAMEL RANGUP




A:

100 gm butter
50 gm gula castor
100 gm gula perang





B:
½ cawan kelapa kering
½ cawan cornflakes
½ cawan hirisan badam
½ cawan black currant

C: (hiasan)
Gula-gula manik berwarna
Gula-gula M&M
Kertas papercup saiz paling kecil



Cara:

1. Cairkan A atas api. Tuang ke dalam campuran B. Gaul sebati.
2. Gunakan sudu kecil, masukkan adunan ke dalam kertas papercup. Tabur dengan gula-gula manik.
3. Bakar sekejap pada suhu 150 darjah celcius selama 2 hingga 3 minit sahaja.
4. Letakkan gula-gula M&M atas biskut sebaik sahaja keluar dari oven. Sejukkan.