Showing posts with label Resepiku. Show all posts
Showing posts with label Resepiku. Show all posts

Monday, June 21, 2010

Resepi Kek Batik Coklat



Kek Batik Coklat (Resepiku tapi di olah semula oleh kak Hasue..tQ kak)

Bahan-bahan ( 1 kg )

* 200gm millo
* 250gm butter
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis
* biskut meri secukupnya

Cara-cara
1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
3. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan..
6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...


Salam...PhotobucketIkhlas dari....

Tuesday, November 24, 2009

Baked Durian Cheesecake




Alhamdulillah syukur kepada Allah cheesecake ku menjadi.... nie resepi masa belajar ngan Sifu Feiven's Baking minggu lalu hehehe....Sedapnyaaa......cuci mana jea yea...
Resepinya...
250gm cream cheese
80gm butter
100gm susu cair
100gm durian puree
5 biji telur
60gm tepung gangum
40gm tepung jagung
150gm gula kaster
1tsp cream of tartar
cara2nya....
pukul cream cream cheese sehingga lembut masukkan butter dan susu cair dan pukul lagi sehingga lembut. masukkan telur kuning sebiji demi sebiji pukul sehingga sebati... di manguk lain pukul putih telur,gula kaster dan cream of tartar sehingga kembang dan stiff.... dan masukkan tepung, durian puree dan adunan telur putih kedalam adunan cheese cream selang seli sehingga habis...masukkan kedalam loyang 9" bulat "loose dan bakar pada api 160C untuk 50-60 minit atau sehingga masak....
selamat mencuba....
Salam...





Photobucket
Ikhlas dari....

Sunday, October 11, 2009

Kek

Salam smua heee.... 2 hari lepas aku ada buat kek coklat moist versi bakar pula resepi dari RESIPI DIANA best 5 bitang lg he... kawanku ena @ tiQah cakap sedap... tu yang mengetest tuh.... moist sangat... SEDAP lagi... tapi baru terdeko hari nie he....siannkan....
ashri & asyraf ba tu tp f ku xkelihatan hahaha...cian delo...



nyammmmiiii....sedapppp!!!!

sian time besday ashri tahun nie aku lum pandai deko kek apa lagi buat kek
hancussss..heheh.... konok2 sambut besdayla hehe... sukanya dia....
xpea..InsyaAllah tahun depan mummy buatkan yea...
Aksi memotong kek... yuhu....!!!!

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber: Kak Noor Hannah
Bahan-bahannya
6 oz (170.1gm)
butter14 oz (396.9 gm)
gula castor
3 biji telur ayam
Bahan-bahan ini dibancuh bersama
1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh chocolate or coffee EMULCO or chocolate / coffee paste
Bahan-bahan ini diayak bersama
8 oz tepung HIGH PROTEIN (226 gm)
2 1/4 oz serbuk koko (63.8 gm)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder
7 oz air sejuk - air dlm peti ais
Cara-caranya
1. Menggunakan mixer, pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.
4. Peringkat ini, gunakan whisker - masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Cara menggunakan whisker begini: pegang whisker dan pusingkan whisker satu arah sahaja perlahan2, dan sambil memusing whisker tu, menggunakan jari, putarkan batang whisker.
5. Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2 - juga gunakan whisker perlahan2.
6. Bakar dalam loyang 9" persegi yang telah di minyakkan dan di alas kertas dengan suhu 170C selama 50-60 minit.
7. Biarkan sejuk betul2 sebelum keluarkan dari loyang. Kek mesti sejuk betul sebelum bubuh topping

Nota: UNTUK LEBIH MOIST – Sila kuks kek selama 1 ½ jam dan tutup loyang dengan aluminium foil.

Bahan untuk Icing

1 tin susu pekat - boleh kurangkan jika takut manis
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung atau apa2 minyak la..
1/3 cawan serbuk kokosedikit garamCara membuat (sentiasa kacau sehingga selesai)
1. Campurkan susu, koko dan minyak.
2. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat, sambil gunakan whsiker, kacau sentiasa dgn membuat bulatan (faham ke ni??).
3. Masukkan garam dan vanila.
4. Tak perlu menggelegak - nanti hangus, agak2 je pekat dia.
5. Bila dah sejuk betul, tuangkan ke atas kek rata2. Kalau tercair, senang je nak kasi pekat, masuk je dlm peti ais.

Tuesday, August 11, 2009

NaSi LeMak

Alhamdulillah...nie rezeki masyuk lagi...nasi lemak nie dibuat atas permintaan rakan sekerja hubbyku..kehkehkeh....Memandangkan kos sarapan di Office baru tempat hubbyku kerja mahal..kawan2nya suruh dia bawa nasi lemak bungkus setiap hari...dan hari nie merupakan hari pertama hubby bawa nasi lemak g Officenya...harap2la durang suka ya....




Sambal bilis....nyam..nyammm....
Resepi Sambal Ku...
200gm lada kering(dkisar)
8 biji bawang besar saiz besar(dikisar)
3 batang serai dhiris serong(dikisar)
1 inci belacan(dikisar)
10 biji bawang putih(dikisar)
10 biji bawang merah(dikisar)
200gm bilis digoreng terlebih dahulu (dikisar)
gula, perasa dan garam secukup manis dan masinnya...
segengan asam jawa
minyak dalam 2 cawan atau lebih biar banyak...
cara-caranya:-
Kisar lada kering,bawang besar, serai, belacan dan bilis sehingga hancur.....ketepikan.... bawang merah dan bawang putih untuk menumis kisar asing....
Panaskan minyak..tumis bawang merah dengan bawang putih sehingga kekuinggan masukkan lada kering....
setelah mendidih masukkan bawang besar,serai,belacan dan bilis kacau hingga sebati...biarkan sehingga pekat...
Setelah pekat masukkan gula dan garam secukup rasa... masak sehingga naik minyak.....baru masukkan air asam jawa..... dan masak sehingga sambal pekat dan berwarna gelap sedikit...(lama lagi bagus)....tahan lama....hehehe....

Sunday, July 5, 2009

Biskut Ulat Bulu

yuhu....ini biskut ulat bulu yang resepinya aku dapat dari mama tua ku...seingat aku inila biskut pertama yang aku mula-mula buat....time tu umur aku baru 18 tahun.... hehe..aku suka rasanya lemak2 dan kuarang manis....Sedappppp oooo.... Dan biskut nie juala biskut yang paling banyak mendapat tempahan tiap2 tahun sepanjang beberapa tahun aku membuat bisnes biskut...LayanZZZZZZZZZ......




Bahan-bahannya....
250gm butter
300gm tepung gandum
100gm tepung jagung
1 biji telur
pewarna ijau
inti
kurma potong 3 panjang2
hiasan
gula kaster
cara-caranya...
pukul telur sehingga berbuih masukkan butter pukul sehingga sebati...masukkan tepung perlahan-lahan....dan uli sehingga menjadi doh.... ambil doh sebesar guli dan masukkan kurma ditengahnya.. dan uli ditapak tangan sehingga menjadi bentuk kurma..heehheh.... setelah siap masak dengan kepnasan 180 darjah C selama 20 minit atau kekuningan.....
Selamat Mencuba
untuk tempahan
RM20.00 50 Biji

Monday, May 4, 2009

Kaya Ball Ku

Inila rupa kaya ball ku...yang sudah siap untuk djual....."Kaya Ball" banyak pengalaman pahit dan manis di mana aku mula-mula berkecimpung ngan perniagaan kui kecil nie....berbekalkan kui comel inila aku memulakan perniagaan dengan membuka gerai yang terletak di indah permai yang dulunya dikenali supermarket Likas Mart dan kini dikenali sebagai Giant IP....Aku mula ternampak, termakan dan sekaligus jatuh cinta ngan benda nie..time aku bercuti ke Tawau ngan keluargaku... bersambung.....Gantung...

kaya ball
resepi Kaya Ball Ku...


bahan2nya...

5 biji telur

1/3 tin susu pekat

500ml air

400gm tepung gandum (atau lebih)

1 sudu kecil baking powder

1 sdb esen vanilla

1/2 sk garam


cara-caranya:

pukul telur sehingga berbiuh...masukkan susu pekat pukul lagi..(sekejap ja). masukkan air pukul lagi...masukkan vanila berselangseli dgn tepung,garam dan baking powder pukul sehingga adunan sebati......Panaskan acuan, titiskan dengan sedikit minyak kemudian isikan separuh dengan adunan kemudian letak sedikit serikaya dan tutup dengan adunan hingga 3/4 penuh. biarkan seketika sehingga adunan penuh dan tutup acuan dan masak hingga keperangan.



*selamat mencuba...


kaya ball rm1 4 biji...di giant papar...jumpa dsana....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...