Assalamualaikum kawan2 yg diingati..
Salam 2023..
Lama x usik blog..
Bnyk perkara yg berlaku utk diceritakan..
Tapi cukup la sekadar update yg penting2 je..
Selama aku menyepi..
Oct 2021 - Allah rezekikan kami anak lelaki.. Alhamdulillah.. Muhammad Harith Zayyan nama diberi.. ni Salah Satu faktor ibu tak sempat nk update blog.. ðŸ¤
Mac 2022 - Aku Dan kawan2 diberikan MSS. Dan tamat perkhidmatan..
April 2022 - Alhamdulillah Allah rezekikan dpt keje lain.. Dan hikmah dpd apa yg berlaku.. aku dpt settle kan hutang personal Dan kereta. Jika sesuatu terjadi pada masa akan dtg, hanya hadap 1 hutang je.. Dan selepas kejadian Mac 2022, aku sgt berkira2 utk buat komitmen bulanan(hutang). Walaupun ada suara2 menggoda nak ambik kete lain, aku akan ckp, aku x mampu.. cukup la dgn apa yg ada.. aku nk fokus pada pendidikan anak2 Dan keperluan anak2..
Nov 2022 - aku kehilangan lelaki pertama dlm hidup aku..iaitu abah aku.. abah mulanya muntah2, lps tu demam Dan meninggal dlm perjalanan ke hospital. Segalanya berlaku dgn pantas. Akak x sempat tgk abah masa hari akhir dia.. masa aku sampai hospital, abah dh xde.. abah meninggal sbb covid.. x sangka..tapi itu la realiti. Kami redha Dan aku redha.. semoga Allah tempatkan abah dikalangan para solehin Dan jadikan kubur abah Salah Satu taman2 syurga..
Ok la.. sampai ni je dpt update..
Kalau korang nk Tau, aku xde peluang da nk taip blog dlm KTM 😜. Sbb skg ni aku la drebar ke tempat kerja.. jadi rutin aku dgr radio dlm kete je.. nk menaip entry, mmg tak la.. hari ni cuti, boleh la.. tapi ni pun bujang aku da merengek.. tabah la mak.. 😅😅