berbulan dah tak berupdate. busy sangat la kononnya, pahal malas. haha. hari ni baru ada mood nak update. since anak dah mula sihat balik lega sangat rasa hati.
last week anak kena demam teruk. sehari sebelum tu (rabu) petang masa amik dekat pengasuh anak dah start selsema. malam tu dalam pukul3 pagi macam tu bangun buat susu anak pegang badan die panas sangat. cepat cepat pergi amik temometer sekali tengok suhu badan die tinggi sangat.
see kan dah cakap suhu badan die tinggi. mula dah risau dan tak sedap hati time ni. last last decide amik EL sebab tak sampai hati nak tinggal anak dekat pengasuh dengan keadaan macam tu.
time demam ni terbaring je sara macam ni. kalau tak demam pantang letak confirm die nak bangun merangkak sana sini.
makin petang makin panas badan sara. malam tu suami balik kerja cepat2 bawak sara pergi klinik.
tunggu giliran nak jumpa dokter.
dokter bagi ubat bontot terus sara berpeluh2 barulah demam die kebah sikit. ingat esok jumaat bolehla pergi kerja. so malam tu dah siap2 gosok baju dan tudung nak pakai pergi kerja esok. tapi tengah malam tu sara tidur tak lena sebab susah nak bernafas so asyik merengek je. bila pegang badan die panas naik balik.
so terpaksa la esok sambung cuti lagi. ubat on macam biasa tapi demam masih jugak tak kebah. last2 petang tu bapak mertua dan mak mertua bawak sara pergi berurut kot2 demam die boleh reda.
tengok muka budak bad mood demam. huhu
die punya menangis time kena urut tu macam kena dera. sian.. anak mama ni. huhu
pagi ahad tu demam sara dah mula kebah sikit. so tengahari tu keluar pergi kenduri kahwin dekat kampung bawak sara sekali. balik kenduri tu sara dah start meragam. bukakkan baju die tengok dah start naik bintik bintik merah kat pipi dan badan die. time ni dah mula risau takut kot2 kena demam denggi sebab demam sara on of on of.
tunggu turn nak jumpa dokter.
lepas solat asar petang tu terus gerak pergi klinik cek dengan dokter. dokter cakap ruam sebab cuaca panas. dokter cuma bagi losen suruh sapu dekat badan sara.
tapi aku jadi tak puas hati sebab makin malam makin banyak pulak naik bintik2 merah tu. takkan la malam pun panas jugak. tidur dalam aircond kot. pagi isnin tu hantar sara dekat pengasuh, pengasuh pun terkejut tengok muka sara merah2. dah pesan siap2 dekat pengasuh kalau ape2 hal call bagtau. sebab tak sedap hati nak tinggal anak dengan keadaan macam tu. tapi memikirkan dah cuti 2 hari minggu lepas terpaksa lah naik kerja jugak pagi tu walaupun hakikatnya Allah je yang tau rasa hati tu berat sangat nak tinggalkan anak dekat pengasuh.
kat office lepas kurang pukul9 pagi pengasuh hantar gamba sara. Allah tengok merah2 tu dah start naik sampai ke mata. rasa tak sedap hati sangat.
pengasuh hantar gamba ni tengahari lepas dia tidur. tu pun susah sangat nak tidur asik merengek je tak selesa badannya agaknya.
petang tu balik kerja terus amik sara dekat rumah pengasuh dan bawak pergi hospital tanjong karang nak cek darah.
petang balik kerja. on the way bawak sara pergi hospital. tengok mata die tu dah makin teruk. belum bukak baju lagi. lagiiii lah dahsyat bintik2 tu kat badan die.
dekat hospital sementra tunggu turn nak amik darah. sara merengek tak selesa dan mengantok nak tidur time ni.
cucuk amik darah. 1 hospital dengar suara die menjerit nagis. huhu. Tunggu result darah lebih kurang setengah jam macam tu then nurse panggil masuk jumpa dokter. Dokter sahkan sara kena Campak Jerman jenis campak kering yang takde air tu.
balik hospital lebih kurang pukul9 lebih sara main kerjap lepas tu tidur. Disebabkan sara kena kuarantin so tak boleh nak hantar ke rumah pegasuh takut berjangkit dengan budak2 lain pulak.
Malam tu puas fikir siapa nak jaga sara esok, last2 decide bawak sara pergi tempat kerja memandangkan student tak ramai & tengah cuti so takde lah kelam kabut sangat nak handle anak sambil buat kerja.
behave sangat tau budak ni dekat office. senang mama nak buat kerja. seronok lettew ikut mama jalan2 jauhh.. al maklumlah tempat kerja berbatu jauhnyeee..huhu
tapi on that day terpakse kerja separuh hari je sebab lebih kurang pukul10pagi macam tu dapat panggilan dari jabatan kesihatan kuala selangor dorang nak datang rumah amik sampel tekak sara. kebetulan masa orang tu call bos ade dekat depan dan dengar, terus die cakap takpe miza balik je nanti saya sambung kerja miza. TQVM boss.. baik sangat tau bos baru i'olls ni!! :D
2 minggu kena kuarantin tak boleh nak ke mane2. dah decide minggu tu nak balik klang attend wedding anak sedara dan wedding ex-collegemate pun tak dapat nak pergi sebab risau nak bawak sara keluar sana sini takut berjangkit dengan anak orang lain pulak.
Lepas 2 minggu alhamdulillah bintik2 kat badan dan muka sara dah mula surut. sara dah boleh pergi rumah pengasuh macam biase, mama pun tak risau nak tinggal sara pergi kerja dah.
dah bebel panjang sangat ni, ok bye!