Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

20 June, 2010

Daun Penyembuh Luka... Indah Luka


Entri kali ini ialah mengenai sejenis daun yang boleh dijadikan rawatan alternatif terhadap luka ringan dan sebagai mengatasi pelbagai masalah kulit seperti gatal-gatal yang sungguh mujarab. Untuk makluman, daun ini bukanlah daun 'Kapal Terbang' (Eupatorium Purpureum L) tetapi mungkin juga dari spesis yang sama kerana khasiat kedua-duanya pun hampir sama. Perhatikan perbezaan di antara kedua-duanya. Daun ini lebih kecil dan bulat sedikit.


Daun Kapal Terbang. Semasa kanak-kanak dahulu selalu aku bermain dengan batang daun Kapal Terbang ini. Batangnya dipotong dan dibelah lalu direndam di dalam air, lalu terbentuklah seperti bunga...


Banyak terdapat tumbuh di tepi-tepi jalan dan tidak dipedulikan orang mungkin kerana ramai yang tidak mengetahui akan khasiatnya. Kadang-kadang kita sendiripun tidak menduga bahawa pokok renek di tepi jalan ini rupanya banyak gunanya. Ada juga orang panggil sebagai pokok Ara Songsang, Rumput Israel dan sebagainya.


Pokoknya rendah dan termasuk di dalam kategori pokok renek. Aku gelarkan pokok ini sebagai Indah Luka. Rawatan luka dan masalah kulit secara semulajadi tanpa meninggalkan parut.



Perhatikan betul-betul bentuk daunnya supaya tidak tersilap mengambil daun yang lain.


Pandangan dari dekat rupa bentuk daunnya.


Mempunyai bunga yang berwarna putih.


Bunganya yang cantik tetapi kecil sahaja tidaklah sebesar mana.



Cara Menggunakannya:

Basahkan daun dengan sedikit air dan digosok-gosokkan di tapak tangan sehingga jadi begini. Pati dari daun inilah yang diambil dan disapu pada tempat yang terkena luka atau di tempat yang bermasalah pada kulit. Boleh juga dicampurkan dengan kapur makan (kapur sirih).

Selamat mencuba!


19 March, 2010

Candid Dusting Powder..


Kepada sesiapa yang mempunyai anak atau orang dewasa yang sepanjang masa terpaksa memakai lampin pakai buang, di sini aku syorkan satu dusting powder yang amat sesuai untuk anda. Juga sesuai untuk kaki pancing yang sentiasa terdedah kepada kelembapan pakaian pada tubuh bagi mengelakkan berlakunya jangkitan fungus.




Bukan hendak mengiklan, tetapi sekadar hendak berkongsi maklumat tentang sesuatu yang baik dan berguna untuk kita semua. Tetapi jangan lupa bahawa kesesuaian penggunaan terhadap individu juga mungkin berbeza.




Isiannya tak besar, hanya 30g sahaja. Di awal pengeluarannya dulu bekasnya berwarna putih tetapi sekarang sudah bertukar ke warna merah. Dusting powder ni buatan India.



Sebut saja "Bedak Candid", Ada jual kat mana-mana farmasi.
Harganya mungkin berbeza mengikut sesetengah farmasi. Biasanya antara RM9.00 hingga RM12.00.


Selamat mencuba!

17 March, 2010

Tun Dr Mahathir Mohamad



"Kita pasti boleh mendapatkan apa-apa yang kita hajatkan, sekiranya kita mahu mendapatkannya."
- Tun Dr Mahathir Mohamad

Kata-kata dari seorang negarawan, yang selalu aku ingat..

12 February, 2010

Najis..

Serat pemakanan dan bifidus laktobasilus penting untuk kesihatan dan keselesaan hidup. Najis yang terbaik menyerupai pisang. Ia tidak berapa keras, tanpa bau yang kuat. najis menjadi petunjuk tahap kesihatan anda. Jawab soalan-soalan di bawah untuk mengetahui sama ada najis anda sihat atau sebaliknya.

1. Adakah ia terapung?
Terapung - 1 markah
Tenggelam - 2 markah

2. Sejauh manakah kepejalannya?
Seperti ubat gigi - 1 markah
Keras - 2 markah

3. Berapakah beratnya?
(Dua ketul najis sehari, setiap diameter berukuran lebih kurang 2sm dan kira-kira
15sm panjang)
Lebih 200g - 1 markah
bawah 200g - 2 markah

4. Berapa kerapkah anda membuang air besar?
Sekali sehari - 1 markah
Bukan setiap hari - 2 markah

5. Apakah warna najis anda?
Kuning - 1 markah
Coklat gelap - 2 markah

6. Adakah ia berbau?
Tidak sangat - 1 markah
Berbau busuk - 2 markah

7. Bagaimanakah bentuknya?
Seperti adunan - 1 markah
Seperti pisang - 1 markah
Seperti batu kelikir - 2 markah
Sangat keras - 2 markah
Cair - 2 markah
Seperti tanah liat - 2 markah

Lihat skor anda:

7 - 9 markah = Tahniah! Anda sihat.
10 - 12 markah = Waspada apa yang anda makan. Lebihkan pengambilan serat pemakanan.
13 - 14 = Amaran! Jika keadaan ini berterusan lebih lama, anda perlu berjumpa doktor.

Sumber: Utusan Malaysia

Dressing Tips

CADANGAN UNTUK WARNA PAKAIAN

HARI

WARNA

MAKSUD

Isnin

putih

kesucian rohani

Selasa

merah jambu / ungu

kasih sayang / tumpuan

Rabu

biru

perhubungan / komunikasi

Khamis

kuning / oren

pemikiran / tenaga

Jumaat

hijau

keseimbangan

Sabtu

merah / merah hati

keberanian / tuah / kemewahan

Ahad

hitam

gabungan / istirehat



Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'