~ lukisan syaza pada 2010 ~
Thursday, December 30, 2010
Syaza's drawing
~ lukisan syaza pada 2010 ~
Last entry for 2010
Monday, December 20, 2010
bersawang lagi..
dah berdebu..bersawang dah blog nih..huhu..xtau kenapa agak malas nak update blog ni...
agak2 ni entry terakhir kot utk tahun ni....yelah lbh krg 10 hari saje lg nak ke tahun baru..
kalu rasa2 nak tau perkembangan terkini saya..boleh ke blog craft saya...
tahun depan akan ada rutin baru plak..ya..si kakak syaza dah register ke tadika.. umi plak yg tgh cuak ni..boleh ke dia..maklum la x pernah berenggang ngan umi.. nak kena pakai uniform sekolah..dia dah la susah pakai dress..lebih suka pakai seluar...kat rumah ikut kepala angin dia je..nak ke dia dengar kata cikgu... pheuww...
Semoga dipermudahkan segala..amin.
Monday, November 22, 2010
Cerita Aidiladha...
Day 1..daging goreng kunyit (campur2 ngan organ2 dalaman lembu)..mabeles.. & daging bakar cicah air asam.. (disebabkan tukang bakar daging x balik jd..cousin & my hubby amik alih)
Day 2....sup tulang, lemak dan urat & daging goreng kunyit lg... (sib baik mlmnya..dinner kat umah mertua makan tomyam ayam & ikan cencaru sumbat sambal belacan..tp ada gak daging masak merah)
Day 3...gulai darat & rendang daging..siap mak bungkus buat bekal kami balik KL..
BAlik kali ni Alhamdulillah..anak2 x sakit..cumanya..si Arif tu habis kaki tangan kena gigit nyamuk..sekarangkan musim hujan..makin galak la nyamuk. Tp bdk2 gumbira..maklumlah dah pandai berkawan..tido mlm senang sbb penat bermain..pagi bgn awal...senang hati umi..
Arif pun balik kali ni okey coz leh tgk choo choo train secara live..tiap kali bunyi keretapi..bergegas berlari keluar..tgk train..maklumla landasan keretapi depan rumah je..ni mainan Arif kat rumah parents ku...kalu kat rumah mertua..fish plak mainannya...
Last but not least..bunga2 bondaku menjd tarikanku..kali ni x byk orkid berbunga..rasanya sekuntum je bunga orkid kembang..
Friday, November 12, 2010
ni lah dia aktiviti baru...
Tapi yg pasti abah sorang je la yg jogging..lagi 3 org
oklah..sekadar nak mengeluarkan peluh..dan memperkenalkan anak2 dgn aktiviti riadah yang menyihatkan...
Oh ye..kami jogging kat Taman Metropolitan Kepong..
Thursday, November 11, 2010
no title
Jd sebelum blk kg..akan cuba postkan cerita2 yg tertangguh..
Monday, November 8, 2010
20 tip utk kempis perut
Jumpa masa blog walking...tip untuk kempis perut selepas bersalin..walaupun dh hampir 3thn lepas bersalin..tp boleh la try jgk ye..
1. Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah ketiga2 bahan ini dikisar dan dperah airnya utk diminum ..amalkan 2x sehari..insyaAllah badan beransur langsing dan menarik
- Dua biji lobak merah dipotong
- Sebiji mentimun segar,
- Sebiji limau nipis,
3. elakkan mengambil mkanan yang bergoreng dan berlemak.
4. minum jus pengaga tiap2 pagi.
5. Bengkung 2x seminggu (malam sahaja) ---> selepas kembali bekerja.
6. Untuk mengelakkan perut dari mengelembir maka, boleh buat sits up sebanyak 50 - 100x waktu pagi2.
7. minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan benda lain.
8. Pastu bersihkan perut dgn air suam untuk bukak liang2 roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sireh. paling cantik kalau baru deliver (belum sampai 6 bln) sebab perut tengah lembut.
9. makan yogurt 3 kali sehari.. pilih low fat yg kurang gula.... sekali makan, 1 bekas kecik yang biasa jual tu... sebab kata org dia bantu penghadaman (dan lain2 khasiat)... jangan lupa cari yang ada live culture atau kultur hidup.... yogurt ni boleh gak tampung keperluan kalsium utk ibu menyusu... so ok la kan... 2 dalam 1....
10. kurangkan minum during eating and kalau minum make sure warm and plain water and minum sikit2 cos nanti lemak makanan susah hadam. after half hour baru minum byk.
11. Sebenarnya hal2 pengempisan perut ini seelok-eloknya dibuat semasa dalam pantang. Barut perlu digunakan selama 44 hari atau sepanjang pantang terutama sebelum makan. Ini adalah kerana pada masa dalam pantang urat-urat semuanya kembang. Bila tak dijaga dengan baik semasa pantang, perut akan terus membuncit sebab urat2 x kecut dengan sempurna.
12. BELLY DANCING. sambil senaman boleh menghiburkan hati. buat la sendiri2 dlm bilik tidur or shower.
13. nak kempiskan perut paling sempoi dan menyeronokkan anda dan anak anda.sambil baring ,bengkok kan kaki ..letak anak kat kaki tu..pas tu angkkat kan baby tu pakai kaki buat selalu confirm perut boleh flat...and enjoy...
14. ...Untuk perut bahagian atas:-baring atas katil,bengkokkan lutut ,pastu angkat kepala dan badan selari/serentak setinggi yang boleh pastu tahan dalam kiraan 8..Ulang 8 kali 1 sesi .Untuk Perut bahagian bawah(area rahim)-ni yang paling susah lemaknya nak dibuang...baring kaki diluruskan pastu angkat kaki keatas(badan akan jadi bentuk L kalau di lihat dari tepi)...Ulang 10-20 kali satu sesi..Buat setiap hari sebelum tidur..Pasti perut kita flat walaupun berbadan gempal...Tujuan senaman ini untuk mengetatkan otot perut supaya perut tak melendut/mengeleber/berlipat...
15. jangan mandi lepas mkn. nanti suhu badan sejuk and penghadaman kurang efectif.
16. bagun pagi the first thing yang boleh buat ialah minum plain water. tak tau apa kebaikan tapi buat since ramai bagi that tip. mungkin so that body tak terkejut sgt kut. siap ader yg bagi tip minum b4 berus gigi.
17. kunyah very slow. so badan tak penat nak process food yg besar2.
18. this one sangat2 penting. pastikan makan at least 4 hrs b4 go to sleep. obvious reason is makanan tak sempat digest b4 that.
19. jangan lupa plak untuk exercise. tak kira la apa2 pun..boleh juga berjogging di kala hujung minggu, berbasikal (tak kira kat dlm rumah atau di luar rumah), naik tangga turun tangga (pun dikira exercise juga) n pada yang surirumah tu, sibukkan diri anda dengan hal2 di rumah..pun dikira exercise juga...sapu sampah, mop lantai, bersihkan bilik air , bla..bla..bla..banyak kan kerja kat rumah..kalau hari2 buat, tu pun dikira exercise juga tu.. lagi best, senang tak payah keluar belanja untuk pergi gym
20. breastfeed baby...
credit to Chery
Halloween??
Thursday, November 4, 2010
Nak buat kek...
Kenapa excited sgt nak buat kek kali ni?..ada la..hehe..kalu Diz baca ni mesti Diz gelak jer..hehe. Apa2 pun kita tunggu dan lihat..kalu ada update pasal kek tu maknanya menjadi la tu..kalu xde update..faham2 je la..*lol
Esok Deepavali..kebetulan plak our 5th anniversary..dah 5 thn dh kawin. Nak gi jalan2 kat mana ye..nak gi cuti2..last2 minit ni ngan public holiday + weekend..susah la skit..tgk hotel kat Melaka fully booked..Cameron..ada la lg, x byk..hmm..xpe lah jalan2 window shopping pun ok gak. Lg pun sabtu malam ada dinner kat rumah abg ipar..so leh gak gi jln2 kat Alamanda nanti. Kalu kek tu menjd cantik leh bwk gi dinner skali. ^_^
Thursday, October 28, 2010
Birthday and Anniversary...
Kasihanilah dia dengan penjagaan-Mu yang tak pernah tidur, genggamlah jiwanya dengan kelembutan-Mu dan bimbinglah akal dan perasaannya dengan cahaya ilmu-Mu.
Ya Allah jadikan dia sebagaimana Ismail A.S di sisi Ibrahim A.S pada diriku, sesungguhnya Engkau tidak pernah menghampakan hamba-Mu yang memohon dengan menyangka baik pada ketentuan-Mu. Wahai Tuhan Yang Maha Belas Kasihan kuserahkan jiwa anakku dalam penjagaan-Mu.
Monday, October 25, 2010
tomyam and the gang
menu utk lunch..tomyam again...asyik2 tomyam je kan..nk buat camne dh feberet..kali ni digandingkan dgn siakap sweet sour dan pak choy ikan masin (dah cari kailan x jumpa..huhu)..
Cam biasa makan bertambah-tambah.. Alhamdulillah..
Petua untuk wanita
PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
credit to Sherry
Friday, October 15, 2010
My fabric day...
(1st time lucky dlm giveaway) tp entah bila la plak nak jd baju..thn depan kot.
Satu bungkusan lg dari kakak...
pastu tengahari td sesambil sidai kain pi check peti surat..tgk ada sampul besar pos ekspress plak.. *big grin again* baru td dok check tarikh..tengah bulan bagai di kata..tepat..
brg dr japan... *wink
So..hari ni my fabric day. Hati berbunga riang..lalalala
Thursday, October 14, 2010
Hadiah birthday
TQ so much abang.. :x
sooo sweeeettt..
Tuesday, October 12, 2010
Puding Nenas
Mak mertua pun puji..ok la tu kan..*wink
07.10.10
Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku, agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,Rehatku adalah rantaian zikir,Rantai yang ku kalungkan pada leherku,Sebagai tanda cintaku pada Mu,Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,Mencari haruman Syurga ciptaanMu,Tempat rehat dan nikmmat abadi…….
Monday, October 4, 2010
Saturday, October 2, 2010
Kek Coklat Kukus
Resepi kek ni dpt dh bertahun2 dari member...member plak dpt dr kakak dia...dah pernah buat..ni kali ke tiga buat guna resepi ni. Tp saya lg suka kek coklat bakar...
Bahan2:
1. - *tpg gandum ~ 3 cwn
- *serbuk koko ~ 1 cwn
- *bikarbonat ~ 1/2 camca teh
- gula pasir ~ 3 cwn
bahan * - diayak
2. - telur ayam ~ 2 biji
- minyak masak ~ 1 tin
- susu cair ~ 1 tin
- air suam ~ 1 tin
- esen vanila ~ 1 camca
(sukatan tin guna tin susu cair yg sama)
(kacau bahan no 2 ala kadar +- 1 minit tp biar kembang skit & sebati)
~ Bahan (2) + bahan (1) = kacau sampai rata
~ Kukus selama 45 minit -bekas tu klu xnak lekat sapu minyak skit.
~ utk topping> masak coklat bar sehingga cair (double boiler) > curah atas kek
**hidangkan waktu panas2 atau sejukkan dlm fridge
Resepinya simple je...so kalu time malas2...senang guna resepi ni.
Friday, October 1, 2010
cheeky boy..
selalu kalau marahkan Syaza...saya mahupun hubby akan jerit nama penuh dia..Syaza Batrisyia. Tanpa sedar ada si kenit yg bakal meniru..biasa la time marah terlupa la. Sekarang ni Arif selalu jerit nama kakak dia..TISSYA..TISSYA... dah x panggil kakak lg. Comel je bunyinya tp jenuh plak nak kena betulkan balik. Kakak ok!!
Thursday, September 30, 2010
musim demam...
Pagi ni habis je minum susu...batuk2..habis keluar balik susu tu.. dua tiga kali gak muntah. Dah makan ubat tp asyik batuk jgk..risau betul umi..bernafas dah start berbunyi. Umi ni dah le xde experience handle org lelah. Alahai...pagi ni pepagi lg abah ke Lumut. Tunggu abah balik nnt..kita ke klinik la. Ubat pun dh nk abis.
Monday, September 20, 2010
Salam Aidilfitri 2010..
Tuesday, August 17, 2010
Juadah 2-6 Ramadan
Thursday, August 12, 2010
Juadah 1 Ramadan..
Update resepi:
Resepi ayam Masak merah bermadu ni saya amik dr blog kak Suzi..anak2 suka. mintak izin copy paste ye kak.
- 1/2 ekor ayam ~ dipotong dan toskan
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu besar cili mesin
- 3 labu bawang besar ~ diblend
- 3 ulas bawang putih ~ diblend
- 1/2 in halia ~ diblend
- garam
- 3 sudu besar madu
- air asam jawa/tomato sos
- 1 sudu besar kicap manis
- air secukupnya
- 1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
- minyak
Cara2:
- Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Perap sekejap dan goreng 3/4 masak. Ketepikan.
- Tumiskan cili mesin hingga garing dan masukkan bahan yg diblend. Kacau.
- Bila bahan2 tumis dah garing, masukkan 1/2 gelas air . Tujuan masukkan air ni utk nak bagi rempah2 tumis tu pecah minyak dgn elok.
- Masukkan garam dan masak hingga tumisan garing dan pecah minyak.
- Masukkan kicap dan 1 gelas air lagi. Masak hingga mendidih barulah dimasukkan air asam jawa/sos tomato.
- Sentiasa gunakan api yg sederhana dan jgn sekali2 kerana nak cepat dibuka api yg besar. Memang kuah kita kering tp rempah2 tu kurang 'masak'.
- Masak lah hingga kuah hampir pekat baru la dimasukkan madu. Gaul sebati.
- Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak dan kuah pekat.
- Masukkan bawang yg dipotong bulat, kacau2 kejap dan padamkan api.
- Hidangkan dgn nasi putih. Boleh gak dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dll..
Wednesday, August 11, 2010
Cerita ceriti...
Okey..nak cerita ceriti skit citer last week & weekend ri tu...
Di tengahari 1 Ramadan ni nak tunjuk plak pengat durian yg dibuat minggu lepas..sori ye kalu terliur. Dugaan tuh.