Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

Monday, 3 December 2018

Pengalaman Menginap di Oscar Villa Aonang Krabi


Hari ni nak cerita sikit pasal hotel yang saya menginap di Krabi. Saya booking melalui Agoda. Bayar siap-siap secara online RM144.35 semalaman. Cerita details ada di sini
Hotel ni jarak 3km dari Pantai Ao Nang, Krabi. Tak jauh sangat pun. Senang bergerak kalau yang ada transport. Yang takde, boleh guna shuttle yang dorang sediakan.









Saya booking bilik jenis Bedroom Villa. Biliknya kat bawah, dekat dengan pool. Parking kereta depan bilik. Yang bestnya bilik ni ada ruangan pantry. Maksudnya ruangan asing dari katil. Disediakan pinggan, mangkuk, sudu, garpu, peti ais, sinki termasuklah dapur elektrik dan microwave. Yang rajin nak masak, bolehlah memasak.
Pekerja kat sini kebanyakan muslim dan boleh berbahasa melayu dengan lancar. Sangat mudah nak berkomunikasi. Dorang pun friendly dan sangat membantu. Kawasan pun bersih sangat.
Harga bilik dah termasuk dengan sarapan pagi. Menu sarapan pagi lebih kurang macam masakan Malaysia. Ada nasi goreng, sosej, pancake, buah-buahan, cornflakes dengan susu segar, jus. Tak banyak sangat tapi kenyang ðŸ˜Š
Untuk yang nak beli pakej island hoping pun elok beli kat sini je sebab harga dia 750baht (RM95.45) sahaja berbanding yang jual dekat luar tu rata-rata letak harga 1200-1300baht seorang dewasa. Jauh beza tu kan. Kanak-kanak dorang caj 450baht (RM57.27). Yang ini untuk 4 island. Yang 7 island saya tak pasti. Lupa nak tanya.
Dah pergi Krabi, jangan lupa makan pancake Krabi ye 


Friday, 19 August 2016

Ke Langkawi Naik Bas

Gambar ihsan Google
Minggu lepas ada kerja luar. Malas nak drive, kita naik bas aje. Naik bas dari TBS harga RM50 termasuk insurans jam 11.00 malam. Sampai Stesen Bas Kuala Perlis dalam jam 5.30 pagi sebab dia ada singgah Stesen Bas Jalan Duta dan RNR. Tapi maafla ye tak perasan RNR mana sebab ketiduran hehehehe...

Sampai sana saya jalan kaki je ke Jeti Kuala Perlis. Tak sampai 10 minit pun jalan kaki. Kalau naik teksi dah kena RM10. So rajinkan diri sikit untuk jalan kaki ye. Ramai pun yang jalan kaki. Berdekatan jeti ni ada masjid terapung. Kebetulan sampai jeti dah azan Subuh. Saya singgah solat dulu. Selesai dalam jam 6.30. Jalan kaki balik ke jeti. Sarapan dulu kat kedai berhadapan jeti. Sebelum tu jangan lupa beli tiket feri. Feri pertama jam 7.00 pagi ye. Jam 6.00 pagi tu memang dah start jual. Kalau beli online lagi bagus. Tak yah beratur. Harga tiket feri RM18.00 sehala. Yang nak balik nanti kena beli dari Langkawi atau online. Sebab tak sure jam berapa nak balik, saya memang tak beli awal pun. Sebab dia ikut time macam kita naik bas.

Kaunter beli tiket feri

Waktu pelepasan feri dari Jeti Kuala Perlis

6.45 macam tu dorang dah bukak pintu bagi kita masuk dalam feri. 7.15 jugak baru gerak. Maklumla hari cuti, ramai nak ke Langkawi. Memang penuh feri waktu saya pergi ni. Jam 8.15 macam tu baru sampai Langkawi. Penuh dah orang kereta sewa dah tunggu kita. So, senang jelah kalau nak sewa kereta. Harga pun lebih kurang sama je tapi better korang tengok dulu kondisi kereta. Takut dah buruk sangat nanti risiko rosak pulak kan. Memang dorang boleh tukar tapi kan menyusahkan kita.

Nak jalan-jalan dalam Langkawi takdela susah mana pun. Waze atau Google Map kan ada. Lagipun biasa nak gi jalan ni kita dah survey semua tempat kan. Pandai-pandaila korang hehehe. Saya just cerita bab naik bas aje. Cuma yang saya boleh share petang-petang boleh makan laksa, cendol dan cucuk-cucuk fishball bagai tu kat area airport. Banyak foodtruck jual. Kita boleh makan kat tepi pantai. Dorang memang sediakan meja dan kerusi. Lepas tu malam boleh jalan ke Pantai Chenang. Banyak dereten kedai jual macam-macam. Nak makan pun senang, banyak pilihan.

Okey, now time nak balik pulak. Sampai jeti je saya beli tiket. Masa tu jam 1.30. Tiket ada jam 2.00 petang. Terusla beli, minum-minum jap terus masuk pintu pelepasan. Time nak balik ni lambat sikit gerak sebab acik-acik penuh barang nak angkut. Memasing shopping sakan. Sampai Jeti Kuala Perlis pun dah 3 lebih. Mulanya nak naik ETS jam 4.15 kat Stesen Arau tapi memang tak sempatla nak kejar sebab masa sampai jeti dah hampir jam 4.00. Saya jalan kaki terus ke Stesen Bas Kuala Perlis. Kebetulan memang ada bas nak gerak. Terus beli tiket dan naik. Tapi waktu balik ni bas ni banyak pulak menyinggah ambik orang. Dahla jalan siang ni tak berapa lena nak tidur. Perjalanan pulak rasa lama sangat. Jam 11 lebih baru saya sampai di Stesen Jalan Duta. Kali ni saya turun sini sebab dekat dengan ofis. Kereta memang tinggal kat ofis je. Ambik teksi dan terus sampai ofis. Alhamdulillah selamat sampai rumah.

Naik bas senang kalau kita tak bawak anak-anak kot. Lagipun jimatla belanja sebab sorang. Kalau ramai better naik kereta aje sampai jeti. Zaman bajet ni kena berbelanja secara berhemah.

Hasil dari Langkawi. Ini wajib dah kot

Berbaloi Menginap Di Alia Residence Business Resort, Langkawi

Minggu lepas saya ada kerja luar di Langkawi. Hotel yang disediakan Alia Residence Business Resort, Langkawi. Jauh sikit dari Bandar Kuah tapi berbaloi. Hotel nampak macam baru. Bilik besar, selesa. Kemudahan semua okey dan ada swimming pool. Saya sampai awal dalam jam 1.00 petang. Kebetulan memang tak ada orang di bilik yang di booking. Dorang benarkan saya check in awal. Lega sangat, dapat rehat. Sebab kepenatan naik bas dari malam. Tak sabar nak mandi...


Masuk bilik je tengok wow bestnya. Siap ada sliding door kat belakang, ada tempat rehat-rehat sambil minum petang gayanya. Belakang ni kita boleh tengok laut. Macam sesuai sangat kalau nak buat family day sebab ada pondok rehat, ada padang bola pantai, kerusi rehat, kawasan luas. Pendek kata tip top la hotel ni. Saya suka. Peti ais pun ada, tv, almari ada 2 kiri kanan. Sumbat semua baju kita dalam tu. Takdelah bersepah bilik kita kan. Iron pulak dorang dah sediakan setiap floor. Kiranya kena keluar bilik la untuk iron. Bagi saya senang jugak takdelah kita kena call dorang hantar iron, then dorang datang nak ambil semula. Letak kat luar macam tu ikut kita bila kita rasa nak iron. Kan?

Best kan santai-santai petang kat sini

View belakang bilik kita

Toilet tak ada bath tub
Toilet tak ada bath tub tapi ada air panas. Korang rasa nak berendam leh gi swimming pool je. Harga bilik ni pun tak mahal sangat. Berbaloi dengan fasiliti yang ada. Yang bilik saya ni RM140.00 semalaman. Nak keluar gi Pantai Chenang pun tak jauh mana. Dekat jugak dengan airport. Kawasan santai-santai tepi pantai sambil makan laksa, cendol. Langkawi pun bukan besar mana kan. Pusing-pusing situ jugak jumpa nya