Assalamualaikum..........
selamat pagi jumaat untuk semua.di mana hari berhimpunnya kaum adam menunaikan fardu wajib sebagai umat islam.sebagai isteri yang patut memudahkan suami menjalankan tangungjawab bersedia membantu....
jom bf donat dengan kakna... agak lewat kan.. tak pa kaum isteri sibuk masak awal ari ni.sebab semua orang balik awal tenggahari ni.untuk menjamu hidangan isteri /ibu yang tercinta.dengan bangga si suri menghidangkan satapan untuk keluarga.
bercakap pasal donat la pula.dah lama kakna tak mendonat.donat yang ni kakna cuba guna resepi kawan blog.dari blog azlita oleh rima.saja-saja nak cuba.bila dah buat donat sekarang ni mesti kena salut coklat. dah jadi tren masa kini lak.kalau nak tahu perbezaannya kenalah cuba sendiri.
DONAT
by: rima
sumber: azlita (masam manis)
bahannya:
500gm tepung roti
100gm gula
11gm instant yis
4 biji kuning telur
200ml air
100gm mentega
1 sudu kecil garam
untuk hiasan
200gm coklat masakkan
almond [kakna tak guna pun]
caranya
ayak tepung dalam mangkuk besar.kemudian masukkan yis dan kacau rata.kemudian masukkan gula,kuning telur dan air sambil kacau rata.kemudian masukkan mentega dan garam gaul rata hingga menjadi doh.uli hingga tak melekat pada jari.rehatkan doh selama 20-30 minit dengan menutupnya.bila dah kembang bolehlah di uli lagi dan terap jadi donat.rehatkan 20 minit kemudian goreng hingga kuning.biar sejuk bolehlah di hias.
rakan-rakan vip
Showing posts with label donat. Show all posts
Showing posts with label donat. Show all posts
Thursday, 22 March 2012
Friday, 21 October 2011
bebola donat
assalamualaikum......................
sesiapa yang cari menu untuk minum petang.... boleh lah cuba donat ni.kakna buat donat ni untuk anak kakna bawa ke sekolah sempena hari kantin.dikira di atas permintaannyalah kakna buat ni.dah habis di jual ke belum kakna tak tahu lagi.belum pergi jenguk lagi ke sekolahnya.nanti selepas ni nak ke sana.
BEBOLA DONAT.
bahanya:
1 kg tepung gandum
2 s.k yis
5 s.b majerin
4 s.b gula kastor
1/2 cawan susu
1 biji telur
1 cawan air
secubit garam
caranya:
gaul tepung dan yis.kemudian satukan semua bahan lain dan masukkan ke dalam tepung dan uli hingga sebati .uli hingga adunan tak melekat di tangan.setelah sebati biarkan adunan mengambang dua kali ganda.kemudian uli semula dan bentukkan adunan.biar selama 20 minit dan goreng dengan api perlahan hingga masak dan kuning ke emasan.blend gula dengan sekali putar saja.kemudian gaul donat yang sudah siap di goreng dan sedia di makan.

Subscribe to:
Comments (Atom)