Ini merupakan lawatan luar pertama buat Qaireen di sekolah rendah 🚌. Masa awal-awal ai daftarkan dia untuk pergi trip ini, tak beritahu dia pun. Kalau beritahu awal nanti asyik saja bertanya atau pun buat countdown hehe.. dah nak dekat tarikhnya trip tu barulah beritahu dia.
Cikgu dah pesan kena sampai awal di sekolah. Bukan main ya anak dara ini segar bugar bangun pagi. Bila dah hantar Qaireen di sekolah, ai masih tunggu sampailah mereka naik bas. Masa nak naik bas, keluarkan lah handphone untuk rekod video. Punyalah lama ai pegang handphone tu, bila Qaireen dah naik bas baru sedar yang diri ini tak tekan pun button rekod tu huhuhu.. bila cerita kat enZaf dan anak-anak yang lain, dorang gelakkan ai. Kata mereka, mummy selalu macam tu. Tapi memang betul pun, selalu lupa nak tekan button bila rekod video. Banyak kali dah jadi. Sebabnya mata ai dah tak pandang handphone tu bila rekod 🤭.
Ada dua bas terlibat dalam lawatan ini dan dipecahkan kepada tiga kumpulan. Senang untuk cikgu monitorkan. Tempat pertama anak-anak ini pergi adalah Kilang Coklat Beryl's 🍫. Bestnya pergi tempat coklat ini, kami sendiri tak pernah ke sana lagi. Jauh pula nak ke Serdang. Tengok video yang cikgu share pun dah seronok. Mesti bau sedap dan cantik juga tempatnya. Nanti nak ajak enZaf ke sanalah hihihi.. Tapi satu tak best banyak tak ada muka Qaireen dalam video dan gambar. Entah mana lah budak tu tak reti duduk diam. Sama saja dengan anak-anak yang lain. Jenis yang susah nak nampak dalam gambar bila aktiviti sekolah huhu.. Bertabahlah ya.
Tempat ke dua mereka ke Jungle Gym. Semestinya tempat ini Qaireen paling suka. Bukan setakat main di dalam playground 🛝 itu, dorang semua sampai mandi di kolam 💦. Seronok betul.
Dalam pukul 5 petang, semua parents menanti depan pagar sekolah dah. Ramai anak-anak terutamanya yang perempuan tak bertudung sebabnya dah basah masa mandi di kolam 🤣 ai pun tak bekalkan tudung spare, hanya seluar dan baju saja. Mujur budak lagikan hehehe.. Seronok ya dengar dia bercerita. Mana taknya berjalan dengan kawan-kawankan, mestilah seronok sangat. Terima kasih pada semua cikgu yang menjaga dan memastikan keselamatan anak-anak. Terbaik!!
Masa pergi lawatan ini, ai ada bagi duit poket untuk Qaireen. Pesan kat dia kalau nak beli apa-apa guna duit ini. Dia beli dua kotak coklat masa di Kilang Beryl's. Paling tak sangka dia beli coklat Tiramisu. Katanya coklat itu untuk Mummy. Dia tahu Mummy suka 🥰. Yang coklat Strawberry tu dia punya hehehe..
Bawa Qaireen dan abang Ariq beli uniform sekolah. Tiada tempat lain yang dituju kalau area rumah ini. Masih setia dengan kedai Uni1One di Dataran Sunway. Qaireen ni tengah tak ada mood sangat. Tak ingat pula dia merajuk sebab apa hehehe.. malas nak layan. Biarkan saja 🤭.
Nanti nak potong rambut dia lah. Panjang sangat. Nak pula dia beritahu nak pakai tudung pergi sekolah kali ini. Elok lah berambut pendek. Tapi tak sangka pula dia nak pakai tudung sebenarnya. Sebelum ini masa kat Genius Aulad agak mencabar juga lah nak suruh dia pakai tudung. Banyak tak nak dari nak hehe.. Disebabkan itu, ai minta cuba tudung sarung kat kedai ini.
Tudung sarung sekarang ini dah ada getah pula di bawah dagu. Tak elok pula Qaireen pakai, walaupun itu saiz paling kecil. Nampak kedut-kedut getah tu panjang sangat. Rupa macam haiwan sesumpah pun ada hahahaha.. Jadi untuk tudung dia, ai order online saja Tudung Si Comel . Sama macam akak Zahra dia masa masuk Tahun 1. Tahun 1 ini memang suka pakaikan sarung. Senang sikit, dah besar baru pakaikan tudung dua lapis pula.
Selesai bahagian Qaireen, uruskan abang Ariq pula. Comel satu-satunya anak bujangku ini. Dah nak masuk Tingkatan 1. Mujurlah ada saiz untuk dia. Labuh sikit seluarnya tapi tak apalah. Dengan harapan dia cepatlah meninggi nanti 🥹. Rambut dia pun nanti kena potong sebelum naik sekolah. Berbuih dah Mummy ajak pergi potong rambut. Susah betul, apa entah yang dia suka sangat rambut panjang kembang tu 🤣.
Ariq akan bersekolah sama dengan Aliah. Dia tak ada rezeki masuk asrama. Masa dia tahu tak dapat masuk asrama, tak ada pun riak muka bersedih. Gembira lagi ada sebabnya ramai kawan-kawan dia bersekolah sama dengan dia nanti hahaha.. mana-mana lah nak oi. Mummy dan Daddy pun okay saja dia bersekolah harian. Dia pun tak tahu apa hala tuju, masih berfikir-fikir nak jadi apa bila besar nanti. Sama lah dengan Aliah tu pun hehehe.. Alhamdulillah, selesai dah semua pakaian anak-anak. Kami tak beli banyak pun baju sekolah ini, sekarang dah boleh pakai baju pj ke sekolah. Kurang lah sikit perbelanjaan tu kan. Lewat petang sikit ai dan enZaf keluar untuk minum petang. Kiranya keluar dating 🥰 sekejap.
Kami pergi Oh Apong. Pertama kali cuba Bihun Tomyamnya. Sedap! Yang lain tu dah pernah makan sebelum ini.
Dah alang-alang keluar tu, ai ajak enZaf beli barang sikit di Jaya Grocer sebelum balik rumah. Konon nak beli satu dua barang, macam-macam juga dicapai. Nasib baik nak cepat, nak sampai rumah sebelum masuk waktu Maghrib. Kalau tak banyak lagi barang masuk dalam troli tu hehehe..
Diikutkan pada 14hb ada Report Card Pick-Up Day (RCPD) di sekolah Qaireen. Hari itu juga merupakan hari terakhir Qaireen bersama Genius Aulad (GA). Sesi pembelajarannya tidak sama dengan takwim persekolahan KPM. Di GA ini masih mengekalkan pembukaan sesi pada bulan Januari dan berakhir pada bulan Disember. Pada hari RCPD, kami tak dapat datang ke sekolah sebab bertembung dengan tournament ragbi Aliah [link]. Disebabkan itu class teacher telah membuat temujanji pada hari lain. Sehari sebelum nak ke sekolah, ai suruh Qaireen buat kad untuk cikgu-cikgunya.
Kali ini ai tak rajin nak beli barang-barang untuk Qaireen diy. Hadiah kali ini, beli dan balut terus [link]. Bila dah banyak umur ini, rasa sakit pinggang dan tak larat nak hadap sesuatu benda lama-lama huhu.. Masa zaman Zahra, Aliah dan Ariq, memang suka nak buat sendiri untuk cikgu. Sekarang dah tak rajin, Sorry Qaireen 😩 Wajiblah ambil gambar dengan cikgu-cikgunya kan.
Terima kasih pada semua cikgu di Genius Aulad Kota Damansara. Semoga Allah memberi ganjaran segala keringat dan bakti buat mereka. Ke empat-empat anak semua di sana. Alhamdulillah, anak-anak tamat di GA dengan cemerlang. Teachernya yang berkaliber, insfrastruktur yang kondusif, silibus yang bagus. Eh! semua elok lah bagi ai. Memang serasi buat mereka. Oh ya! Sebelum balik sempatlah ambil gambar Qaireen bersama dengan kawan-kawannya yang lain. Di GA ini, ada tawarkan khidmat transit atau day care bagi students bila sesi cuti sekolah. Jadinya pada parents yang berkerja tidak risau musim cuti sekolah. Tetap boleh hantar pada hari waktu biasa.
Kawan-kawan dia ini semuanya sekolah yang berlainan Tahun 1 nanti. Kira dah tak jumpa dah la kan. Tahun 1 nanti masuk bulan Februari 2025, seronoklah Qaireen cuti lama sungguh. Sementara menunggu masuk sekolah, tetap kena buka buku. Masuk sekolah rendah sekarang ni dah memang kena pandai 3M 😬.
Sekolah Qaireen sambut Hari Merdeka awal tiga hari. Dan ini adalah sambutannya yang terakhir di Genius Aulad. Disebabkan tahun akhir, ai semangat belikan dia baju hehehe... kalau nak dibandingkan dengan kakak-kakak dan abangnya, ai tak pernah belikan baju semata untuk Merdeka ini. Mentang-mentang bongsukan 😜🤭 Ini entry sambutan Hari Merdeka tahun lepas [link], pakai baju kurung kedah saja.
Beli baju ni pun yang ready made sahaja. Nak tempah semata tu memang tak lah. Ai tak segigih mak-mak yang lain, bila tiba hari Merdeka hebat-hebat baju anaknya. Tapi ai suka tengok sebab ada design baju yang sangat kreatif. Kagum tengok.
Tak siap lagi masa ini sebab dia belum pakai tudung. Tengok pada gambar masa nak beli baju Qaireen ini, kebanyakkannya pakaikan tudung ikut warna bendera. Tapi Qaireen pakai tudung hitam sajalah. Pakai apa yang ada supaya tak membazir hehehe.. Sempatlah ai ambil gambar dia sebelum masuk sekolah. Cekak atas kepala tu pun beli online, harganya pun murah tak sampai RM10.
Dua gambar di bawah ini dari teachernya, tapi tak ada pula ambil gambar ramai-ramai semua orang. Sebab ada saja pakaian lain yang anak-anak pakai jenis pakaian tradisional, macam pahlawan lelaki dan perempuan zaman dulu.
Sepesen je baju kalau ikut warna bendera ini kan. Teacher aturkan yang sama jenis pakaian bergambar sekali 😍 Oh ya! hari hantar Qaireen sekolah, kereta kena langgar. Masa mula-mula langgar, kereta yang langgar tu dah park tepi jalan. Ingatkan nak pergi ke kereta tu, sekali kereta tu blah gitu. Puas pusing dua tiga kali cari tak jumpa-jumpa huhuhu... Tak perasan nombor plate keretanya. Yang tahu warna kereta saja, jenis kereta pula ai dah konfius antara Proton atau Perodua. Rabun begitulah. Terpaksa la keluarkan duit sendiri baiki kerosakan huhuhuh...
Keesokkan harinya Drypers datang sekolah Qaireen. Buat marketing untuk produk terbaru mereka dan semua anak dapat bawa balik goodies bag. Dalam tu semua orang dapat sebotol Hair & Body Wash dan voucher. Wah! seronok semuanya. Thank you Drypers!!
Malam pula enZaf bawa balik durian. Katanya mengubat hati terluka tengok bumper kereta yang kemek dan bercalar itu. 😬🚗
Harijadi Qaireen tahun ini jatuh pada hari Rabu. Kebetulan pula anak-anak tengah cuti sekolah. Ooohh sekolah Qaireen saja yang tak cuti, kalendarnya tak sama dengan adik beradik lain huhu.. Memandangkan semua orang ada, enZaf ajak celebrate birthday Qaireen terus selepas dia habis sekolah. Sebelum itu kami singgah kedai bakery untuk beli kek dan belon untuknya. Qaireen masuk saja kereta, dia dah nampak belon. Tak sempat nak sorok hahaha...
Kotak pada tangan dia pegang tu, hadiah dari akak Zahranya 🎁🥰 Memandangkan enZaf tak ada kerja, dia ajak sambut di tepi pantai. Kami beli makanan dan minuman bungkus dan terus menuju ke destinasi hehehe... Sampai saja pantai, terus bentang tikar. Laju-laju ambil gambar Qaireen dan adik beradiknya bersama kek.
Happy Birthday anakku Qaireen Razia yang ke-6 tahun!!!🎈🎉 Semoga menjadi anak yang solehah di dunia dan di akhirat. Pergi waktu orang bekerja, memang tiada siapa di tepi pantai ini. Anak-anak pula cuaca tengah panas terik pun nak main pasir juga. Memang datang sini pun kami nak santai-santai sahaja. Tak ada buat apa pun sambil menikmati pemandangan air laut depan mata 🏖😊
Bila cuaca tak panas sangat, barulah ai join dengan anak-anak bermain pasir. Aliah ajak korek tanah buat bentuk heart ❤️ untuk ambil gambar. Gara-gara dia tengok dalam media sosial, jadinya nak ikut sama juga buat macam itu. Gigih lah ai dan dia mengorek tanah sampai seluar baju penuh dengan pasir hahaha...
Ingatkan senang tetapi susah ya nak buat. Nak dapatkan shape bentuk heart itu bukanlah mudah. Entah berapa kali memperbetulkan bentuk tu dari kecil sampai besar. Belum lagi dengan kira snap gambar, kejap nampak kejap tak nampak. Untuk dapatkan angle dan pose yang cantik tu sangat tak ternilai harganya hahahaha.. tibers 😝 .. Berpeluh-peluh sudah pasti. Apa pun ai sangat berpuas hati dengan hasil gambar kami, walaupun tidak lah secantik mulus bentuk heart itu.