Showing posts with label ggo. Show all posts
Showing posts with label ggo. Show all posts

Monday, December 17, 2012

* GGO Bowling Day *

Assalaam alaykom GGOs!!! Gembira tidak terkira bila perancangan akhir2 waktu oleh miss Yun a.k.a Kantan membuahkan hasil yang mana kebiasaannya GGO akan bermain badminton, ahad lalu kami memilih bermain bowling. Walaupun hanya meluangkan masa berekreasi tidak sampai tiga jam ianya bisa menguntum senyuman sampai ke telinga dengan telatah masing2 yang cuba jaya mematahkan semangat pihak lawan walau sebenarnya tiada hadiah yang dipertaruhkan. hiks! 

Bagus juga bila sesekali bermain bowling bersama kerna jika tidak mrs Saz a.k.a HSM tidak akan dapat memantapkan balingannya. Kali terakhir katanya bowling bersama GGO juga. owh.. mungkin minggu2 lain HSM memanah, mr Zizo a.k.a Kenanga sibuk menguatkan otot lengan dengan bermain badminton, miss Dewi a.k.a Kemboja pastinya sibuk juga menguatkan otot perut dengan menjamu berbagai makanan, miss Yun a.k.a Kantan tentunya sibuk mengulangkaji drama swasta sambil bersenam depan TV. ahaks! sedutan cerita mengenai bowling bisa ditelaah di entry GGO Mengamuk by Kantan. {Kenanga tu jek mengamuk kot..bola tinggi sungguh! hiks}

okay.. jom layan gmbo GGO mengamuk... ehh GGO pose maut lebih tepat!

 
 my lil' whitey bowling shoes

 
mrs Cyana a.k.a Sunflower in pose!  
{yang lain pose sambil bowling}

mrs Saz a.k.a HSM dengan balingan sopan santun

miss Yun a.k.a Kantan. aim for strike!

Zizo a.k.a Kenanga dengan balingan paling bergaya

miss Dewi a.k.a Kemboja dengan balingan juara bertahan

the THREE of us 
sejak zaman eBERNAS suka posin' bersama.. bezanya masing2 semakin sihat

the ladies in extra pose as usual

GGO yang hadir untuk sesi aktiviti penutup tahun 2012

Happy GGO!!!! 
Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan. 
Luv you all!


Monday, July 30, 2012

* GGO's Iftar @ Noodle Station *

Assalaam alaykom my dear GGO!!! Gembira setelah sekian lama tidak bertemu kalian. Pastinya pertemuan iftar bersama telah dirancang lebih awal oleh our planner miss Kantan kerna risau jika hujung Ramadhan masing2 sibuk dengan program terutamanya Kenanga yang pastinya sibuk dengan acara shoppin'. {eh.. tema seluar Kenanga color apa ya? hehe}. Pity me, last minute hubby Moose terpaksa menarik diri atas tuntutan tugasan di hujung minggu, maka mrs Sunflower hadir mengikut tema bunga matahari. hiks!

btw.. Happy 4th Anniversary to GGO!!! Alhamdullillah persahabatan kita terus terjalin walaupun kini tiada lagi email berantai kalian.. {rindu pula kan?}, kami ditemani WhatsApp... syukur teknologi memberi ruang untuk kami berkomunikasi dengan lebih cepat dan pantas sejajar dengan perkembangan masing2 yang agak sibuk dengan tugasan harian. Iftar tahun ini merupakan yang majlis iftar kelima dan pemilihan tempat hanyalah di SACC Mall, Shah Alam agar bisa shoppin' dan makan. hiks! 

mrs Sunflower in Yellow mode!

 
restoran pilihan juga mengambil tema semangat matahari iaitu di Noodle Station. hehe

one of my fav restaurant

antara yang hadir... mr Zizo a.k.a Kenanga

miss Dewi a.k.a Kemboja
miss Yun a.k.a Kantan
mrs Sazulya a.k.a Harum Sundal Malam

 
mr Adi a.k.a Abg Soljer
pic wajib kami... Sunflower & Kantan
 
gadis2 yang semuanya sihat belaka.. ahaks!
{rindu-la coretan Kak Gee!!}

setiap pertemuan pastinya ada souveniors!!! hehe

thanks mrs HSM... souveniors cute!

mine oh mine!

tomyam fried rice and ice tea

 
then sesi window shoppin'... jubah for hubby Moose? hmm.
{tak sabar juga mahu melihat Kenanga berjubah tahun nie}

sambil shoppe sambil cari cermin.. ahaks!

okay... gurls pantang jumpa cermin beso ya...
semuanya mahu pose bersama! hiks!

GURLS in POSE!!! 
memandangkan BOYS ramai yang tidak hadir maka takde gmbo ya! hiks!

Happy Iftar! 
Happy Friendship! SMILE!

Saturday, May 12, 2012

* GGO | Eat & Sport *

Assalaam alaykom... gembiranya bila sekian lama tidak ketemu akhirnya bertentang mata. Walaupun kini tiada lagi email berantai, hari2 ditemani message Whats App, namun dek kerna kesibukan dari sehari ke hari barulah semalam dapat bertemu. Perjumpaan ringkas untuk makan malam kemudian sesi memanaskan badan dengan bermain badminton! Masing2 menunjukkan kehebatan 'smash' kecuali mrs Cyana a.k.a Sunplawer yang tidak pandai sangat mengatur strategi dan hanya mampu ketawa melihat gelagat team GGO yang hebat2 belaka di kala di tengah gelanggang. hehe. 

Setelah sekian lama menanti dan setelah beberapa kali perjumpaan ditunda, akhirnya bertemu kami di Restoran BASIL thai nudle bar yang menyajikan makanan masakan thai yang enak2 belaka. owh.. sekali lagi menjadi peserta pertama yang sampai di lokasi! {bangga okay masuk berita.. kak gee sila buat laporan ya}. Sewaktu sesi makan, hubby Moose tidak dapat turut serta manakala sesi badminton pula mrs HSM dan mr Soljer pula tak dapat bersama kerna mempunyai komitmen lain di gelanggang tenis. 

the restaurant

sementara menanti yang lain, luangkan masa dengan self-pic! opps!

menu.. nyum nyum!

layanan juga bagus di sini

 
jejaka kotak sepanjang zaman!!!

chestnut chicken.. nyaman!

ikan goreng thai bercili

sayur kangkong.. my favourite vegetable

mr Zizo yang paling sibuk nampaknya.. check in sana check in sini!

mrs HSM and hubby Soljer

my drink... thai ice tea

then we all ke The Challenger untuk sesi mengeluarkan peluh.. hehe

hubby Moose menjadi lanes man.. hehe

saingan semakin mencabar dengan miss Kantan yang suka smash.. hiks

giliran hubby Moose beraksi
 
terhibur hati sesekali beriadah dengan GGO.. memang tak kering gusi dengan gelagat masing2. hehe

Laporan penuh tunggu di blog ahli GGO yang lain, 
pasti lucu sekali bila teringat Kenanga membebel di tengah gelanggang.. hahaha. 

Jumpa lagi di perlawanan seterusnya! Ada berani? hehe.


Wednesday, February 1, 2012

* Good LUCK Kantan *

Salaam again... tercetusnya entry di lewat malam bila mana terbaca entry "Last Day" by miss Kantan a.k.a miss Yun a.k.a best buddies a.k.a member makan a.k.a miss analysis yang biasanya akan menjadi tukang analisa bajet untuk mrs Cyana ataupun menjadi pendengar setia keluh kesah saya. hehe. Ingat lagi pertanyaan miss Tender yang kadang ketakutan melihat gelagat miss Kantan yang seriusnya mengalahkan singa betina.. tetapi jika happy-day, teruja pula miss Tender melihat gelagat miss Kantan yang akan berkata2 tanpa henti...Itulah miss Kantan yang saya kenali. Mungkin susah untuk pertama kali bertegur sapa dek kerna riak garangnya telah menyembunyikan riak manjanya {aiyoo... statement nak kena pancung nie.. oppss!!}

Jika entry yang lalu "Versi KHAS bersama Kantan" pada Oktober 2010 tidak menjadi nyata bila mana miss Kantan telah membatalkan niat untuk meninggalkan syarikat tempatnya bekerja, namun Februari 2012 perkara tersebut menjadi nyata. Mulanya bila mendengar miss Kantan mendapat kerja yang baru, reaksi saya biasa sahaja kerna ketika itu masih belum terasa aura pemergiannya. Dan bila menjelang penghujung tahun barulah semakin merasai saya bakal berpisah dengan kembar saya di BERNAS. huhu.

Pagi tadi kebetulan sama lif bersama salah seorang end-user kami berdua.. katanya "So tinggallah Cyana seorang, tiada lagi rakan2 sebaya...semuanya sudah berpindah ke tempat baru." grrrr!!! saya hanya mampu membalas senyuman walaupun sedikit hiba. Nevermind, mrs Cyana kini mempunyai teman baru juga iaitu miss Tender dan mrs Boss. Cuma masalahnya bila selalu makan bersama mrs Boss, ada juga suara2 sumbang. Entah kenapa sifat orang Melayu yang amat gemar berfikiran negatif. haih! Apa-apapun saya tetap merindui miss Kantan yang muka garang macam singa tu.. hiks!

miss Kantan garang ker? Nope !!! Happenin' jek...
layan beberapa pics favourite kami berdua.

miss Cyana memakai purple dan miss Kantan memakai black...
seketika menukar warna kegemaran

tengok sengih sampai ke telinga

pose dengan warna kegemaran utama miss Kantan

cool dan ayu kan? hehe

our personality pic... my favourite!

last but not least...
miss Kantan pose di tengah laman

Dalam hati ada taman!

Anyway, semoga miss Kantan gembira di tempat baru nanti dan berjaya mencapai objektifnya iaitu meluaskan jajahan. Walaupun kami tidak dapat lagi lunch bersama, tetapi ofis yang berdekatan boleh juga shoppin' di Pavillion bersama nanti. {sila jangan jeles Kenanga... bak kata Kemboja early 30's sangat hot!}. Good Luck Babe!