Showing posts with label maternity. Show all posts
Showing posts with label maternity. Show all posts

Monday, May 1, 2017

* Du'a for EAQJunior *



Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu

2015 vs 2017

I seek forgiveness from ALLAH swt. 
Please make du'a for ME and lil' EAQJunior. 
Ameen.

#prayforbabycyanamoose #EAQJunior

* EAQJunior | the Preparation *

Assalam alaykom... sebelum kembali menyepi dan sementara mempunyai kesempatan waktu untuk mencoret detik-detik indah menanti kehadiran cahaya mata kedua dalam masa terdekat... InshaALLAH. Umy seperti biasa suka merancang sesuatu lebih awal hasil dari angan-angan. Saya akui kali ini tidak banyak persiapan dibuat seperti mana mahu menyambut lil' Emir dahulu. Semuanya seperti 'recycle' sahaja dan persiapan juga hanya kandungan menjangkau usia 8 bulan. hmm. 

mrs Cyana seperti biasa mahu semuanya kelihatan teratur agar bisa tenang memasuki dewan bedah walau sebenarnya tiada persiapan mental dan fizikal untuk melalui pembedahan kali kedua. Apapun saya berdoa agar diberi kekuatan dan kesihatan yang baik mahu kepada saya dan juga kepada anakanda yang bakal dilahirkan. Pada awalnya sudah pasti saya teringin menimang puteri namun gerak hati lebih awal mensahihkan rezeki bakal menimang seorang lagi putera. Alhamdullillah anakanda EAQJunior menunjukkan jantinanya lebih awal ketika kandungan berusia 5 bulan. Memandangkan pakaian anakanda pertama masih lagi dalam keadaan baik, maka saya hanya terus kepada pencarian nama putera. hehe. 

Dikongsi bersama cerita persiapan akhir sebelum kehadiran anakanda kedua yang mana Umy harus juga menyediakan sesuatu yang baru agar tidak semuanya 'recycle'. Memandangkan bakal berpantang pada bulan Ramadhan, maka persiapan pakaian raya juga dibeli lebih awal dan tema EAQJunior adalah kuning dan oren. hiks. 

 EAQJunior's first shoes

Umy's favourite collection.... sudah pasti kasut baru untuk EAQJunior dan EAQ. 


signature nama untuk EAQJunior... yang merupakan pilihan ketiga selepas IAQ atau ZAQ. Aby Moose membuat pilihan untuk memilih nama EAQ

sesi survey baju untuk anakanda

 thanks to sista Ami yang sekali lagi teman shoppin' 


beberapa barangan yang dibeli di Ikea


shoppin' tyme!!!

 warna tema EAQJunior

 sesi survey stroller.. hehe

 sesi mencuci mata di Mothercare

sesi survey lagi dan lagi.. hmmm

 sesi mencuci botol-botol susu


blanket untuk lil' EAQJunior

 sesi untuk mencuci pakaian 

 lucky me pakaian lil' Emir banyak dan boleh di guna semula

pakaian putih untuk masa berpantang

kenangan Umy yang sakit otot dan tidak dapat berjalan


bergambo kenangan di kawasan hospital selepas checkup bulanan


happy Umy selesai menyediakan persiapan untuk lil' EAQJunior walaupun senarai 'things to buy' masih lagi belum selesai.. wink! wink!

* 2nd Pregnancy | Maternity Photoshoot *

Assalam alaykom... menghitung minggu-minggu penghujung kehamilan bersama lil' EAQJunior yang mana anakanda kedua ini tidak pula mempunyai nama gelaran. Mungkin dek kerna Umy agak sibuk dan hampir terlupa keberadaan kamu. hmm... Namun kehamilan kedua ini setidaknya memberi sedikit ujian kecil bermula dengan alahan kulit seakan kelopak garam seluruh badan kemudiannya beberapa kali mengalami 'minor bleeding' , kesakitan pada pangkal paha dan dua kali mengalami kekejangan otot sehinggah saya tidak mampu berjalan. Benar pabila ALLAH swt menarik sedikit nikmat kesihatan ketika itu hanya mampu berdoa agar pembesaran lil' EAQJunior dipermudahkan dan sentiasa diberi kesihatan yang baik. Ketika catatan ini ditulis, saya telah memasuki fasa 3rd Trimester namun dikhabarkan doktor berat kandungan agak kecil dan tidak mengikut jadualnya. Dan ketika mana saya perlu membuat keputusan untuk memilih pembedahan sekali lagi maka saya perlu lebih awal melahirkan anakanda sebelum tarikh jangkaannya. 

Kehamilan kedua ini hanya diketahui selepas masuk bulan kedua dan setelah menyedari kewujudan anakanda saya terus mengalami 'minor bleeding'  sehingga masuk ke fasa ketiga. Alhamdullillah saya masih diberi kekuatan untuk mengukir senyuman menanti kelahiran anakanda kedua walau berdepan dengan dugaan anakanda Emir yang sakit dan terpaksa bermalam di hospital beberapa hari dan juga masih lagi mahu terus menyusu. Anyway... special thanks to hubby Moose yang banyak membantu dan prihatin dengan kesihatan wifey. 

Sekali lagi terima kasih kepada hubby Moose yang meluangkan masa merakamkan potret kenangan kehamilan kedua. Sebenarnya agak sukar ketika diminta memberi pose semasa sedang sarat dengan kesihatan saya yang tidak menentu. Namun saya sempat juga dua kali merakam detik indah sebelum masuk ke dewan bedah. Pertama ketika kandungan 36 bulan dan bersama anakanda Emir yang lebih mencabar kerna lil' Emir seorang yang aktif dan lincah. Umy dan Aby terpaksa berkejaran masa untuk merakam sebanyak banyak mungkin potret. Kali kedua potret dirakam menjelang kandungan 38 minggu dan hasilnya pasti mahu dikongsi bersama di blog kesayangan untuk kenangan. 

 the lurvely piece by Aby Moose

 love the concept!!!

 mrs Cyana yang berjaya menaikan berat badan sebanyak 17 kg

 make du'a for my lil' EAQJunior

2nd pregnancy outfits of the day: Black Auni dress by Icahfa, yellow hijab, flowery ring and sneakers by Skechers.

 Umy and lil' Emir

 my lurvely first Prince!!!

 lil' Emir and his baby brother's shoes

 lurve you Boov!

well... my outfits of the day: Navy blue dress by Rina Salleh Clothing (sengaja diulang pakai), yellow hijab by Kamdar, ring by Hard Rock and sneakers by Cotton On.

 Keep du'a for OUR lil' Family!!

Thanks hubby Moose for the beautiful collections. 

#prayforbabycyanamoose #EAQJunior


Tuesday, January 20, 2015

* Make Du'a for Lil' One *

Assalaam alaykom... sorry for being so silent. Tak begitu banyak masa untuk berceloteh bersama mr Thinkpad kerna saya lebih bercanda sambil berbaring bersama mr iP5. Mungkin ini catatan terakhir sepanjang tempoh preggy kerna ketika ini bila masa sahaja menanti detik dan ketika untuk melahirkan lil' One. Doakan semoga urusan melahirkan lil' One dipermudahkanNYA. Kesempatan yang ada saya luangkan bersama berceloteh namun saya akan kemaskini berita di laman Instagram Cyanamoose... InshaAllah. Semoga saya akan segera kembali ke blog kesayangan ini untuk berkongsi cerita. 

Anyway... sekadar catatan peribadi untuk rujukan pada masa akan datang beberapa maklumat yang mahu dikongsi bersama. Bagi saya semua maklumat itu bakal menjadi fakta namun keterujaan itu telah membuahkan senyuman. Maklumat menarik tentang penantian lil' One...

Tarikh Jangka Bersalin (Expected Due Date) : 10 Februari 2015 
Cucu ke 10 di sebelah Insan Terchenta
Hari: Selasa yang mana jika bersalin pada tarikh berkenaan maka harinya akan sama dengan Mommy-to-be Cyana. 
Masa kelahiran Mommy-to-be Cyana pada jam 10.20 pagi yang mana jika tarikhnya seperti EDD tertera... doakan masanya sama. 
Tahun kelahiran: Kambing untuk lil' One sama juga dengan Mommy-to-be Cyana. Smile! 

Namun kita hanya mampu merancang, hanya ALLAH swt yang akan menentukan. Walau apapun saya ingin memohon ampun dan maaf, halalkan makan dan minum saya, maafkan saya jika ada kekasaran atau mengguris hati sesiapa. Jika ditakdirkan saya selamat dan sihat untuk menyambut lil' One, Syukur Alhamdullillah. Jika sebaliknya, catatan ini akan menjadi kenangan abadi selamanya. Keep du'a for me and my precious lil' One. Ameen. 

Seperti biasa, minat Mommy-to-be Cyana masih berkisar kepada kasut dan beberapa gambo sebagai kenangan saya sepanjang bersama lil' One di dalam kandungan. 

lil' One and my green favourite shoes

Du'a kami menjadi Aby and Umy yang baik kepada lil' One

hormon jerawat di sekitar kawasan wajah Mommy-to-be Cyana


my favourite maternity outfit of the day!

 welcome to Motherhood!

my favourite Dorothy Perkins dress yang masih bisa disarung walaupun sarat kandungannya

 koleksi kasut sepanjang preggy months.. the red ballerina

the comfy Clark


the red Un Linda Clarks

the stars Sketches

thanks hubby Moose for all shoes

last but not least.... 
lil' One shoes first shoes by Carter. Smile! 

Make du'a for my motherhood journey. 



Tuesday, December 16, 2014

* 8th Month | Maternity Photoshoot *

Assalaam alaykom.... sorry for being so silent. Mungkin kerna saya perlukan lebih masa berehat pada malam hari yang mana sebelum ini masa untuk berceloteh di blog kesayangan adalah pada waktu malam. Yes! I'm counting days.... telah masuk minggu ke 32 atau bersamaan 8 bulan usia kandungan. Jika sebelum ini, sibuk musykil kenapa perut tidak kelihatan..... kini semakin pening mahu memilih pakaian dek kerna mommy-to-be tidak membeli 'pregnancy dress'. erm.. saya hanya menyarung baju sedia ada. btw... perut mula kelihatan menjelang bulan kelima tempoh hari dan setakat catatan ini ditulis, Umy a.k.a mommy-to-be mengalami pedih ulu hati iaitu makanan susah dihadam dan akan termuntah semula. Dan apabila menjelang tengah malam, kesakitan di bahagian bawah perut mulai terasa mungkin kerna berat kandungan bertambah. owh... berat saya juga bertambah menyebabkan langkah mulai perlahan selaju 5 km/j. erk!!!??? tidak dapat tidak saya bayangkan bagaimana mungkin saya berjalan seperlahan itu. Dan bagaimana saya mulai secara terpaksa mengurangkan pergerakan fizikal dek kerna menahan kesakitan. Anyway... saya amat hormat kepada para ibu yang kental mengharungi dunia 'pregnancy' sebagaimana setiap dari mereka mungkin mengalami alahan sejak awal kandungan. hmm. 

Bila sahaja masuk ke fasa 3rd Trimester, mulai terasa detik menanti waktu bersalin seakan cepat berjalan. hmm. Kekadang terasa perasaan itu bercampur teruja, gembira serta gementar. Enough said! Biar my lil' One a.k.a Bebird sahaja yang berkongsi rasa kerna gerakan beliau itu membuatkan saya tersenyum walau menahan kesakitan yang entah bagaimana mahu digambarkan. btw.. thanks to Insan Terchenta yang sudi meluangkan masa merakam gambo-gmbo wifeynya. Apa yang bisa dikongsi mahu menghasilkan gambo ketika saya diminta duduk, seakan mahu berlinang air mata kerna kesakitan menyerang dan ketika itu saya hanya bisa mengundur badan secara mendatar saja. Bayangkan bagaimana perasaan jika seseorang itu aktif bergerak dan tiba-tiba ALLAH SWT menarik nikmatnya bergerak riang. SubhanAllah! Saya hanya mampu berdoa dan bertawakal ketika itu. 

Baiklah... mahu dikongsi bersama koleksi gambo Mommy-to-be menjangkau minggu ke 32 usia kandungannya. 

the lurvely piece by hubby Moose!!! syukran CYGku!

 Umy's smile

 make du'a for my lil' One


I'm ready to be a mother... InshaAllah.

 the signature pose

and this is the lurvely collage by Aby!

Thanks hubby Moose for the beautiful collections. 

well... my outfits of the day: Navy blue dress by Rina Salleh Clothing, chain by Marvic, hijab by Kamdar, ring by Hard Rock and sneakers by Converse.