Berlari-lari anak aku menuju ke kelas. Yea..aku sedar aku
dah lambat ni. Baru saja mahu mendaki anak tangga untuk ke tingkat dua,
terdengar sayup-sayup nama aku di panggil. Sudahlah nak cepat, ada pula yang
panggil-panggil. Kacau betullah..! setakat merungut dalam hati je la.
Puas jugalah aku cari dari mana datangnya suara tu.
Rupa-rupanya suara ustaz yang setia menunggu di depan pintu kelas bawah tangga.
Manalah aku nak nampak. Haishh ustaz ni, cubalah tonjolkan diri sikit. Ini
tidak..!
“Pinjamkan saya jam. Hari ni saya tak pakai jam laa..”
Terkedu seketika aku dengan permintaan ustaz ni. Kenapa pula
dengan jam aku, mintalah dengan orang lain. Jam aku ni baru beli kot. Itupun
abah yang hadiahkan semperna ulangtahun kelahiran aku. Takkan tiba-tiba nak
bagi ustaz pinjam kot. Haishh…
“Waktu akhir nanti saya kan masuk kelas awak, saya pulangkan
la..”
Tapiii……
“Saya pinjam je, janji tak calarkan”
Err…orang tua ni macam tahu-tahu je apa yang aku fikir.
Ustaz tu tak adalah tua sangat. Kecik-kecik je orangnya, dia tinggi sikit dari aku. Ingat lagi kali
pertama dia mengajar aku ditingkatan 2. Dia merupakan guru baru disekolah tu.
Sebelum ni aku lebih selesa diajar oleh ustazah sebelum dia. Entah kenapa ada satu aura membuatkan aku tak
senang dengan ustaz ni.
Tapi makin lama dia mengajar, makin kenal dan cara dia buat
aku jadi senang. Jangan kata aku, kawan-kawan lain pun sama. Tapi aku lebih rapat
sikit la dengan ustaz. Mungkin sebab aku ni suka buat bising kot dalam kelas.
Hahaha.
“Boleh tak?”
Seraya aku menanggalkan jam dari pergelangan tangan aku. Pantas
ustaz menyambut jam tangan tersebut bila aku hulurkan. Dan cepat-cepat dia
besarkan sedikit saiz jam tersebut. Almaklumlah, pergelangan tangan lelaki dan
perempuan kan tak sama besar. Bila selesai memakai, aku cuma memerhatikan je
jam tu terletak elok dipergelangan tangan kiri ustaz.
“Balik nanti saya pulangkan. Dah cepat masuk kelas”
**********
Waktu akhir kelas kami hari tu ialah mata pelajaran
pendidikan islam. Aku pula boleh terlupa pasal jam tangan aku tu. Iyelah, sebab
sibuk sangat studykan. Kononnya laa..Hahaha. Bila ustaz masuk ke kelas, memang
aku tak ingat langsung pasal jam tu, sampailah ustaz panggil aku ke meja guru.
“Ni, saya beri balik. Terima kaseh tau. Cuba pakai tengok
muat ke tidak”
Waktu ustaz buka dan hulurkan jam tangan tu lah baru aku
teringat pasal jam aku. Ishh..memang pelupa sungguh aku ni. Aku ikut je arahan
ustaz, tapi bila aku pakai jam tu longgar. Ikut aku tak kisah pun, janji tak
lucut. Tapi bila ustaz nampak, terus dia minta balik dan betulkan saiz yang
sesuai dengan pegelangan tangan aku. Dah macam gaya boiperen aku je ustaz ni. Bila
selesai, aku bangun balik ke meja aku. waktu ni lah dengar suara-suara yang
menanyakan soalan yang pelik.
“Kenapa ustaz bagi jam tangan ustaz, dekat dia?”
“Hadiah hari lahir
dia..”
Bila jawapan itu keluar dari mulut ustaz, spontan berpuluh pasang mata tertumpu pada aku. Walaupun jawapan ustaz
dalam nada bergurau, tapi aku tetap malu. Ya malu siot..! Reaksi aku waktu tu
hanya mampu angkat bahu je. Bila kawan sebelah tanya soalan yang sama, aku
cerita benda betul detail-detail. Tapi malangnya diorang bukan nak percaya.
Almaklumlah jam tu baru, memang kelihatan berkilat. Normal barang baru.
Sejak pada tu, apa-apa mengenai ustaz, aku jadi rujukan.
Jangan kata satu kelas, habis cikgu-cikgu semua tahu. Aku tak gelabah sebab aku
tengok ustaz okay je. Jadi aku pun okay je lah. Ingat lagi bila aku wakil dari
kelas kena dengar taklimat mengenai apa tah dekat bilik tayangan. Kebetulan aku
orang paling lewat sampai. Jadi nak masuk tu terasa malulah juga. Sebab aku
yakin aku akan jadi tumpuan bila masuk dalam tu. Jadi, aku hanya mampu tercegat
di luar bilik tu je sambil berkira-kira nak masuk ke tidak.
Rupanya ada seorang cikgu perempuan yang sedar kewujudan aku
di luar bilik tu. Dialah yang pelawa aku masuk. Tapi aku ni kan degil, geleng
kepala je la. Seganlah. Itu je aku mampu cakap. tak lama lepas tu, muncul pula
ustaz sebelah cikgu tu. Terkejut beruk juga aku, mana tak nya, aku tak tahu pun
ustaz ada dalam ni.
“Haa..awak, ingatkan tak datang. Lama saya tunggu. Mari
masuk..”
Entah macam kena rasuk dek jin apa, laju je aku masuk
kedalam bilik tayangan tu. Belum sempat aku dapatkan kerusi kosong tingkat
paling atas, kedengaran suara lantang cikgu perempuan tu berkata…
“Dia nak abang dia juga yang jemput, baru dia nak masuk
rupanya..”
Errr…sumpah aku malu. Lagi malu bila pandangan semua terarah
pada aku. Terasa berinci-inci ketebalan kulit muka. Sempat juga aku curi
pandang muka ustaz waktu tu, tenang je aku tengok. Dan sepanjang berlangsungnya
taklimat tu, aku sikit pun tak berani pandang muka cikgu perempuan tu.
Kenapa tiba-tiba aku cerita semuanya disini? Sebab tadi
aku ternampak ustaz aku ni dekat trafik light. Terburai segala kenangan tahu..!
Nak tegur terlalu jauh, jadi aku tengok aje lah.. Yess..ustaz masih segak
seperti dulu….!
Oh yea, sampai habis sekolah tau kawan-kawan ingat ustaz
hadiahkan aku jam. Hehehe.
Kata Hati : Bila bercerita macam ni, buat aku rindu sekolahhhh…waaaa..!!
.