Thursday, October 7, 2010

KanVas Dua Jiwa


kalau benar meluahkan itu bisa membuatkan hubungan itu kembali tenang dan kasih yang pudar kian bertaut..

-adakah dengan meluahkan kita dapat membahagiakan pasangan kita...

-adakah apa yang kita luahkan mampu diterima dek akal warasnya atau hanya umpama menyimbah minyak ke atas api yang sedang marak?

sikapku adakalanya tidak dapat diterima akalmu, kata-kataku adakalanya terasa pedih di pendengaranmu...

kisah hidupku adakalanya x seperti mahumu.. keinginanku adakalanya bukan kehendakmu...

keputusanku adakalanya tidak bijak pada pandanganmu...

egoku adakalalanya bikin kau marah dan terkesan akanku...

JADI AKU HARUS BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEPERTI KEMAHUANMU?

sikapmu juga adakalanya tidak mampu diterima akalku... kata-katamu juga adakalanya terasa pedih di pendengaranku..

kisah hidupmu juga adakalanya x seperti mahuku.. keinginanmu adakalanya bukan kehendakku juga...

keputusanmu juga adakalanya tidak bijak pada pandanganku...

MALAH egomu juga adakalalanya bikin aku marah dan terkesan olehmu...

JADI SOALMU... KAU HARUS BAGAIMANA UNTUK MEMENUHI SEGALA KEMAHUANKU?

TAPI KITA PUNYA PERSAMAAN PADA SATU MATLAMAT... KITA MAHU BAHAGIA HINGGA KE AKHIRNYA


namun mampukah kita untuk bahagia jika kita tidak ada persefahaman antara kita...

perbualan yang dikatakan atas tiket perbincangan ada masanya tidak merungkai apa pun selain sesi meluahkan pandangan yang ada masanya menjadi sebuah pertengkaran..

begitukah caranya kita berbincang? kau dengan hujahmu yang relevan dan tepat pada hematmu.. dan aku dgn egoku.. ada masanya diam sahaja memendam rasa? keras hati, keras kepala atau apa juga istilah lain yang dirasakan sama maksudnya...

atau

perlukah kita meminjam waktu semalam saat semuanya manis dan bahagia untuk memulihkan segala titik-titik noda yang sudah mula kelihatan ini?

hakikatnya aku lelah mencari diri... benar banyak kekuranganku.. telah aku cuba perbaikinya.. namun saat kutebus salah lalu, muncul pula kekurangan baru... AKU HARUS BAGAIMANA UNTUK SEMPURNA DI MATAMU?

aku juga harus bagaimana untuk membuat kau senang dengan diriku? ada waktunya, aku kira lebih baik aku berdiam... takut aku kalau apa-apa pertanyaanku, salah tafsirannya... takut kalau-kalau kau marah dan berlalu begitu sahaja... aku takut dan tak mahu...

takut kalau kau rasa terpaksa lantas memanggil aku dengan panggilan nama atau paling tidak keluar perkataan carut marut dari bibirmu.. aku takut dan tak mahu mendengarnya kerana ia bisa buat aku sakit.....

namun ada saatnya aku terlepas juga... soalanku yang bertubi-tubi, buat kau rimas... aku tahu itu...

sekuat mungkin aku cuba memberi ruang... walau terkadang ruang yang kuberikan, mungkin tidak disedari kewujudannya.. apa dayaku menjelaskan lagi........ MAAFKAN AKU...

jujurnya, ada masanya aku terasa bodoh di depanmu... aku hilang kata-kata dan hujahku sendiri... lalu ia terzahir dgn linangan air mataku... bukan aku marah mahupun protes, cuma aku kesal... kenapa aku tidak mampu berlaku jujur dengan diriku sendiri....


CUMA SATU, andai takdir Tuhan, luka itu menjengah kita... aku ingin kamu tahu..


aku bahagia sekali diberi peluang buat mencintai kamu setulus hatiku.. aku bangga sekali kerana namaku pernah meniti di bibirmu.. bahkan aku senang sekali kerana pernah membuat kau tersenyum dan bahagia....

terima kasih atas semuanya... terima kasih untuk kesekian kalinya....

Insya-Allah, andai jodoh itu milik kita, Tuhan pasti menjaga hati kita berdua... kerana aku yakin, Tuhan itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita walaupun ia menyakitkan....

Tuesday, October 5, 2010

benarkah?

tiada ayat yang ingin dikongsikan.. hanya sebuah persoalan yang tersimpan di ruang hati...

".... benarkah apa yang dikatakan benar itu adalah benar?"

kata orang, dalam dunia serba canggih hari ini, manusia yang penuh kejujuran dan bersikap benar sentiasa itu jarang sekali ditemui... dan kalau ada pun, ia bukanlah diaplikasikan 100 peratus dalam kehidupannya... benarkah begitu?

Tuesday, September 14, 2010

Kau kuatkanlah....


ku anyam bait cinta... biar ia kukuh dan tidak mudah putus...
kucuba usir resah dan gelisah biar ia tidak membarah...
kucuba...

kucuba lagi jgn ada curiga meracun jiwa..
namun terkadang berjaya juga ia mencengkam sanubari ini...
ya Allah ku bermunajat padamu Tuhan...
jangan Kau rampas kepercayaan yang kusemai...
jgn kau bayangi aku perkara yang tidak-tidak...

walau aku cuba menghindar dari rasa dan luka lalu...
namun ia kerap kali juga datang sehingga aku jadi marah...
marah pada pengkhiatan mereka...
sehingga buat aku sukar menerima hakikat pada hari ini...

ya mungkin juga..
kerana sedikit kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini..
ia bagai menjadi petanda aras yang sepatutnya tidak wujud...

ya Allah...
Kau bimbinglah hatiku jgn terpedaya dari godaan nafsu dan syaitan..
Kau peliharalah ia dari menjadi buta hati..
Kau kuatlah ia agar menjadi seteguh cinta Zulaikha kepada Nabi Allah Yusuf alaihissalam...

Amin....

Monday, September 13, 2010

TiaDa TaJuk.. Rasa Jiwa YaNg MaTi

mengapa perlu dizahirkan kekecewaan saat ia mampu disimpan? perlukah ditunjuk rasa yang bergejolakan sedangkan ia nafsu semata yang sifatnya hanya sementara sebelum lenyap disimbah kesabaran...

apa perlunya menitiskan air mata dibirai katil saat sendiri kalau ia hanya menambah runsing di hati? adakah ia cara meluah rasa berbuku di hati?

namun tidakkah hipokrit kalau begini? diam apabila jiwa berteka-teki walau hati bagai dihiris belati? atau bertarung dengan persoalan demi persoalan walau jawabnya, bukan yang diminta... kau persoalkan pula... adakah jawapan atau pemuas hati yang dicari?

hakikatnya keduanya juga bukan... yang dicari adalah sekelumit kejujuran..

kalau kuluahkan dapat ku baca gerak hatimu, pasti ku dicerna penuh syakwasangka.. kalau kubaca sms mu, pasti ku kau kata mencampuri urusan privasymu... kalau kutanya soalan lain dr biasa, katamu soalan ku aneh dan luar biasa (pelik2)... (adakah benar aku manusia yang pelik kerana mengambil tahu demi kesejahteraanmu?)

aku akui manusia itu sifatnya tidak sempurna.. tidak juga aku mengharapkan kesempurnaan darimu... malah aku juga tidak sempurna.. malah tidak mampu menjadi sempurna di matamu seperti mana yang kau impikan.. dan aku juga tahu, kau juga tidak mampu utk berbuat itu demi memenuhi kehendakku...

- wanita ini halus nalurinya (walau ada masanya ia didorong curiga)

- wanita ini sebenarnya lebih sabar dari lelaki walau sejauh mana lelaki itu mengatakan dia sabar

- wanita sebenarnya lebih kuat menyembunyikan perasaannya walau ada masanya dia suka meluahkan

- walau bukan dengan kebendaan dan keringat, wanita itu sifatnya penuh dengan pengorbanan....

-------kata-kataku ini sekadar luahan... namun kuharap ia tidaklah dikesampingkan...

- jgn terlihatkan seperti aku yang meminta kalau kamu memang ingin memberi...

- jgn juga jadikan keinginanmu.. namun perbuatannya bersandarkan diriku... KERANA ruang keikhlasan itu harusnya datang dari hatimu dan disusuli oleh perbuatanmu.. (walau aku jujur menyukainya, namun terdetik juga rasa kecewa....)

- jgn juga kau jadikan kekuranganmu sebagai kesilapanku apabila bibirku lancang bertanya itu dan ini...

bunyi zalim dan mementingkan diri sendiri kerana yang ditegur hanya kau.. yang kurang hanya kau...

suka aku nyatakan di sini, aku juga penuh kekurangan...

aku gagal mengawal emosi bila aku kecil hati, aku mudah terdorong dengan rasa amarahku bila ia melibatkan soal keinginan dan hakku.. aku mudah curiga (itu katamu.. walau ada masanya aku kira, firasatku jarang membohongi aku),aku sering mahu menang kata kau (walau aku sendiri hairan, banyak kali juga aku mengalahkan? mungkin kau tidak sedar), aku sering terburu-buru dalam membuat keputusan, aku sering mengadu walau hal kecil, aku sering merajuk kalau keinginanku tidak dituruti walau sifatnya hanya sementara, aku sering mahu dimanja walau tidak kena masanya... dan banyak lagi kekurangan yang terlupa utk aku catatkan

Wednesday, August 25, 2010

KasiHku Tak KaN BeRuBaH...


Jangan kau hilang punca dan mudah lupa..
Jangan kau gusar lalu berubah...
Jangan kau kecewa pantas mencari damai seketika..
Jangan kau bersedih dan terasa pedih..
Jangan kau putus asa kemudian menyerah...
Jangan kau rasa dilukai meski kau sakit...
.......... jangan kau..

Aku mahu kau yakini dirimu dan tidak hilang punca...
Aku mahu langkahmu yakin tanpa rasa gusar...
Aku mahu kau capai impianmu tanpa merasai erti kecewa
Aku mahu kau gembira dan tidak mengenal sedih...
Aku mahu kau kuat dan tidak berputus asa...
Aku mahu kau rasa dicintai dan bukan dilukai....
.......... aku mahu

"Jangan kau" bersedih sayang KERNA
"Aku mahu" menyatakan sesungguhnya aku benar2 menyintai kamu setulusnya hatiku...

Sunday, August 8, 2010

luka...

jgn kau khianati hatiku.... kerana ia akan hancur tanpa bisa kau rawatnya lagi.......

Wednesday, July 28, 2010

Biar Ku Bukukan Ayat-ayatmu....


Terpaku aku seketika mendengar butir bicara... penuh pengertian nan mendalam... tutur kata azimat, peniup semangat... aku kagum...

Yang lahir hanya ketelusan... bunyinya langsung tidak janggal mahupun aneh.. kata-kata itu berdiri dengan hujahnya yang tepat...

Aku kagum..

Mahu sahaja kurakam semuanya agar bisa ku ulang tayang di masa hadapan.. agar bisa aku tunjukkan pada anak-anak kita nanti...."lihat, ayah kamu romantis dan penuh pengertian.."

Ya, mungkin juga tidak... pesanan itu pantasnya aku semat di hati dan cuba mengaplikasikannya terlebih dahulu untuk diriku...

Tidak perlu ia dijadikan sebagai monumen sejarah.. biar aku sahaja yang jadi model "pengajaran" yang kau berikan itu... aku rela dieksperimenkan... menjadi kanvas putih untuk kau corakkan parasnya..

Kerna aku yakin... kau pasti tidak bakal mencacatkan keputihan ini.. apa lagi menumpahkan tompok hitam noda secara sengaja.. aku kenal kamu... malah aku yakin!

- sayangilah orang tua kita selagi mereka masih ada... lakukan apa yang terbaik untuk mereka.. jangan sampai ada penyesalan kemudian hari...

- balik kampung kalau ada masa... jumpa orang tua selagi mereka masih ada...

- jangan pentingkan diri sendiri... jangan terlalu menghukum seseorang seumpama kita dewa yang tidak akan melakukan kesilapan serupa...

- jadilah manusia yang lebih bertanggungjawab... kerja itu sesuatu yang diamanahkan untuk kita.. maka itu adalah tanggungjawab kita..

- jangan dicampur-adukkan hal kerja dan peribadi...

- jangan campur politik di tempat kerja...

- bersyukur dengan apa yang diberi...

- "Zulfa satu realiti, awak umpama bayang-bayang, dan Rahman umpama bau.... Awak patut bersyukur.. Zulfa memang satu realiti... walau terlindung akan tetap kelihatan... tetapi awak hanya bayang-bayang... apabila ada sinar matahari,maka bayang-bayang pun akan kelihatan.. tapi kalau bau... orang hanya dapat menghidu baunya sahaja... nak disentuh x dapat.. apatah lagi untuk dilihat..."

- tak semua yang kita nak, kita akan dapat...

- ambil masa untuk muhasabah diri sendiri..

Kalau hendak kurakamkan di sini.. rasanya aku tidak punya kemampuan itu.. biar ia kekal di dalam hati... bukan untuk dijadikan sebuah memori.. tetapi untuk diingat dan dipraktikkan selagi punya keupayaan...