Home

Showing posts with label moody. Show all posts
Showing posts with label moody. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Situasi ke 300

Ini entry yang ke 300 di dalam belog Cherita Emo-Temo. Banyak jugak aku menulis kan. Memang banyak. Dekat sini tempat nak meluah , dekat sini tempat nak bercherita , dekat sini jugak boleh kenal ramai orang. Situasi yang sangat menarik.

Situasi sekarang dah tak sama macam dulu. Susah nak tulis. Kalau tulis jawapan nya sampai hari jadi aku tahun depan pun tak boleh berhenti nak menulis. Tak apa lah , yang aku boleh simpan aku simpan. Kalau tak boleh simpan , kena jugak simpan. Tak semua benda kita boleh cherita. Nanti naya semua orang tahu dah tak ada rahsia kan? 

Kalau nak suruh aku tulis perasaan aku sekarang : geram , emosi , ego , marah , benci , bengang dan sedih. Susah kan bila semua perasaan datang bertandang sekali harung kan? Rasa nak pijak elmo mata bulat tu sampai lunyai tau. Tapi sebab aku fikir aku dah membazir empat poloh hinggit beli menatang alah tu , jadi jangan nak jadi gila nak pijak elmo mata bulat tu.

Eurgh , tulis tengah emosi + marah bakal mengundang bahaya pada entry ini. Jadi aku nak berhenti menulis. Nak menangis dalam sendu. Erh? Apa-apa aje lah. Terima kasih sebab baca entry yang separa emo-temo ini. Jumpa lagi di next entry kalau masih ada mood. 

this is how i feel : just leave me alone. 

Friday, April 1, 2011

Saya Redha.

Assalamualaikum. Alhamdulillah , semua yang aku nak selesaikan hari ini semua telah selesai. Cuma bila dah selesai bukan lah seperti yang di harap. Aku sedih , aku kecewa dan aku terkilan. Biar lah aku tak beritahu di sini apa kejadah nya benda yang aku sedih , kecewa dan terkilan ituew. Sungguh lah , aku sedih ni. 

Nak senyum pun terasa kelat pahit payau aje rasa nya ni. Tapi aku redha aje lah. Mungkin kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita kan. Tapi Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita. Hmm , tak tahu nak tulis apa lagi cuma saya rasa sangat macam-macam sekarang ini. Sekarang dah malas nak fikir apa-apa. Lagipun lagi banyak aku berfikir , lagi tertekan pulak aku nanti. Buat naya aje nanti.

Ehem. Di sebalik kecewa , terkilan dan sedih saya ... saya tetap bersyukur dan bahagia bila masih ada ramai yang jadi pompom girl saya. Haha , macam hape je ayat aku ni. Tapi sedih tiba-tiba ada pompom girl? Ekekek. Entahlah , malas nak fikir panjang-panjang. Nanti mula lah nak emo-temo tahap melangit segala. Sheesh.

Lepas tu terjumpa satu ayat yang buat hati kembali berbunga senyum meski tak ada perisa dekat twitter.

Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka, tapi jauh di atas segalanya, DIA telah mengatur yang terbaik buat kita.#Allah #islam

memang benar kan itu :)

saya yakin dan redha pada ketentuan Nya kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk saya 

:)



Tuesday, February 15, 2011

Jalan-Jalan , Rosak , Makan & Nuffnang

Sorotan hari ini ; macam-macam benda yang terjadi dan macam-macam benda yang di alami. Iye semalam dah janji nak berpantang ; aku bukan kata hari ini nak start ; tapi esok. Hari ini memang nak update puas-puas. Hmm. Pagi tadi aku pergi hantar kakak aku dekat kolej. Then pergi ke Ara Damansara sebab mak aku nak pergi jumpa nenek saudara aku dekat sana. Hehe. So means ; pergi rumah sepupu mak aku lah kan. Then duduk situ dalam sejam dua , kitaorang pergi ke lain pulak.




Destinasi seterus nya ; pergi ke Kampung Tunku ; PJ. Heh. Pergi ke situ sebab mak aku nak pergi tengok cucu , mak saudara mak aku , means nenek saudara aku lah. Hari tu diorang buat Cukur Jambul kitaorang tak boleh attend ; hadiah dah beli. Jadi itu yang kitaorang pergi situ. Kebetulan beli Gown Baby ; jadi takut pulak kalau lambat kasi kan? Tehehehe. Baby tu nama Nur Hafeesa or something like that lah. Aku pun ingat-ingat lupa. Sempat pegang baby tu. Tapi cuak jugak sebab baby tu baru 3 bulan. Kepala baby tu still lembut kan , takut je kalau tersalah pegang memang naya woo. Heheh. Comel je Hafeesa siap ketawa dengan senyum lagi. Teehee.


comel Hafeesa.

Ok then feeling nak makan Nasi Arab. Aiseh. Bila pergi dekat tempat yang di tuju , kedai tu dah tutup lah pulak. Alamak , Ayah ada hal pulak petang tadi. Jadi cepat-cepat balik rumah dengan feeling hampa yu. Aiseh men. Then lepas Asar Ayah call cakap nak pergi beli tak Nasi Arab? Heh , terus lah aku pergi bersiap-siap nak pergi beli. Malas nak makan dekat kedai sebab dah nak Maghrib aku beli. Hoh. Aku beli dekat kedai , alamak tak ingat nama. Dekat Kampung Pandan. Nak beli Lamb Mandy , tapi dah habis. Maka beli lah Chicken Mandy. Sedap jugak! Harga pun murah ; RM 20 je pun. Nasi punya lah banyak , Ayam punya lah besar sampai aku pun tak habis nak makan. Heh. Sumpah sedappp!


chicken mandy yang lazat.

Kemudian pergi ke Carefour sebab aku nak pergi beli Earphone. Aku beli je yang mana-mana then terus bayar sebab dah Maghrib time tu. Membebel pulak Ayah aku kalau tengok aku lama-lama dekat Carefour. Heh. Then terus balik. Bila balik ; aku pening gila macam mana nak bukak Earphone tu punya kotak. Haih , ambil gunting. The end , ambil gunting ; tergunting wire Earphone , maka rosak! Shitta! -.- Melayang 20 hinggit aku wehhhhhhhhhhh. Mana aku tak geram dan stress. Sudah lah earphone yang mahal beratus aku punya rosak -.- Hmmm , tak ada rezeki tapi still geram weh.

Then bila bukak belog , ada seorang blogger's tanya aku dekat ENTRY SENYUM aku yang previously. MissYayang tanya pasal macam mana aku boleh dapat CTR Bonus. Tehehehe. Sebenar nya dik ; untuk CTR Bonus itu untuk sesiapa bloggers yang dapat Buffered Earning. Buffered Earning pulak macam mana nak dapat? Ok itu pihak Nuffnang yang tentukan blog kita layak atau tidak dan sesuai semua tu. Bila ada Buffered Earning atau BE ini ; ia akan memudahkan kita mengumpul duit lebih banyak dan cepat. Nilai nya bergerak lebih pantas dan besar berbanding dengan ikelan biasa. Jadi melalui BE itu jugak kita dapat CTR Bonus. Tehehe. Er , faham tak? Harap-harap faham eh. Kalau tak faham , jangan malu-malu tanya ye :)

Ok , rasanya tak ada apa lagi nak update. So bye korang :)

Sunday, February 6, 2011

Kalau Anda Gembira Tepuk Tangan?

Petang ni terasa sendu semacam je. Nak belogwalking pun malas. Nak menulis pun malas. Nak tidur pun malas. Sebenar nya tak boleh nak tidur sangat. Kaki aku tengah sakit. Siap berdenyut. Bila urut , aku menjerit macam orang kena histeria je gaya. Sumpah sakit. Boleh menitis-nitis air mata okeh? Gituew.

Apahal lah hari ini terasa sunyi sendu semacam jewr? Tak rock and roll betul hari ni eh? Entahlah. Bosan sungguh. Nak menulis pun dah tak tahu nak tulis apa. Tapi kan aku teringin nak pergi taman , nak ambil gambar bunga. Muahahahah , entah apa kejadah aku ni pun tak tahu lah -___-' 

Nak letak gambar , takut korang termuntah pulak tengok gambar sengal aku semalam. Nak menulis kasi ceramah , nanti orang ceramah aku balik. Nak belajar? Oh ok , kejap lagi nak belajar , nak siapkan kerja-kerja terbengkalai lepas tu dah tak tahu nak buat apa. Uish. Sadis betul.Aduhai , dah tak tahu nak tulis apa. Yang pasti mood aku sangat-sangatlah tidak bagus untuk hari ini. Bercelaru dan berserabut semedang je aku rasa. Adess.



menjeling menjeling ku bertentang. gituew. kau hade?

p/s: seriously i'm not in a good mood.
why oh why? -__-'


Thursday, December 9, 2010

Angkat Tangan Goyang Kaki.

Sepatut nya nak buat sambungan My Way to Terengganu Part 5 , tapi macam tak ada mood pulak nak tulis pasal benda tu. Alah , bukan cherita best mana pun , sekadar nak berkongsi je pun. Lagipun banyak gambar yang tak edit , aiseh. Malas nya meh .. Lagipun kalau bercherita tanpa gambar bermakna Nasi Briyani tanpa lauk gituh! Ekekekeke.

I don't know why , tiba-tiba je terasa macam tak ada mood langsung.Ada , tapi tak ada lah banyak sangat.Ish , entahlah. Everything just make me feel worst lah! Haihh. Benci bila fikiran terlalu berserabut sampai tergantung pula entry-entry yang patut aku nak publish ni.Ish Ish.Tak patut betul. Btw , tajuk tak ada kena mengena dengan isi. Hmm , sedar tak sedar lagi beberapa minggu dah nak tahun baru kan? 2011 ... is that my lucky year?is that my lovely year? OR MAYBE MY WORST YEAR EVER? Haihh , mintak dijauh kan lah ye.Doa kan yang baik-baik aje untuk tahun depan. Next year nak SPM , Next year dah berazam nak belajar bersungguh-sungguh , Next year dah berazam , seminggu sekali je online , ok this is TIPU , tapi kena jugak buat even tak nak.Next year , NO MORE WORDS , MALAS , SAKIT , STRESS oh ok , try try. Hey , yang kau sibuk cakap pasal NEXT YEAR , HOW ABOUT THIS YEAR? Erm Erm , nanti-nanti lah aku cherita. Haihh Haihh ....

Macam mana nak senyum kalau hati dah terasa makin tawar ek? -__-

life is going hard and hurt.
Allah .. please give me strong and strength -__-'


Tuesday, November 16, 2010

Kenapa Sekarang?

Salam and Hello. Mesti macam ni kan? Selalu macam ni kan? Entah kenapa jadi macam ni. Entah. Tak tahu. HEYYY , apa kau merepek ni JOYAH? Tetibe macam apa je ayat mukadimah kan? Kalau baca my previous posting mesti tahu. Kesan MOODY dan HAL YANG TERJADI semalam yang buat aku DOWN. Macam-macam hal. Ingatkan hari ni dapat settle semua. Sekali kena tangguh lagi. BENCI. BENCI SANGAT. Lepas tu , semalam jugak macam-macam hal jadi. Try untuk bertenang.Try untuk tak gelabah gelojoh dan gelenya. Eh? Ada kena - mengena ke? Whathever okeh. Erk. Tapi tak berjaya. Risau pulak. Aiseh , selalu macam ni kah. Bila datang masalah sekaligus 10. Bila senang hati sekaligus 10 jugak. Benci. Benci. Huwaa.

Dah lah esok hari raya haji. Saja lah tu nak kasi aku geram marah dan hangin sekaligus. Huwaaa. Menangis .. Menangis.Tahun lepas menangis time raya haji sebab parent raya jauh-jauh. Eh , eh nanti nak buat entry baru pasal raya tahun lepas. Heheheehhe. Harap-harap tak menitiskan air mata time menulis kejap lagi. Ekekeke. Btw, nak senyum pun payah ni. Fikir macam-macam hal. Benci MEH. Adoilah. Sumpah moody gila. Sumpah stress gila. Tak boleh nak tenangkan hati. Tak boleh nak relax-relax. Tak boleh langsung meh. T_T




p/s: teruskan click CIMB punya ikelan. Help me please.

Bagi saya senyum kejap ye :) Thx *hugs*


Langit Jingga. Cantik.

Salam and Hello. Entry ringkas. Mood tak elok. Banyak benda jadi hari ni. Tapi tak adalah tahap aku rasa macam nak menangis , rasa macam nak mengamuk. Tak ada sampai macam tu. Just entah. Macam-macam masalah datang. Benci , tapi kena hadapi jugak. Susah betul nak senyum hari ni. Aiseh , tak nak fikir , tak nak fikir. Tak nak tulis. Tapi aiseh , macam-macam betul hari ni jadi. Malas nak fikir tapi diri sendiri yang stress. CHOYY! Ok , Ok tak mahu entry emo-temo , stress , mencharutz segala.

Actually , just nak tunjuk , last picture yang aku snap before something happen yang buat aku pening kepala.But it's ok. Tak nak tulis. Heh heh. Gambar ni di ambil from dari bilik aku. Lepas subuh. Bila tengok in real , sumpah cantik. Matahari baru nak naik meh. First time tengok ni. Selalu tak macam ni. Biasa-biasa je. Memang cantik. Tapi bila snap , jadi tak cantik. Sebab terhalang dek tingkap yang kotor T_T


setelah di edit sana sini. ai know ai know makin huduh , buruk. but it's ok. haha.

Seriyesli bengang dengan tingkap bilik yang sangat-sangat menggangu aku untuk amik gambar.Tingkap tu memberi kesan tak cantik buat gambar. Huwaaa , last-last tengok awan tu dah macam biasa. Sadis meh. Tapi seriyes cantik sangat depan mata ai. Dekat rumah sendirik pulak tu khen. Tapi dalam gambar ni sumpah tak cantik lah pulak. Ekekekek. Tapi tehtaaap nak tunjuk Khen? Hiks. Tu je pun nak cerita :D


p/s: kelik-kelik lagi ikelan CIMB.
Thx semua :)


Friday, October 8, 2010

Entah apa je lah.

credit : inche Google.


Salam and Hello. Okay , hari ni seharian tak ada mood. Sebab nya my handphone tu kan dah rosak.Bukan lah rosak keseluruhan , but dekat bahagian ... eh kan aku dah cerita sebelum ni. Pergi lah ek baca balik. Sumpah tak ada mood. Memanglah gambar boleh save dalam phone. But , hailoh. Lain pulak feel nya sekarang.Sumpah tak ada mood.Nak menulis pun rasa macam ada-tak ada je mood.Ada je benda nak cerita.Tapi bila handphone aku tu buat hal , hailoh. Memang aku rasa macam huish. Tak best je. Memang ahh , Dee kasi pinjam kamera dia semua. But tak kan dia nak kasi pinjam sampai bila-bila kot T_T Huwaa , ai geram , ai moody and ai bengang. feeling sangat pujuk memujuk nak suruh beli phone baru , tapi nan hado dapat nya KEJIS okeh! Huwaa , tak ada benda nak tulis dah.Nnt haru pulak entry ni. =(


Monday, September 20, 2010

*tears*

credit to : inche google.
Salam and Hello.Since yesterday , aku macam down sangat-sangat.I don't know why tiba-tiba aku jadi macam down , and I be like stress and of course moody with a bit emo-temo. *ergghh*
Okay , I'm try to not think negative side right now and aku cuba cari kekuatan dekat sana sini and segala-galanya macam tak berbaloi.I hate to be like this , tiba-tiba rasa down , rasa macam sana sini lemah and of course tears all the time. *sheesh* Okay , sekarang ni memang aku tengah feeling down and I don't know why it's happen.Maybe aku tahu , but tak payah nak tulis sini.Aku cuma nak cakap nak bagitahu , aku sedih , aku down , aku moody , aku emo-temo and aku pun tak tahu lah apa lagi yang dah jadi dengan aku.How meh?Benci betul la sampai jadi macam ni.Humm , nak menulis pun terasa macam diiringi bantuan oleh inche emo-temo dan airmata.Heh.Nak menulis blog pun tak ada mood. ada mood tapi takut jadi merapu ke lain pulak.buat naya je. heh! Tambahan pulak sekarang ni tengah dengar lagu Erti Hari Ini , Aizat.Tak ada kena mengena dengan aku.But aku terasa macam entah.Sayu je lah pulak lagu ni. Hailah apa kena dengan aku ni? Ya Allah.. teruk betul down aku kali ini eh T_T Sampai terasa macam nak nangis je time menulis ni.Hadoii.

I have something , but I ignore it.
I have nothing and I regret it.
* i dont want be like that.i want to have something because i dont want nothing*
*tears*