Home

Showing posts with label produk. Show all posts
Showing posts with label produk. Show all posts

Monday, January 22, 2018

Perlukan Penyeri Untuk Hari Istimewa Anda? Scoop N Smile Ice Cream Adalah Jawapannya!

Orang kata sesebuah majlis tidak akan lengkap dan berseri tanpa makanan yang manis. Tetapi tidak semua makanan manis sesuai untuk semua peringkat umur. Dan juga tidak semua makanan manis itu adalah penyeri sebuah majlis. Jadi apa sebenarnya yang sesuai dan bakal menyerikan sesebuah majlis itu?



Haaa, kalau engkorang semua nak tahu, Scoop N Smile Ice Cream adalah jawapan kepada pelengkap dan penyeri sesebuah majlis. Macam mana Scoop N Smile Ice Cream boleh membantu sesebuah majlis menjadi lebih berseri dan lebih lengkap ni kan? Sudah tentu Scoop N Smile Ice Cream menjadi tumpuan untuk semua tetamu. Tidak kira usia tetamu sekalipun pasti ramai yang akan menyerbu ke booth ice cream. Betul kan?

Scoop N Smile Ice Cream yang beroperasi di Kuala Lumpur ini menyediakan perkhidmatan servis ice cream bukan sahaja untuk majlis perkahwinan semata-mata. Sekiranya engkorang semua ada membuat majlis aqiqah, majlis hari jadi, majlis rumah terbuka hari raya ataupun majlis korporat sekalipun dialu-alukan untuk menggunakan servis Scoop N Smile Ice Cream. Selain daripada itu keistimewaan Scoop N Smile Ice Cream ini ialah pilihan ice cream yang ditawarkan bukan sekadar ice cream biasa yang kita lihat sebelum ini. Antara ice cream yang cukup menarik minat Jijah ialah Durian D24, Paddle Pop, Cappuccino, Peppermint. Memang lain daripada lain bukan? 




Menggiurkan bukan? Lagi menggiurkan apabila berada di sesebuah majlis dan dapat menikmati bermacam jenis ice cream ini kan? Selain daripada perisa yang cukup rare dan berbeza ada beberapa sebab lain juga yang perlu engkorang semua memilih Scoop N Smile Ice Cream berada di majlis engkorang semua. Nak tahu apa?

Smile N Scoop Ice Cream memiliki 17 pilihan perisa yang berbeza dan juga sudah tentu sedap! Jadi engkorang semua boleh memilih diantara 17 perisa ini yang paling sedap dan paling terbaik di tekak engkorang seterusnya hidangkan buat para tetamu yang engkorang semua jemput. Pasti mereka semua akan seronok dan gembira berada di majlis engkorang semua. Malah, bukan kanak-kanak sahaja yang gembira, yang sudah bergelar ibu dan ayah ataupun atok dan nenek pun tumpang seronok sekali menikmati ice cream yang dihidangkan. 

Meh tengok apakah perisa yang disediakan untuk engkorang semua pilih nanti. Tengok perisa pun sudah menjilat bibir apatah lagi apabila ice cream itu dihidangkan nanti ye dak?

1. Coklat
2. Vanilla
3. Strawberry
4. Jagung
5. Yam
6. Durian
7. Chocolate Chip
8. Peanut sundae
9. Rasberry Ripple
10. Honeydew Mayo
11. Mango
12. Peppermint Chip
13. Coffee
14. Double Choc Chip
15. Honeydew
16. Cappuchino
17. Rainbow/paddle pop







Mesti engkorang semua pun tertanya-tanya bagaimana pula dengan harga dan pakej yang disediakan oleh Scoop N Smile Ice Cream ini kan? Ok engkorang semua boleh pilih harga mengikut bajet engkorang semua dengan pakej yang disediakan oleh Scoop N Smile Ice Cream yang tertera di bawah.

1)  500 PAX hanya RM 600

🌟 500 Standard Kon
🌟 4 Pilihan Perisa
🌟 2 Crew Lengkap Beruniform
🌟 1 Booth Besar
🌟 Special Aiskrim untuk Pengantin (Valid for Wedding Only)

2) 1000 PAX hanya RM 950

🌟 1000 Standard Kon
🌟 6 Pilihan Perisa
🌟 3 Crew Lengkap Beruniform
🌟 1 Booth Besar
🌟 Special 'Secret Recipe' Aiskrim utk Pengantin (Valid For Wedding Only)

Kalau nak tanya dengan lebih lanjut tentang pakej ice cream yang disediakan oleh Scoop N Smile ini , engkorang semua boleh terus menghubungi :


Whatsapp “SNS” ke 0194045873 (Wani)

Jangan tunggu lama-lama tau untuk menghubungi Scoop N Smile Ice Cream. Bukan apa, takut lambat-lambat nanti melepas. Dah lah pakej yang disediakan itu cukup menarik dan berpatutan. Jom hubungi dan dapatkan pakej Scoop N Smile Ice Cream yang dijamin bakal menggeletek tekak para tetamu di majlis engkorang semua nanti. 

Ada yang nak buat majlis apa-apa tak followers belog picisan Jijah untuk tahun ini? Kalau ada cepat-cepat booking servis Scoop N Smile Ice Cream laju-laju sebelum terlambat :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Wednesday, July 18, 2012

Produk Kecantikan Dan Kesihatan Ziana Zain - B.Lift Untuk Menjelmakan Seri Kecantikan Dari Dalam

Semua orang pasti mengenali Ziana Zain , penyanyi bersuara lantang yang mempunyai rupa paras yang masih anggun dan jelita meskipun sudah mencecah 40an. Kini Ziana Zain telah mengasaskan satu produk kecantikan dan kesihatan yang telah diberi nama B.Lift. Hah! Produk ini masih lagi baru dan rasanya tak semua orang mengetahui lagi tentang produk ini. Jijah ini pun dapat tahu daripada kawan Jijah yang juga peminat tegar Ziana Zain okay? HEHE. Haa..produk ini bukan Ziana Zain jadi duta tau tetapi Ziana Zain yang mengasaskan sendiri produk kecantikan dan kesihatan ini. Curlasttttt kak Ziana Zain kita! Hiks.



B.Lift by Ziana Zain


Jijah ada membaca serba sedikit tentang produk yang telah diasaskan oleh Ziana Zain ini. Bila membaca tentang kelebihan dan khasiat tentang produk B.Lift ini , ternyata memang banyak juga khasiatnya. Bukan untuk cantik semata-mata. Malah produk ini diasaskan untuk kesihatan juga. Secara dasarnya produk kecantikan dan kesihatan B.Lift ini ialah sejenis kolagen. Untuk yang tidak mengetahui kolagen adalah protein yang diagihkan secara paling banyak dan meluas dalam tubuh badan manusia. Fungsi utamanya adalah bagi mengekalkan struktur kulit serta organ badan dan ia juga bahan utama yang diperlukan dalam pembaikan struktur yang telah rosak. Hah! Ini aku copy dari web Ziana Zain gituh ! 


Banyak juga info yang Jijah dapat melalui pembacaan Jijah tentang kolagen yang terdapat di web Ziana Zain ini korang. Jijah pun baru tahu simptom-simptom kehilangan kolagen daripada badan. Antaranya :



  1. Kulit hilang keanjalan,pembentukan kedut pada kulit.
  2. Kulit menjadi kering dan kasar,kurang kelembapan dan merekah dengan mudah.
  3. Tona kulit menjadi kusam dan gelap,kuku menjadi rapuh dan rambut mudah gugur.
  4. Tidak dapat mengekalkan postur badan yang baik,otot menjadi kendur dan berubah dari bentuk asal.
  5. Garis halus disekitar dahi dan bibir serta lingkaran hitam dibawah mata.
  6. Kesakitan pada sendi,pinggul,dan bahu serta pergerakan mula terbatas.
  7. Tindak balas sistem imunasi badan yang lemah
Haaa! So kalau korang ada terdapat juga tanda-tanda yang begini , apa kata korang cuba mengambil B.Lift daripada Ziana Zain ini. Mana tahu selepas ini kulit korang akan bertambah cantik , wajah bertambah jelita serta vogeh dan paling penting kesihatan korang pun akan lebih baik daripada sebelumnya. Terutama para wanita khususnya kan? 

Kalau tadi Jijah tulis tentang simpom-simptom kehilangan kolagen kan? Kali ini Jijah nak menulis tentang apakah khasiat yang korang boleh dapati setelah pengambilan kolagen adalah :

  1. Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit.
  2. Memelihara kelembapan kulit.
  3. Menyokong baik-pulih tisu dari kecederaan otot dan tulang.
  4. Menguatkan otot dan tulang.
  5. Membantu hati dalam proses detoksifikasi.
  6. Memelihara kelenturan sendi.
  7. Mengurangkan keradangan.
  8. Memberi tenaga.
  9. Membantu pola tidur.
  10. Memulihkan penyakit saraf dengan membina semua lapisan protein pada saraf.
Hah! Banyak juga kebaikan yang boleh kita dapati setelah mengambil supplement kolagen ini. Senang cerita bagus untuk kesihatan kita sudah tentu. Kadangkala kita terlalu sibuk dengan kerja sehinggakan kita terlupa untuk menjaga kesihatan kita sendiri. Maka dengan pengambilan kolagen pasti kita bukan sahaja semakin sihat malah semakin cantik ! Kannnn? Siapa yang tak mahu cantik kan? Hiks. Banyak lagi info-info menarik tentang kolagen khususnya dalam web Ziana Zain. Nanti cuba korang singgah , pasti korang pun akan tertarik untuk membeli B.Lift by Ziana Zain ini. 






Cantik Sangat Ziana Zain!

Untuk yang berminat dengan produk B.Lift by Ziana Zain ini sangat-sangat digalakkan untuk membeli sekarang kerana mempunyai harga promosi iaitu dengan hanya RM 79.90 sekotak. Hah! Mana nak dapat harga supplement kolagen dengan harga yang begini kan? Kalau sudah habis promosi nanti harganya sudah berbeza! Jadi cepat-cepat dapatkan B.Lift by Ziana Zain dengan tawaran harga promosi yang menarik ini !

Jika korang berminat dengan produk B.Lift by Ziana Zain ini korang boleh membeli dan membuat pesanan dengan kawan Jijah iaitu Karlreef di talian 018-2553988. Jom lah korang membeli B.Lift by Ziana Zain ini bukan sahaja untuk kecantikan malah untuk kesihatan korang jugak gituh! Kalau korang nak tanya apa-apa pun boleh terus tanya kepada kawan aku itu k? Untuk info-info lanjut tentang produk B.Lift by Ziana Zain ini korang boleh terus melayari ke web rasmi Ziana Zain. Semua info ada disitu! Mari menjelmakan seri kecantikan dari dalam diri dengan B.Lift by Ziana Zain

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Thursday, November 4, 2010

Ini bukan cherita pasal Cuci The Muzikal...tapi...

Salam and Hello.Kali ni bukan entry nak cherita pasal cuci the muzikal ke hape ok? Hiks. Tapi pasal produk penjagaan kulit. Aku ni jenis kulit sensitif. Jadi tak boleh cuba sebarangan produk sebab sure kulit aku akan jadi merah atau lagi teruk. Dah macam-macam produk aku dah cuba nak hilangkan kesan parut jerawat. Tapi still sama. Sakit mata tengok kesan jerawat yang tak nak langsung hilang ni. Aiseh. Since beberapa bulan lepas aku try guna produk Elianto. Aku tengok produk dia macam best je.Hehe. Best , best jugak. Kalau yang jenis buat kulit aku makin teruk ,baik lupakan.

So ,aku pun tanya lah dekat salegirl Elianto tu. Produk jenis macam mana yang sesuai dengan kulit sensitif aku ni kan?Memang stress jugak nak pilih produk penjagaan kulit ni. Sebab aku punya kulit memang sensitif sangat. Nak main try and error pun cuak ok? Aku pernah pakai make up pun sampai kulit jadi gatal-gatal lepas tu.Tak pun kulit jadi merah , so better tak payah pakai nak menggedik semua. Sadis betul. Then salegirl tu cakap lah untuk kulit sensitif kena try yang jenis “Green Tea and Chamomile”. Sesuai untuk kulit sensitif dan juga berminyak kalau tak salah aku.


~ Produk yang aku guna sekarang and tak rasa nak tukar yang lain pulak. Heh.~




Aku beli je terus form cleansen , face scrub dengan tonner dia yang bau harum ok?Hiks. Ok lah , murah jugak lah sebab dia botol besar kan? Semua 1 set tu dalam RM 70 aku rasa. Tak apa sekali sekala berhabis duit untuk kulit dan penjagaan wajah. Bukan pasal apa , rimas dan sakit mata tengok kulit macam penuh dengan kesan parut jerawat. Adeh. Salegirl tu cakap , kalau nak hilangkan parut yang lama tu maybe susah lah. But kalau pakai selalu , insyaAllah boleh jugak hilang. Nak tengok hasil nya after 2 weeks macam tu lah. Ok , then aku try pakai Elianto ni kan?Memang ok lah dengan kulit aku.Tak ada berbintik ke , jadi gatal ke , makin teruk ke apa. Memang nampak makin ok sikit.Aku pun macam yakin sikit bila tengok kulit ok sikit.Lepas tu after pakai semua tu , mesti kulit rasa soft gila. Memang syok je pegang kulit muka.Hiks.



Then after aku guna 2 minggu after , memang tak nafikan kulit wajah macam ok sikit.Parut jerawat macam dah hilang sikit.Sikitlah , not overall. Then kalau time tumbuh jerawat then pakai Elianto ni means cuci muka lah kan. Memang after then dia tak akan tumbuh or jadi kemerahan ke kulit.Jadi ok je lah. Memang sangat sesuai untuk kulit sensitif macam aku ni. Tapi kalau macam tak cuci muka sebab lupa before nak tidur tu kan , memang esok kan terasa macam pasir je kulit muka.Sadis sangat. Heh. Tapi overall aku memang puas hati dengan Elianto ni. To me it’s suite to me yang ada kulit sensitif dan yang tak boleh pakai produk penjagaan kulit yang sembarangan kan?Tapi tak tahulah korang macam mana kan.Hasil pada kulit aku memang ok dan memuaskan lah jugak. Tak teringin nak tukar jenama lain dah.Before this banyak jenis produk jugak aku try tapi at the end hampa sebab tak ada perubahan malah makin teruk muka aku.Aiseh. Yelah , bukan tak bersyukur dengan apa yang ada sekarang but kalau boleh kasi licin jerawat dekat muka tu pun dah cukup syukur tau.Hehehe.




~ Memang best gila pakai benda ni. Sejuk je weyh -.-' fine aku jakun!~



And hari tu aku try beli mask letak dekat muka tu tau.Sebab dia ada macam-macam jenis.Aku disarankan beli yang jenis Aloevera memandangkan kulit aku sensitif kan?Jadi aku beli 2 sebab kebetulan tengah promosi kan.1 keping mask 1 ringgit. Gila kau , memang sumpah murah ok?Hiks. Now pun ada lagi 1 keping.Tak tahu nak pakai bila pulak. Memang dulu pernah try 1 produk ni punya mask. Gerhh , lepas tu kulit aku jadi gatal + merah. Mengada-ngada lagi cuba kan? Nasib lah kau labu… terus insaf tak nak pakai kan?Derhh -.-‘ Then salegirl tu cakap Aloevera okay je untuk kulit sensitif. So aku pun try lah kan?Then aku try , memang best gila. Sejuk gila muka. Kulit muka pun jadi macam lembut je.Sampai terasa macam best je pegang.Ngahaha.Gila jakun kan aku?Gerhh -.-‘ Tapi memang produk Elianto , so far aku memang suka gila sebab dia sesuai dengan kulit aku.Produk dia pun murah berbanding dengan produk lain yang kecik gila botol tapi 1 botol harga 20++. Mana makcik nak cari duit nak oii -.-‘ Erk? -.-‘ Hehehehe.

So , korang yang ada kulit sensitif macam aku , guna produk penjagaan kulit apa ek? Meh lah share-share jugak :) Hiks.


p/s: suka blog Miszlullaby yang banyak share tentang make up and kecantikan kulit :)


And dia punya birthday sama dengan aku rupanya. Hiks. Motif kecoh bagitahu sini? Erk. Heheheh.