Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Saturday, June 20, 2020

MEO and Rice Cooker

Ceritanya bermula begini, si MEO whatsapp sama aku.  Dia cari rice cooker yang bentuknya begini.  Macam thermos flusk bah ni tapi yang boleh masak nasi la.  Aku tanya untuk apa.  Then dia bagi tau la dia mau bawa bekal ke ofis dan masak nasi sebab di ofis dorang tiada kantin.  So, aku bagi tau la aku ada mini rice cooker yang aku tidak guna.



So, this is my mini rice cooker yang jarang-jarang sekali digunakan.  Hanya dipakai sewaktu mau ke oversea sahaja.  Bought this in 2013 tru' Groupon jenama SuGoal.  Aku pernah blog kisah rice cooker ni sebelum ini. Since i have 3 mini rice cooker,  so yang ini aku mau wariskan kepada si MEO la.  Harap dia gunakan sepenuhnya la.  Sayang juga kan kalau barang yang jarang dipakai ni... lama-lama akan jadi buruk juga.



Nahhh...comel bah rice cooker ni.  Kecil.  Boleh masak nasi 1-2 pot.  Sesuai sangat la kalau si MEO mau guna untuk dia 1 orang di ofis.




Tuesday, June 16, 2020

Ikan Masak 3 Rasa

Hari tu sis try memasak Ikan Masak 3 Rasa.  Walaupun 1st time masak ni.  Boleh tahan juga rasanya.  Sis dapat resepi dari Azie Kitchen.  So, hari ni sis mau kongsi tu resepi di sini.  Sengaja post di sini supaya kalau lain kali sis mau masak ni, boleh rujuk terus di blog sis sendiri.  Senang kan.  Tak payah mau google lagi.  Hihihi.



Bahan A (tumis):

4 ulas bawang putih (diketuk)
6 tangkai cili padi - dipotong kecil/hiris
1 inci halia - dihiris halus
1 batang serai (diketuk)


Bahan B (Sos):

2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar cili kering (blend)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
3 sudu jus nenas (nenas dalam tin)
sedikit minyak bijan


Bahan-bahan lain:

Daun limau purut (optional)
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu (optional)
kiub nenas dalam tin
Daun sup/daun bawang - untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Sedikit air


Cara-cara:

1.  Ikan dibersihkan dan ditoskan.  Lumur dengan garam dan kunyit.  Biar seketika.  Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan.

2.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.  Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi.  Goreng dengan minyak terendam ikan tersebut.  Setelah garing, angkat dan ketepikan.

3.  Panaskan minyak di kuali lain.  Pastikan minyak tidak terlalu banyak (nanti jadi ikan masak sambal).  Tumis Bahan A.  Setelah bawang kekuningan, masukkan Bahan B (sos) dan daun limau purut.  Kacau sebentar.

4.  Akhir sekali, masukkan bahan-bahan lain  iaitu bawang besar, tomato, nenas dan cili benggala.  Masukkan sedikit air.  Sesuaikan rasa garam, gula dan ajinomoto.  Biar kuah merenah seketika.  Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang.  Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Tuesday, June 2, 2020

Ikan Masak Asam Pedas

Hari ni i masak Ikan Asam Pedas Melaka/Muar style.  Resepi dishare oleh my biras (orang Muar) 😀.  Kalau aku rajin, aku memang akan post masakanku dekat blog pasal untuk memudahkan aku rujuk resepi/cara masak setiap kali mau memasak. Aku ni cepat pelupa.  Setiap kali mo masak memang aku akan refer buku/blogku 😆😅.

So, ini la dia masakanku yang tidak seberapa.  Merah sangat la mak ngah hahaha... but yang penting sedap 😆😆😆... i loikeee...


Ok tuan/puan, resepinya adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:

Ikan (i guna ikan jenahak merah - my favourite fish)
Bawang merah*  
Bawang putih*  
Bawang besar*  
Kunyit hidup*
Sedikit belacan*  
Lada kering (blend)
Serai (diketuk)
Daun kesum
Air asam jawa
Kacang Bendi
Tomato (belah 4)
Garam/ajinomoto
Minyak masak
Sedikit lada hitam (tetapi saya tidak letak)

Cara-caranya:

1.  Blend semua bahan-bahan bertanda * dan tumis hingga kuning/sedikit garing.
2.  Kemudian masukkan serai dan lada kering (yang telah diblend).  Tumis hingga pecah minyak.
3.  Masukkan air asam jawa, lalu masukkan ikan, sedikit air dan daun kesum.
4.  Apabila mendidih masukkan kacang bendi, tutup periuk dan kecilkan api.
5.  Masukkan tomato agak-agak sebelum ikan masak.
6.  Masukkan perasa dan matikan api.
7.  Siap. 

Senang kan 😄



Selamat mencuba gaisss 😊

Friday, May 29, 2020

HappyCall VS Tefal

Orang shopping raya beli baju/kasut.  Aku pula... beli periuk/pan.  Hahaha... ni gara-gara terpengaruh sama si Suzana. Dia bilang tu kuali/periuk jenama Happycall from korea bagus konok... ada diamond coating.  Jadi aku beli la sebab ngam-ngam ada discount 30% di Parkson and lagipun kebetulan hari tu adalah Bonuslink member's day sale... dapat la 5x ganda bonuslink points.  Weeehooo...

Aku beli 1 wok dan 1 periuk kecil color green yang comel untuk rebus telur/masak maggie 😁🤭. Selama ni aku setia pakai brand Tefal jak. Kebetulan Tefal pun ada promo pan set (2 pcs for RM120++), so terbeli la aku sekali.  Boleh la pakai untuk guring-guring ikan/telur 🤣. Terus 3 bah wok/pan ku pajak 🤣🤣🤣. Ni kali la. Pakai untuk 2-3 tahun la ni. Its about time juga sebab pan/wok yang ada di rumah sekarang ni sudah expire 🤦‍♀️🤷‍♀️. PKP punya pasal...hari-hari memasak 😁😁😁 

#goodforme #wok #happycall #tefal #happyme #doyouknowiloveperiukkuali? #incaseyoudidntknow





P/S:  Do you know i love periuk/wok/pan? Do check out my post year 2014 sebelum ni.

Thursday, May 28, 2020

Sup Tulang Gantung


Hari ni aku pesan sama laki suruh belikan tulang di Hong Seng Damai. Aku cakap ndak payah la beli tulang bidai sebab terlalu berisi. Muak aku kalo terlampau daging.  Aku ni suka tulang2..sebab isi nya sikit. 1 jam setengah aku tunggu di rumah. Bahan-bahan untuk sup sudah si Rika kasi sediakan tinggal tulang untuk dimasak dengan pressure cooker Philips (bukan NOXXA ya).  Sekali lakiku pulang, terkejut aku tingu tulang yang dibelinya. Sikit betul 😅. Sudah la kecil dan memang tulang (kurang isi), baru sikit lagi dia beli. 7 ketul jak ya. Harga dalam RM17.  Bayangkan untuk 3 orang makan. Macam gantung bah masak/makan. Harapanku masak tu sup boleh la dua kali makan (sampai ke malam) 😅😅😅. Ini sekali makan jak ya 🤣🤣🤣. Baru dia kesedapan lagi. Ketara gantung la kan 😅😅😅. 

Bila kamurang tingu gambar ni mesti lepas ni kamu mengunjar sup tulang kan. Hahaha. Macam mana cara kamu masak sup tulang? Aku punya style simple ja ya. 

Bahan-bahan:

Tulang daging
Bawang merah (blend)
Bawang putih (blend)
Bawang besar (blend)
Halia (blend)
Sup Bunjut
4 sekawan
Rempah sup
Serbuk lada hitam (ikut suka)
Kentang (optional)


Semua bahan ni aku masukkan dalam pressure cooker bersama-sama dengan tulang (tanpa tumis).  Actually kalau mau tumis dulu pun ok juga. Dua-dua cara aku pernah buat. Terpulang sama kerajinan masing-masing. Cuma kalau tumis tu ada sedikit berminyak nanti tu sup.  Guna pressure cooker memang cepat.  Daging cepat lembut. 30 minit ja siap. Tinggal letak perasa.  Bila mau hidang untuk makan letaklah daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Makan sama lada + kicap is my favourite... berpeluh-peluh sis. Hahaha...

Sekian.

Tuesday, May 26, 2020

Soto Ayam Hajah Rosmala

Today is soto day.  Soto ayam style "Hajah Rosmala" - from Tawau mariii... Thanks to my kazen Alicia Kee sebab share resepi soto mamak dia 😆. 

Bahan untuk sup: 

Ayam (saya guna separuh ayam)
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar 
1.5 inci halia 
2.5 inci lengkuas 
3 batang serai 
1 sudu makan ketumbar 
1 sudu makan jintan manis 
1 sudu makan jintan putih 
1 biji buah keras 
1 sudu besar lada putih 

1.  Kisar semua bahan di atas dan tumis hingga pecah minyak. Tumis bersama 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis).  
2.  Masukkan air dan ayam.  Rebus sehingga ayam sudah empuk masak.  Matikan api.
3.  Kemudian keluarkan ayam.  Ayam yang telah direbus tadi diletak kunyit, garam dan ajinomoto lalu digoreng sekejap (hingga warna brownish)
4.  Ayam yang telah digoreng tu dicarik-carik isinya.  Tulang ayam dimasukkan semula ke dalam sup.

Bahan untuk soto:

Mee hoon
Telur rebus
Bawang goreng (merah) (buat sendiri lagi sedap)
Limau (belah dua)
Daun Sup (potong halus)
Daun bawang (potong halus)
Pegedil (buat sendiri - resepi lihat di bawah)
Sambal lada (buat sendiri)
Nasi himpit (saya tidak letak sebab tidak suka)



Cara buat pegedil:

1.  Goreng kentang.
2.  Lenyekkan kentang semasa panas-panas (selepas angkat dari kuali)
3.  Apabila sudah lenyek, masukkan daun bawang, bawang goreng, garam dan ajinomoto.
4.  Ramas sebati dan bentukkan bulat.
5.  Celur pegedil ke dalam telur (yang telah didadar) sebelum digoreng.
6.  Goreng sekejap dan angkat.  Siap.


Tuesday, May 19, 2020

Biskut Coklat

PKP oh PKP.  Ko buat aku jadi rajin dan kreatif.  Hahaha... Projek seterusnya is bikin biskut coklat.  Nampak simple and senang tapi lamaaaanya la bah.... baru siap 😅😅😅.  Maybe sebab ovenku kecil.  Hanya boleh masuk 1 tray saja untuk membakar.  Setiap 1 tray dibakar selama 30 minit.   Bayangkan bah dari jam 10.30am aku and Rika memerojek,  jam 3pm baru selesai membakar.  Dan akhirnya... hanya dapat 1 balang setengah saja 😅😅😅. FYI, resepinya ni gue dapat dari instagram @bawangchannel.  




Resepinya boleh tengok dekat bawah ni yer.  Mana tau you ouls nak cuba 😀😀😀


Saturday, May 16, 2020

My Ikan Steam Kerapu Merah

Hari ni laki beli ikan kerapu merah dari pasar Menggatal.  First time la membeli ikan kerapu ni.  Sebab aku balik-balik suruh beli ikan yang aku boleh steam guna my TRIO.  Jadi betul-betul dibelikannya aku ikan kerapu.  Bukan alang-alang ya.  Beratnya 1.1kg.  Harganya cuma RM17.00.  Hokayyy.... that was cheap ya. 

Jadi, aku pun semangat la mau men-steam ini ikan.  Resepi stim ikan kali ni aku mau cuba guna resepi dari my friend si Suzana sebab aku nampak dia selalu post-post gambar ikan stimnya dekat IG yang nampak sangat menarik.

Aku siap gambar ikan tu dan send sama bapaku.  Bapaku call aku and ajar cara potong tu ikan supaya ikan tu boleh dikasi tiarap di atas piring 😆😆😆.  Well, food presentation is very important.  Preparing untuk stim ikan ni sekejap sebenarnya.  Mudah dan sangat senang sebab bahan-bahannya tidak banyak.  Memang semua bahannya ada dalam icebox sudah.

So, menu berbuka puasa hari ini adalah sangat simple.  Ikan kerapu steam kicap and sayur sawi garlic.  Ikan tu masak ngam-ngam waktu berbuka. Dia punya rasa.... maigattt... Wow! SANGAT SEDAP! And tidak mengecewakan.  Thank you Suzana.  I lop u 💖💋. #achievementunlock! Hahaha..




I want to share with you gais dia punya resepi di sini.  Mungkin ada yang berminat mau cuba kan.

*Bahannya:

1 ekor ikan kerapu merah
Fish sauce (Entah apa brand)
Seafood sauce (aku guna Lee Kum Kee)
Sos tiram (juga from Lee Kum Kee)
Kicap soya cair (aku guna KIKOMAN)
Lada putih
Sesame oil (minyak bijan)
Sikit gula
Maggie Cukup Rasa

*All mix with hot water.  Baru siram atas ikan, perap kejap.  Aku perap dalam 30 minit gitu. Then steam tu ikan.  Aku set 20 minutes guna steamer TRIO ku.  Memang power.

5 minit sebelum ikan tu masak, aku masukkan halia hiris.  Then after 20 minutes, ikan sudah masak... baru la i tabur aksesories.  Korang boleh letak apa ja yang korang suka.  Yang ni aku letak halia hiris (goreng), bawang putih dicincang (goreng), daun bawang (hiris) dan daun sup.  Kalau ada daun ketumbar lagi wangi.  Tapi since tiada ketumbar, aku kasi letak daun sup ja la.  But before aku letak aksesories, aku tuang lagi sedikit minyak bijan di atas ikan supaya wangi.  Kasi perfume-perfume dia sikit 😆.  

Okay, selamat mencuba.

Sunday, May 10, 2020

SUKATAN GRAM KE CAWAN



Sejak PKP and lebih-lebih lagi bulan puasa ni, sis rajin menggoogle masakan dan resepi kuih.   Tapi masalahnya setiap kali mau buat masakan/buat kuih tu, kena google lagi conversion sukatan. Ya la.. ada sukatan yang dalam gram.  Kadang ada sukatan yang dalam cawan.  Mana la aku biasa sukatan-sukatan ni sebab bukannya aku ni selalu memasak/baking kan.  So, time google-google untuk cari conversion sukatan, i found this very interesting blog pasal sukatan gram ke cawan.  Korang boleh tengok dekat blog dia ataupun tengok dekat sini pun boleh.  I sudah copy sukatan ke sini untuk memudahkan sis  buat rujukan di masa akan datang.  So, here it goes.

SUKATAN TEPUNG 

10 gram = 2 sudu kecil
15 gram = 2 sudu besar
45 gram = 1/4 cawan
65 gram = 1/2 cawan
90 gram = 3/4 cawan
125 gram = 1 cawan
250 gram = 2 cawan
500 gram = 4 cawan

SUKATAN GULA

10 gram = 1 sudu kecil
15 gram = 1 sudu besar
80 gram = 1/4 cawan
125 gram = 1/2 cawan
190 gram = 3/4 cawan
250 gram = 1 cawan
500 gram = 2 cawan

SUKATAN MENTEGA

10 gram = 1 sudu kecil
15 gram = 1 sudu besar
80 gram = 1/4 cawan
125 gram = 1/2 cawan
190 gram = 3/4 cawan
250 gram = 1 cawan
500 gram = 2 cawan

SUKATAN CECAIR

50ml = 1/4 cawan
125ml = 1/2 cawan
180ml = 3/4 cawan
250ml = 1 cawan
1000ml @ 1 liter = 4 cawan (1 quart)


Thank you Nota Chenta Mummy for sharing this info.  Sangat bermanfaat.

Saturday, May 9, 2020

Ayam Rendang dan Kuali Tefal

Hari ni aku rasmikan kuali baru. Ni kuali wok Tefal aku sudah lama beli tapi terperuk dalam stor mau 1 tahun lebih juga mengkali.  Hanya kerana PKP terkeluar juga dia.  Itupun disebabkan kuali-kuali/pan yang lain sudah mo expire.  



Jadi hari ni sis masak ayam rendang kunuk.  Tapi jangan kamu silap ya.  Sis beli homamade pes dari Dapur Pak San.  Self collect dekat rumahnya.  Jadi kiranya instant la bah masaknya ni 🤣🤣🤣.  Ndak payah lagi bubuh bawang segala.  Direct tumis pes tu.  Tinggal letak santan, asam keping, daun limau purut, daun kunyit, kerisik etc.  Ndakku pandai eh memasak masakan leceh yang memerlukan penyediaan yang lama.  Mujur ada Pak San tolong sis.  Kejap ja sis masak.  Sedap pula tu.  Siap makan dengan kelupis.  Kelupis tu order sekali dengan Dapur Pak San.  Korang boleh check FB nya kalau mo order ya.  Harga pes sekontena is RM15.00.  Boleh masak untuk 2-3kg ayam.  Manakala harga kelupis pula RM0.80 sebiji siap ada free kuah kacang.




Friday, May 8, 2020

My First Trial Puding Caramel

Sejak menjak PKP ni... rajin pula masak memasak.  Hihihi.  So, hari ni aku mau share resepi puding caramel yang aku buat hari tu.  Puding caramel ni is my favourite sebenarnya.  Kalau jual di kedai sepotong (1 slice) kadang ada yang RM4.00.  Mahal.  Jadi tetiber... menggoogle la cara-cara membikin puding ni.  Rupanya senang pulak ya.  So, here it is.  My first trial buat puding caramel.

Bahan untuk gula caramel:

90 gram gula
5 sudu makan air
Sedikit mentega

Cara-cara:

1.  Mula-mula buat gula caramel terlebih dahulu.  Masukkan gula (90gram) ke dalam periuk.  Masak dengan api sederhana.  Kacau sentiasa hingga cair dan bertukar perang.  

2.  Kemudian kecilkan api dan masukkan air (5 sudu makan).  Kacau dengan pantas supaya gula caramel tidak hangus.  Kacau rata hingga gula hancur sebati dan tutup api.

3.  Sapu sedikit mentega di permukaan acuan.

4.  Masukkan gula caramel ke dalam acuan dan asingkan.


Bahan-bahan untuk puding:

5 biji telur
500ml susu sejat/susu segar (saya guna susu cair jenama IDEAL)
80 gram gula
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

1.  Panaskan susu sejat ke dalam periuk bersama gula di api yang kecil.  Kacau sentiasa supaya gula hancur dan tidak mendidih.  Matikan api.

2.  Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam adunan dan putar selama 10 saat sahaja (jangan sampai telur kembang)

3.  Kemudian masukkan susu yang telah dimasak tadi ke dalam adunan dan kacau rata hingga sebati.  

4.  Akhir sekali masukkan ke dalam acuan perlahan-lahan.

5.  Kukus selama 40 minit hingga masak.


Tadaa... siap sudah puding caramel saya.  FYI,  untuk bikin puding ni, aku tingu dari sini.  Korang boleh tengok cara-caranya dekat situ.  Memang mudah dan sekejap saja.


Setelah puding sejuk (agak-agak dalam sejam begitu), potong keliling puding dengan pisau tajam dan terbalikkannya di atas piring (yang dalam) sebab takut air puding meleleh keluar.  Jangan jadi macam aku.  Adakah aku pakai pisau butter 😹😹😹.  Sumpak bah siring-siring pudingku.  Hahaha.  Masukkan puding ke dalam peti sejuk untuk disejukkan.  


But... still cantik juga bah.  Bukan juga pertandingan kan.  Hahaha... my first trial. So, not bad la.  Puji diri sendiri lagi... Hahaha... bangga bah dapat bikin puding.  Kah kah kah.   





Ndak sangka ooh menjadi juga aku bikin ni puding.  Sedap pula tu.  Rasa gula hangusnya pun sedap.     Ni kalau mamiku nampak ni mesti dia senyum.  Hahaha... Well, kalau aku bikin agar-agar pun dia sudah bangga.  Apa lagi kalau up sikit.  Tau la... aku kan paling kurenggg mahir dalam bab-bab masakan dalam family.  Tapi yang lucunya, saya ada restoran pulak.  Can't believe it.

By the way, mau juga share cerita di sebalik penyediaan puding ni.  Masa aku tengah kukus puding tu dalam periuk kukus.  Tetibe... periuk kukus aku buat hal.  Periuk aku bucur  😱😭.  keluar-keluar air. Panik nya makkk.  Mujur jumpa periuk lama (periuk indon bunga-bunga) hahaha.  Nasib size tu ngam ya.  Hahaha.  Jadi moral of the story, ini membuatkan aku bersemangat untuk membeli food steamer letrik.  So, entry/post seterusnya adalah pasal food steamer.  Thanx for reading my post.



Tuesday, May 5, 2020

Resepi Nasi Minyak Simple

Haiiii everythinggg.... hari ni kita belajar masak nasi minyak yang mudah dan sedap.  Ni first time sis masak nasi minyak.  Al maklumlah... PKP... terpaksa la memasak di rumah dan belajar masak ikut dalam internet/youtube... gitewww dong.

Ok jom.  Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:

3 pot beras basmathi (sis guna beras jenama Moghul Faiza Basmathi)
4 pot air (sis guna sukatan pot/cup nasi tu)*
1/2 pot susu sejat (susu Ideal)*
1/2 cawan kismis
1 kiub ikan bilis (maggie)
1 batang serai (titik)
2 helai daun pandan (simpulkan)
4 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris kasar)
3 sudu besar minyak sapi
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 biji pelaga
1/2 sudu teh garam
Kacang Gajus (diletak semasa nasi sudah masak)


Nota:
Sukatan beras dan air* 
1 pot beras bersamaan dengan 1 1/5 pot air (1.5)
3 pot beras bersamaan dengan 4.5 air (air termasuk susu sejat)


Cara-caranya:

1.  Mula-mula cuci beras dan rendam dahulu selama 20-30 minit.  Kemudian beras ditapis dan ditoskan.  Masukkan dalam periuk nasi.

2.  Panaskan minyak sapi dan masukkan daun pandan, serai dan 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang cengkih dan pelaga).  Tumis hingga harum.

3.  Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris serta kiub ikan bilis.  Tumis hingga harum baunya. 

4.  Masukkan susu cair.  Kemudiaan masukkan air.  Gaul sebati.

5.  Masukkan kismis.  Perasakan dengan garam.  (Sis guna 2 sudu kecil serbuk Maggie cukup rasa).  Kacau rata.  Matikan api.

6.  Tuang ke dalam beras yang telah ditoskan di dalam periuk nasi tadi.  Masak seperti masak nasi biasa.


Bila nasi sudah keep warm, buka penutup periuk dan gaul sebati nasi.  Kemudiaan tutup periuk dan biarkan nasi kering.

 

Taburkan kacang gajus 2  minit sebelum kaut nasi (dihidang) supaya kacang tidak terlalu lembik.




Yeayyy... my nasi minyak is sudah ready untuk dimakan.  Dap-dap.. mudahkan.




Monday, May 4, 2020

Ayam Goreng Sedap Versi Michael Ang

Haii... hari ni sis nak share resepi ayam goreng sedap versi si Michael Ang.  Sis dapat resepi ni dari instagramnya.  Boleh tengok cara-cara penyediaannya dekat instagramnya.

Bahan-bahannya:

Chicken wing
Serbuk paprika or chili powder
Serai (dikisar kering)
Daun Limau Purut (dikisar kering)
Sedikit Tepung Jagung + Tepung Gandum (Nisbah: 90/10)



Gaul sebati semua bahan-bahan di atas dan perap.  Lagi lama perap lagi bagus. Kalau perap 1 malam pun ok.



Selepas tu goreng... siap untuk dimakan.  Dapppp.... cuba la...



Thursday, April 23, 2020

Sup Sayur Cendawan

Hi ouls!  Hari ni sis mau share resepi macam mana mau masak sup sayur cendawan tiram.  Simple ja... tapi sedap.  Ngam ni untuk menu orang diet-diet.  Hihihi. 

Ok, bahan-bahannya seperti berikut:

1 paket cendawan (dicarik-carik/ikut suka)
Sedikit sayur sawi (ikut suka/nak campur boleh...tak nak pun ok)
4 biji bawang merah (hiris)
2 biji bawang putih (hiris)
1 biji tomato (belah 4)
1 biji lada besar/merah (belah 2)
Sedikit ikan bilis
Serbuk lada putih
Perasa (garam/aji)
Daun Sup (hiris)

Cara-caranya:

1.  Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih.  
2.  Setelah kekuningan, masukkan ikan bilis.
3.  Apabila wangi, masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah.
4.  Setelah mendidih, masukkan cendawan, sayur sawi, tomato, lada merah, serbuk lada putih dan perasa.  Matikan api apabila sayur/cendawan sudah mulai masak.
5.  Akhir sekali, masukkan daun sup dan tadaa... jadi la sup sayur cendawan sia.  Sedia untuk dimakan 😁😁😁.




Monday, April 20, 2020

Ayam Masak Serai Thai

Hai gais... hari ni sisthur masak ayam masak serai Thai kunuk.  First time masak ayam serai-serai ni.  Biasa kalau kepak ayam ni aku goreng jer.  Resepi ni sisthur nampak dari FB/IG ya.  Yang tiada idea mau masak apa tu, boleh la cuba resepi ni.  Sedap jugak.



Bahan-bahan:

6 kepak ayam*
1 tsp serbuk kunyit*
Garam*

*Gaulkan semua bahan di atas, goreng ayam hingga masak tapi jangan terlalu garing.

Bahan-bahan sambal:

2 batang serai diketuk
5 helai daun limau purut
1 sudu makan sos seafood
1 sudu makan sos ikan
1 kiub pati ayam
Gula secukupnya
1 biji limau kasturi (ambil jusnya)

Bahan kisar:

5 biji cili besar/merah
6 biji cili padi
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

Cara-cara memasak:

1.  Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi
2.  Masukkan serai dan daun limau purut.
3.  Kacau rata masukkan kiub ayam
4.  Masukkan sos ikan, sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi
5.  Kacau rata, masukkan ayam goreng tadi.
6.  Tambahkan 1/2 cawan air, masak hingga pecah minyak.
7.  Tutup api, sedia untuk dihidang 😊😊




Saturday, April 18, 2020

Sausage Cheese Roll

Hari ni kita belajar macam mana mau buat Sausage Cheese Roll yang senang.  Cara-caranya sungguh mudah dan cepat.  Ok jom lihat.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1.  Roti Gardenia (tapi sis tiada roti gardenia so sis guna saja roti sandwich yang dibeli dari kedai Strawberry cakehouse).
2.  Sosej
3.  Telur
4.  Cheese
5.  Serbuk roti atau keropok nachos perisa BBQ (hancurkan)



Cara-caranya:

1.  Rebus sosej terlebih dahulu.



2.  Kemudian ambil roti then giling roti untuk bagi nipis.  

3. Lepas tu, letak cheese dan sosej di atas roti dan gulung


4.  Then, rendam dalam telur


5.  Baru golekkan dia ke atas keropok nachos yang telah dihancurkan.  So, keropok nachos tu akan melekat di roti macam ni.


6.  Selepas tu masukkan dalam peti sejuk selama 1/2 or 1 jam gitu.  Baru la digoreng.


7.  Tadaa... siap untuk dimakan.  Selamat mencuba 😁

Wednesday, April 15, 2020

Mee Goreng Udang

Saja la nak post gambar Mee Goreng Udang yang sangat sedap dimasak oleh sis sendiri hahaha.  Biar  simpan di sini untuk tatapan diri sendiri.



FYI, kalau sis goreng mee, sis akan guna mee cap udang (Sandakan Mee) ya.  Ni nah gambarnya.  Selalu sis beli di Sunny Supermarket Tg. Aru ada jual.