Saturday, June 13, 2015

Pre Convocation Outdoor Photoshoot by FlyMeLovePhotoWork

Bismillah...

ok. ini bukan entry berbayar. entah kenapa hari ni terasa macam baik hati nak promote kehebatan abang karl dan lan aka photographer kitorang untuk pre-convo photoshoot tempohari. Apa yang best mengenai diorang ni.

Pertama. diorang sangat punctual dan menepati waktu.

Kedua. gambar-gambar yang diambil super awesome.

Ketiga. tak lokek mengajar pose itu dan ini memandangkan kami ni bukan lah model yang reti bergaya sakan. jadi. paham paham jelah.

keempat. dah lah. penat lah puji lelebih. :P

ok. jom layan gambar Pre Convocation by FlyMeLovePhotoWork






















naaa. ok kan gambar depa ambik. jadi kalau minat dan kenan nak ambik gambar cun cantik menawan dan manis cenggini jugak. boleh pi lawat : 

ig: karlheirirazali : weshootpreconvo

atau whatsapp terus 019-3075452

depa ambik murah je. bukan untuk convo je. pre wedding. post wedding. baby shower. engagement. dan memacam lagi. :))

KONVOKESYEN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KALI KE-5


Bismillah.

Ish. kau ni betul betul macam chipsmore lah kiwi. 3 bulan baru nak muncul balik. hehe. janji haritu nak update selalu. tapi nilah dia. jarang benar munculnya. Maaf ye. takpa. malam ni aku bagi kaw kaw punya. engkorang boleh baca sampai muntah. heee :P

Sila bersedia.

ok. tengok tajuk pun tahu dah aku nak update apa. heee. Tentunya pasal hari kegemilangan seorang kiwi setelah 5 tahun setengah dia bergelar student kekal remaja di IPG Kampus Kota Bharu.

Masuk paper muka iols. fames kejak
Walaupun sekarang aku dah jadi cikgu manis dekat Bumi Kenyalang yang awesome ni. Namun, dek kerana keremajaan yang tiada tolak bandingan. aku tetap dipanggil 'student' oleh makcik-makcik dan kakak-kakak di pasaraya. ehem! Mohon semua jangan buat muka. aku nampak ni! Ngeh ngeh ~

sebelum perarakan graduan masuk dewan
10 Jun 2015. Tarikh bersejarah. Penat lelah 5 tahun setengah di IPG akhirnya dapat dibuktikan dengan penerimaan segulung Ijazah. Alhamdulillah. Thumma Alhamdulillah. Tahniah buat diri dan kawan-kawan. Terima kasih buat hab, ham, adik beradik, saudara saudari cikebum, lecturer dan kawan kawan yang begitu dicintai. kejayaan ini kejayaan bersama. :)

Tak dapat nak cerita perasaan masa masuk dewan haritu. Macam macam rasa ada. Kau tahu pulak Abah, Mama dan saudara saudari cikebum tengah perhati kau. Baik punya tenung pulak tu. memang berdebar lah ye dak. heee.

Dan dan pulak masa tengah nyanyi lagu Negaraku, lagu Ipg tiba tiba kau rasa sebak. nak nangis. uish. perasaan apa ni. bergenang air mata. Padahal 5 tahun dulu. takda pulak kau nak sentimental sangat. Biasalah. Konvo bro. Hari kau dirai kan. kasi can lah. hee :)

Seronok sangat. ambik scroll pun sengih habis. walaupun aku sangat tak selesa jalan atas pentas dengan kasut besar saiz 8 yang aku pinjam dari ntah siapa-siapa. tapi disebabkan aku ada keyakinan yang begitu tinggi haritu. aku hadiahkan senyuman manis pada Dato' Sri Khair Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Terima kasih Dato' sudi bagi sarung scroll tu. Terima kasih juga untuk awak yang kasi pinjam kasut saiz 8 tu. :))

sengih baik punya

first class degree :')

Lama betul dalam dewan. pukul 12 lebih baru majlis berakhir. masa tu graduan semua beratur keluar dewan dengan rasa tak sabar-sabar nak jumpa orang tersayang. Masa jalan keluar tu. aku nampak muka abah, mama dan saudara saudari cikebum. Lambai jelah boleh. protokol kan. takkan nak melonjak masa tu.

kat luar seramai-ramai orang ada. cuaca pulak sepanas-panas boleh. dengan kau punya jubah. punya mortar board. memang rimas. tapi untuk kali ni. gigih aku pakai. ke hulu ke hilir cari abah, mama dan saudara saudari cikebum. akhirnya jumpa.

dapat bunga. satu dari abah dan mama. satu dari saudara saudari cikebum. TERIMA KASIH!!

bunga ros. bunga kekwa

ambik gambar... ambik.. dan ambik...

hab dan ham yang dicintai

jumpa kengkawan pulak. ambik gambar. ambik dan ambik.

cik sal. fasihah. pikah. kiwi

lepas solat zuhur. balik.

ok. boleh nak mula fikir untuk sambung master. ehem!

hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...