alhamdulilah hari ini genap 3 bulan anak mama kalau mengikut tarikh..tapi kalau ikut kantung masa mama scan dekat KK terlebih 5 hari..walhal patutnya anak mama masa tu baru aja 11 minggu 5 hari..tapi kantung dan saiz anak mama sudah 12 minggu 3 hari..anak mama ni kira tinggi jugak..ukuran masa tu sudah 59.5mm..alhamdulilah..janji anak mama sihat..
mama tak putus zikir dan berdoa supaya anak mama dalam kandungan sihat.mama hanya mampu berdoa..tapi semua kerja Tuhan..mama berharap doa mama di makbulkan Tuhan..insyaALLAH..adanya anak mama dalam perut cukup bermakna buat mama dengan baba..
bulan lepas mama cek kali pertama masa 6 hari bulan 1 di klinik desa rawang..HB mama masa tu 11.5..nurse cakap patutnya kena 12 baru cantik untuk ibu mengandung..lepas aja balik dari KD terus mama google cara nak menaikan HB..kena makan hati ayam,tauge,buah anggur,buah jambu..kena pantang minum kopi dengan teh..jenuh jugak mama tahan minum teh..tapi apakan daya kadang-kadang mama terlepas jugak minum teh tarik buatan ibu dengan mak mertua mama..sukar mama nak hindar ketagihan itu..tapi kerana anak mama,mama tahan jugak..alhamdulilah..mama cek bulan ni HB mama genap 12.mama senyum lebar bila nurse bagi tahu mama HB mama cantik...syukur sangat..
lepas aja cek di KD mama kena pergi KK untuk scan..punyalah mama excited nak tengok anak mama..tapi apakan daya mama dapat tengok kejap aja..maklumlah doktor KK tak berapa nak layan sangat..mama kena jugak pergi klinik swasta untuk tengok anak mama..sabar ya..insyaALLAH lepas baba gaji mama pergi tengok awak..hari-hari mama kendung awak..mama tengok perut mama di cermin..suka pulak mama perut mama makin membuncit..alhamdulilah..mama tak sabar nak tengok awak membesar di perut mama..di sebabkan perut membesar mama jadi kuat makan..tapi berat badan mama tak naik..mungkin anak mama yang kuat makan..