Monday, March 15, 2010

NAMA...

"KARYA SAMAD"

Nantikan bulan Oktober 2010...

Tuesday, March 09, 2010

HAPPY BIRHDAY!!!





Aku dah tua 24 tahun...

Friday, March 05, 2010

DAH JUMPA...

Aku dah jumpa dan dah pilih...
Untuk projek tahun akhir bulan Oktober (mungkin)...
Aku akan jadi tokei panggung untuk dua naskah drama...

DI MANA BULAN SELALU RETAK...A. SAMAD SAID

RUMAH KEDAI DI JALAN SELADANG...A. SAMAD ISMAIL

Langkah pertama?

minta kebenaran la...

Thursday, March 04, 2010

PROJEK TAHUN AKHIR - DEGREE SHOWCASE...

Sedar tak sedar aku hampir sampai ke tahun akhir pengajian Sarjana Muda...
Yess!!!
Selepas ini aku akan mendapat gelaran 'Graduan Pengurusan Industri Kreatif'...

Aku sudah menetapkan untuk menguruskan dua buah produksi teater...
Dijangka bulan Oktober 2010 akan terlaksana...

Namun masih menjadi serabut fikiran ini untuk memilih naskah drama yang sesuai...
Aku bukan pengarah, aku bukan pereka (designer)...
Aku hanya pengurus a.k.a tokey panggung...

Sebelum senarai naskah ini hilang dari fikiran, baik aku nytakan dahulu:

- Rumah Kedai Di Jalan Seladang (A. Samad Ismail adaptasi Johan Jaafar)
- Salina (A. Samad Said adaptasi Johan Jaafar)
- Wira Bukit (A. Samad Said)
- Di Mana Bulan Selalu Retak (A. Samad Said)
- Langgam Merdeka (Saat Omar)
- Deejavu (Ismail Kassan)

SAYA PUTAR ABANG HALIM!!!

Wednesday, February 03, 2010

KONGSI ARTIKEL: CHEF WAN AKUR (HARIAN METRO 3/2/10)




RUMUS:

Chef terkenal; Chef Wan akhirnya akur dengan tawaran penganugerahan pingat kebesaran...
Pingat yang membawa gelaran Datuk...
Menurut Datuk Chef Wan, beliau telah ditawarkan sebanayk 4 kali sebelum...
Namun tawaran itu terpaksa ditolak atas alasan peribadi...
Setelah dipujuk ibunya, beliau menerima juga tawaran tersebut...

Datuk Chef Wan banyak memperkenalkan masakan Malaysia di luar negara...
Boleh dikatakan Datuk Chef Wan adalah duta masakan Malaysia...
Walaupun berkelulusan akautan, namun dengan minat yang mendalam beliau terus menjadi chef...
Selain pingat kebesaran, Datuk Chef Wan juga pernah menerima anugerah di peringkat antarabangsa dan dalam negara...

KONGSI:

Syukur...
Tahniah...
Semoga lebih berjaya Datuk...

Aku ada sedikit terkejut Chef Wan menerima gelaran Datuk...
Dalam kepala aku terbayang "kerja tukang masak pun boleh dapat Datuk"...
Tukang masak pofesional peringkat antarabangsa selayaknya dapat...

Teringat aku kepada beberapa individu @ kumpulan yang bersusah payah mempromosikan lagu Malaysia, membawa nama Malaysia & sebagainya yang berkaitan dengan Malaysia tapi tiada apa-apa anugerah pun...
Kumpulan nasyid Raihan!
Aku sangat tabik kepada Raihan kerana telah memeriahkan muzik nasyid Malaysia di luar negara...

Ada juga individu yang tidak banyak jasa namun mendapat gelaran...
Dengan bayaran RM 10,000 pun sudah boleh mendapat gelaran...
Opsss!
Aku tak boleh cakap banyak sebab nanti kena tangkap...

Tuesday, February 02, 2010

KONGSI ARTIKEL: BLOG ONDSCENE (2/2/10)




RUMUS:

Petikan gambar dari blogger Ondscene...
Beliau sempat mengambil gambar beberapa orang pengemis...
Pengemis ini meminta sedekah dari kereta ke kereta yang lain...
Kejadian berlaku di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) simpang ke TTDI...

KONGSI:

Pengemis mengemis dari kereta ke kereta yang lain...
Aku pernah mengalami situasi ini dan melihat situasi ini...
Mengemis dari meja ke meja pun ada...

Pendapat aku mereka ini bukan rakyat di mana Perdana Menterinya DS Najib Tun Razak...
Mereka ini sememangnya tidak mengenal apa itu 'pergi' @ 'tidak mahu'...
Jika dihalau mereka tetap akan melekat di kereta kita...
Percayalah pendapatan mereka kalau mengemis sebegitu boleh mencecah RM 50...

Aku pernah diketuk cermin kereta oleh pengemis ini...
Kejadian berlaku di tempat letak kereta Kompleks PKNS Shah Alam...
Seorang lelaki berjubah putih membawa tasbih...
Aku menghalau dengan cara hormat; mengatakan tidak bersama senyuman yang ikhlas...
Namun lelaki tadi terus memaksa...
Aku tetap mengatakan tidak...
Dia mengetuk @ menumbuk pintu kereta...
Tanpa berfikir panjang aku keluar kereta untuk melempiaskan geram...
Mujur beberapa pemandu yang lain menenangkan keadaan...

Aku yakin ini bukan tindakan rakyat Malaysia...
Rakyat Malaysia semuanya berbudi bahasa dan bijak berfikir...
Aku percaya itu...

Sepatutnya apakah tindakan aku?
Perlukah melaporkan kepada pihak berkuasa?
Namun ada ke pihak berkuasa yang sanggup menunggu di jalan raya ibu kota semata-mata ingin menangkap mereka?
Berapa cepatkah pihak berkuasa mengambil tindakan selepas laporan dibuat?

Selepas pengalaman aku, aku sentiasa mengunci pintu dan bersiap sedia jika ada pengemis ini datang...

Monday, February 01, 2010

KONGSI ARTIKEL: ADUKA TARUNA (BLOG MAZIDUL AKMAL SIDEK)





RUMUS:

Blogger Aduka Taruna (AT) tiba-tiba menjadi siulan ramai...
Laporan yang dileparkan kepadanya berkaitan tulisan menghina Almarhum Sultan Johor...
Sejurus itu berpuluh-puluh laporan polis dibuat kepadanya...
Akibatnya AT direman selama 4 hari dan dibebaskan dengan ikat jamin RM 5,000...
Sebutan kes dibuat semula pada bulan Mac...

KONGSI:

Benar kata kawan aku...
"TEKNOLOGI MENYUSAHKAN"
Tapi tidak semua teknologi itu akan menyusahkan manusia yang menggunakannya...
Semuanya bergantung kepada niat hati si pengguna...

Bagi kes AT ini, niat hatinya adalah untuk menzahirkan perasaan dan pandangannya...
Akan tetapi niat hatinya itu sama sekali salah di sisi undang-undang...
Tidak salah memberikan pendapat...
Tapi salah memberikan pendapat yang menyentuh isu sensitif masyarakat...

Gunakanlah teknologi yang diciptakan oleh Allah dan dizahirkan oleh manusia ini...
Jangan sampai nikmat manusia ditarik semula oleh-Nya...
Jangan sampai kita kembali ke zaman kurun ke-10...

Gunakan sebaiknya...