Showing posts with label Kembali. Show all posts
Showing posts with label Kembali. Show all posts

Tuesday, July 21, 2009

K.i.T.a H.A.n.Y.A. M.e.R.A.n.C.A.N.g


Allah jua yang menentukan,
Perjalanan hidup,anak,jodoh,hidup dan mati
Semuanya telah diaturkan.
Awal2 pagi lagi...hati sudah terasa kurang senang
Nak mengemas pon malas,walhal...dah janji dgn suami
Pagi tu dah ckp dgn dia,x boleh ke kalau balik terus pagi Rabu tu?
Suami kata dia ada mesyuarat penting di sekolah,kena attend
Dia balik je terus bertolak ke Terengganu
Pagi tu masih sempat lagi berchit-chat kat Ym dgn kak Angel
Siap masak ikan goreng dgn sambal kentang dgn tauchu
Dah nak balik kampungkan...habiskan menda2 lam peti ais + masak pon
Yang senang dan mengenyangkan.
Pukul 2.45 baru suami pulang,hati sedikit geram
Risaukan MIL yng terlantar di CCU,dlm kepala ni
Takut benar x sempat berjumpa,melawat dia di hospital.
Tiba2 teringatkan abah yang asyik bertangguh nak melawat Arwah Pak Long
Akhirnya langsung x sempat bertemu kali terakhir.
Sungguh hati saya tidak tenteram...terbayang2 wajah mak di Terengganu

Kami bertolak,jam 3.45...itu pon kira agak lewat,kalau ikutkan jam 3.oo perancangan awal
Jam 4.45...ketika melewati LPT,suami membalas panggilan tidak berjawab adik ipar di KT
Sedikit terkejut sebab kami baru bertolak,dia jangkakan...kami sudah sampai di kemaman...atau setidak2nya di Kuantan
Pukul 5.00 ada lagi panggilan tidak berjawab dari BIL,bila suami telefon...dia x dpt menjawab dgn jelas
Lantas no SIL...pula kami hubungi,Mak sedang nazak,kata SIL.
Hati saya sebak...saya pegang tangan suami yang sedang memandu
Saya genggam erat...bersabarlah HONEY...kita doakan yang terbaik
Dia hanya diam...hatinya x dpt saya baca...ya dia memang pendiam.
Sampai di Kemaman...suami telefon semula BIL.....kali ini lebih berat
Dikhabarkan dgn penuh sebak" Mak dah x ada",itu saja...dan dia diam
Suami seperti tidak percaya,panggilan dibuat pada Kak Long pula
Dan...berita itu memang benar,"Mak dah x ada"
Saya x terkata...hanya memeluk bahu suami yang mampu saya buat
Hakikatnya kebimbangan saya sudah berakhir
Namun dgn perasaan yang x dpt digambarkan...sedih,menyesal...rasa bersalah berbaur jd satu
Ini kehilangan kedua saya rasa setelah kematian adik,12 tahun lepas.

Kami sampai dihalamn rumah,seiring dgn van jenazah dari Hospital
Jasad Mak diletakkan di atas katil..saya capai yassin dan sudahkan bacaannya
Hati sedih...tapi air mata ditahan...saya lihat suami
Tetap dgn wajah tenangnya...sama2 membacakan Yassin
Ini...dampingan terakhir kami disisi Arwah mak
Ya..Allah tabahkanlah hati kami yang kehilangan ini
Saat paling tidak dpt saya tahan,selepas kali terakhir dpt mencium wajah emak
saat wajahnya hendak dibungkus dengan kain kafan
Air mata x tertahan, terus berguguran...terasa kehilangan yang mendalam
MAK akan berangkat pergi ke Alam seterusnya,bermakna...tiada lagi NENEK untuk Najmi dan Naufal.
Doaku moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 beriman...Amin...Al -Fatihah untuk IBU MERTUAku...Allahyarhamah Haminah Bt Muhammad.

15 Julai 2009 bersamaan 22 Rejab 1430 Hijrah..tarikh yang x dpt kulupakan...:(