Saturday, October 5, 2013

Simbol Palsu Kejayaan

Teks: Azura Abdullah
Foto: Carian Google & Azura Abdullah




Simbol Palsu Kejayaan adalah kesilapan ketara yang selalu kita buat samada sewaktu masih makan gaji atau selepas makan gaji. Simbol Palsu Kejayaan wujud dengan membeli benda-benda yang menjadi bukti palsu kejayaan atau dengan kata lainnya dengan membeli simbol-simbol duit.

Rata-rata kesilapan ini dilakukan oleh mereka yang tidak berduit atau kurang berduit tetapi nak tunjuk pada kaum keluarga, rakan-rakan dan masyarakat bahawa mereka berduit dan berjaya. Berikut merupakan antara pendapat rakan-rakan saya dalam diskusi facebook tentang tajuk ini.



Antara perkara mudah yang selalu mereka yang tidak berduit atau kurang berduit tetapi nak tunjuk pada kaum keluarga, rakan-rakan dan masyarakat bahawa mereka berduit dan berjaya adalah dengan membeli kereta besar lagi mewah, pastinya mahal; motor besar lagi mewah berjenama, pastinya mahal dan juga rumah besar berperabot mewah juga pastinya mahal.

Mereka-meraka yang makan gaji selalunya akan terjebak dengan menggunakan pinjaman bank atau kad kredit. Akibatnya sampai sahaja hujung bulan ditolak itu dan ini hanya cukup makan sahaja bakinya. Begitu juga dengan mereka yang berniaga, jangan sekali-kali mengganggu dan menggunakan duit perniagaan untuk keperluan peribadi. Inilah yang selalu berlaku, duit perniagaan digunakan untuk membeli kereta, membesarkan rumah, melancung dan sebagainya.

Pengalaman saya sendiri sebagai seorang yang berniaga sambil bekerja, memang mencabar sekali untuk mendisplinkan diri perihal kewangan. Alhamdulillah saya masih boleh menahan nafsu dalam aspek membeli simbol-simbol duit. Apa yang saya ada semuanya sewaktu sebelum saya memulakan bisnes. Tetapi saya tewas bab pengurusan kewangan bisnes kecil saya. Waktu bermula dahulu selalu sangat saya menggunakan duit pendapatan Comey Belako Boutique untuk kegunaan harian dengan alasan nantinya saya ganti semula hujung bulan bila dapat gaji dari pekerjaan tetap saya. Akibatnya huru-hara akaun saya. Jika diikut buku akaun ada untungnya tetapi duit entah ke mana. Kini setelah bergaul dengan rakan-rakan bisnes yang berpengalaman dan hasil perkongsian ilmu hebat dari mereka, saya mulai berdisplin dalam menguruskan kewangan bisnes kecil saya. Amat penting bagi kita para suri yang berjinak-jinak dalam perniagaan kecil-kecilan ini untuk mempunyai displin yang tinggi dalam aspek kewangan. Selain tidak boleh mengganggu duit bisnes, kita juga perlu pastikan kita hanya mengambil bahagian gaji kita sendiri pada hujung bulan dan bukan sesuka hati.

Jika dapat mendisplinkan diri sebegini barulah kita dapat merasakan nikmatnya bisnes kita walaupun hanya bisnes kecil dan untung kecil kerana ianya titik peluh kita sendiri. Seterusnya kita akan lebih bersemangat untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

Moga perkongsian ringkas ini memberi manfaat kepada suri-suri di luar sana yang ingin dan telah berjinak-jinak dalam dunia perniagaan secara kecil-kecilan.

Wassalam.

Wednesday, October 2, 2013

Sedikit Yang Sungguh Bermakna - Masjid Samakki

Teks: Azura Abdullah
Foto: Wan Zurina Wan Isa



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini entri saya agak berbeza dari yang biasa bagi blog baru ini. Lanjutan dari kejayaan bersama rakan-rakan seperjuangan diketuai oleh insan budiman yang banyak berkorban masa dan tenaga iaitu Puan Wan Zurina Wan Isa atau kalau anda kenal pelakon comel Intan Ladyana…ha itu lah ibunya. Pada tahun lepas, Alhamdulillah dicelah kekalutan Anak-Anak2 Yatim Yayasan diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa kerana tidak menepati piawaian keselamatan BOMBA, dengan kuasa ketukan keyboard melangkaui sempadan Malaysia hingga ke United Kingdom, berjaya juga dikumpul dana untuk memenuhi syarat-syarat pihak berkuasa tempatan itu. Menitis air mata kerana tak disangka dapat juga dikembalikan senyuman kepada adik-adik yang menumpang kasih bersama Bonda Wan Zurina mereka serta kakitangan lainnya di sana. Saya selitkan artikel lama tentang usaha terdahulu ini: http://comeybelako.blogspot.com/2012/04/rumah-anak2-yatimmiskin-teratak-rahmat.html

Kali ini, sekali lagi yang dihormati lagi dikasihi Puan Wan Zurina Wan Isa singgah di kotak sms saya menghulur peluang berjariah. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih kerana memilih saya insan kerdil yang tak punya apa-apa…hanya ketukan keyboard bekalan yang saya ada untuk ditukar kepada magnet yang mampu membuka hati rakan-rakan suri sekalian untuk sama-sama mengambil peluang jariah ini. Ini hari mereka, entah bila hari kita. Juga, percayalah…sedekah jariah inilah nantinya penawar yang bakal Allah swt hantarkan untuk merawat kesesakan kita dikala diuji dengan ujian harta benda, kesihatan dan kasih saying – doa mereka-mereka yang pernah kita tolong dan sentuh hatinya begitu mahal sekali rakan suri sekalian biarpun kita saling tak mengenali antara penerima dan pemberi.

Yang dikasihi Puan Wan Zurina  baru-baru ini telah pulang ke kampung menantunya di Patthalung dan diberi kelapangan oleh Allah swt untuk berkunjung ke Masjid Samakki yang separa siap di Kampung Kongra, Lat Kuang, Patthalung, Thailand, 70km dari Bandar Hat Yai. Jumlah penduduk kampung ini anggarannya 500 keluarga dan majoritinya beragama Islam.

Masjid ini telah mula dibina dari tahun 2003 dan sehingga ke hari ini setelah 10 tahun pembinaan masjid ini masih tidak dapat diselesaikan akibat daripada masalah kekangan kewangan. Sumber kewangan bagi pembinaan masjid ini diperolehi dari sumbangan yang di buat oleh penduduk-penduduk kampung ini yang rata rata hanyalah penoreh getah. Jualan amal juga diadakan setiap tahun bagi mengutip dana bagi menampung pembinaan masjid ini. Namun begitu, jumlah yang diperoleh dari penduduk dan jualan amal tidak dapat menampung kos pembinaan dan proses pembinaan masjid tersebut telah dihentikan.

Walaupun separa siap penduduk kampung tetap menggunakan masjid ini bagi  tujuan solat serta aktiviti keaagamaan. Setakat ini yang belum siap adalah kubah, bumbung, tingkap dan pintu masjid. Jumlah yang diperlukan bagi menyiapkan masjid tersebut ialah anggaran RM 20,000 (200,000 bhat)

Dengan rendah hati saya mohon rakan-rakan suri sekalian dapatlah kiranya menyumbang sedikit sebanyak untuk menyiapkan pembinaan Masjid Samakki Muslim ini. Dapatlah penduduk-penduduk Muslim di sini  menunaikan ibadah di dalam keadaan yang lebih baik dan selesa.


Bagi yang sudi membantu bolehlah menyumbang terus ke akaun Maybank 164548062024 (Wan Zurina Wan Isa). Untuk maklumat lanjut atau jika sekiranya ada yang kurang yakin dengan coretan saya, boleh hubungi offline dengan saya melalui email: pn.azuraabdullah@gmail.com

Terima kasih sekali lagi dari saya.

Salam kasih sayang untuk semua.

Wednesday, December 19, 2012

JJMK Selama/Batu Kurau: distribution of responsibility... a journey


Gambar Kredit kpd: Din Stonkol Tropedo
  
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah sekali lagi dapat bersama-sama Team NGO WargaKilang masuk
kampung di daerah pedalaman Selama/Batu Kurau. Seperti selalunya setiap kali ikut Team NGO WargaKilang masuk kampong saya akan selalu terfikir dari mana datangnya energy mereka2 yang amat istiqamah ini...mereka2 yang saya mula kenal sewaktu mula2 saya mendekatkan diri dengan WK. Mereka itulah, mereka yang sama. Ini bukan kerja bergaji, ini perkhidmatan percuma, cuma gaji dariNya. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk membuat homework mencari mereka yang kurang bernasib baik dari segenap pelusuk kampung, coordinate sumbangan,coordinate puluhan kereta dijalanan...tapi hairan...beberapa tahun saya bersama mereka...semuanya kelihatan mudah dan sememangnya dipermudahkan olehNya buat mereka2 ini. Saya sekeluarga doakan insan2 yang cukup beritiqamah ini terutamanya Sdr.Monier, Ir.Wahab, Sdr.Shukri, Sdr.Fendi, Sdr.Aznee, Sdr Satar (mereka2 ini yg saya kenal dipermulaan penglibatan saya bersama wk melalui company saya bekerja) dan yang lainnya dikurniakan kesihatan berpanjangan -mereka ini juga lah antara yg banyak memberi sokongan moral sewaktu saya bertarung dengan ujian kesihatan suami saya (strok). Hanya Allah swt yg dapat membalasnya. Amin.

 
Gambar kredit kpd: Che Jaafar
 
Saya juga amat kagum dengan kebolehan Team Marshal WK kali ni...hanya dengan beberapa motosikal mereka pantas dan tangkas mengawal konvoi. Dari pengalaman saya berkonvoi bersama2 suami dan bikers lain (kisah epic dan sejarah sudah...moto dah juai;))...saya belum pernah melihat coordination selancar ini. Pengguna2 jalanraya lainnya seperti dikawal oleh remote control Team Marshal WK, menurut kata. Sepanjang pengalaman saya berkonvoi motor besar dahulu kala, bukan sesuatu yang mudah kerana ramai pengguna jalanraya yang nakal dan tidak memberi kerjasama. Tetapi tidak dengan team Marshal WK. Anda semua memang hebat!.


Gambar Kredit kpd: Che Jaafar
Marshal Sungai pun ada..kau ado? ;)

Sebelum tu saya minta maaf sebab tajuk macam gempak kot omputeh ;). Perkataan tu lah depa dok guna dalam management/leadership training kat tempat saya kerja. Selama beberapa tahun dok ikut Team NGO WargaKilang keluar masuk kampung ni...apa yang saya nak kata di sini ialah kemerosotan konsep "distribution of responsibility" atau "pengagihan/perkongsian tanggungjawab" di kalangan masyarakat kita khususnya Melayu Islam semakin tidak selari dengan kerancakan ekonomi negara. Dok ingat makin hari makin ok, tapi koi dok mengejar kemajuan masih ramai yang ketinggalan.


They call this "home", our garage even bigger.
 
Nak berdiri pun tak boleh and they call it dapur. Sad.
 
 Bilik mandi...my youngest said...dia tak pi toilet dah malam2 camni.
 
  
 Bayangkan kalau setiap kampung atau taman dan sebagainya boleh amalkan konsep "distribution of responsibility" ni atau paling tepat macam apa yang NGO WargaKilang dok buat ni. Buat macammana? ... peka kepada keadaan sekeliling (mereka yg memerlukan) dan berganding bahu berkongsi rezeki.
 
Antara sumbangan team WK 
 
 
Bayangkan kalau setiap mereka yang diberi amanah menjaga kebajikan rakyat sekurang2nya mampu menggerakkan konsep "distribution of responsibility" ni atau paling tepat macam apa yang NGO WargaKilang dok buat ni.
 
Bayangkan kalau setiap jiran sekeliling boleh amalkan konsep "distribution of responsibility" ni atau paling tepat macam apa yang NGO WargaKilang dok buat ni.

 
Bayangkan kalau adik beradik saudara mara sepupu sepapat boleh amalkan konsep "distribution of responsibility" ni atau paling tepat macam apa yang NGO WargaKilang dok buat ni.

 
...Cuba bayangkan...
 
 
Episod JJMK yang kita lihat ni sebenarnya cermin kepada episod-episod drama keluarga yang berlaku...contoh paling mudah...seorang ibu tua beranak ramai yang sakit, anak2 sibuk dengan kerjaya dan urusan keluarga masing2 dan kebanyakannya tinggal jauh. Secara automatik kita merasakan tanggungjawab jatuh kepada anak menantu yg tinggal berdekatan utk menguruskan si ibu tua ini. Manakala anak2 yang lainnya hanya datang melawat bila masa mengizinkan. Ironik bukan? Tapi itulah hakikat yang berlaku dalam skil keluarga besar Masyarakat Melayu Islam sekarang..."ini bukan tanggungjawab aku, tapi engkau! kerana aku ada 1001 alasan"
 
Makcik ni menangis terharu waktu dihulurkan sumbangan ;(
 
 
Malam dah melewati pagi. Sampai di sini dulu. Semoga usaha Team NGO WargaKilang diberkati olehNya sentiasa. Kali ni saya tak sempat nak beramah mesra dengan rakan2 Team Wargakilang yang kebanyakannya muka2 baru sebab kali ni pertama kali bawak si bongsu 5tahun join...dok ligan dia ja. Mandi sungai pun dia yang mula2 start..orang baru dok rendam kaki...dia dah rendam satu badan...ibu nak pekena duyan pun takdan. Kempunan.
Wat gapo tu heh?
 
Excited dapat tengok ayam cantik.
 
 Ber"Tarzan" di dahan pokok pulasan adalah heaven!
 
Thanks to Uncle Baju Hitam ni dok layan si Caf distribute stationeries
duit depa share adik beradik bersama kak along.
 
 Other articles on Team NGO WargaKilang:
 

Wassalam.
 
Comey Belako
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 25, 2012

I am in love!

Halooo...i have successfully ordered something online and I was stunned when i first open the post laju parcel that i received today. Whoever that first time take a look on it cannot believe that it was a handmade work.
Wow! Mastura Whimsicalquirky - you are born to craft! Amazing work!

I plan to wear for Raya Haji...but lupakan saja yer...am going to wear tomorrow to work. Hehehe...tak sabar to show off. Kih..kih..kih..

So friend, you will not regret if you order from www.whimsicalnquirky.com. Affordable price with good quality handmade work. Trust me!

Was so curious before opening it...hehehe...and berdebar2...chewah!

I got free gift somemore!...the cute brooch.

Ignore my tangan berkedut itu. Sungguh gojes!..i mean the set la ;)


ComeyBelako

 

Sunday, September 23, 2012

Batik Telekung Travel (dewasa)

Haloo...ni nak mempromosi my other blog ;) - http://telekungcomeybelako.blogspot.com


Introducing new Telekung Comey Belako collections - Batik Telekung Travel (dewasa). CHEAPEST on the net. Comfy. Handy. Cute. You should grab one. RM26 ONLY. Postage fee RM6.

Cute Batik Handy Bag provided.
Close up bahagian bawah telekung - sulaman yang simple dan jahitan batik keliling telekung.
Sulaman simple di bahagian kepala dan juga jahitan batik di bahagian keliling muka.


Jahitan batik pure cotton di keliling muka amat selesa dipakai. Tanpa anak telekung pun boleh.





Gambar telekung secara keseluruhan. Memang comel. FREE size.

Jahitan batik di keliling telekung dan bahagian kaki kain telekung mengelakkan dari kain mengerbang sewaktu solat. Jahitan batik di sekeliling memang banyak membantu.

Terdapat 5 jenis batik. While stock last. FREE size (dewasa).


Sebagaimana we must have lipstick in our handbag...same goes to this telekung comel. Sangat cute dan selesa. Order now. Email me at: comeybelakoenterprise@gmail.com or zurra_abdul@yahoo.com

Sms me at 0195761251



Thank you!

ComeyBelako

Wednesday, September 19, 2012

Kek Pisang Paling Senang Di Dunia

Halooo...

This is my 6th month with new team...i mean work. The work...adui..sokmo bawak balik keja at home. Anyway i think i started to love this new role. Ooops...ekceli i wanted to share with you all how to cook The Easiest Banana Steam Cake in the World. It doesnt look so good, but it's the very yummylicious. the moment i took it out from the steamer...the otomens terus menyerang. So here you go. You guys shud try it out!

Rupa yang burok...but sodaps...sila jangan muntah...
kasi peluang amateur chef nak perasan hokeh!


This is how the texture looks like...sungguh lembut dan lazats!
 
Tapi adakah sesiapa boleh bagi tips how to avoid the rekahan gunung berapi itu?

So here is the recipe:

Bahan A
-7 biji pisang emas
-Gula perang 1 cawan/ kalau putih kurang la sikit
-Telur 3 bijis
-Minyak masak 1 cawan
-Garam sikit
-Esen vanilla sikit
**Semua di atas sila blender sampai pisang hancur lah yer.
 
Bahan B
-Tepung 2 cawan
-1 sudu teh baking powder
-1 sudu teh soda bikabornat

Campur bahan A & B, make sure sebati, adunan ni nampak berat, tak macam moist cake yang cair tu, tapi tak pa. Jangan risau...for sure jadi punya. Kukus api kuat dalam 45min ke 1 hrs. SIAP.

Good Luck!

Comey Belako

Saturday, September 15, 2012

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) - UPSR/PMR : tingkatan 1 dan 4

Halooo...

Dah berkurun dok tunggu since Sept 14, 2012 at 11.59pm last nite ... online form kemasukan students upsr/pmr ke sekolah berasrama penuh tingkatan 1 & 4. Tak muncul2 pon. Berani betui buat komitmen but not ready as said. Kalau kat company CB dah lama kena char!
Bila la gomen nak improve the service. It has been the same for so long. Come on!


To all parents out there...mari lah kita menunggu bila buah nak gugur.

Selamat Hari Malaysia!
Am going for fishing later.

Comey Belako

Wednesday, September 12, 2012

UPSR ... pastinya semua parents nerbes ;)

Assalamualaikum & Hello everyone.

I am sure most of the parents in Malaysia are so nervous and excited having their kids facing UPSR. I have my eldest son taking UPSR exam. But he is so cool. But me? Huhuhu...i believe all momies out there are feeling the same as i.
Irfan is taking 7 subjects:
  1. Bahasa Melayu 1
  2. Bahasa Melayu 2
  3. Bahasa Cina 1
  4. Bahasa Cina 2
  5. Bahasa Inggeris
  6. Mathematics
  7. Science
SJKC students answer Math and Science in Mandarin.

Here is one of the reference that i normally use the most for Irfan, past years questions from different states. http://bemban-bemban.blogspot.com/ - kredit to SJKC Bemban.


Comey Belako

Sunday, September 9, 2012

Blueberry Cheese Pie

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lamanya tak update blog. Sungguh busy dengan urusan dunia. Work getting tough lately. My hubby triggered me that if i get stucked normally i will cook. I didnt realize that but i think i have to agree with him when i flipped through the file ;). So here i would like to share one of my "stress" product. Blueberry Cheese Pie. It is very simple, my own version. There is a complicated one out there if you want to. I did it to stock up my fridge for my heroes and heroin when i am at work. My 3 kids no longer stay with babysitter when i am at work, only the youngest.
So here you go.

Bahan2 Crust:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan mentega...u can use vege oil too
- 2 tea spoon of baking powder

Filling:
- Layer 1: Philadelphia Cheese
- Leyer 2: Bakeable Jem + 2 tea spoon of corn flour

Cosmetic:
- 1 biji kuning telur

The steps...just follow the photos below.

Uli bahan2 crust menjadi doh. Then canai bahan2 crust bagi nipis.
Alas dgn plastik, nanti senang nak telangkupkan ke pan.

Make sure size tepung yg di canai tu lebih sikit dari size pan.
Nanti nak kelim tepi dia.

Telangkupkan tepung tu dan ngejas lah bagi comey.

Kelim tepi dia guna jari.
Perlu guna 2 belah tangan...i was taking photo with my other hand ;)

Ginilah rupa dia after kelim keliling pan tu.
Cucuk2 kan base dgn garpu utk elak air bubble.
Masukkan ke dalam oven. Bake bagi agak2 masak.

Kuarkan pie crust dr oven.
Potong cheese kecil2 dan letakkan di atas base crust tadi.
Masukkan kembali ke dalam oven.
Bakar sebentar utk bagi cheese melt.

Kuarkan crust sekali lagi dari oven.
Masukkan campuran blueberry jem + tepung jagung tadi ke atas cheese.

 Kalau ada lebihan crust yg dicanai tadi, hiaskan diatas filling layer 2/blueberry.
Sapu crust dgn kuning telur. Bakar hingga masak.

Tak sempat nak amik gambaq full. Dah kena serang dek heroes.
 


Dah boleh dimakan ;)

Kalau nak crust rangup lebihkan mentega...atas selera masing2 lah. Kalau rajin boleh guna fresh fruits.
 
That's all from me.
 
Nerbes...my eldest will be taking UPSR exam this week. Takoots.
 
 
Salam Sayang,
 
Comey Belako 
 

Tuesday, July 10, 2012

Terima kasih semua yang berhati besar, yang sudi membuat simpanan akhirat!

Profil Teratak Rahmat

Brothers & Sisters,

Pertama sekali jutaan terima kasih ingin saya ucapkan bagi pihak pengurusan Teratak Rahmat kerana kita sama2 berjaya merealisasikan misi kita untuk membebaskan anak2 Teratak Rahmat dari risiko pusat ini ditutup akibat tidak memenuhi piawaian BOMBA. Kita telah sama2 berjaya mengumpul RM60,000  dan sekarang kerja2 pembinaan memenuhi piawaian BOMBA sedang berjalan.

Terima kasih semua. Moga simpanan akhirat kita tidak terhenti disini...marilah kita terus membantu anak2 ini untuk fasa ke-2 Penambahbaikan Sistem Pendawaian Elektrik Teratak Rahmat. Sasaran kali ini ialah RM40,000. Tiada yang mustahil. Sewaktu mula2 saya menghubungi Encik Azwar, hanya RM4,000 berada di dalam account Teratak Rahmat. Tapi kita semua telah membuktikan tiada yang mustahil jika kita berganding bahu. Dan yang paling uniknya sahabat2 sekalian...sumbangan yang masuk kebanyakannya bukanlah dari golongan korporat dan kaya raya yang menyumbang ratusan/ribuan ringgit...tapi sumbangan dari golongan marhaen/rakyat biasa seperti kita dalam lingkungan RM20 hingga RM200 yang berjaya mengubah situasi ini. Tiada yang mustahil! Mari kita teruskan "Mission Impossible" ini!


Blog Teratak Rahmat : http://teratakrahmat.blogspot.com/


Saluran simpanan akhirat kita adalah seperti berikut:

Akaun Teratak Rahmat

Untuk makluman semua, akaun Bank Teratak Rahmat TELAH DITUKAR (1 APRIL 2009).Untuk keterangan lanjut serta untuk menyalurkan sumbangan tunai, pihak kami boleh dihubungi sebagaimana yang tertera di atas atau melalui telefon (Azwar @ 019-4776482). Bagi tujuan bank-in, sumbangan boleh dimasukkan ke akaun Bank Muamalat TERATAK RAHMAT di nombor akaun 0901-0019362-72-9.




Akaun MAYBANK bernombor 164070471200 atas nama Azwar Ibrahim juga boleh digunakan.Akaun bank lain juga boleh diusahakan dengan permintaan. Selepas itu mohon maklumkan kami berkenaan deposit tersebut untuk resit disediakan


Sekiranya anda mahu menyumbang dengan cek, tuliskan cek anda atas nama
TERATAK RAHMAT
. (Di belakang cek, sila tuliskan Teratak Rahmat dan program khusus yang mahu anda bantu, sekiranya ada.)

Hantarkan cek anda kepada:
Pengerusi Teratak Rahmat
d/a Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah Perlis
Km 1.2, Jalan Mata Ayer
02600 Mata Ayer
Perlis, Malaysia


Salam Kasih Sayang Semua
~Comey Belako~