Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Motorola

Motorola.

Galaxy Note

Galaxy Note.

Blackberry Dakota

Blackberry Dakota.

Apple iPhone

Apple iPhone.

Showing posts with label My Camera. Show all posts
Showing posts with label My Camera. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

Rakaman Video dengan D5000

Salah satu kelebihan D5000 adalah keupayaannya merakam video dengan kualiti HD. Walaubagaimanapun jangkamasa rakaman adalah terhad bergantung kepada memori yang tinggal pada kad memori.

Satu lagi kelemahan menggunakan kamera DSLR untuk merakam video ialah kamera tersebut agak berat. Kelebihannya pula adalah anda boleh melaras lens untuk zoom dan juga fokus.








Penggunaan tripod digalakkan untuk mengelakkan gegaran semasa rakaman video.

Monday, October 25, 2010

Fish-eye Lense Converter

Selepas 2 minggu menunggu, sampai juga barang yang aku order dari eBay.




Kalau nak membeli lense jenis ini memang mahal. Profesyen aku bukanlah sebagai jurugambar. Sekadar hobi je. Jadi aku rasa tak perlu aku beli lense yang sebenar. Guna converter dah cukup. Tunggu la kalau duit aku dah banyak sangat nanti. Hehehe...

Mula-mula aku test dulu masa aku tengah jaga kelas amali wiring.




Bila balik rumah, aku pun terus mencuba lagi. Tapi cuaca agak mendung pulak. Gerimis sekejap.








Yang ni pulak aku berdiri tepi kolej. Aku attach pada lens kit iaitu 18-55mm. Mula-mula aku set pada 35mm. Aku cuba buat perbandingan.



35mm tanpa fish-eye lens converter






35mm dengan fish-eye lens converter




Kemudian aku set pula lens pada 18mm.




18mm tanpa fish-eye lens converter






18mm dengan fish-eye lens converter

Tak sesuai rasanya converter ni kalau aku pasang pada lens 18-55mm dan diset pada 18mm.






Ini pula adalah 24mm dengan fish-eye converter



Daripada semua perbandingan ini, aku rasa converter ni kalau attach pada lens kit 18-55mm, hanya sesuai menjadi wide-angle lens. Tak sesuai untuk fish-eye.

Wednesday, October 6, 2010

Pop-up Flash Diffuser

Sampai pun barang yang aku order melalui eBay. Barang ni dari Hong Kong. Ambil masa lebih kurang seminggu untuk sampai ke tangan aku. Harganya lebih kurang RM25. Murah ke mahal, aku tak pasti. Aku beli melalui eBay sebab susah pulak aku nak jumpa kat sini.



Ia didatangkan dengan pemegang diffuser dan juga 3 jenis diffuser.

Masa untuk aku mencuba perbezaan menggunakan diffuser. Seperti biasa, anak aku la yang jadi modelnya. Hahaha...



Ini adalah gambar yang diambil tanpa menggunakan flash.



Ini pula dengan flash menggunakan setting yang sama. Kelihatan seperti agak overburned.




Ini pula dengan flash dan juga diffuser menggunakan setting yang sama. Kelihatan cahaya flash agak lembut dan bayang-bayang hasil dari cahaya flash agak minima.


Menggunakan diffuser biru.






Menggunakan diffuser jingga.




Sunday, July 25, 2010

My Camera

Dulu aku suka ambil gambar. Sejak sekolah lagi. Kamera pun masih guna filem lagi. Masa tu kalau ambil gambar memang kene fikir dulu. Kalau suka-suka snap gambar, membazir filem nanti kalau tersalah snap. Tapi sejak ada kamera digital, dah tak kisah dah tentang tu. Kalau gambar tak elok, delete je. Hahaha...

Tapi aku tak pernah ada kamera sendiri sebelum tu. Semua kamera pinjam. Hahaha... Aku dah habis belajar baru la aku mampu memiliki kamera sendiri. Tahun 2006 kalau tak salah aku.



Ni lah model kamera pertama milik aku. Dan sampai hari ni masih lagi beroperasi. Kamera ni memang dah banyak membantu aku termasuk la dalam mencari duit tambahan. Tu yang penting. Hahaha..... Tapi sekarang yang rajin guna kamera ni ialah bini aku. Mudah je pakai kamera ni. Tak payah jadi photographer yang profesional.

Sekarang aku banyak mengambil gambar guna handset aku je. Dah memang confirm aku bawa handset ke mana-mana pun. Boleh la kalau sekadar nak ambil gambar.


Baru-baru ni semakin ramai member-member aku mula menaruh minat untuk memiliki kamera jenis DSLR (digital single-lens reflex). Memang tak dinafikan hasil gambar yang dirakamkan memang sangat-sangat memuaskan. Aku pernah juga guna kamera jenis ni. Ada juga mode Auto tapi hasilnya memang tak dapat lawan la kalau guna setting manual. Tapi banyak benda la kene belajar. Dan juga pengalaman turut diperlukan. Kalau tak, gambar yang terhasil memang lagi hampeh daripada kamera biasa.

Pendek kata kalau tak pandai setting, pakai je la mode Auto. Tapi kalau asik guna mode Auto je, baik guna kamera digital yang biasa. Tak payah la pakai DSLR. Hahaha..... Tapi aku akui, memang seronok ambil gambar ni. Tak kira gambar statik atau gambar bergerak (video). Masing-masing ada seninya. Aku bukanlah pro. Cuma entry level je.













Ni antara kamera DSLR yang aku pernah gunakan. Ada lagi model-model lain yang aku pernah gunakan tapi dah tak ingat dah.




Anda mungkin berminat untuk membaca post ini :

- Unboxing D60
- Unboxing D5000
- Pop-Up Flash Diffuser
- Fish-eye Lense Converter
- Rakaman Video dengn D5000

Saturday, May 29, 2010

Unboxing D5000

Sampai dah gadget yang aku order melalui eBay. Hehehe..... Tanpa membuang masa, proses mengeluarkannya dari bungkusan telah pun dimulakan.

Dan inilah kotak-kotaknya beserta dengan isi-isinya.





Dan yang buat aku terkebil-kebil ialah segalanya tulisan Jepun, termasuklah buku manual yang dibekalkan. Memang tulisan Jepun sepenuhnya. Huhuhuhu...... Takpelah...yang penting kamera ni boleh digunakan.

Wednesday, February 25, 2009

Unboxing D60

Adik aku nak sangat beli kamera ni. Dia ambil diploma multimedia. Katanya sesuai guna kamera jenis ni. Tapi harganya boleh tahan la. Huhuhu.....







Memang best ambil gambar guna kamera macam ni. Macam gaya pro pun ada juga. Hehehe..... Tapi aku tak reti lagi nak guna setting yang sepatutnya. Apa lagi...... Pakai setting Auto je la. Hahaha..... Pelan-pelan la aku explore macam mana nak guna setting Manual.