Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Motorola

Motorola.

Galaxy Note

Galaxy Note.

Blackberry Dakota

Blackberry Dakota.

Apple iPhone

Apple iPhone.

Monday, November 17, 2008

Performing 10% Water Change

Just now I performed 10% water change of my aquarium.

At 10.00 p.m.

The temperature is 27.5 celcius. After half an hour, I test a sample of the aquarium water. The result :

Calcium = 560 ppm
pH = 7.6
dkH = 10

My concern is the pH level. I'm about to raise the pH level to 8.4. But it should be slowly. Sudden raise will kill 'em all. Huahaha...

Maybe I'll try with the Kalkwasser. Tomorrow I'll make a dripper to drip the Kalkwasser into the aquarium. From the forum I read, it should raise the pH. The only problem is that very difficult to get the Kalkwasser powder in this area. I mean Tawau. Luckly I have a friend who got a bottle of it. I should ask him for it tomorrow ;-) Hope this gonna work. Wish me luck.

Aku beli coral lagi

Petang-petang aku jalan gi kedai akuarium yang biasa aku pegi. Tengok-tengok apa yang boleh aku beli. Semalam hari minggu, aku susun balik aku punye coral-coral dalam akuarium. Banyak pulak lagi ruang-ruang yang kosong. Tu yang aku geram nak penuhkannya.
Kat kedai tu takde la coral yang baru. Cuma aku je yang tak beli lagi. Aku pun beli la 2 coral. Dan aku pun dah letak dalam akuarium aku.

Harga dia RM15

Yang ni harga dia RM13


Coral ni pulak aku beli minggu lepas.


Harganya RM10


Ni harganya RM15


Ni pulak aku beli 2 minggu lalu. Hehehe...



Ni kalau tak silap aku harganya RM15

Yang ni aku beli dah lama dah.

Ni harganya RM18

Ni pun harganya RM18

Ni harganya RM5

Ada lagi yang lain. Tapi lain kali la aku upload. Aku punya mushroom dan soft coral.

Sunday, November 16, 2008

Yo Wassap

Hey dude...

Hehe...kitorang nak gi giant ni. Nak shopping. Stocking barang dapur. Sejuk kat giant tu. Cian taufiq kang ;-) hehehe...

Hahaha...keluar tanduk dah ni..... Baru balik dari shopping.

Huahaha...sape yang tak bagi apa yang aku nak, aku ketuk je dengan tukul besar ni kang.

Macam dah makin ok je

Dah ada test kit baru la boleh tau macam mana kualiti air akuarium ni. Huhu... Dah macam Jabatan Alam Sekitar pulak. Leh kata tiap hari aku amik sampel air akuarium untuk diuji. Hasilnya alhamdulillah. Memuaskan... Daripada pemerhatian aku, kelihatan coral-coral aku dah makin kurang segan untuk mengembang.

Dan tak kurang penting juga, aku bagi coral-coral ni makan. Ikutkan dia boleh buat makanan sendiri. Macam pokok la, ala-ala fotosintesis. Tu yang kene letak lampu terang-terang. Memandangkan air dalam akuarium aku ni ada la lebih kurang 20 gelen (dah tolak isipadu batu besar, batu halus dan pasir), maka aku kene pastikan cahaya yang menerangi akuarium aku ni adalah tidak kurang dari 80 watt. Buat masa ni aku guna lampu pendaflour je. Huhu... Spesifikasi pencahayaan yang aku guna setakat ni adalah :

2 batang lampu blue-marine bersaiz 2 kaki (20 x 2 watt)
2 batang lampu putih bersaiz 2 kaki (20 x 2 watt) - T10
1 batang lampu putih (lampu akuarium) bersaiz 2.5 kaki (25 watt)

So... total semua ada la 105 watt. Takde la aku ON 24 jam. Kang bengong pulak ikan tu. Kene la buat seolah-0lah ada siang dan malam. Konon macam real la. Ikan tu pun nak gak tido. Hehehe... Aku pakai timer. Urutan lampu aku lebih kurang macam ni la :

6 pagi - Lampu biru dihidupkan
7 pagi - Lampu putih dihidupkan
6 petang - Lampu putih dimatikan
7 malam - Lampu biru dimatikan

* keadaan ini adalah mengikut waktu di sabah. huhuhu...

elegance coral nampak kembang. tapi belum berapa kembang tu

Saturday, November 15, 2008

Test Kit Please...

Setelah sekian lama aku bela akuarium air laut, baru ni la aku beli test kit. Tu pun aku cuma beli test kit Calsium, pH dengan kH (carbonate hardness). Sebelum ni main agak-agak je.

Apa pun test kit ni penting, untuk nak maintain kualiti air. Hidupan marin ni sensitif sikit. Bini aku kata nak bela akuarium marin ni dah macam bela anak. Banyak benda nak kene monitor. Hehe..aapa taknye. Kalau aku outstation, bini aku la yang kene maintain akuarium aku ni. Tapi takde lak bini aku merungut sebab kene jaga. Dia kata seronok gak jaga. Lagi nikmat rasanye bila tengok ikan-ikan tu berenang hepi, coral pun kembang.

Tapi aritu masa aku outstation, bini aku kata ada malam bila entah blackout lama. Pergh...aku rasa mesti ikan-ikan dan coral-coral aku mula lemas. Ada gak la beberapa ekor ikan aku yang menjadi korban. Ingatkan ikan aku je. Ikan member aku pun sama, ada gak yang mati. Dia pun ada akuarium marin gak.

Sekarang aku rasa, tibalah masanya untuk aku nak ke tahap yang seterusnya. Maintain kualiti air. Sebelum ni main belasah je. Main tuang je apa yang patut. Agak-agak je. Guna gerak hati dan pemerhatian je. Huhu... Tapi tak boleh rupanya. Aku pun mula berjinak-jinak menggunakan test kit yang aku baru beli.

Hasil ujian dari sampel air akuarium aku adalah :

Ca = 420
pH = 7.6
kH = 11
sg = 1.023
Temp = 26-29 C

Hasil dari ujian tu, aku dapat kesimpulan bahawa tahap pH aku rendah. Sepatutnya kandungan sampel adalah :

Ca = 420 ke atas
pH = 8.1 - 8.4
kH = 8 - 12
Mg = 1200
sg = 1.022 - 1.025
Temp = 22 - 26 C

Magnesium aku tak dapat nak test sebab aku takde test kit untuk magnesium. Mahal test kit ni. Lebih kurang RM80 kot. Pulak tu aku cari kat Tawau ni tak jumpa. Suhu dia pulak kira tahap kritikal la. Aku masih belum guna chiller lagi. Masih lagi dengan kipas sahaja. Huhuhu.....

Friday, November 14, 2008

ISO : In other word... Ikut Suka Orang

Aku baru je balik dari Regency Tanjung Tuan kat Port Dickson semalam. Attend kursus JuruAudit Dalaman. Ai...berjalan je la aku ni. Dah 3 minggu straight. Aritu seminggu kat Langkawi. Minggu lepas keluar gi observe budak kolej aku buat Latihan Industri. Minggu ni keluar ke PD lak. Ikutkan arini baru aku balik tapi banyak keje lagi nak kene buat. Sesekali outstation memang ler best. Tapi kalau kerap sangat, kang bertimbun-timbun keje aku yang tak siap.

Sebelum ni aku nah pegi kursus untuk Pembangunan Dokumentasi. Kiranya macam nak kene buat prosedur untuk kualiti la. Kali ni pulak untuk buat audit. Mampus nak menghafal klausa-klausa tu. Dah macam amik subjek undang-undang lak. Macam peguam pun ada rasanye. Hehehe...

Tu baru nak menghafal klausa, belum lagi nak kene paham prosedur. Kalau tak paham prosedur, macam mana nak mengaudit. Hehehe... Tapi bila dah faham, takde la susah mana. Apa pun, ISO tu maknanye Ikut Suka Orang. Huahaha... Eh? Betul apa... Prosedur yang ada sebenarnya terpulang macam mana yang kita nak. Yang penting dia merangkumi semua keperluan yang perlu ada. Bila semua keperluan yang patut tu ada, InsyaAllah, confirm sistem tu akan jadi smooth. Hehehe...

Aku tunggu sijil JuruAudit. Pastu baru la boleh mengaudit. Kalau boleh pun aku tak nak buat kalau takde sijil. Huhuhu... Lagi pun ada exam. Katanya kalau tak dapat-dapat lagi sijil, anggap je tak lulus. Lulus ke tak, aku tak kisah. Yang penting banyak ilmu baru yang aku dapat. Ilmu yang aku dapat tu mampu memantapkan lagi keje aku supaya lebih sistematik dan berkualiti.

Pssssst.....cuba korang tanya orang jawa, "iso" tu apa maknenye. Hehehe...

Tuesday, November 11, 2008

Grip Driving

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian untuk mahir dalam grip driving. Pelumba-pelumba banyak berlatih berkaitan perkara-perkara ini bagi memastikan mereka pantas di litar atau di jalanraya.



Smooth driving

Dalam drifting dan perlumbaan, agresif tidak semestinya anda akan menjadi pantas. Sekiranya anda hanya ingin meningkatkan teknik memandu anda, smooth driving adalah yang terbaik. Di litar perlumbaan, smooth driving membolehkan anda mengurangkan pemindahan beban (weight transfer) supaya anda dapat menggunakan cengkaman tayar secara maksimum dan seterusnya dapat mengekalkan kawalan pada kelajuan yang tinggi. Di jalan awam pula, ia boleh membuatkan pemanduan anda menjadi lebih selesa malah meningkatkan penjimatan penggunaan minyak.




Grip

Grip ataupun cengkaman merupakan sesuatu yang menarik. Dengan adanya grip, kereta anda boleh terus bergerak di jalan, memecut, membelok malah berhenti. Grip ini berada pada tayar kereta anda. Walaubagaimanapun grip ini mempunyai had yang tertentu. Jenis tayar dan jenis kereta yang digunakan juga menjadi penentu had cengkaman. Adalah penting untuk mengetahui had tayar atau grip limit bagi tayar itu sekiranya anda mahu memandu pada tahap optimum.



Weight transfer

Semasa memandu, pemindahan beban (weight transfer) boleh berlaku samada secara longitudinal (depan-belakang) atau lateral (kanan-kiri). Bergantung kepada bagaimana weight transfer ini terjadi, ia merupakan kunci samada ianya membantu atau sebaliknya akan mengganggu pemanduan anda.



Steering

Teknik mengawal steering yang baik adalah penting untuk pemanduan yang lancar. Ia dapat mencegah pemindahan berat secara mengejut bagi membolehkan anda mengambil selekoh pada sudut yang lebih baik.


Apabila anda sedia untuk memandu, anda seharusnya memastikan kedudukan tempat duduk anda pada posisi yang selesa dan pergelangan tangan anda dalam keadaan yang rileks. Cara memegang steering semasa keadaan biasa atau memutar steering juga mestilah dalam keadaan yang rileks tetapi betul-betul memegang steering dengan kemas. Ini bagi memberikan anda kawalan yang optimal kepada steering yang anda pegang.



Braking

Membrek pada detik yang betul dengan daya yang betul menjadi titik penting bagi mendapatkan masa terbaik dalam perlumbaan. Sekiranya anda membrek terlalu kuat, tayar depan anda boleh terkunci sehingga menyebabkan hilang kawalan steering. Titik brek yang paling baik adalah titik sebelum tayar terkunci. Latihan yang kerap membolehkan anda memastikan titik ini.



Left foot braking

Ini merupakan teknik yang biasa digunakan oleh pelumba rally. Teknik ini dapat mengurangkan understeer semasa membelok, mengurangkan drive loss semasa tayar spin dan juga boleh mengurangkan selang masa antara menekan pedal brek dan pedal throttle.




Gear shifting & rev matching

Setiap gear mempunyai julat operasi efektifnya yang tersendiri. Ia turut bergantung pada kelajuan putaran enjin kereta anda. Lebih laju putaran enjin, lebih laju kereta anda akan bergerak. Walaubagaimanapun ia ada hadnya sehingga anda terpaksa menukar gear yang seterusnya.


Akan tetapi dalam julat operasi efektifnya, ada satu julat yang dipanggil sebagai power band. Pada julat power band inilah enjin kereta anda berada pada kuasa maksimumnya. Pada julat ini juga kereta anda mampu memecut dengan kekuatan maksimum.



Heel and toe shifting

Teknik ini merupakan seni menukar gear kepada gear yang lebih rendah seterusnya melakukan rev matching semasa membrek. Dengan gabungan brek dan menukar gear semasa memasuki selekoh, anda akan menjadi lebih pantas semasa membelok.

Ia dapat mengurangkan stress pada driveline, mengelakkan beban terpindah ke hadapan semasa menukar gear kepada gear yang lebih rendah dan dapat mengurangkan kebarangkalian roda kereta terkunci dalam keadaan yang ekstrem.



Understeer

Apabila anda sudah melampaui had cengkaman semasa membelok, dua fenomena mungkin berlaku iaitu understeer atau oversteer. Understeer berlaku apabila tayar depan mengalami lost traction mungkin disebabkan hilang cengkaman menyebabkan kereta anda terpaksa mengambil sudut yang lebih luas untuk melalui selekoh. Dengan kata lain, kereta akan terkeluar ke arah luar selekoh semasa membelok.



Oversteer

Oversteer berlaku seperti understeer juga dimana tayar mengalami lost traction mungkin disebabkan hilang cengkaman tetapi ianya berlaku pada tayar belakang. Ini menyebabkan kereta anda seolah-olah mahu berputar ke arah dari mana anda datang. Dengan kata lain, kereta akan termasuk ke arah dalam selekoh semasa membelok atau mungkin kereta akan berputar 180 darjah.



Ini adalah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dalam asas grip driving seterusnya drift driving. Ada kaedah dan teknik bagi mengatasi atau mencapai perkara-perkara tersebut.

Grip driving sememangnya agak membosankan. Tetapi sebelum anda berdrift, adalah perlu untuk anda mahir dalam grip driving (dari Keiichi Tsuchiya a.k.a Drift King).

Sunday, November 2, 2008

Kerang Oh Kerang

Pagi tadi aku gi pasar dengan bini aku dan anak aku. Saje je jalan-jalan. Takde niat pun nak gi pasar. Nak bawa bini ngan anak aku jalan-jalan. Aritu aku outstation 5 hari. Tengah pusing-pusing kat pasar tu, tiba-tiba bini aku tergerak nak beli kerang memandangkan kebetulan masa tu ada kerang depan mata. Aku pun beli la sekilo dan bayar la RM2. Alang-alang dah kat pasar, beli je la apa yang patut ek.


Pastu bila balik uma, aku terpandang kerang yang aku beli tadi tengah terbuka. Nampak la isi dia yang merah tu. Hidup lagi ni. Tetiba aku terpikir nak letak dua, tiga ekor kerang ni dalam akuarium aku. Apa lagi... Tanpa melengahkan masa, aku pun pilih kerang yang sesuai dan aku pun terus je letak dalam akuarium aku.


Huahaha... Terus buih-buih keluar dari kerang bila kerang tu gerak-gerak. Dia bernafas kot. Aku biarkan seketika. Selang dua, tiga minit aku perhatikan kerang tu mula terbuka. Siap dia kuarkan isi dia, macam lidah terjelir pun ada. Seolah-olah macam nak cari makanan.



Susah sikit nak amik gambar kerang ni sebab dia kecik. Padahal kat pasar tu ada gak kerang yang besar. Ada la saiz genggaman aku. Tapi ni kerang yang bini aku beli kat pasar tadi. Hantam sajalah... Bini aku kata aku sengal. Tapi dia kata best gak sebab dapat tengok macam mana kerang hidup. Selalu tengok kerang yang dah masak je. Tiba-tiba bini aku keluar idea sengal dia pulak. Dia kata lain kali nak beli kepah untuk makan. Tapi nak letak la sekor dua dalam akuarium aku ni. Huhuhu... Macam-macam la bini aku ni.

Laut, udara, darat, semua ku redah

Aku baru je balik dari Langkawi. Ada kerja sikit. Yang lawak tu entah macam mana orang kat pejabat aku boleh tersilap tempah tiket flight untuk aku. Patut aku boleh naik flight dari Tawau sampai la ke Langkawi. Tapi bila aku tengok tiket aku, rupanya perjalanan flight aku cuma sampai Alor Setar je. Huhu.. Selebihnya terpaksa aku pandai-pandai sendiri untuk sampai ke destinasi yang diarahkan.

Nak tak nak terpaksa la aku naik feri untuk menyeberang laut menuju ke Langkawi. Hehe..dalam satu hari tu aku ikut jalan darat, udara dan laut. Bila balik lak, sama la macam tu. Penat memang penat. Terkejar-kejar. Takpe la. Asalkan objektif tercapai. Ni dah balik. Benda pertama yang aku kene buat adalah CLAIM. Huahaha... Claim jangan tak claim.

Sunday, October 26, 2008

Doctor Fish

Arini aku buatkan makanan untuk ikan-ikan dan juga coral-coral aku. Resepi dia sempoi je. Amik je apa-apa ikan, udang dan kalau ada kerang ke lagi bagus (yang beli kat pasar tu, yang mentah). Pastu masukkan semua benda tu dalam blender, letak la air sikit je. Supaya mudah nak blend. Memang sengaja nak buat pekat-pekat. Kalau boleh tak payah bubuh air pun boleh. Hehehe... Pastu apa lagi. Amik la agak satu sudu bahan-bahan yang dah blend tadi, tuang je dalam akuarium. Kalau rajin, bekukan dia. Kalau boleh uat dalam bentuk dadu. Jadi tiap kali nak bagi makan, amik je satu ke dua, baling je dalam akuarium ;-)


Tadi aku gi la kedai akuarium, tengok-tengok ikan. Nampak ada satu ikan ni. Kejap-kejap dia gi kat ikan lain. Macam gigit ikan lain. Tapi ikan yang kene gigit tu tak pulak marah ke apa. Tak gaduh pun diorang. Aku tanya tauke kedai ikan tu, dia kata tu Doctor Fish. Dia akan makan kuman-kuman kat ikan lain. Oooooooooooo......patut laaaaa.....


Tapi tauke kedai tu kata ikan tu mungkin tak tahan lama. Sebab makan kuman. Huhuhu... Dia makan gak makanan ikan. Aku try la beli. Tengok cemana. Bila aku letak dalam akuarium, dia rayau-rayau je dalam akuarium tu. Tapi aktif la. Bentuk dia pun macam belut. Tapi dah lama-lama tu baru dia mula dekat-dekat dengan ikan lain. Aku perhati, kengkadang ada la dia macam makan sesuatu kat badan ikan lain. Mula-mula tu ikan lain macam nak gaduh gak. Mungkin amik masa untuk berkenalan kot. Huahaha...




Dah pandai menggatal ke apa anak aku ni...

Malam tadi ada member aku buat Majlis Bertahnik atau dengan kata lainnya, Majlis Potong Jambul ;-) Untuk anak bujang dia. Akhirnyaaa...dapat gak dia alak laki. Sebelum ni 2 orang anak dia pompuan. Dia jemput la ramai kengkawan dia datang beserta keluarga bagi yang dah berkeluarga. Aku ngan bini aku ngan anak bujang aku yang baru nak masuk 4 bulan ni pun gi la.

Macam biasa, selawat sambil potong jambul, baca doa pastu makan. Menu dia best. Tapi jangan ler espect macam kat hotel. Tapi standard restoran la ;-) Yang paling penting ada satay. Huahaha... Satay ni mana-mana majlis makan yang aku pegi, tetap akan jadi sasaran utama. Tapi aku tak la makan puas-puas sangat. Dapat rasa dan alas perut dah la. Maklum la. Ada anak kecik ni, kalau pegi majlis makan-makan bawa keluarga, kene paham-paham la. Shift tu kene tau-tau la. Hehe.. Aku dah abis makan, giliran aku lak yang pegang anak aku. Bagi peluang lak bini aku makan. Tambah lak bini aku tak berapa sihat. Dah 3 hari hujan je kat sini. Kesian lak dia. Udah ler anak aku dah makin berat. Hehehe...

Kot ye pun dah pegang anak, takkan la aku cuma nak berdiri ke duduk je sambil pegang anak ye tak. Aktiviti lepak-lepak dan berborak-borak diselangi kutuk-mengutuk member tetap dapat dijalankan ;-) Hehehe... Tapi banyak bual-bual kongsi pengalaman je la. Makan pun sudah, bual-bual pun sudah. Bini masing-masing mula ajak balik. Aku rilek dulu sebab aku tengok bini aku masih lagi bual-bua dengan kawan dia. Yang nak balik ni macam biasa la, salam dulu. Tak lupa gak suruh anak diorang salam walaupun yang masih berdukung. Aku yang tengah dukung anak aku pun salam gak la.

Nak dijadikan cerita, tengah salam-salam tu, anak aku jerit-jerit. Tapi bila aku dengar, aku perhati anak aku ni, dia bukan jerit meragam. Jerit macam suka. Mulut menjerit sambil mengomel cakap apa ntah. Muka senyum-senyum ketawa. Tangan dia lurus macam tengah tunjuk sesuatu. Mata dia pun macam tertumpu kat benda yang dia tunjuk. Aku pun tengok la apa yang menarik perhatian dia. Laaa...rupanya dia tunjuk kat satu cewek ni (anak perempuan member aku yang umurnya ada la setahun kot) yang sedang didukung maknya. Cewek ni baru je cium anak aku. Maknye gak la yang tolong ciumkan. Huhuhu... Tu la...sape suruh uat camtu.

Pergh...anak aku ni pun satu. Umur baru nak masuk 3 bulan setengah. Pandai lak dia respon cenggitu. Dah member-member aku yang ada kat situ pun mula la. Seronok tengok gelagat anak aku. Kecik-kecik lagi dah pandai tengok cewek. Huahaha...

Bila tengok respon anak aku camtu, teringat aku masa bini aku ngandungkan anak aku ni. Bila uat checkup je, kalau nurse ke doktor pompuan lawa-lawa yang check, mula la anak aku kat dalam perut (masa tu la) bergerak ligat. Aktif la katakan. Nurse pun puji la. Makin puji makin ligat. Kene pulak nurse tu pegang-pegang nak periksa, lagi la ligat anak aku dalam perut tu. Tiap kali pegi check, mesti bini aku cerita. Pastu apa lagi. Bini aku kata la anak aku ni gatal. Katanya ikut bapa dia.

Huhuhu...kalau tak gatal tak kawen la ek. Nak gatal takpe asalkan bertempat. Ingat batas-batas yang sepatutnya. Hehehe...

Friday, October 24, 2008

Aku rasa Nobita ngan Doraemon tak datang Tawau la lepas ni...

Ada teka-teki mudah ni. Agak-agak korang, nape Nobita dengan Doraemon takut nak datang Tawau lepas ni......

Hehe...jawapannya adalah kerana di Tawau sudah ada Giant sekarang. Tapi aku rasa Nobita dengan Doraemon dah salah sangka. Yang ada kat Tawau ni bukanlah Giant yang gedempol tu. Tapi pasaraya Giant daaaaa..... Hehehe...

Semalam, tanggal 23 Oktober 2008 merupakan hari pembukaan Giant. Memang dahsyat la penangan Giant ni. Dah la semalan satu hari hujan. Tapi orang tak henti-henti datang Giant. Start pukul 7 pagi lagi dah jem jalan. Ramai orang nak gi Giant. Aku nak gi keje pun payah. Giant tu belakang kolej aku je, tempat aku ngajar. Sampai kan depan kolej aku pun penuh kereta, orang nak gi Giant. Mana taknye orang datang menderu macam tu. Banyak barang offer. Megi 10sen, banyak lagi yang 10sen. Huhuhu...





Keadaan sesak ni berlarutan sehingga la malam tadi. Minggu lepas, sebelum Giant dibuka, aku berangan gak la nak ajak bini aku gi Giant masa Giant buka. Tapi tengok keadaan macam ni memang dengan serta merta aku membatalkan niat aku tu. Tapi bini aku nak gi gak. Aku pun bawa la bini aku gi tengok. Dari jauh lagi kitorang dah tersangkut dalam jem. Bini aku baru percaya nape aku kata tak yah le gi Giant. Kalau nak pegi pun hari lain la. Bini aku pun ajak la patah balik, balik rumah je la. Hehehe...bini aku cuma dapat signboard Giant je dari jauh. Signboard yang kat atas bangunan Giant tu.



Alhamdulillah pagi ni aku pegi keje, jalan dah reda macam biasa. Sebab Giant lom buka lagi. Jadi mungkin lambat sikit la jalan sesak ;-) hehehe...

25 degree...

Arini memang sejuk. Sejak semalam sejuk. Semalam hujan satu hari tanpa henti. Nasib baik tak banjir. Ngam-ngam aku nak balik keje, ujan benti. Tapi suasana kedinginan masih berterusan.

Kedinginan cuaca ini turut dirasai oleh hidupan-hidupan akuarium aku terutama akuarium marin aku ni. Aku bangun pagi tadi, bila aku tengok-tengok termometer akuarium, suhu mencecah 25 darjah celsius. Suhu akuarium aku berjaya diturunkan. Harap-harap suhu akuarium aku dapat dikekalkan dalam julat sebegini.

Setakat ni aku masih guna kipas PC lagi. Aku nak tengok dulu macam mana. Sambil-sambil kumpul bajet. Aku masih belum buat keputusan muktamad samada nak beli chiller untuk akuarium aku ni atau pun tak.

Ai...dah kul berapa ni... Gi keje la. Huhuhu...

Wednesday, October 22, 2008

"Bini aku kena bakar. Dan terbakar juga akhirnya....."

Malam tadi aku main-main dengan anak aku sampai terlelap sama dengan anak aku. Macam biasa anak aku selalu bangun awal. Nak sembayang subuh agaknye. Alhamdulillah... Hehe... Anak aku ni kalau dah terjaga, dia minta orang layan dia. Kalau malas nak pegang dia, layan je dia mengomel. Tu pun tengok mood dia la. Tapi tengok mood aku gak.

Hehehe... Pagi tadi lepas aku layan anak aku mengomel, aku dukung anak aku dengan gaya menghadap depan (Konon-konon anak aku berdiri la, dia suka kene dukung camtu. Agaknye berangan nak berdiri, nak berjalan kot). Sambil tu aku dengan anak aku tengok akuarium la, macam biasa ;-) (Ketagih siot nengok akuarium. Takpe la, sementara belum jemu. Huhuhu...)

Pastu aku jalan-jalan dengan anak aku (cewah...konon-konon anak aku berjalan dah) ke bilik PC aku. Biasa memang aku ON PC aku 24 jam sebab download. Malam tadi sekali dengan laptop aku, aku biarkan ON. Apa lagi, mendownload gak la. Tiba-tiba aku terperasan sesuatu.............

Laaaaa.......... Upanye bini aku buat blog. Hahaha...terbakar gak bini aku. Tapi bini aku ni kalau bab-bab penulisan, dia lagi expert dalam English. Aku dalam BM je la. Ayat English aku macam budak darjah 1. Tapi walaupun ayat English aku macam budak darjah 1, aku gak yang kene ngajar English kat kolej. Gara-gara pensyarah English kitorang pindah semenanjung. Susah hidup jauh-jauh dengan suami dia. Sekarang agaknya dah happily ever after la kot sebab tiap-tiap hari dah leh nengok laki dia depan mata. Amiiiiiin..... Mudah-mudahan bahagia la hendaknye. Hehehe...

Tapi aku memang tak dapat la lawan English bini aku. Memang macam Reader Digest pun ada. Huhuhu... (cewah...amik ati bini ke ni ek). Kalau bini aku speaking lak, dah terasa macam tengok Hallmark Channel kat astro tu. Memang sleng Britain la. Pekat lak tu. Apa taknye... Dia abiskan hampir separuh zaman sekolah rendah dia kat London. Tu yang lidah dia jadi cenggitu. Time ngorat bini aku awal-awal dulu, ada gak terasa macam ngorat Minah London ;-) Cewah.....

Apa pun tahniah la kepada bini aku sebab dah berjaya melahirkan blog dia. Huahaha..... Kalau korang nak nengok blog bini aku, cari la kat aku punye list tu. Yang mana? Teka la... Kalau korang nengok sume blog yang ada kat list aku tu, leh teka punye mana satu blog bini aku. Hehehehe.....

Tuesday, October 21, 2008

Yesss... Hari untuk aku clearkan cek aku ni...

Arini tanggal 21/10/2008 merupakan hari untuk aku clearkan cek yang aku dapat ni. Awal lagi aku dah dapat cek ni. Hari apa aku tak pasti sebab cek ni sampai kat opis aku. Time tu aku cuti raya 2 minggu. Dalam sampul surat tu ada 2 keping cek RM500. Apa yang aku perlu buat adalah clearkan cek tu mengikut tarikh yang tertera pada cek yang dilampirkan. Cek yang aku dapat aritu bertarikh 21/10/2008 dan sekeping lagi bertarikh 21/11/2008. Dua-dua cek RM500. Jadi, yang sekeping lagi tu tunggu bulan depan la baru aku clearkan.

Apa hal lak aku dapat cek ni ek. Sebenarnye cenggini. Aku join Asia Ceramic Marketing. Tapi aku amik yang pakej paling sikit je la. Sebab aku takde duit lebih untuk nak amik pakej yang modal lebih besar. Kalau ada rezeki InsyaAllah aku akan tambah modal la. Biar besar sikit pulangan.

Leh caye ke benda ni ek. Hmmm...tu terpulang pada individu. Aku join pun saje-saje je. Lagi pun Asia Ceramic Marketing ni pun geng-geng Asia Mobile Commerce gak. Aku join gak benda tu. Ada la dekat 4 tahun aku join. Bisnes topup. Aku join tu pun saje-saje gak. Isi masa lapang. Nak kata untung tu tak la besar sangat. Tapi boleh la. Best la bisnes ni. Aku jadikan bisnes ni hobi je. Bukan core aku la. Sekadar isi masa lapang.

Tapi yang Ceramic ni ada banyak option cara nak bisnes dia. Aku pilih yang mudah la. Aku beli produk kat company tu, pastu company tu beli balik dari aku. Aku beli RM900, dia beli balik dari aku RM1000. Jadi aku untung la RM100. Cuma dia akan bayar secara ansur-ansur. RM500 bulan depan dan lagi RM500 bulan seterusnya. Tapi dia bagi cek dua-dua skaligus. Cuma tu je la... Tu yang tarikh kat cek tu lain-lain.

Dan yang bestnye kalau kita terasa nak rilek jap, leh benti letak modal. Tapi keuntungan pun benti kejap la ;-) Dan satu lagi, ada baucer kalau run straight 4 bulan berturut-turut. Baucer dia boleh pilih samada nak KFC ke Pizza Hut ke Giant ke BHP ke dan macam-macam lagi. Kalo berminat leh contact aku tanye-tanye walaupun aku tak tau sangat sebab aku bukan promoter :-P Tapi aku sebar-sebarkan gak la kat kengkawan. Ye la... Kongsi-kongsi peluang ngan member. Lagi pun dah member tanye. Aku pun story la kat diorang. Cuma rata-rata agak keberatan sebab nak starting dia memang agak besar. Minimum Rm1055. Ye la...orang risau gak risiko dia ye tak... Tapi apa pun terpulang la pada individu. Nanti ada masa aku cerite lagi tentang Ceramic ni.




Ni cek yang akan aku clearkan bulan depan. Dah tarikh dia bulan 11. Kalo aku clearkan awal-awal kang bank kata cek tendang lak kang. Hehe.. InsyaAllah minggu ni atau minggu depan aku akan dapat lagi 2 keping cek camni. Kalau nak usha-usha dulu, leh nengok kat http://www.saudagarceramic.com/duokino

Monday, October 20, 2008

Gembira dalam sedih...

Tengahari tadi aku sms bini aku tanya camne akuarium aku. Bini aku bagitau yang dia tak nampak satu ikan pun. Rupa-rupanya makin bertambah ikan aku yang mati. Sensitif betul la ikan laut ni. Aku baru mula nak belajar jaga akuarium air laut ni. Dan yang aku tau, kos dia memang tinggi. Aku ni pulak bukan berduit sangat. Tapi minat punye pasal, aku bela gak.

Macam biasa aku balik rumah untuk makan tengahari, walaupun dah pukul 3 petang. Arini kelas amali wiring. Tu pun kira awal abis la. Aku suruh budak-budak sambung minggu depan. Risau diorang takut kene potong markah :-P Biasa la... Student... Aku pun makan la masakan bini aku. Bini aku masak nasi tomato. Dia terasa nak makan nasi tomato la tu. Lepas aku makan, aku tengok akuarium aku. Yeaaa... Nemo ngan bapa dia, marlin masih hidup. Hehehe...

Best tengok Nemo ngan bapa dia berenang hepi. Tapi sedih gak tengok Sporty ngan Dory. Dah tak bergerak dah. Gila ah... Memang ikan air laut ni sensitif betul. Takpe la. Anggap pengajaran. Lagipun memang aku baru nak belajar pun. Betul-betul kos tinggi. Aku cuba maintain la dulu. Nak maintain pun bukan senang. Tapi apa pun ikan Nemo ni memang lasak. Kalau ada yang nak try hobi ni, aku memang cadangkan mula dengan ikan Nemo. Memang lasak.

Buat masa ni akuarium aku masih lagi menggunakan kipas untuk maintain suhu dia.

Kesan pemanasan dan stress...

Apa yang aku khuatirkan akhirnya berlaku. Seekor ikan aku mati petang semalam. Dia sama spesis dengan nemo cuma warna dia oren kehitaman dan berekor kuning. Dory masih lagi dalam pemerhatian. Mungkin mati mungkin tidak. Sebab Dory ni selalu macam tu. Dah berkali-kali aku ingatkan dia dah mati sejak aku bela dia. Tapi rupanya dia buat-buat mati. memang tabiat dia. Jadi agak sukar untuk aku mengenalpaasti samada Dory ni hidup lagi atau dah mati. Aku tengok dia diam je kat celah-celah batu. Dory ni suka menyorok celah-celah batu terutama waktu malam. Menyebabkan susah aku nak usik dia untuk nak check samada hidup atau mati.

Apa pun petang semalam aku sempat beli kipas PC. Kuat gak kipas ni. Dalam jarak satu kaki lebih pun boleh terasa angin dia. Bunyi dia bising lak tu. Aku pasang kat akuarium aku ni sementara aku usha-usha chiller untuk akuarium, disamping tunggu bajet ;-)

Ok la... Aku tengok suhu terendah yang boleh dicapai, ada la 27.5 darjah celsius. Kalau waktu malam. Kalo siang-siang, tambah lak bila yang berkuasa berjumlah 120 watt tu hidup, aku tak pasti berapa suhu dia nanti. petang semalam tengok suhu terendahnya ada la dalam 29 darjah celsius. Kalau boleh aku nak waktu siang, paling tinggi pun suhunya dalam 28 darjah celsius. Tu pun dah kira panas dah tu. Tu yang tambah-tambah buat aku nak carikan chiller.

Kesian ikan aku yang dah mati tu. Terlalu stress sampai mati. Kan aku dah cakap. Ikan kalau stress boleh membawa kematian. Sori la ikan. Aku tak sempat... Apa pun ikan-ikan dan hidupan-hidupan yang lain yang masih hidup tu, aku harap dapat la bertahan sehingga aku berjaya mendapatkan chiller. Supaya hidup makhluk akuarium aku akan lebih chill selepas ini.

* Kat Sabah ni mahal la aksesori akuarium ni. Tapi hidupan laut murah. aku beli Nemo pun baru RM4. Coral lak biasa aku amik dalam RM5. Paling mahal pun RM18, Elegance Coral sebab saiz dia besar. Aku letak Elegance Coral tu dalam akuarium aku je terus rasa akuarium aku macam dah penuh. Kalau ada sesiapa yang leh bagitau aku tempat nak cari aksesori akuarium murah kat Tawau ni bagitau aku la.

Sunday, October 19, 2008

Ikan aku stress…

Malam tadi aku tengok temperature digital aku kat akuarium tu adalah dekat 32 darjah celsius. Perghhh… Aku tengok ikan-ikan aku macam dah tak tentu arah. Stress… Aku yang tengok pun leh jadi stress… Tapi ikan ni kalau stress boleh membawa kematian. Bukan je ikan. Malah segala hidupan dalam akuarium aku ni. Aiseh…

Aku pun terpaksa la uat langkah emergency. Tukar air la tengah-tengah malam tu. Tukar air dalam 30%. Siap letak kipas angin lagi. Bini aku siap kata “Ai…orang tak pakai kipas, ikan lak yang pakai kipas”. Bini aku bising-bising pun tapi kadang dia leka gak tengok akuarium aku ni. Siap dia lak yang bakar aku suruh tambah lagi makhluk dalam akuarium aku. Bini aku kata lawa. Tenang kalo nengok akuarium ni. Kadang aku peluk anak aku duduk ngadap depan akuarium. Apa lagi… Nengok telatah Nemo, Dory ngan kengkawan dia yang lain yang aku tak tau nak bagi nama apa. Tambah lak ada lagi coral yang berwarna-warni. Nengok memang tenang la.

Tapi kalo dah suhu dia jejak 32 darjah celsius nak tenang apa nyer. Mati kang semua ni. Udah aku tukar air ngan letak kipas tu, ada la turun sikit. Ada la 30 darjah celsius. Pagi tadi aku bangun, nengok ada la 29 darjah celsius. Agak lega la. Buat sementara waktu je tu.

Aku rasa tiba lah masanye untuk aku meletakkan chiller untuk akuarium air laut aku ni. Masa awal-awal dulu, pakai kipas je pun leh dapat sampai 26 darjah celsius. Mungkin sebab komuniti dalam akuarium aku yang dah semakin berkembang menyebabkan suhu global akuarium aku meningkat kot. Lagipun mana tak nyer. Sekarang jumlah watt lampu-lampu yang aku pasang kat akuarium tu ada la dalam 120 watt. Bukan apa. Coral-coral tu kan memerlukan cahaya bagi menjalankan fotosintesis (lebih kurang cmtu la tapi ikutkan ada istilah lain. fotosintesis untuk tumbuhan). Huhuhu... Tengok-tengok bajet ni nak angkat chiller untuk akuarium aku. Kang mati tak pasal lak hidupan akuarium aku ni.


Anak bujang aku


Ni la dia anak bujang aku merangkap anak sulung aku. Aku panggil dia Taufiq. Kengkadang panggil je Topiq. Hehehe… Umur dia baru je 3 bulan setengah. Tapi lom pandai lagi nak meniarap. Ada la baru nak belajar teknik mengiring badan kiri dan kanan dengan gaya angkat punggung. Aritu timbang ada la 5.9kg. Berat sikit je dari kampit beras yang 5kg tu. Hehehe…

Aku ngan bini aku baru nak ngajar anak aku ni makan nestum. Anak aku ni eksen sikit. Dah tau susu mak dia lemak berkhasiat dan berkrim, tak nak lak dia minum benda yang lain. Air kosong pun tak nak. Hampeh betul. High taste la tu konon… Tapi aku paksa-paksa gak la. Suruh gak bini aku paksa anak aku ni makan nestum walaupun sikit. Bukan apa, kesian gak kat bini aku. Dah la bini aku ni badan kecik (aku pun badan kecik gak). Kalau awal-awal dulu anak aku ni nak susu selang dua jam. Sekarang ni leh kata tiap jam nak.

Dan yang bestnye anak aku ni suka isap jari. Huahaha… Jadi kalo dia boring sangat, biasa la… Isap la jari dia tu. Last-last tertido. Pantang dapat benda ni. Semua nak disumbat dalam mulut dia. Sekarang ni benda favourite yang dia sumbat adalah bantal busuk dia. Busuk sebab dia asik sumbat dalam mulut dia la. Apa lagi… Abis basah kene air liur dia.

Aku baru je guntingkan rambut dia pagi semalam. Kesian tengok dia asik pegang-pegang rambut dia yg panjang tu. Paling kesiannye orang asik ingat dia pompuan. Stail ni baru la ada gaya budak laki ;-) Hehehe… Peace anak abah…