Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label kanibalisme. Papar semua catatan

Khamis, 24 Disember 2015

Lelaki Disaman Sejuta Dolar Kerana Didakwa Makan Rakan Sekapal




Seorang warga El Salvador yang selamat setelah setahun sesat di lautan kini disaman AS$1 juta kerana didakwa telah memakan rakan sekapal dalam usahanya untuk kekal hidup dalam tempoh tersebut, lapor USA Today.

Pada musim luruh 2012, Salvador Alvarenga mengupah Ezequiel Cordoba untuk mengiringinya ke sesi memancing di pesisir pantai Mexico.

Bot kecil yang dinaiki mereka berdua dipukul gelombang lalu tenggelam ketika ribut berlaku. Semua peralatan komunikasi dan bekalan makanan turut hilang, menurut Alvarenga.

Tambah Alvarenga, rakan sekapalnya meninggal dunia selepas beberapa bulan di lautan. Cordoba menjadi semakin lemah dan akhirnya menemui ajal selepas memakan seekor burung. Alvarenga turut menegaskan dia mencampak mayat Cordoba ke sisi bot selepas itu.

Menurut Alvarenga yang kini berdepan perbicaraan mahkamah, dia kekal hidup sepanjang situasi ekstrem tersebut dengan meminum darah penyu, air kencing sendiri, dan memakan mana-mana burung atau ikan yang sempat ditangkap.

Keluarga Cordoba bagaimanapun tidak mempercayai cerita Alvarenga dan menuntut bayaran pampasan kerana mendakwa dia telah memakan Cordoba.

Menurut peguam Alvarenga, Ricardo Cucalon, besar kemungkinan keluarga Cordoba menyaman anak guamnya kerana Alvarenga baru-baru ini meraih keuntungan melalui buku 483 Days karya Jonathan Franlin yang mengabadikan kisah ikhtiar hidup Alvarenga.

Alvarenga diselamatkan tahun lalu ketika dia tiba di Kepulauan Marshalls kira-kira 10,460 kilometer merentas Lautan Pasifik dari pesisir pantai Mexico, tempat dia memulakan perjalanan. -Awani/23/12/15


, ,

Selasa, 23 Disember 2014

Ahli Sihir Ditangkap Selepas Tidak Jadi Ratah Bayi

Sekadar hiasan.
[Harian Metro] Masvingo (Zimbabwe) Seorang wanita berusia 90 tahun yang mengaku dirinya seorang ahli sihir ditangkap tidak lama selepas dia dan rakannya gagal melapah seorang bayi.

Nenek dikenali sebagai Shoko itu ditangkap ketika memulangkan bayi berkenaan dan bercadang mencari bayi lain.

Bayi pertama tidak dimakan kerana Shoko dan rakannya mendapati dia sudah mempunyai gigi.

Bagaimanapun, dia ditangkap pada jam 3 pagi selepas bayi itu tidak henti menangis.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Sharai Hundi, yang kebetulan terjaga dari tidur berlari keluar kerana mendapati bayinya sedang terbaring di sebelah seorang wanita tua.

“Saya tidak akan melupakan kejadian ini dan bersyukur Tuhan menyelamatkan bayi saya.

“Saya terjaga sekitar jam 3 pagi kerana anak mahu minum. Kebetulan saya memeriksa tempat tidur bayi saya namun dia sudah hilang.

“Seolah dalam mimpi saya mendengarnya menjerit menangis di luar rumah dan alangkah terkejut apabila melihatnya terbaring di sebelah unggun api dengan seorang wanita tua bersamanya,” katanya.

Menurut Sharai, dia terus mencapai bayinya dan membawa masuk ke rumah, tetapi kanak-kanak itu masih tidak henti menangis.

Dia kemudian menghubungi keluarganya yang tinggal berhampiran, manakala Shoko yang malu menutup muka menggunakan bajunya menyebabkan badannya terdedah.

“Dia terpaksa mengakui perbuatannya kerana penduduk kampung hampir mahu membelasahnya. Semua orang terkejut apabila dia mengaku sebenarnya nenek kebayan yang buta pada waktu siang, namun dapat melihat jelas ketika malam.

“Katanya, dia mengambil anak saya kerana tiba gilirannya mendapatkan daging manusia untuk diratah bersama rakan-rakannya,” katanya.

Bayi itu bernasib baik kerana mereka mewajibkan semua anak yang ingin dimakan mestilah belum tumbuh gigi.

Sharai berkata, suaminya Mujena yang pulang dari kerja mengarahkan Shoko pergi dari situ namun wanita berkenaan mengelilingi rumah mereka selama empat jam sehingga anak-anaknya membawa kereta sorong dan membawanya pergi.

“Kami ditawarkan lima lembu sebagai pampasan oleh keluarganya namun tidak menerimanya kerana bimbang dia datang untuk menghirup darah anak kami.

“Anak saya masih belum pulih kerana luka di badan dan matanya belum sembuh,” kataya.

Sementara itu, ketua kampung mengambil tindakan menghalau Shoko dari kampung itu. - Agensi/23/12/14


,

Khamis, 3 Julai 2014

Polis Rancang Rogol, Bunuh, Masak Wanita Tidak Bersalah Kerana...


‘Polis Kanibal’ Tidak Bersalah

[Harian Metro] New York: Seorang anggota polis yang digelar ‘Polis Kanibal’ selepas dia merancang menculik, merogol dan memakan mangsanya dibebaskan setelah peguamnya berhujah bahawa manusia berhak untuk berkhayal.

Gilberto Valle, 30 masih menunggu hukuman selepas didapati bersalah tahun lalu setelah mahkamah diberitahu mengenai keinginannya memakan ‘daging wanita’ diluahkan dalam perbualan di Internet.

Dia juga menyimpan pangkalan data mengenai wanita yang ingin dirogol, dibunuh dan dimasak.

Pendakwa raya berkata, Valle melayari Internet untuk mencari resipi masakan daging manusia.

Bagaimanapun, keputusan bersalahnya dibatalkan oleh seorang hakim semalam selepas peguamnya berhujah bahawa perlembagaan Amerika Syarikat tidak menghalang dan mencampuri urusan rakyatnya untuk berkhayal.

Peguamnya berkata, Valle tidak pernah melakukan kekejaman walaupun selepas hampir setahun berkhayal menculik, membunuh dan memakan puluhan wanita, termasuk bekas isterinya.

Hakim Gardephe berkata: “Semua bukti yang ditemui menunjukkan tertuduh hanya berkhayal.” 

Bagaimanapun, tuduhan lebih ringan yang dikenakan ke atas Valle kerana mengakses pangkalan data pihak penguatkuasa undang-undang tanpa kebenaran, dikekalkan. - Agensi/3/7/14


, ,

Jumaat, 13 Jun 2014

Dua Beradik Dipenjara 11 Tahun Kerana Curi dan Masak Mayat Bayi



[HM] Lahore: Dua lelaki adik beradik semalam dipenjara 11 tahun sebuah mahkamah di sini kerana memakan mayat bayi dalam kes yang mengejutkan rakyat Pakistan.

Mereka melakukan demikian setahun selepas dibebaskan atas kesalahan sama.

Farman Ali dan Mohammad Arif ditahan April lalu selepas polis menemui kepala bayi berusia dua hari di rumah mereka.

Mereka mencuri mayat bayi itu dari tanah perkuburan di kampung mereka di Darya Khan, kira-kira 300 kilometer ke selatan Islamabad.

Menurut polis lagi, kedua-dua beradik itu yang berusia lewat 30-an, memasak dan memakan kari yang dimasak daripada mayat berkenaan.

Mereka pernah ditahan kerana memakan mayat di kampung sama pada 2011 dan menjalani hukuman penjara dua tahun serta menjalani rawatan psikiatrik. - Agensi/13/6/14

Khamis, 13 Februari 2014

Polis Serbu Restoran Saji Daging Manusia


Sekadar hiasan.
[HM] Abuja: Polis menahan 11 orang termasuk pemilik sebuah restoran dalam satu serbuan terhadap premis makanan yang menyajikan hidangan daging manusia.

Dalam serbuan itu, polis menemui dua kepala manusia yang masih segar di restoran yang terletak di Anambra. 

Jasad dan kepala ditemui berbungkus seperti daging haiwan biasa dan polis menyatakan hidangan kepala manusia panggang juga terdapat dalam menu restoran terbabit. 

Dua senapang jenis AK-47, senjata lain, ratusan peluru dan telefon bimbit turut ditemui.

“Kami selalu melihat orang yang mencurigakan keluar dan masuk restoran ini,” kata seorang penduduk tempatan.

Seorang paderi yang terkejut apabila mengetahui dia dihidangkan dengan sajian daging manusia membuat laporan polis. 

“Saya makan di restoran itu dan mendapati bilnya terlalu tinggi. Kemudian pelayan kedai memberitahu harga itu adalah untuk sajian daging manusia yang saya makan. Saya sangat terkejut,” katanya. -Agensi/13/2/14


, ,

Khamis, 6 Februari 2014

Tiga Beradik Makan Ibu Kandung

DANTE (kanan), Paroy (kiri) dan Ibrahim menafikan tuduhan bunuh ibu mereka.

[HM] Manila: Tiga beradik membunuh ibu mereka sebelum memakan organnya mentah-mentah selepas upacara dipercayai bertujuan menghalau roh jahat dalam badan wanita itu.

Jiran melaporkan terdengar bunyi pelik dari rumah itu beberapa hari sebelum mayat Musala Amil, 56, ditemui di bandar Ampatuan.

Menurut Ketua Polis Ampatuan Inspektor Ronald De Leon, mayat wanita itu kehilangan beberapa anggota badan selain tidak berdarah.

Tiga anak lelakinya - Dante, 35, Paroy, 21, dan Ibrahim, 18 - bagaimanapun menafikan membunuh ibu mereka sebaliknya mendakwa cuba mengubati penyakit dipercayai diakibatkan roh jahat dalam kejadian yang berlaku Rabu lalu.

Katanya, polis turut menyiasat laporan bahawa keluarga berkenaan mempunyai masalah mental, namun tidak menolak kemungkinan mereka berada di bawah pengaruh dadah.

“Ketiga-tiga adik-beradik tinggal bersama ibu mereka di sebuah ladang di Purok Nabadtog.

“Semuanya akan menjalani ujian dadah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu ahli jawatankuasa kampung berkenaan mendakwa tiga beradik terbabit bertindak seperti binatang apabila membunuh dan meratah mayat ibu mereka. - Agensi/6/2/14


, , , ,

Ahad, 9 Jun 2013

Wanita MAKAN Makan Otak Bayi Sendiri



[HM] San Antonio: Polis bandar raya ini berkata, seorang wanita dituduh memenggal kepala bayi lelakinya berusia tiga minggu menggunakan sebilah pisau dan dua pedang, selain turut memakan beberapa bahagian tubuh anaknya itu.

Ketua Polis San Antonio, William McManus memberitahu wartawan bahawa serangan Otty Sanchez terhadap anak lelakinya, Scott Wesley Buchholtz-Sanchez “terlalu kejam” untuk didedahkan sepenuhnya.

Tetapi katanya, Otty turut memakan sebahagian otak bayi itu dan menggigit tiga daripada jari kaki mangsa sebelum menikam dirinya sendiri sebanyak dua kali. Polis berkata, Otty, 33, memberitahu pihak berkuasa yang dihubungi ke kediamannya awal Ahad lalu dia membunuh bayi lelakinya atas permintaan syaitan. Otty didakwa dengan pembunuhan kelas pertama dan ditahan dengan ikat jamin AS$1 juta (RM3.09 juta). Dia sedang pulih daripada kecederaannya di hospital. - AP

,

Rabu, 19 Disember 2012

Makan Mayat Rakan untuk Hidup


Alexander Abdullaev, 37 Foto: Russian Emergencies Ministry

Berita Agensi memetik laporan akhbar tentang dua rakyat Russia yang berjaya diselamatkan bulan lalu selepas empat bulan hilang di hutan di timur jauh di negara itu memakan mayat rakan mereka untuk terus hidup. 

Sekumpulan empat lelaki hilang Ogos lalu dalam suatu ekspedisi menangkap ikan di sungai di wilayah Yakutia, satu daripada kawasan paling terpencil dan sukar di dunia. Hanya dua daripada lelaki terbabit berjaya diselamatkan dengan helikopter akhir bulan lalu. 

Namun, penemuan cebisan mayat manusia di kawasan perkhemahan mereka mendorong penyiasat membuka kes bunuh ketika khabar angin tentang amalan kanibalisme kian meningkat. Dua orang lelaki yang terselamat ditahan, tetapi disifatkan sebagai saksi dalam kes bunuh itu. Walau bagaimanapun, penyiasat yakin bahawa amalan kanibalisme berlaku dan bukannya pembunuhan.

“Ketika disoal siasat, seorang daripada saksi memberikan keterangan bahawa kanibalisme memang berlaku,” kata sumber penyiasatan itu kepada akhbar harian Komsomolskaya Pranda

“Ia bukan pembunuhan.

“Mereka memakan mangsa selepas dia mati akibat tidak dapat bertahan dengan keadaan yang dilaluinya,” katanya. 

Laman web berita Yakutia, NVPress.ru turut memetik kenyataan penyiasat tempatan yang berkata, nelayan bernama Alexander Abdullayev mengakui bahawa dia dan seorang lagi rakan yang terselamat, Alexei Gorulenko memakan mayat Andrei Kurochkin. 

“Menurut Abdullayev, Kurochkin mati akibat kesejukan. Dia dan Gorulenko memakan mayat Kurochkin selama beberapa minggu, lapor NVPress.ru. -DCM


Berita lain di sini.

 

, , ,

Selasa, 3 Julai 2012

[Gambar] Pemandu Bas Mabuk Cuba "Kunyah" Muka Wanita


[HM] WENZHOU: Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular ke China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang wanita.

Wanita malang itu memerlukan pembedahan plastik bagi memulihkan kecederaan akibat perbuatan lelaki berkenaan. Menurut media tempatan, pemandu yang dikenali sebagai Dong itu meminum arak terlalu banyak ketika makan tengah hari sebelum kejadian beberapa hari lalu.

Dia kemudian berlari ke tengah jalan raya di bandar raya ini dan berdiri di depan kereta dipandu wanita bernama Du serta menghalangnya daripada bergerak. Dong memanjat ke atas bumbung kereta dan mula menumbuk kenderaan itu, manakala Du yang panik menjerit meminta tolong.

Apabila Du keluar dari keretanya, Dong melompat ke arahnya dan menolak wanita itu hingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.

Dong kemudian menggigit muka Du menyebabkan dia yang menjerit ketakutan dan kesakitan, berlumuran darah.

Orang ramai kemudian cuba menarik Du daripada mangsa. Saksi berkata, Dong sudah hilang ingatan kerana enggan melepaskan Du. Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya menahan Dong bagi mengakhiri kejadian itu.

Du dibawa ke hospital dan doktor berkata, dia memerlukan pembedahan plastik bagi merawat hidung dan bibirnya yang cedera teruk akibat digigit lelaki berkenaan.

Kejadian itu berlaku tidak lama selepas satu siri insiden serangan kanibal dilakukan seorang penagih dadah di Amerika Syarikat bulan lalu. - AP




, ,

Ahad, 15 April 2012

Bunuh & Makan Mayat untuk Bersih Jiwa


[HM] PERNAMBUCO (Brazil): Seorang pakar karate dan dua wanita ditangkap kerana membunuh sekurang-kurangnya dua orang sebelum memakan daging mangsa untuk ‘membersihkan jiwa.’

Menurut polis, ketiga-tiga warga Brazil yang ditangkap di Pernambuco, timur laut negara itu, adalah anggota yang mempercayai fahaman ‘menyucikan dunia.’ Pakar karate, Jorge da Silveira, 51, ditangkap bersama-sama Isabel Pires, 51, dan Bruna da Silva, 25, kerana merancang membunuh tiga wanita setiap tahun.

Seorang jurucakap polis berkata, rancangan mereka terbongkar apabila polis menemui buku 50 muka milik da Silveira yang mengandungi lukisan dan maklumat mengenai memakan daging manusia.

Polis juga menemui dua mayat di laman rumah kumpulan terbabit.

Mereka percaya mayat itu milik Alexandra Falcao, 20, dan Gisele da Silva, 30, yang dilapor hilang di kawasan itu baru-baru ini.

Kedua-dua mangsa dilapor dilihat berhampiran rumah suspek sejurus sebelum hilang.

Jiran membakar rumah terbabit, tempat mayat itu ditemui Khamis lalu, menurut laporan media Brazil.

Pesuruhjaya Polis, Wesley Fernandes berkata, ketiga-tiga suspek merancang membunuh seorang lagi mangsa berhampiran bandar itu.

Dia percaya suspek sudah membunuh lebih banyak mangsa. - Agensi


, ,

Ahad, 8 April 2012

Warga Emas BUNUH & MAKAN Isteri


[SH] BOSTON - Seorang warga emas berumur 79 tahun yang baru sahaja berhijrah dari China ke Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), mengaku tidak bersalah dan keliru dengan pertuduhan terhadapnya, iaitu membunuh isteri pertamanya dengan kejam, kelmarin.

Menurut polis, Jeiming Liu yang ditemui anak lelakinya, dalam keadaan duduk di atas sebuah kerusi malas serta berlumuran darah pada tangan, mulut dan muka sambil memandang ke luar kondominium serta dikelilingi cebisan daging yang dipercayai milik isterinya.

Kemudian dia menjumpai ibunya, Yuee Zhou, 73, dalam sebuah bilik tidur dengan keadaan berbaring, berlumuran darah dan mengalami kecederaan parah pada bahagian lengan tangan.

Namun, anak lelaki Liu yakin ayahnya tidak mampu melakukan kekejaman itu kerana mempunyai saiz fizikal yang kecil.

Liu yang asyik mengulangi ayat ‘Ini bukan ibu kamu’ sejak ditemui, dipercayai menghidapi penyakit Alzheimer atau demensia.

Penolong Pendakwa Raya Daerah, Michael D. McHugh berkata, Liu mungkin memakan cebisan daging isterinya berikutan sebahagian lengan kiri mangsa berlubang dan beberapa batang jari turut ditemui di sekitar kondominium mereka.



, , ,

Sabtu, 24 Mac 2012

Samseng MAKAN Mayat Pengkhianat

SRETKO Kalinic (kiri) dan Luka Bojovic.

[HM] MADRID: Sekumpulan samseng menyeksa dan membunuh ahli kumpulan yang khianat dan kemudian memasak sup dengan menggunakan mayat mangsa.

Kumpulan samseng Serbia memukul Milan Jurusic, 37 hingga mati dengan penukul lalu menyiat daging mangsa dengan pisau tajam sebelum memasukkannya ke dalam pengisar daging, di sebuah rumah pangsa di Madrid.

Mereka menjadikan kulit mukanya sebagai topeng, memasak daging mangsa dan menjadikan hidangan tengah hari.
Mereka juga membuang tulang mangsa ke dalam Sungai Manzanares di ibu negara Sepanyol itu.

Seorang anggota kumpulan samseng itu, Sretko Kalinic, atau dikenali sebagai ‘The Butcher’ mengaku melakukan jenayah itu setelah ditangkap di Zagreb, Croatia, tahun lalu.

Pihak berkuasa Sepanyol menemui 50 tulang di dalam sungai dan menemui rumah seram, tempat jenayah itu dilakukan, minggu lalu.

Jurusic dikatakan mengkhianati anggota kumpulan itu dengan mencuri duit mereka.

Dia melarikan diri setelah didapati bersalah membunuh Perdana Menteri Serbia, Zoran Djindjic pada 2003.

Polis Sepanyol percaya, Luka Bojovic yang mengetuai kumpulan samseng yang makan daging manusia itu, membunuh Jurusic. Dia yang turut dituduh membunuh Djindjic, ditahan di Valencia, bulan lalu.
MILAN Jurusic.
MILAN Jurusic.

Di apartmen Bojovic di Valencia, polis menemui dokumen yang menyokong kenyataan Kalinic mengenai pembunuhan ngeri itu.

Semua anggota samseng yang terlibat dalam pembunuhan ngeri di Madrid, dikatakan anggota Zemun Clan, kumpulan mafia dari Belgrade.

Jenayah itu dikatakan dilakukan pada 2009, ikni disiasat majistret Fernando Andrew dari Mahkamah Nasional di Madrid. -DM


, , , ,

Isnin, 20 Februari 2012

Lelaki Culik, Panggang Budak


Saya petik:
 
[BH] MEERUT: Seorang lelaki India yang ditangkap kerana menculik seorang kanak-kanak memeranjatkan pihak polis apabila mendakwa dia memanggang kanak-kanak yang diculik tetapi tidak dapat dijualnya dan kadang kala turut memakan daging mereka.

Ketua polis, Rajiv Krishna berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci sekiranya dakwaan lelaki berkenaan adalah benar.

Polis berkata penduduk kampung menangkap lelaki berkenaan ketika dia cuba melarikan diri bersama seorang kanak-kanak yang diculik, Sadique, 12, dari Bhoor baral di daerah Meerut.

Lelaki itu memberitahu polis bahawa dia sebelum ini pernah menculik beberapa kanak-kanak dan menjual mereka dalam keretapi yang bergerak.
 
“Dia berkata, dia turut makan daging kanak-kanak yang tidak dapat dijualnya,” kata seorang pegawai polis itu.

Penduduk kampung sebelum itu mengadu kehilangan seorang kanak-kanak dari kampung terbabit, Azad yang sehingga kini tidak pernah ditemui.

“Kami akan menyiasat dakwaannya itu dan menghubungi pakar psikiatri di Agra dan Bareilly,” kata Rajiv Krishna.
 
Polis menghantar suspek mendapatkan rawatan dan menantikan laporan kesihatan sebelum mengambil tindakan. – Agensi 



, ,

Jumaat, 28 Oktober 2011

Pelancong Jerman DIMAKAN Jurupandu Arah

Henri Haiti
DCM ada menyiarkan berita awal tentang kehilangan Stefan Ramin yang dipercayai dimakan oleh puak kanibal di Nuku Hiva, sebuah pulau terpencil di Pasifik. Anda boleh bacanya  di sini.

Terbaru, The Sun menyiarkan perkembangan terkini kes tersebut dengan mengaitkan Henri Haiti yang merupakan jurupandu arah Ramin sebagai suspek pembunuhan itu. Setakat ini, penemuan gigi di kawasan yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan disahkan milik Ramin, 40.

Pihak yang menyiasat kes ini telah menemukan sisa Ramin sekitar 35 kaki dari lokasi kejadian. Selain gigi, tulang dan cebisan anggota yang lain turut dihantar untuk ujian DNA. Mangsa dikatakan dibunuh, dilapah, dan dimakan oleh pembunuhnya. Bahagian badan yang tidak dikehendaki telah dibakar di lokasi pembunuhan.

Menurut pendakwa raya pulau itu, Jose Thurel: "Hampir pasti sisa yang ditemukan itu milik Stefan Ramin."

Sebelum ini, Haiti dilaporkan cuba memperdaya teman wanita Ramin, Heike Dorsch, 37 agar mengikutnya untuk menyelamatkan Ramin yang dikatakan tercedera. Namun, Dorsch yang mencurigai Haiti enggan mengikutnya. Akibatnya, teman wanita Ramin itu diikat pada pokok dan dicederakan oleh Haiti. Dorsch yang berjaya melarikan diri melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa.

Menurut laporan, kanibalisme sudah tidak diamalkan di pulau itu sejak berdekad lalu. Salah seorang saudara Haiti dilaporkan berkata: "Kami mahu tahu sebab dia berbuat demikian. Adakah dia bertindak seperti orang gila?"

Setakat ini, Henri Haiti yang menghilangkan diri sejurus kes itu dilaporkan kepada polis masih belum dapat dikesan. -DCM


, ,

Isnin, 17 Oktober 2011

Pelancong DIBUNUH & DIMAKAN oleh Kaum Kanibal di Nuku Hiva


Pelancong Jerman bersama-sama dengan teman wanitanya singgah di sebuah pulau Pasifik terpencil dikhuatiri dibunuh dan dimakan oleh penduduk pulau itu.

Tulang dan sisa anggota badan dipercayai milik, Stefan Ramin, 40, ditemukan di kawasan perkhemahan mereka. Dia dipercayai telah dipotong-potong sebelum dipanggang oleh penduduk tempatan - walaupun sebelum ini mereka mendakwa telah menghentikan budaya kanibalisme sejak beberapa dekad yang lalu.

Ujian DNA akan dijalankan terhadap tulang rahang, gigi dan beberapa logam cair di kawasan itu. Sisa tersebut dijumpai dalam abu sejuk di kepulauan Perancis Polinesia, Nuku Hiva, 930 batu dari Tahiti.

Stefan dan teman wanita Heike Dorsch, 37 - yang telah melakukan ekspedisi pelayaran sejak tahun 2008 - singgah di pulau itu pada 16 September lalu. Dia dipercayai telah pergi memburu kambing yang merupakan tradisi penduduk di situ bersama-sama dengan seorang jurupandu tempatan.

Jurupandu yang dikenal sebagai Henri Haiti, kemudian kembali seorang diri lalu memberitahu Heike: "..Stefan telah mengalami kemalangan. Dia memerlukan bantuan."

Namun, jurupandu itu kemudiannya dikatakan telah merantai Heike pada sebatang pokok sebelum menyerangnya. Beberapa jam kemudian, Heike berjaya membebaskan dirinya dan memaklumkan hal itu kepada polis. Sekumpulan 22 anggota polis telah melancarkan operasi mencari di pulau itu, yang mempunyai penduduk sekitar 2 789.

Henri Haiti masih hilang dan tentera telah diarah untuk menjejakinya.

Sebuah laman web tempatan melaporkan: "Stefan Ramin telah bertemu dengan Henri Haiti dan tidak mempunyai apa-apa sebab untuk rasa waspada. Teman wanitanya memberitahu bahawa dia diancam dengan senjata oleh Haiti sebelum diikat pada pokok.

"Dia memberitahu penyiasat bahawa Haiti cuba memperdayanya agar mengikutnya untuk menyelamatkan Stefan yang dikatakan cedera."

Heike dan Stefan, bekas penasihat perniagaan dari bandar Haselau di utara Jerman, mengemaskinikan blog agar sahabat dan ahli keluarga dapat mengikuti perkembangan dan pengembaraan mereka.

Cerita lanjut, sila buka portal The Sun UK. -DCM





, , ,

Selasa, 5 April 2011

[Video] 2 Beradik Ditangkap Kerana Makan Mayat Manusia


Saya petik:
[HM] LAHORE: Polis Pakistan, semalam berkata mereka menahan dua beradik yang berusia 40-an kerana disyaki mencuri dan memakan daging manusia dalam satu siasatan perbuatan karnibalisme yang mengejutkan penduduk sebuah pekan terpencil.

“Kami menahan dua lelaki dari desa Kohar Kalan kelmarin selepas mendapat maklumat mereka mencuri mayat dari kubur dan memakannya,” kata pegawai polis tempatan, Abdul Rehman.

Beliau berkata, polis mengambil tindakan selepas ibu bapa seorang gadis berusia 24 tahun yang mati akibat penyakit kanser membuat laporan bahawa mayat anak mereka hilang selepas dikebumikan Sabtu lalu.

Menurutnya, suspek mencuri mayat itu dari kubur dekat bandar Darya Khan kira-kira 300 kilometer di selatan Islamabad.

“Kedua-dua lelaki itu yang juga adik-beradik mengakui mereka mencuri mayat sejak tahun lalu. “Kami juga menemui semula mayat gadis itu tanpa sebelah kaki dan kedua-dua lelaki berkenaan memberitahu mereka sudah memakannya,” kata Abdul lagi.

Pegawai polis daerah, Humayun Masood Sindhu mengesahkan penahanan dua lelaki itu dan menganggap kes terbabit paling pelik sepanjang kariernya sebagai pegawai polis.

Beliau berkata polis menemui mayat gadis berusia 24 tahun itu dalam karung guni dan turut merampas sebilah kapak daripada kediaman dua suspek berkenaan. - AFP
Video:

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH