Monday, June 4, 2012
Forum "Sebarkan Cintamu"...Ameerah DUN Sura Dekati Remaja
Saturday, November 22, 2008
Indoor Games & Team Building Nisa' Dungun
Nisa’ Indoor Games telah dilangsungkan pada malam 14 November 2008 melibatkan 8 permainan iaitu congkak, dart, dam aji, carom, snake & ladder, batu seremban, ceper dan yoyo. DUN yang terlibat iaitu DUN Paka, DUN Rantau Abang, DUN Sura dan DUN Bukit Besi telah menghantar 3 orang peserta bagi setiap jenis permainan yang dipertandingkan. Permainan yang paling menarik perhatian semua ialah snake & ladder yang telah menggunakan papan atau board khas bersaiz 10 kaki x 8 kaki yang dicipta khas mengandungi mesej-mesej dakwah sesuai dengan golongan remaja yang menyertai.
Peserta yang menang dalam setiap permainan akan bermain dalam Nisa’ Indoor Games Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan pada 25 Disember 2008, bertempat di Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI), Kubang Lembek, Manir sebelum diteruskan ke peringkat pusat pada tahun depan.
Program Team Building yang dilangsungkan pada hari berikutnya dimulakan dengan sesi munajat dan qiamullail secara berjemaah. Team Building Nisa’ diisi dengan program mengukuhkan kefahaman ahli mengenai hala tuju dan visi Nisa’, selain mengeratkan ukhwah kerana semua ahli jawatankuasa dan ahli Nisa’ dikehendaki sama-sama menyertai Team Building ini.
Penutup telah dilaksanakan oleh Hajjah Khairiah Mokti, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun. Beliau telah menyampaikan harapan dan amanat buat semua anggota Nisa’ yang bakal menjadi pelapis kepimpinan Islam masa depan. Seterusnya, sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang Indoor Games juga dilaksanakan.
Keceriaan terpancar di wajah semua peserta terlibat kerana mereka tidak sabar-sabar lagi untuk bermain di peringkat negeri dan seterusnya ke peringkat Nisa’ Malaysia pula sebagaimana Nisa’ Games yang telah dilaksanakan sebelum ini.
Makluman : Minggu ini, Team Building Nisa’ Besut akan dilaksanakan pada 21 November 2008, Jumaat. Semua ahli Nisa’ Kawasan Besut dan yang berminat untuk menyertai dijemput hadir.
Oleh : Nasikerabupetro
Layari laman blog Nisa’ Terengganu
Sunday, April 20, 2008
Nisa' DUN Sura @ Cameroon Highlands
Nisa' @ Cameroon Highlands
Sebetulnya penulis mahu mengutarakan aktiviti yang dijalankan oleh Nisa' DUN Sura (yang tadi tu muqaddimah jer...) yang mana mereka telah menghimpunkan sejumlah 45 orang petugas remaja perempuan yang banyak menyumbang tenaga kepada sayap kiri parti di DUN Sura. Setelah berpenat lelah dalam gerak kerja pilihanraya, alkhirnya Nisa' DUN Sura bersama isteri YB dan petugas remaja telah bertolak ke Cameroon Highlands pada Khamis lalu sambil diiringi oleh sebuah MPV Keselamatan.
Melalui gambar yang dikirim kepada penulis, jelas terpancar kegembiraan hatta diperingkat remaja perempuan apabila PAS dapat menawan kembali DUN Sura dengan majoriti 1000 undi. Walau bagaimana pun, kegembiraan ini tidak seharusnya membuatkan kita lupa dan leka akan peranan dan tugas kita di posisi masing-masing.
Penulis tidak berhajat untuk mengulas panjang tentang XTVT kali ini.