Memaparkan catatan dengan label Hariraya aidilfitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hariraya aidilfitri. Papar semua catatan

Khamis, 8 Ogos 2013

Salam Aidilfitri - Layan Lagu Raya


08082013

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Bathin

Dengan Tulus Ikhlas
drpd Ayah Zain

Rabu, 7 Ogos 2013

Selamat Hari raya Aidil Fitri

07082013

Di kesempatan hari yang mulia ini 
Ayah Zain sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin
atas segala ketelanjuran
 sama ada yang di sengajakan atau tidak.
Ayah Zain mendoakan pembaca sekalian
 terus berada dalam perlindungan dan keberkatan Allah SWT.
Sehingga jumpa lagi.

Khamis, 1 Ogos 2013

iklan raya Petronas 2003

01082013

Kita sudah memasuki hari pertama bulan Ogos 2013. Bulan Ogos ialah bulan  kemerdekaan  Malaysia. Bersamaan 23 Ramadan . Cuma tinggal 6 hari sahaja lagi umat Islam di Malaysia akan menyambut Syawal yang dinantikan .

Seperti biasa saat-saat menjelang musim perayaan syarikat gergasi  di Malaysia akan membuat filem pendek menggambarkan sambutan atau perayaan sesuatu kaum. PETRONAS satu-satunya syarikat korporat yang sering menghasilkan filem pendek perayaan yang begitu berkualiti. Antaranya ialah seperti pada tahun 2003, syarikat ini menghasilkan satu produk yang begitu menyentuh hati nurani ku.




ameek ko. semua ada. daging, tulang, limpa, hati dan sebagainya.....Apa cara sekalipun, hajat ibu mesti dipenuhi. Sejuk perut ibu mengandung tetapi ibarat hasrat memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai. Namun, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nak seribu daya, tak hendak seribu daleh.

Rabu, 31 Julai 2013

Iklan Raya 2013 JKKN Sabah - Kasut Buruk

31072013

Begitu menyentuh hati iklan raya ini. Walaupun sebelum ini pernah mendengarnya di kursus motivasi namun video ini amat menyentuh kalbuku. Speechless



Apakah kamu takut akan (menjadi miskin) kerana kamu kerap memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah solat dan berikan zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam pengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan ..... ( QS Al-Mujadilah:58:13)




Rabu, 22 Ogos 2012

Selamat Hariraya

220812




Tidak terlambat aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada pembaca CHHM sekalian walaupun hari ini adalah Hari Raya Idilfitri yeng ke-4. Semoga Allah meberkati hidup kalian dengan mendapat perlepasan daripada azab api neraka, perlepasan daripada azab kubur, perlepasan daripada fitnah manusia dan fitnah dajal.

Taqabalallahu minna wa minkum,
ja’alanallahu wa iyyakum minal aidin wal faizin. Amin.

Semoga Allah menerima seluruh ibadah kita
Semoga Allah menjadikan kita orang yang kembali suci
dan orang yang memperoleh kemenangan. Amin


Maaf zahir dan batin daripada ayah zain sekeluarga

Khamis, 25 Ogos 2011

Selamat Hari Raya IdulFitri

25082011

Di hari raya
terkenang aku
terkenang aku kepada sidia
Kampung ku indah nun jauh  di sana
ayah serta bondaku

Dikesempatan ini,
dengan rasa rendah diri
ayahzain memohon ampun dan maaf 
kepada semua pembaca CHHM tersayang
Tentu ada penulisan ayahzain yang tersasar
mencoretkan kelukaan di hati kalian
tercedok nukilan dan dipaparkan di CHHM
justeru mohon di ampunkan.
Ayahzain mohon ampun dan maaf di atas segalanya
sama ada disengajakan atau tidak terlintas langsung di hati untuk melakukannya
jari disusun
maaf dipinta
Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir dan Batin
1 Syawal 1432 H
&
Selamat Hari Kemerdekaan
31 Ogos 2011





Ahad, 10 Oktober 2010

Marhaban di rumah boss

101010
eei, cantiknya nombor ni
Siapa yang bernikah hari ini?


Malam tadi boss membuat openhouse dan marhaban dikediammnya.
Tetamunya mestilah daripada anak-anak buahnya
mesti meriahkann? Rumah Boss

suasana menunggu ketibaan para tetamu
bertanya kabar
Marhaban dimulakan
makan time



wow, awat tak masuk dalam rumah?
ooooo suka di sini  sambil menikmati hembusan bayu malam
antara menu yang disajikan.

Suatu kenangan kemeriahan yang sukar digambarkan dan dilupakan. Memnag hepening.
Sesungguhnya tetamu yang datang membawa seribu kebaikan, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Terjalinlah ukhwah sesama kita. Semoga bertemu lagi di Aidilfitri yang akan datang.

Salam Ceria

Sabtu, 9 Oktober 2010

Jom ikut az Beraya lagi

091010
whopssssssss
terlajak ker
Musim raya dah habis
la ni dah masuk masuk musim haji
dan hari ini penerbangan pertama jemaah haji telah bermula


mari kita saksikan suasana berhariraya di rumah "Hasnah Haron Pt Jelutong Darat"


cendol, ermmmmm, huhuhu
anika juadah
 martabak pun ada

Jumaat, 8 Oktober 2010

Jom ikut az marhaban

081010
Marhaban ya marhaban
Dalam Bulan Syawal, marhaban daripada rumah ke rumah sudah sebati dengan masyarakat Melayu Johor. Srtiap di sepanjang bulan Syawal, aktiviti marhaban tidak putus-putus sehinggalah berakhirnya Bulan Syawal. Kali ini kami telah membahagikan aktiviti marhaban kepada beberapa kategori iaitu kategori rumah waden, rumah kelamin, dan rumah taman perumahan.

Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti marhaban di rumah guru-guru di Taman Perumahan Sanglang. Untuk menjimatkan masa, jamuan hanya dilakukan di rumah yang terakhir. Semua hidangan disatukan di sini. Justeru terdapat pelbagai menu untuk dinikamti bersama sambil mengeratkan ukhwah dikalangan kami. Alhamdulillah

Makan time
 Balik Time

Setiap tamu yang datang ke rumah membawa bersamanya seribu kebaikan dan apabila pulang akan membawa seribu keburukan. Berbahagialah tuan rumah yang menerima tetamu yang datang menziarahi.




Rabu, 6 Oktober 2010

Berhariraya di Rumah Orang Bugis

061010
Beberapa hari yang lepas aku dapat menyertai kumpulan berhariraya ke salah sebuah rumah orang kampong di Jelutung Laut, Ayer Baloi. Kunjungan ke rumah ini memnag aku nantikan kerana masakan tradisional orang Bugis menjadi menu utamanya iaitu Borasak.



hidang tersedia di meja
nampak tu dalam daun pisang?
itulah dia

makan time

ni dia hidangan untuk aku
Borasak, ikan parang asam pdas, sayur kacang, serunding
nyum nyum nyummy


tuan rumah sedang melayan tetamu tu

ni dia bakal haji
sedang menikmati hidangan bersama keluarganya





Khamis, 30 September 2010

Beraya bersama blogger PDKM

300910

Berkesempatan berhariraya di Rumah Kak Sidah di Kg. Nakhoda, Bt. Caves Selangor.
Sebenarnya program berhariraya dengan Kak Sidah sepatutnya berlaku di Kg. Tanjung Penajis, Rembau Negeri Sembilan pada 2 hariraya tetapi kerana kesibokan masing-masing  berhariraya, program ini ditangguhkan kepada suatu hari yang lain.
Akhirnya pada Ahad 19 Sep, program ini dapat dilaksanakan juga.

Tidak menyangka langsung bahawa pada hari tersebut kak sidah mengundang sama-sama rakan-rakan bloger PDKM, maka dengan itu dapatlah az bertemu dengan Hanis, Syima, Atikah, taj, Atok dan isteri serta   sipemalu   Zzeefa Laffa.

Kerana tidak menyangka yang rakan-rakan blogger turut sama aku mendahului mereka kerana KS mengajak bersarapan pagi di rumahnya. Hanya diperjalanan barulah aku ketahui duduk perkara sebenarnya

tu dia sarapan/minum pagi tersedia di atas meja
mee goreng special ala Rembauan, Soto, rendang Tok dan kueh raya
Tengok tu susunan pinggan mangkok ala hotel
kellas gitu kak sidah


tuan rumah melayan mesra mrszain dan anak-anak
budi naik tuan rumah tidak dapat dilupakan

Sedang enak makan, di luar kedengaran tetamu datang lagi, mari kita lihat

tu dia ketibaan Ratu PDKM


kenal ke dengan bidadari PDKM ini?
Taj 
di ikuti oleh atok dan keluarganya


3 jelitawan sedang menunggu giliran
sabar nooo, az tinggal sikit jer lagi ni
Taj dah  tak sabar, bangun dulu nampaknya

wow, meriah anak-anak dara ini menikmati juadah


tu dia si Zzeefa Laffa, berdiri hormat
 si  panglima kecil Wangsa menyambut sebagai tanda  hormat 

gendang gendung tali kecapi

kenangan terindah di Rumah Kak Sidah
Sajak nampaknya si ratu itu, macam ngam aje
macam pinang dibelah dua
mudah-mudahan
amiiin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...