Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

November 25, 2024

Konvo Kakak

Assalamualaikum

Musim-musim konvo ni, teringat pula konvo kakak tahun lepas 😊. 

Alhamdulillah, tahniah kakak! Tamat sudah peringkat pertama pengajian kakak Alya. Semoga kakak masih terus bersemangat berjuang demi segulung ijazah pula. Insyaallah aaminn. 

Disember tahun lalu, kami sekeluarga kecuali Aisyah meraikan majlis konvo kakak di PWTC. Masa tu plan nak pergi berdua saje tapi kebetulannya memang cuti sekolah masa tu, macam sesuai je untuk pergi semua. Dalam pada itu bimbang juga nanti Afiya dan Syaqir tak dapat nak handle abang Hadif. Ye la, mama papa masuk dewan nanti. Walaupun abang sebenarnya pandai je bawa diri tapi dalam sesak-sesak kat sana bimbang tersesat. Beliau pula suka nau jenjalan, explore sana sini. Last-last terfikir ajak atok dengan nenek. Alhamdulillah mereka berkelapangan dan suka aje nak join. Maklum la cucu pertama konvo kan hihi. Dapat la atok tolong temankan abang hadif sementara kami dalam dewan. 

Gamba konvo memang jarang yang cantik kan. Orang lain semua elok tapi mamanya macam terlebih pondesen pulak, padahal tak mekap pon aduiii kelakar betul 😂. Masa ni hati tengah senang agaknya, nampak mengembang ler sikit badan hahaha. Tapi takpe ler, ni haa acik share seketul buat kenangan hihi. 


Seharian jugalah kami bertangga kat PWTC tu. Makanan pon limited kat sana, booth makanan tak banyak, yang datang pula terlebih ramai. Mana taknya konvo sorang, yang meraikan macam kami ni dah berapa orang kann haha. Mana nye tak penuh sesak PWTC tu. Abis-abis je, laju-laju balik tapi singgah kedai makan dulu. Kesian semua lapau. Nak suruh atok jalan-jalan kat Mall sebelah tu macam tak sampai hati pula. Lagipun mana retinya atok nenek tu kann haha. Apa pun berterima kasih la sangat-sangat pada atok nenek atas kesudian meraikan sesama Konvo kakak. Lagi setahun, insyaallah giliran Aisyah pula. Macam kejap je rasa. Doakan kami semua dirahmati dan di panjangkan usia melihat anak-anak membesar dan berjaya. Insyaallah aaminn. 

September 10, 2024

MJ Legacy's Family Day 1.0

 Assalamualaikum

Penutup bulan Ogos yang lalu, setelah beberapa kali bertukar tarikh, berjaya juga kami berkumpul adik beradik, ipau duai, anak-buah dan cucu. Ye, acik dah ada dua orang cucu hihi. Walau pun serba ringkas, yang penting masa bersama. Semenjak ketiadaan kedua ibu dan bapa mertua, jarang sekali kami berkumpul. Raya pun bersepah-sepah dah semua. Bersepah balik ke kampung lain-lain maksudnya tu hihi. Main-main sukaneka, makan-makan, borak-borak sambil ketawa, riuh rendah dibuatnya! Semoga ukhwah kami kekal selama-lamanya. Insyaallah ada rezeki kita berkumpul lagi. 

January 9, 2021

Syaqir Graduation

Assalamualaikum

Hello hai semua...Tetibe muncul pulak yek. Lama juga bertapa hihi. Salam tahun baru juga untuk semua. Semoga tahun baru ini memberi sinar harapan baru buat kita semua. Walaupun kita masih lagi berhadapan dengan pandemik Covid-19 namun kita masih tetap kena teruskan kehidupan. Paling utama jaga la keselamatan diri dan keluarga, SOP jangan diabaikan. Kalau takde keperluan duduk aje la kat umah dendiam. 


First event kami di tahun 2021 ini adalah konvokesyen Syaqir. Macam tak percaya je dia dah nak ke sekolah rendah. Masih nampak kecik molek lagi. Aduhaiii...


Walaupun takde sambutan seperti tahun-tahun sebelum namun kami tetap rase berterima kasih pada teacher-teacher yang mengusahakan sesi pengambaran drive thru ni. Kami datang cuma untuk ambil scroll dan bergambar je. Mujur sempat tengok Syaqir buat persembahan tahun 2019. Merasa la juga Syaqir suasana konsert tadika tu. Bermula dari zaman Alya hingga Afiya memang kami tak pernah miss hadir majlis akhir tahun ni. Tapi itu la, nak buat macam mana kan, hujung-hujung tahun tu ari kes mendadak naik. Paling tidak dulu selepas diisyhtihar PKPP teacher dah ada juga plan untuk konsert tu. Tapi tak ngapa la. Kami terima aje. Apa pon, kami amat berterima kasih pada semua teacher! Ini pon sudah memadai. Adlise ada juga kenangan. 

Sepanjang PKP, PKPB, PKPP & kembali ke PKPB, Syaqir sempat bersekolah selama 3-4 bulan je. Selebihnya online dan mobile. Tak boleh nak harap kan dia excell sangat pon di peringkat ini. Tahu-tahu je la pembelajaran online macam mana kan.  Lagipon perkembagan setiap anak kan berbeza. Syaqir menamatkan pre-edu dari Tadika yang sama juga dengan kakak-kakak dia. Saya bersyukur ditemukan dengan Tadika ini. Alhamdulillah, bagi saya tiada cacat cela nya. Dimana-mana pon pada saya sama je, cume saya selesa anak-anak saya disini sebab dah kenal dengan teacher lama. Senang nak berkomunikasi. Lepas ni takde dah anak tadika 😁. Terima kasih atas segalanya. Semoga Tadika ABC terus maju jaya. 

Himpunan aktiviti tadika dari tahun 2008 - 2020 buat kenangan anak-anak saya. 

Sekian dahulu buat kali ni. Insyaallah akan kembali menulis apabila ada masa. Melihat anak-anak seronok baca cerita mereka dulu-dulu, buat saya rasa ada semangat nak menulis 😊 

Take care semua. Ingat, kini kita la frontliners! Wassalam

April 24, 2019

Syaqir Dah Lima Tahun

Salam
Apa la kena mata akak arini. Melampau nau rasenya. Dari pagi membawak ke petang. Memang lewat pon tido semalam. Arini besday Syaqir yang kelima. Kejap je dah besau cenggini. Sakit beranak pon lom lupa lagi tau haha. Dia ni kemain manja, maklum ler bongsu. Kakak, abang pon semua dah besau. Ada je le tempat dia nak meleset, ramai melayan. Mana ler tak mengade-ngade kan. Sebab manja tu ler dia nampak lambat matang sikit. Cakap pon tak berapa nak tersusun lagi. Kalau bercerita melompat-lompat ceritanya. Papa dia paling tension pasal tak paham ahahaha. Mama je yang tahu apa dia nak sampaikan. Paling kuat kelahi ngan Aisyah. Suke nau menyakat dak Aisyah tu. Kalau time dia balik dari asrama, asik ler dengau si Syaqir tu menjerit. Sabau je le 😬

Tak jumpe lak gambau masa potong kek umur setahun ngan dua tahun. Setahun tu memang ingat ada beli kek, ada keluar memories kat IG tapi masa dua tahun tu tak pasti ahahaha...tanda ketuaan jelas ketara dah mama dia 😆
Awal-awal tahun aritu menggile ngan dinasour. Dah pesan nanti besday nak kek dinosaur. Tapi dah nak dekat-dekat besday, tukau pulak. Nak transformer! Hadoiii. Tu ari ingat nak beli kek letak je topping patung dinosaur kecik-kecik tu. Memang banyak kat umah ni. Bile nak yang lain, tak sempat ler mama nak tempah. Sudahnya semalam carik je kek simple-simple, mama deco ler topping transformer. Mujur ada banyak buku-buku kaler dia kat umah ni. Mama operasi ler malam tadi. Mahap le syaqir buku awak mama gunting 😅 Janji ada transformer nye tu kan. Tapi tak letak la lagi kat kek. Pesan kat ticer tolong pacak kan je kat kek tu, tak kesah ler cemana pon. Ikut kreatip ticer ler. Goodies bag pon ala-ala jek. Mama benaunya tak plan nak celebrate kat sekolah tapi bile dia bukak cerita ada kawan celebrate besday kat sekolah, kesian pulak. Kemain teruja dia bercerita. Ingatkan tahun ni tak yah la dulu, nanti tahun depan. Tapi tak pe la, buat gak la. Insyaallah tahun depan plan elok-elok sikit ler dari yang ni hihi.
Ntah cemana ler gayanya kat sekolah arini. Tunggu ler dia cite petang kang time amik dia. Lepas ni jauh sikit ler nak makan kek. Bulan nam nanti, baru besday Aisyah ngan Hadif. Derang dah besau takdenya nak party-party. Demand hadiah je tahu tu 😣 Kalau yang kecik-kecik bagi apa pon present derang happy jek. Dah besau ni lain macam lak ahahaha. Tapi masih ler ikut kemampuan. Mintak yang bukan-bukan...sori ler, bo layan 😅 Mama memang kejam sikit! 
Alang-alang cite besday, letak ler gak gambau besday-besday mereka yang dah lepas baru ni. Awal-awal tahun aritu Alya. Lepas tu papa dia, diikuti Afiya. Lahir awal tahun cepat terasa tua hihi. Semua pon celebrate ala kadar jek. Saje buat happy-happy! Antara tiga-tiga besday papa dia ler yang meriah, kek pon dapat yang paling mahal, special request 😊. Tak pe kite layan kan jek, ni boleh dikire investment la hihi. Alya punya besday tu kebetulan balik kampung, tu yang meriah sikit. 
Didoakan semuanya sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dirahmati Allah. Aminn...
Ok ler, akak dah nak siap-siap nak balik kejap lagi. Arini klua ofis sensorang, ofismate ada meeting kat luar. Dia terus balik ler tu kang. Nor pulak tak datang keja. Sunyi sepi..mana ler tak tambah ngantok tu kann hihi. Sebelum berakhir, satu lagi gambau besday, ofismate saya Aishah awal bulan lepas. Sambut la bertiga dalam opis ni. Order makan ngan 'foodpanda'. Makin malas ler semua nak klua yek. Mengembang la lagiii ketiga-tiga orang ni..tengok tu muka saya pon dah melebau ahahaha. Tak pe kot ler nanti bulan pose boleh kuruih sikit kih kih..

Sekian dulu. Semoga akan ada kerajinan saya untuk menghapdet belog sendu ini seterusnya. Jumpe lagi semua, take care...adios!!🙋

April 19, 2019

Semarak Biru

Salam
Bersempena dengan bulan kebiruan ni, kita pon saje ler tukau kaler blog kite sikit. Menyemarakkan lagi semangat kebiruan. Bukan biru-biru parti politik tu yek hihi. Kengkonon nak kasik nampak fresh sikit la kan. Tapi rasenya takde pon biru-biru sangat. Kaler turqois ek hihi. Takpe ler. Ok ler cenggini kat mata sendiri. Mata orang lain tak tahu ler, korang terima aje la ek. Bosan jugak asyik tengok kaler pink yang dulu tu. Bukan nya penggemar pink pon hihi. Ni pon tak siap elok lagi. Nanti la free-free kite ubah ler pape yang sesuai dek mata. Bukan ler mahir nau, cuba-cuba je. kot mana yang tak tahu, kite gugel ler kann. Tengok....posting ni pon lambat nau kluau ahahaha. Dah lama karang. Sume mende ler tak menyempat. Apa ntah di bizikan tu kann 😆


2hb April aritu saya ada update gambar saya ngan Hadif kat whatapp status, tak sangke ramai yang reply dan bagitahu derang pon pakai baju biru. So sweet uolls. Tengkiu support 😗 Alhamdulillah nampaknya ramai yang dah mula menerima dan memahami anak-anak autism ni. Kalau dulu saya sebut autism je, semuanya berkerut dan blur. Mostly akan kata, ok je anak kau aku tengok. Ye, tengok sekali memang orang tak nampak apa-apa yang pelik. Tapi cuba perati 2-3 menet lepas tu, baru akan perasan ohhh budak ni lain macam 😂 Selalu je promoter-promoter kat soping complex kena palau ngan dia hahaha. Dia bukan kesah pon kalau sesapa panggil nak bagi tester ke apa.


Tahun ni Hadif masih bersekolah, student PPKI ni derang boleh bersekolah sampai umur 19 tahun. So, Hadif ada lagi setahun la kat situ. Tapi tu pon bergantung pada apa planning masa depan dia. Kalau macam saya dah jumpe sesuatu yang sesuai mungkin akan tamatkan awal sekolah. Bukan apa takut dia dah tak minat ke sekolah. Maklum la dah remaja kan. Setakat ke ari ni dia masih ok lagi. Dari tahun lepas saya mohon tukar kelas tapi tak dapat-dapat. Ade je la masalah. Akhirnya tahun ni dapat la Hadif masuk ke kelas ketiga, naik kelas la kirenya. Patutnya dah lama dia masuk kelas ni tapi sebab kan masalah tingkah laku dia tahun lepas dan tahun sebelumnya tu. Dia kena turun kelas. Tahun lepas la paling mencabar buat saya. Setiap hari kena teman dia ke sekolah. Pagi ke sekolah, petang saya keja. Dia ni ada satu perangai yang tak boleh jumpe dengan kawan-kawan dia yang bermasalah. Maksud saya bermasalah tu ialah kawan-kawan dia yang yang tak mendengar arahan cikgu, nakal atau buat bising. Dia pukul je 😨 Kat rumah pon sama, kalau Syaqir nakal, saya baru tegur, dia dah tolong cubitkan adik dia tu 😅

Kerana itu juga la saya daftarkan Hadif semula ke terapi. Saya register kat Putrajaya je, dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Ikutkan kat situ hanya fokuskan kepada pelajar sekolah rendah aje tapi tak tahu macam mana Hadif boleh dapat pulak. Alhamdulillah. Sana lebih kepada sesi perbincangan sebab saya pilih untuk terapi psikologi. Setiap dua minggu kena pegi dan saya pulak kena siapkan homework iaitu ABC chart. Chart ni untuk semak setiap kali Hadif buat tingkah laku yang tak sepatutnya. Lepas beberapa kali attend terapi last year, alhamdulillah dah makin kurang la buat perangai tu. Dah discaj pon awal tahun aritu. Nampak ada improvement la. Kawan-kawan kelas dia sekarang pon semua baik-baik. Suka tolong dia. So senang la hati saya sikit. Takde dah kena teman ke sekolah.


Kelas baru yang ni, banyak perkenalkan pada asas masakan. So far ok la. Dia takde pulak tunjuk tak berminta. Cume tak kofiden je bile dia kena buat. Hari khamis, dia akan pegi latihan kerja luar, keja membungkus kerepek. Lepas selesai bungkus, keluar menjual pulak. Dah sebulan jugak la dia buat aktiviti ni. Setakat membungkus tu, hadif ok je. Senang je..sap sap soii hihi. Tapi bab menjual tu yang payah sikit, Dia dah ler tak bercakap cemana la nak appoarch orang membeli. Biasa nya dia akan grup dengan kawan-kawan yang boleh bercakap la. Keja dia pegang kad jek hihi. Tu pon kengkadang menyelat. 


Kali ni memang nak up story pasal hadif je, sempena bulan kesedaran autism ni. Pada yang baru nak berkenalan dengan anak saya Hadif ni, selamat berkenalan la yek 😊 Kalau sesapa pernah tengok Azal anak Zarina Zainuddin tu, macam tu la Hadif. Lebih kurang je perangai dia. Cume Azal petah lebih bercakap. Ok la ini je untuk kali ni. Selamat berhujung minggu semua. Till then...babai 🙋 and take care



Ni saya share kan video Hadif masa cikgu buat penilaian masakan aritu. Boleh la kann. Dia bukan pernah masuk dapur pon hihi...

January 25, 2019

Tua Mengejar Kita

Salam Jumaat semua..
Sihat ke? Alhamdulillah. Semoga baik-baik dan ceria-ceria aje semuanya. Bersyukur la kita masih diberi peluang menikmati keindahan hari ini. Makan apa korang arini. Sis sebenarnya jarang makan tengahari, satu nye pasal rushing ambik hadif skola. Tapi lately ni, petang sikit sis rase nak pitam pulak. Mule berdenyut kepala dan sendawa-sendawa. Sis syak pasal tak makan tengahari pasalnya sis test dua ari makan tengahari, ok pulak dia. Kalau tak kemain berpinau kepala, terberk berk mentara kan nak sampai umah tu. Memang saje takmo kasik sis kurus nih ahahaha..


Menu sis tadi, nasi bajet. Stended ler nijam, mana-mana jual nasik cenggini. Jimat sikit banding beli nasik campo kat kedai. Tapi dah murah tu don't expect ayam dapat yag jelite-jelite. Semua legam ler..minyak recycle. Tapi sis ok jek, asalkan pedas sambalnya tu. Sis tak cerewet makan 😁


Halah..halah..halah..nak jugek tu kann. Sibuk sana sini share #10yearschallenge. Haa mai tengok, akak korang pon bagi ler seketul, 20 ploh taon tros akak blanje tau 😝 Nyampah pulak tengok muke sendiri yang bajet-bajet sesuci lebaran taon 1999 tu. Misti sesapa yang tak kenal akak tertipu dengan gambau ini ahahahaha.

Ok jugak seronok-seronok macam ni kan. Boleh ler sedau kan diri kite ni. Ehhh tua dah aku rupanya. Sedikit sebanyak ia mengingatkan kite, jangan lalai. Usia tak menunggu kite sebaliknya mengejar kita. Betul sangat la lagu kak gee nyanyi tu. Cepat betul masa berlalu. Bukan diri kite je malah dunia pon berubah. Dulu tu masa awal-awal Tun bagitau pasal wawasan 2020 tu. Kite ni dah duk bayang kan macam-macam ek. Macam cite back to the future tu kan. Keta terbang-terbang. Banyak benda dikapsulkan. Alih-alih dah 2019 masih segini aje. Teknologi memang makin bertambah baik la kan. Cume yang pelik-pelik takde la ahahaha. Bayangan gurauan ler camgitu ek..kah kah

Terbalik pulak gambau keknye
Saya ni, akceli nak throwback pasal besday saya taon lepas ahahahaha. As usual la kasik melalut dulu separuh page kikiki. Dah tua-tua ni, kita appreciate ler apa yang orang buat untuk kita especially time besday. Walaupun sekadar sebaris ucapan dan sebijik kek. Happy dah saya nih. Tulisan korea kat kek tu, ntah ye ke tak sebutnya tu, 생일 축하 'saeng-il chugha hamnida' gitu le kot, gaya sebut lenggok melayu hahaha. Ade ler sesikit rupe nya tulisan tu, tangan melayu tulih mana nak sama kan😂. Alya ngan Aisyah ler punya keja tu. Gian nak blaja tulisa korea derang tu. Malas mama nak layan kan. 


Nengok tu ucapan mak kite ahahaha...comel nau! Kebetulan tahun ni saya balik kampung. Dapat pulak cuti tahun ni. Biase kan sis kena keja. Tengkiu ler pada semua yang ingat dan wish. Tu pon dah cukup bermakna pada sis. Malu benaunya sis nak celebrate-celebrate nih. Tapi dah orang belikan, sis ok jek. 


Budak kecik ni la paling tak menyabau nak potong kek. Pantang ada orang celebrate besday semua dia perasan macam dia punya kek. Mulanya nak simpan ke petang sebab perot kenyang lagi baru lepas lunch. Mak pulak masak spesel aritu, mengah ler semua orang hihi. Tapi pasal budak ni dah nangis-nangis, layan kan aje laaa, tu yang senyum lebau nau tu haha..



Kite celebrate kecik-kecik je, potong kek, ambik gambau....sudah. Ala kadar. Adik saya dak ayie tu janji nya nak balik. Hapa pon tarak..janji capati! Dah lama jugak tak jumpe dia. Raya pon tak jumpe. Susah nau nak jumpe mamat tu nijam. Ntah ape le yang dia sibukan tu. Kalau mesej, pon tak berjawap. Gorom den! Eksen nau kau yek..😔

Hokay la, sis berundur dulu. Nak sesiapkan diri. kejap lagi nak balik keja dah. Ari jumaat kalau lambat klua, keta dah banyak. Nak parking keta kat sekolah pon payah. Dulu sekolah agama kasik keta parent masuk pasal senang nak angkut beg bagai especially pada yang duk transit. Nijam dah tak boleh, sesak nau dalam sekolah tu. Tu yang guru besau suh katup pintu paga. Saya ni yang leceh nye nak pimpin syaqir ngan bawak beg, keta lak bukan reti pelan. Lalu kawasan sekolah pon tak reti nak pelan. Tahu ler semua nak balik cepat. Sabau je le, terbebel pulak sis kat sini ahahaha. Orait, i c u when i c u. Take care and hepi wiken 🙋😃 

January 10, 2019

Digamit Memori

Salam
Ada ni...ada ni. Alhamdulillah, sihattt walapiattt ni haaa 😅😅


Saya sedang menyesuaikan diri dengan rutin harian yang baru. Kejap je kan dah seminggu berlalu tahun 2019 ni. Saya pon dah setat keja balik. Minggu sudah-sudah tu keja gak tapi main-main jek. Datang ikut suke, balik ikut suke gak hihi. Bos panggil, datang la, settle keja, balik. Wah wah..berbahagia nau ek. Dah bos yang bagi arahan camgitu. saya polo jek hihi. Tapi minggu ni dah back to normal.


Tengok budak ni, 1st day kemain pis pis. Hari kedua ketiga dah mule buat malas ahahaha. Mama nak take picture pon dia tak nak. Dia pon dalam proses sesuaikan diri gak. Ye la selama ni mana ada terikat ngan peraturan. Main aje tahu. Ni dah kat sekolah, semua berjadual. Dia belum boleh bekerjasama kata ticer. Lari sana sini ahahaha.


Korang makan apa rini? Ni saje ler saya nak show off sikit bekalan saya hihi. Mak-mak gini ler. Pepagi kena sediakan makan anak-anak. Alang-alang tu, mama pon tumpang ler membekal. Takde ler ari-ari amik gambau. Amik time rase nak eksen kat member whatapp, nak kasik derang meleco hahahaha. Tapawe tu dah betul la portion, suku suku separuh tapi isik nya yang salah bahagian ahahaha.
  

Arini birthday Datin. Tetibe terkenang kisah tahun lepas. Pepagi lagi opismate dah cite pasal ni. Ni adalah antara momen-momen terakhir kami dengan arwan dato. Masa ni dia dah mula sakit-sakit dan jarang ke ofis. Dia jugak la yang beria suh kami plan buat seprais untuk datin 😩. Aduii sedih pulak bile terkenang. Kalau boleh mai pagi-pagi katanya. Sarapan kat umah dia. Siap bagi duit untuk beli apa-apa. Kedai kek bukak lambat lak pagi tu, kul 9. Masa dah on the way tu berkali-kali gak la dia call tanya kat mana 😅 Dia takut datin dah naik atas mandi. Nanti jenuh nak tunggu hihi. Boleh tahan lama gak kalau nak tunggu datin bersiap tu. Bak kata arwah dulu, selagi  tak bau minyak wangi dia tu, maknanya belum siap la 😜 



Pelan-pelan kami suh PA datin masuk dulu, bagi salam. Datin langsung tak saspek apa-apa. Dia ingatkan ada surat ke nak kena sign sampai Atikah datang pagi-pagi. Lepas tu kami yang pompuan terus ler serbu..sepraisss sambil nyanyi lagu besday. Gamba awal-awal tak leh share, tak proper 😄 Lepas tu tunggu datin sesiap sikit. Dah pesan jangan lama pasal kitorang lapar ahahaha. Alhamdulillah misi seprais kami berjaya. Pagi tu sempat laju-laju kitorang beli nasik lemak berlauk dan kuih muih selain kek tu. Sape sangka ni la terakhir kali dato sesama kami sambut besday Datin. Al-fatihah buat arwah dato. Semoga tenang di sana dan di tempatkan dikalangan mereka yang dikasihi Allah. Aminnn 😔

November 27, 2018

Fakhri & Shahira | Part 2 [Alor Gajah]

Salam
Ok seperti yang dijanjikan, saya teros kan je la ye. Mahap semalam tak sempat saya nak sambung, petang-petang tu ada pulak urgent job. Pagi ni saya settlekan dulu. Biru-biru ler mata korang pagi ni. Petang kang nak bawak Hadif terapi. Ok mari kite....

Lencun peluh budak nih hihi
Alhamdulillah pada hari majlis berlangsung, cuaca sangat bekerjasama. Cerah dan panas. Terserlah kaler biru baju-baju kami. Tema ni dipilih atas persetujuan semua. Pengantin apa kesah. Dia sediakan diri jek haha. Baju ditempah khas dari kelantan. kemain kan! Lelaki kemeja, pompuan bagi kain ela, ikut suke nak buat baju cemana pon. Saya pilih jubah je la, senang nak lelari. Sebab dah berhajat cenggitu memang tu je la keja sepanjang ari. 


Dari pagi saya dah kehulu kehilir, tak menang tangan. Baru nak bersiap, ade je yang manggil, nak itu la ini la. Sudahnya bersiap lambat. Member ofis dah sampai, saya tak mandi lagik ahahaha. Lepas sesiap jumpe derang, terus tegur kata saya nampak wangi. Konghasam! hahaha.


Ni ler tetamu saya yang pertama sampai tu. Adik-adik manis, terima kasih datang! Majlis dimulakan dengan acara berzanji dari grup makcik saya, orang-orang taman ni jugak. Mendayu-dayu dengar dari rumah. Tetamu mula datang dari jam sebelas lagi. Tapi sebab dah pakai katerer takde le penat nau nak serve kan. Menu tambahan dari kami, cousin saya handle.
     



Antara menu of the day adalah nasik beriyani bersama lauk-lauknya la. Kuih muih, buah potong, laksa dan rojak. Juga ada gerai roti canai dan cendol. Tak jumpe lak gambau mamat yang teba ghuti tu hik hik. Gambar-gambar ni kredit pada cousin saya Fatihah dan Filzah (FIY) merangkap jurukamera majlis. Caterer saya dah tak ingat tapi mereka didatang kan khas dari Batu Pahat. Untuk penebar roti dan cendol pon saya tak tahu uolss. Maaf sangat! Maklum la dah berusia, mana nak ingat semua 😜




Gamba saya sendiri tak banyak, macam yang saya katakan. Ramai nau yang memanggil saya. Dalam ramai-ramai baju biru-biru tu, suke lak derang ngan saya. Apa je tak kena atau nak suh ambil kan pape semua panggil saya. Hongeh acik oiii. Banyak masa saya duk ulang alik ke umah daripada duk kat padang tu. Tapi alhamdulillah untuk tetamu saya, sempat la saya jumpe dan layan. Pada yang lain, mungkin kenalan lama saya yang tinggal setaman, maaf la kalau ada yang saya tak sempat jumpe. Terkilan jugak sebenarnya.








Gembire rasenya semua yang kite rancang, berjalan dengan baik. Alhamdulillah makanan pon mencukupi. Ada lebih-lebih sesikit kami sedekah pada jiran tetangga. Di kesempatan ini, saya ucapkan terima kasih pada semua yang banyak menyumbang kepada kelancaran majlis. Tak kire la apa jua sumbangannya.  Andai ada kekurangan maaf dipinta. Tak sabau nak tunggu next event, sape ler yang nak dulukan ni. Tunggu je la...

Barisan sepupu pompuan...
Sekian je la selesai nya posting saya ni. Gambau pon tonggang langgang. Maaf la ye. Asal boleh jek ni hihi. Caption pon takde. Saya pon dah ingat-ingat lupa dah benaunya. Hokay la..saya nak siapkan ABC chart Hadif pulak, nak hantar kat terapist. Patut kena hapdet ari-ari chart tu tapi mama dia kan memang rajin. Petang nak gi terapi, pagi baru buat ahahaha. Ok la. I'll c u when I c u 🙋 😃


Ohh ohh ye..sat sat...kesempatan ni jugak saya nak ucapkan  Selamat hari lahir kat kawan lama saya. Mana dia pegi agak nye, lama tak nampak hihi. Dah lama jugak saya tak tanya kaba berita dia. Semoga dia sihat di mana jua berada, berbahagia di samping yang tersayang dan sentiasa dalam rahmat Allah. Aminnn. Hepi Besday Cik!! 😊