bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Wednesday, September 20, 2017

KL METALCAMP 2017

         

               KL METALCAMP 2017 telah berlangsung 2 minggu sudah,sedar tak sedar event ni telah menjadi satu BRANDING bagi temasya music metal Malaysia khususnya...masih aku ingat ketika edisi pertama KL METALCAMP dalam tahun 2008 macam tu di dewan komuniti cina (mcpa) antara yang terlibat adalah aradia,vociferation eternity dan beberapa nama yang aku dah tak ingat...masa tu KL METALCAMP masih berstatus gig lagi..namun beberapa siri kebelakangan ni serta promosi yang dilakukan berjaya membentuk sebuah temasya besar peminat extreme metal dan bukan lagi sekadar sebuah gig..
                  Dengan kesibukan kerja dan kehidupan harian aku gagahkan juga ambik cuti untuk datang ke event ni,dan jujur aku katakan kedatangan aku semata2 ingin melihat ATHOTORGH yang mana aku rasa tak puas layan masa showcase mereka di hard rock cafe melaka hujung tahun lepas...dan pastinya adalah Abigail.Aku memiliki beberapa (banyak sebenarnya hahaha) stuff dorang jadi kebetulan mereka singgah bermain di disini rasanya takde sebab kenapa aku tak nak datang dan lihat mereka beraksi....pada yang tahu tu takpelah tapi pada yang tak tahu Abigail adalah second wave punya black metal band dari jepun pada era 90'an dahulu dan seusia dengan 'Sigh'.Pengaruh music meraka lebih berkibat kearah norwegian black metal sebelum mereka merubah 360° darjah halatuju mereka kearah music thrash yang rock n roll dan sedikit elimen punk didalam fasa baru dalam music Abigail.


    

              Ketika memasuki venue band Nonserviam sedang beraksi.Bermain music melodic death metal dengan energetic...namun music sebegini bukan mainan aku jadi tengok sekadar tengok haha...Mass Hypnosia mengambil alih pentas.Trio thrasher dari filipina  ini pernah datang bermain disini beberapa tahun lepas dan ini kali kedua dalam set yang lebih besar...aku tergamam..ye tergamam melihat showmanship mereka..bermain dengan cukup tight dan padu...adunan thrash metal lasak yang mirip kepada possessed dan razor ini memang menghentak gegendang telinga..thumbs up buat gitaris yang cukup hebat berinteraksi dan beraksi...vocalist dia ni kalau tinggal di Malaysia rasanya ramai cikidis2 sangkut ni hahaha. 




  

         Band lagenda dari temasik RUDRA mengambil alih pentas...kumpulan yang menggelarkan music mereka sebagai "vedic metal" ini bukan asing bagi peminat music metal rantau asia...menggempur dengan style death metal yang dicampur myth purba hindu menyebabkan band ini unik.Ini kali pertama aku saksikan mereka tetapi sayang set mereka agak terganggu adakala suara vocal tak berapa jelas,sound guitar tidak balance dan beberapa lagi...hanya 2 lagu terakhir barulah sempurna persembahan mereka...vocalist berkomunikasi dengan baik dengan crowd.Habis persembahan Rudra,aku dengan beberapa orang kawan keluar cari kedai mamak untuk isi perut.Dan kami terlepas persembahan Infectious Maggot. 
         Takpelah sebab dah banyak kali juga aku tengok Infectious Maggot bermain live cuma kali ni tak dapat tengok mereka dengan vocalist baru mereka...vocalist baru mereka adalah madec bekas vocalist band grindcore veteran juga iaitu Negation menggantikan pososi kosong yang ditinggalkan fathul beberapa bulan lepas...   





  


        Ketika masuk semula ke venue TRAUMA sudah pun setengah persembahannya,band death metal lagenda dari Indonesia ini rasanya tidak asing bagi warga metal tempatan kerana boleh dikatakan kerap juga mereka kemari,kali terakhir ada tahun sudah kalau tidak silap mereka bermain di pulau pinang. 





 

       Tamat persembahan dari METALASIA (sorry tak dapat review sbb busy sembang dengan kengkawan) maka tiba giliran samseng veteran thrash metal dari perak pula beraksi...ATHOTORGH  dari ipoh,mereka adalah penyebab besar aku datang ke event ni.Walaupun baru saja melihat mereka beraksi pada malam tahun baru yang sudah di hard rock cafe melaka tapi rasa macam tak puas...kehadiran mereka pada event kali ini lebih bermakna kerana label yang mengeluarkan ep mereka terdahulu (ultrahingax prod) meriliskan semula ep berkenaan dalam bentuk cd bagi menyambut 20 tahun anniversary ep berkenaan. 
         Sebelum show mereka bermula aku sempat menyapa Gea (guitar) dipintu masuk.Dia berceloteh tentang ep yang dikeluarkan semula ni,dari raut wajah nampak dia seronok dengan apa yang Ultra Hingax Prod hasilkan dari waktu kaset (1997) sehingga yang terbaru ni dalam bentuk cd...dah alang2 dia berceloteh aku suruh lah dia sign poster yang aku dapat dari pembelian cd tu hahaha... 
        Di dalam FB telah mereka umumkan yang persembahan mereka pada KL METALCAMP kali ni adalah "tribute to lemmy"... Usai mereka membedil lagu2 didalam ep "promaster dieyana" termasuk satu lagu baru yang bertajuk "be to be" mereka mengundang sorang guitarist wanita dari band Fleurs Du Mal (brutal death metal band from singapore) untuk jamming bersama mereka menerusi lagu "ace of spade" cover dari Motorhead sekaligus menutup persembahan mereka pada malam tu....kali ni baru aku puas hahaha 




 

           Sebelum berakhirnya KL METALCAMP 2017 band yang menjadi headliner pada kali ini adalah ABIGAIL yang diterbangkan dari Japan .Kalau tak silap ini adalah kunjungan mereka yang kedua,kali pertama dalam tahun 2004 di ipoh (betulkan fakta ni kalau salah) dan kali ini mereka tampil kemari dengan kapasiti crowd yang lebih ramai dan stage yang lebih besar. 
             Kumpulan ini bukanlah asing bagi rata-rata thrasher di Malaysia ni kerana album2 mereka banyak diimport mahupun dicetak oleh distro2 tempatan.Bermula sebagai band yang condong kearah style Norwegian Black Metal dan kemudian berarah ke music Thrash Metal yang berunsur satanik dan seks...dan tak keterlaluan boleh dikatakan mereka adalah pelopor dan terawal mengenakan terma sebegitu didalam lirik mahupun kulit album yang kelihatan lucah hahaha..Malam tu tanpa banyak bicara dan hanya bermodalkan beberapa ungkapan yang berbentuk 'carutan' mereka memulakan set mereka. 
               Aku tergamam dan kagum melihat stamina sang drummer mereka pada malam tu...betul2 macam robot yang bermain drum.Membawa kesemua lagu2 wajib mereka seperti "satanik metal f#cking"," attack with spell","hail yakuza","beer!metal!sex" dan sebagainya.yasuyuki lebih banyak berinteraksi dengan crowd berbanding Jero.Jero juga adalah perhatian utama para metalhead tempatan pada malam itu kerana beliau juga merupakan guitaris kepadan band projek Gezol Sabbat iaitu "metalucifer".Dan mereka hanya mengambil masa kurang dari 45 minit bagi menghabiskan 7-8 lagu pada malam tu. 
               Kesimpulan yang boleh dibuat boleh dikatakan KL METALCAMP kali ni antara yang terbaik,cuma ada beberapa perkara terutama dari segi sound dan masa yang diambil untuk satu2 band tu soundcheck kena beri perhatian.Lain dari tu rasanya semua ok walaupun bukanlah pada tahap yang sepatutnya. 



Ada sesiapa geng2 blogger yang pegi tengok dream theater minggu depan?...aku masuk ikut pintu no.7 side John Myung huhuhu











K

Sunday, March 19, 2017

Sales..Sales..Sales

                                         Sedar tak sedar ni adalah posting pertama aku untuk tahun 2017...korang tak benci ke dengan blog ni??..kejap ada kejap tidak..janji tak pernah tunai hahaha...so amacam tahun 2017 ada bagus??..barang makin mahal??..politik makin berkecamuk??..apa nak buat dah takdir kita macam ni hadap jelah...
                                         Ini berkait rapat dengan cerita yang aku nak sampaikan dimana satu lagi kedai music menyembah bumi iaitu Rock Corner di The Curve damansara...sesiapa yang biasa dengan tempat ni pasti tahu Rock Corner yang ada disitu antara yang gah juga disaat beberapa tahun kebelakangan ni satu persatu branch mereka tutup (terakhir cawangan di KLCC kalau tak salah) namun di The Curve nampak masih mampu bertahan...
                                        Tapi tulah,panas yang disangka ke petang akhirnya hujan jua di tengah hari dan akhirnya Rock Corner disitu juga bakal melaburkan tirainya dalam bidang perniaagaan.Pada aku mereka tutup bukan kerana "business matter" semata-mata namun lebih dari itu....ye minat membeli music fizikal sebenarnya dah masuk fasa akhir dan dah disifatkan pupus sama sekali...zaman ni bukan lagi zaman orang mahu menjengah kedai music,zaman ini bukan lagi zaman dimana bentuk fizikal di lestarikan sebagai koleksi.
                                       Mungkin ada yang kurang setuju kan??...anda mungkin kurang setuju kerana anda sendiri duduk didalam circle pembeli tegar,maka anda rasa music fizikal masih relevan...sedangkan populasi korang dan kawan-kawan korang yang membeli tu adalah kurang dari 8% dari penduduk tanah melayu ni dan sebab tu kita tidak sedar.Dan ia terbukti selepas satu persatu record store menyembah bumi..




                                  Agak lewat juga dapat tahu perkabaran tentang jualan clearance sales ni maka jangan haraplah nak dapat album2 dari Metallica ke Megadeth ke...tapi masih ada saki baki juga yang menarik untuk aku rembat...dan antaranya check lah gambar dkat bawah ni





                                    13 keping cd ni aku bayar kurang dari rm150....ini aku pergi dua minggu sudah,menurut kata kawan aku yang pergi minggu lepas pula katanya dah licin dah genre2 rock dan metal ni yang tinggal lagu2 merapu jelah (tak pasti lagu merapu yang dia maksudkan tu apa..)


owhh ya sebelum terlupa nak bagitahu yang aku suka album Search Fenomena yang baru release semalam...tak sabar nak tunggu punya pasal sanggup pi kedai Dream Studio terus hehehe...


Wednesday, November 23, 2016

WINGS Menakluk Kosmos..

                         Artikel ni dah pending dua tahun dalam draft..cuma ada penambah baik sikit dari sudut review.Sepatutnya minggu lepas lagi aku post artikel ni tapi sebab taknak ganggu mood SCORPION LIVE korang tu maka minggu ni baru aku publish.Tu pun pikir 2-3 kali juga nak post minggu ni takut bertembung dengan review2 pasal album Metallica pula hahaha...takpelah,disaat korang tengah mabuk dengan album baru Metallica tu harap sudi baca apa yang aku merapu ni ok..


                                 Ramai yang terkejut dengan perkhabaran ni..tanpa ada sebarang petanda tiba2 berita tentang album baru dari lagenda Rock WINGS berlegar di media sosial..menambahkan lagi teka teki apabila nama2 seperti Edrie Hashim,Ito Blues Gang dan Ramli Sarip menurusi laman Twitter dan Fb masing2 menyatakan mereka telah mendengar beberapa track dalam album tersebut dan ianya cukup solid and heavy.
                                 Apa yang aku nak sentuh perihal album ni ada dia punya sudut positif dan  negatif.Dan aku mulakan dengan negatif dulu.Ok,seperti yang kita tahu ini adalah koloberasi pertama diantara WINGS dengan KRU MUSIC,dari apa yang aku tahu KRU MUSIC sememangnya jagoan dalam melahirkan album baik dari segi produk mahupun promosi,ia akan dibuat secara besar2an dan ini standard bagi mana2 company besar bagi dapat pusingan modal dan untung...jika difikir WINGS bertuah dan pasti hasilnya adalah positif jika album baru ini dibawah KRU MUSIC.Namun sebaliknya pula berlaku.
                                 Untuk pengetahuan korang KRU MUSIC telah membayar station radio melayu SINAR,FM sebagai rangkaian rasmi promosi.Sehinggakan untuk dalam masa seminggu SINAR.FM menukar nama mereka kepada WINGS.FM.....ini bermakna jika sebelum ni tagline station mereka berbunyi seperti ini "JANGAN KEMANA-MANA TERUSKAN BERSAMA SINAR.FM" tapi dalam masa seminggu ia bertukar menjadi JANGAN KEMANA-MANA TERUSKAN BERSAMA WINGS.FM"...faham kan??...jadi ini bukan melibatkan kecik anak punya modal dan pastinya amaun besar digunakan dalam rangka promosi.


                                   Tapi sayang seribu kali sayang sedikit pertelagahan berlaku diantara dua pihak mengakibatkan pengedaran terbatas pada waktu tu.Aku dimaklumkan hanya lebih kurang 100-200 keping sahaja yang terlepas kepasaran sebelum pihak pengedar terpaksa memberhentikan edaran ikutan dari pertelagahan tersebut.Aku sendiri terpaksa tawaf satu kedai ke satu kedai untuk mendapatkan edaran terhad tu,dari cheras terus ke ampang,kemudian terus ke pusat bandar last2 dekat kedai speedy video area umah aku juga yang ada baki 2 keping...mereka yang terlambat terpaksa menunggu 2-3 minggu selepas itu baru dapat stock cd.
                                   Disinilah mistake besar telah berlaku menurut perhatian aku,disaat promosi sedang ligat berjalan tapi album tiada dipasaran.Cuba korang fikir SINAR.FM adalah salah satu station radio yang gah dan ramai pendengar,takkan dalam nisbah 10 takde sorang pun yang tertarik nak beli kan?...kalau 5000 pendengar dah berapa pula tapi semua tu tak berguna sebab album tiada dipasaran.

                                Dari sudut positif pula album ni aku anggap dah melepasi garis statik rock kapak melayu,ia bukan tipikal lagi tapi sebuah album yang betul2 boleh kita iktiraf sebagai album.Tahun 2002 WINGS keluar dengan "Naga Kramat" dimana ianya cukup gelap dan raw seolah2 mereka mempersembahkan album solo joe kerana bunyi guitar work joe sahaja yang menari2 disetiap lagu,tetapi beza dengan album ni ianya tampak balance dan terlalu hebat jika hendak diletak sama taraf dengan album2 rock baru mainstream sekarang ni.
                                 lagu-lagunya hebat,boleh dikatakan joe mendominasi pembuatan lagu dan produksi,sepertimana yang kita tahu album2 WINGS sebelum ni ada juga kesan2 air tangan dari Andy Rahman mahupun M.Nasir,tapi kali ni WINGS betul2 punya WINGS dan mereka pukul rata.Kalau 2002 lagu "ranggi metropolis" menghiasi taruhan album tapi kali ni lagu "ingatkan dia" meninggalkan bisa yang lebih tajam,bukan saja taruhan utama album ni tetapi lebih dari itu,menjuarai pilihan2 diradio dan digunakan sebagai soundtrack drama dan sebagainya membuktikan ia betul2 secret bullet WINGS yang benar2 menjadi..

                                Segalanya tampak lengkap,baik dari segi sound mahupun lagu2 yang terkandung,tapi kalau korang yang dah biasa dengan WINGS pasti akan rasa ada sikit ruang kosong dalam produksi kali ni,bukan aku maksudkan album tempang tapi seakan2 ada satu sisi yang kita rasa WINGS tak buat dalam "menakluk kosmos"...mungkin jawapan dia ada pada trivia note dekat bawah ni...


TRIVIA NOTE

  1. Peminat WINGS terpaksa mengambil masa hampir 12 tahun selepas "Naga Kramat" untuk mendengar hasil terbaru WINGS "menakluk kosmos" 
  2. Kembalinya WINGS mengguna nama band mereka sendiri..berbeza dengan "Naga Kramat" band terpaksa meletak nama WINGS & AWIE sebab masing2 terikat dengan kontrak syarikat rakaman yang berbeza waktu tu. 
  3. Langsung tiada hasil air tangan dari M.Nasir dalam album ni,malah dalam credit thanks pun langsung tiada disebut nama M.Nasir...jadi bolehlah WINGS tepuk dada dengan bangga sambil sebut "NO M.NASIR...NO PROBLEM" 
  4. Eddrie Hashim menyumbang 2 lagu sahaja dalam album ni,syukur juga cuma 2 lagu kalau 7-8 lagu takut WINGS jadi Projek Pistol Malam Edan pulak...masak nak menjawab nanti.. 
  5. Album kali ni tiada lagi nama2 seperti J.S Kevin dan Loloq...dan inilah mungkin punca mengapa album ni agak sedikit berlubang kosong..ini kerana 2 nama ni adalah orang2 kuat produksi WINGS sebenarnya terutama Allahyarham J.S Kevin...natijah dari kehilangan 2 insan hebat ni bukan sahaja WINGS yang terkesan malah mana2 band yang pernah mendapat bantuan nasihat produksi dari arwah J.S Kevin turut terkesan....contoh mudah tu XPDC tu..kan jahanam lagu2 baru dia.. 
  6. WINGS dah ada killer song baru "ingatkan dia" sementara SEARCH masih lagi statik dengan pawana rozana isabella... 


Dah beli dah...nak ke kalau diulas??...ke biar ia terus positif dimata korang yang mendambakan ia kembali ke era And Justice For All???kahkahkahkah...






Saturday, October 29, 2016

SWEET CHARITY






Telah kupeluk telah ku dakap cita-cita...telah ku genggam kau dengan cerita lara......

Sunday, October 16, 2016

Rotting Evil Issue #5


                            Edisi ke-5 zine Rotting Evil (RE) ini bermakna aku dah terlepas 4 siri zine yang bermula dari tahun 1998 ni,edisi ke-4 ada terlihat beberapa tahun dulu disekitar gig-gig atau kedai music yang familiar dengan barang2 extreme metal sekitar KL ni,tapi tak tau apa sebab aku tak beli cuma bilamana edisi ke-5 ni keluar baru ada sikit inisiatif nak memiliki...boleh jadi sebab Necrotic Chaos menjadi tangkal penarik untuk edisi ni maybe ....
           
                                                       brother bob (Damokis)

                              Sebelum aku meraban jauh jom kita selidik latar belakang orang yang bertanggungjawab dalam pembikinan zine ni.Brother Bob Agigi adalah individu yang bertanggungjawab dalam 98% pembikinan zine R.E,sememangnya beliau cukup2 layak untuk membuat atau memikul tanggungjawab sebagai editor.Ini kerana beliau sendiri adalah saksi pergerakan awal underground temasik.Bukan itu sahaja malah beliau juga terlibat dalam beberapa band besar extreme metal temasik seperti Beheaded dan juga Demisor (jika tak salah) sebelum lebih selesa mencurah kreativiti seni beliau kepada bandnya sendiri iaitu Damokis yang masih aktif sehingga sekarang.
                              Jadi menurut pendapat aku beliau bukan sahaja peminat,penggerak atau aktivis dalam dunia underground Singapore dan Malaysia tapi beliau juga adalah pemain dalam pergerakan yang dipanggil "Scene" itu sendiri.Jadi sudah pasti bro bob mampu menjana penulisan2 hebat berkenaan sejarah susur galur music extreme metal lampau,bahkan mampu mengulas baik band2 generasi baru kerana beliau masih aktif sehingga sekarang.
                           



                                   Oleh sebab itulah menurut pendapat aku R.E ini begitu istimewa.Informasinya berkenaan sesuatu isu itu cukup menarik untuk dibaca bahkan ada beberapa perkara yang kita (atau aku je kot) tidak tahu namun diselongkar satu persatu oleh saudara bob....ini punya style interview hanya orang lama je boleh bikin kawan hahaha.Jika korang dah ada zine ni atau bakal membelinya nanti boleh korang lihat bagaimana sejarah pergerakan music extreme temasik dikupas halus satu persatu,ia bukan sahaja dititipkan dengan tulisan malah artifak2 purba extreme metal seperti gambar klasik band dan juga demo2 meraka melalui satu rekaletak yang menarik dan tidak merimaskan mata melihat sambil membaca informasi yang terdapat dalam ruangan tu.




                                  Nama2 jaguh dunia seperti Possessed ,Necrophobic,Cianide dan juga Vulcano ada dalam sesi interview beliau selain lagenda Malaysia sendiri iaitu Necrotic Chaos dan juga Thrash Metal band wanita dari Singapore iaitu Tormentress yang menjadi front cover untuk isu kali ni.Selain itu banyak nama2 hebat dari Singapore seperti Sadiztik Impaler dan juga Vrykolakas juga diberi ruang dalam penulisan beliau....selain band2 baru seperti Vault (Thrash metal dari kajang,Selangor),Deathevoker (Death Metal dari Sabah) dan Nekrad (Melodic Black Metal dari Perak) dan ini hanya beberapa nama dan banyak lagi sebenarnya...malah band Death Metal baru dari Thailand iaitu Savage Deity juga ada diberi slot....



                                 Kalau tak silap tahun lepas (2015...magazine ni release dah setahun) brother bob ada menyatakan beliau ingin menganjurkan sebuah gig sempena keluarnya isu R.E yang terbaru ni.Yang mana jika ia jadi kenyataan nama2 penggempur klasik dari Singapore seperti STUKAS,NUCTEMERON,IMPIETY dan yang paling menggoncang iman aku iaitu ABHORER akan bermain di gig itu.Berita berkenaan gig tu betul2 mengoncang media sosial berminggu2..sapa yang tak terkejut jika nama2 sebegitu lama berkubur diseru semula untuk sebuah persembahan.Harus kita ingat takde benda yang mustahil dalam hal sebegini,kerana sekitar tahun 2010-2011 sapa menyangka nama2 besar dalam extreme metal Malaysia seperti BLACKFIRE,RATOR dan NEBIRAS mampu membuat persembahan walau sekadar one night show dan tidak mustahil jika keajaiban ni mampu dicipta pula oleh lagenda2 Singapore.
                                Namun berita tinggal berita dan sehingga ke hari ni gig tersebut belum berlangsung,aku positif dalam hal ni kerana aku yakin gig ini tidak menjadi kenyataan kerana pada tahun lepas saudara bob terpaksa berperang dengan penyakit beliau (semoga beliau kembali sihat) dan itu mungkin menjadi salah satu sebablah....takpelah nak buat macam mana...lagi satu zine ni ditulis 100% menggunakan bahasa penghantar Inggeris,namun jangan risau ia lebih kepada lingua English ala America bukan bahasa Inggeris England...kalau England punya speaking memang masaklah orang yang gagal spm macam aku ni nak baca hahaha..

                              Aku tak pasti samada dah sold out belum zine ni,tapi kalau korang nak cuba2 merisik bolehlah contact terus editornya dekat SINI ...tapi don't worry lah aku yakin benda ni belum sold out walaupun dah setahun keluar sebab orang kita ni bukan jenis membaca punya genetik hahahaha..

Monday, October 10, 2016

Cassette Store Day 2016

                         Blog ni hidup lagi erk??...hahaha..blognya aja slow tapi tuan empunya akaun Alhamdulillah still alive and well bak kata orang rembau....so mukadimah sebelum kembali menulis aku post gambar dulu.....andaikata dalam sehari dua takde juga posting that's mean korang tunggu jelah tahun 2017 kalau panjang umur...



Monday, December 28, 2015

Slayer "Repentless"


                        Jeff Hanneman menutup usia pada 2013,bagai jatuh ditimpa tangga Slayer terpaksa pula berhadapan dengan masalah birokrasi sesama line up yang sekaligus menyaksikan pengunduran Dave dari kumpulan ini...Slayer menjadi isu worldwide bila rata2 peminat dan pemerhati muzik bertanya-tanya satu soalan iaitu KEMANA LEPAS NI???..akibat ketiadaan Jeff dan diikuti pengunduran Dave pelbagai pendapat dilontar oleh penyokong mereka,ada yang mahu Slayer terus hidup walau realitinya kita tahu mereka akan terpaksa struggle dengan ketiadaan arkitek mereka Jeff dan ada juga yang mahu Slayer turut dikebumikan bersama jasad Jeff.
                         Aku agak kurang bersetuju jika Slayer ni harus dimatikan,ini kerana mereka adalah branding dan dalam masa yang sama mereka adalah trendsetter bila kita berbicara soal Thrash Metal America ataupun dunia.

  1.  Setelah Venom dan Bathory berjaya mempamerkan imej satanik Slayer pula adalah generasi kedua berjaya membingungkan masayarakat umum dengan term satanik bahkan ia lebih terang-terangan berbanding Venom mahupun Bathory. 
  2. Mereka juga antara pencetus/pemula bagi kumpulan music dunia yang berani mencemuh kerosakan sosial politik barat sehingga ada beberapa album mereka terpaksa disekat pengedaran dan trend ini kemudiannya diikuti oleh Kreator dan lain2 untuk tidak duduk diam keatas kuasa barat.
  3. Bila kita bercerita tentang American Metal rata2 penggemar muzik aliran berat dunia mengakui Slayer adalah penanda aras untuk term berkenaan. 
  4. Walaupun Metallica jauh mengecap populariti namun jika kalian adalah penggemar Thrash pasti akui bahawa Slayer adalah penghulu subgenre itu di America.Bahkan kesedaran ini juga diakui oleh Metallica sendiri bilamana mereka alhirnya TERPAKSA memanggil Rick Rubin untuk menjadi producer kepada album "Death Magnetic" 

             Jika hanya kerana ketiadaan Jeff menjadi kayu ukur supaya Slayer wajib berkubur kita kena ingat bahawa Metallica tidak pernah mati perjalan karier mereka bilamana Cliff Burton tiada..begitu juga Napalm Death yang tidak pernah berehat walaupun Jesse Pintado mati.Dan bab Dave pula kita tak boleh jadikan ia isu sebab album comeback dia hanya "World Painted Blood" saja dan sebelum2 tu Slayer ok je walaupun takde dia.


                          Jika kita amati dalam album ni (itupun kalau korang dah beli) sound dan cara play yang ditunjukkan Slayer adalah perfect walaupun ada beberapa perkara yang nampak seakan-akan terlalu berhati2 terutama bab solo namun satu kredit yang patut diberi kepada mereka kerana ia berjaya melantonkan gambaran Slayer tanpa sedikit cacat mahupun tempang.


                           Jadi sebagai rumusan adakah tanpa Jeff album ni effect the sound??..absolutely not..ini kerana dari dulu lagi Slayer bergerak as a band bukan individu bertopengkan band.Jika Dave Mustaine dalam Megadeth tu aku tak pasti hahaha..apa yang nyata tanggungjawab yang dipikul oleh araya dan King masih boleh dijunjung walaupun tanpa arkitek besar Slayer itu sendiri iaitu mendiang Jeff Hanneman.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...