dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ofis. Show all posts
Showing posts with label ofis. Show all posts

Saturday, January 12, 2013

status : busy

4 comments

Salam sumee. sorii lama x update blog. motip nak sori? sori kat sape ntah aku ni hehehe.


hari ni sabtu, erm dtg keje. nak siapkan koding siket. hehe dah lama tau xdtg ofis masa weekend. tetibe je hari ni dtg lak. haris adalah dijaga oleh abinye kuku. 

dulu zaman berdua, kuku selalu teman dtg ofis klu weekend. aku buat keje, die layan running man kat pc belakang aku. tp skg xleh dah wat camtu, klu bawak haris konfem aku xleh wat keje. haris skg tgh musim suke berpaut kat kaki mama dia tau. alahai si manja ni~~~~~

muke terakhir haris yg ku capture sebelum ku masuk ofis td. haris, mama selalu rindukan haris tau. mama buat keje jap ey~~~


ni aku panggil cermin aku. haha sbb aku yg slalu menjangok depan cermin ofis ni.

 bye. berusaha yaa dd!!!


 note : sebenarnye hati tengah sedih selepas melihat post fb kejayaan seseorang :( gembira untuk beliau, tp sedih untuk diri sendiri kerana aku belum selesaikan satu perkara yg aku dah mulakan.. :( Ya Allah, aku inginkan kekuatan Ya Allah..


Wednesday, November 28, 2012

kursus yang best

7 comments
Salam.
ok iols baru je masuk opis hari ni. sebab 2 hari semalam pergi kursus. nama kursus tu Kursus Pengurusan Masa, tapi banyak sangat aktiviti dan dapat hadiah2.

 penceramah kitorang kann laki tau, Encik A, tapi dia bahasakan diri dia "ahkaaakk" .. hee hee 
kau ada? crying

kusus tu memang bes, sebab die dengan isteri dia suke cerita pengalaman masing2, org dah byk makan garam kan, so banyaklaah cerita2 kehidupan ni...pastu "ahkakkk" sangat suke buat lawak.

aku memang xde tertido pun, hiu2.

yang paling penting banyak sangat ilmu dan pengajaran yang aku dapat dari kursus ni. ada yang aku muhasabah diri dan nak ikut nasihat diorang. memang terpengaruh jugakla dengan kursus ni. paling aku ingat adalah pasal tido. contoh klu kite sehari tido 8 jam kan. let say kite hidup untuk 60 tahun. cube kira berapa lama kite dah tido? 20 tahun uolssss semata2 untuk tido jek. haishhh.
so kurang2kan laa tido ye. buat perkara yg lebih bermanfaat. lagipun dalam Islam xdepun cakap kene tido 8 jam sehari. omputih je cakap cam gitu. tido 5 6 jam ok daa. tapi terpulang laa pada masing2 kan. kalau xmampu xyahlah. tapi bg aku 20 tahun tido tu lamaaaaaaaaaaaaaaa nyeeeee.



muka ceria pegi kusus. eh nape lengan dd nampak besar? ooo sebab duduk sebelah kak yanti yg kurus kotcrying (monolog jaga hati sendiri ;p)



alice dan kak ain
makanan

kitorang ada 4 aktiviti. dan setiap aktiviti tu kalau menang dapat hadiah. hadiah ada banyakk sgt kat meja diorang sediakan, kitorang cume pilih je nak hadiah apa hehe.



aktiviti pertama dia bagi kain felt, suruh setiap kumpulan buat apa2 menggunakan kain felt. kumpulan kitorang buat henbeg kecik ni. dapat hadiah untuk rekaan paling berseri dan kreatif.. berseri dan kretip kewwrr? ;p tddmka ;p

masa presentation adalah sangat lawak sebab setiap kumpulan die punye presenter lawak abes. kebetulan 3 lagi kumpulan pun buat henbeg tauuu, motip sgt. so masing2 cakap laa henbeg masing2 paling bes sebab anti-peluru laa, anti-ragut laaa, henbeg bole cas henpon laaahttp://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/20.gif

 nak nanges aku sebab kelaka sangat, siu siu.



masa amik hadiah, nampak ada kereta mainan, so aku amik keta mainan laa untuk haris. xnampak dah hadiah2 lain ;p hehehe


aktiviti kedua kene buat sandwich dan plating. disebabkan aku ni kaki tengok masterchef memang aku bagi idea masterchef abesssss katttt  kumpulan aku. dengan sandwich bertingkat2, pastu balut roll sandiwch pakai kulit timun, hehe sume pun aku dpt idea dari masterchef. 


last2 kalah sebab kulinari sngat2 ;p skemaa kowttt cam serius2 gitu hidangan kitorg. yang menang tu yg comel2 ada gelas dlm pinggan, ada payung haha mcm2.


aktiviti ketiga buat menara menggunakan kad manila. yeyy menang dapat no. 2 walaupun x cantek sgt menara kitorang. sebab menang? sebab menara kitorang ada penunjuk kiblat kat puncak menara, pastu letak mesin air gedegang kat tingkat bawah menara, hahaa kau ada? ;p pastu ada pokok ada kereta. cume xletak org jek, penceramah kata kalau dlm bidang arkitek klu kite buat rekaan kalau xletak orang boleh dpt markah kosong, gitu.

 aktiviti terakhir kena buat bakul menggunakan suratkabar. kumpulan kitorang menang dapat no. 1 heee


gubahan2 bunga menggunakan tisu sebabkan markah lebih ;p alaaa kitorang gugel ngan youtube je, ekeke.

 untuk hadiah2, aku amik lori ngan bas mainan pulak.

 



motip sume hadiah pun amik untuk haris? hehehee xde amik untuk mama pun


kelaka, bile balik rumah je ada je aku muncul ngan hadiah mainan haris. semalam bawak balik kereta mainan, hari ni lori dengan bas pulak.


terus kuku tanya "awak ni pergi kusus apa sebenanye?" hee hee




note : nak beli Felinna Inchloss dengan harga bes? 2 botol RM 120 je surprise klik sini ;)

Thursday, November 22, 2012

5s lah kiteww

11 comments
biasa kan dengan 5s? kalau yang keje sektor government rasanya biasa dah dengan term 5s ni, cume ada yang apply ada yang x je hihi.

cam tempat aku keje ni, memang apply sesangat, ada audit sume2. macam hari ni, ada audit dalaman 5s, so gigihlaa kitorang kemas2 partition masing2 supaya xdapat markah rendah dan xdapat sticker ala2 sticker warning gitu.

ok untuk yang xtau 5s tu apa, erm jap epe ekk. malas pulak nak gugel hahahaha 5s tu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal.

die macam nak kite jadikan tempat keje kite ni persekitaran yang berkualiti la. macam xde barang2 yg x penting, barang2 diletakkan tempat yang betul, x bersepah. jadikan dia berkualiti sangat macam contoh ada kawan kite nak pinjam selotep la kan. "dd, nak pinjam selotep." dalam masa 1 saat aku dah bagi dah selotep tu kat dia. pantas x ;p sebab selotep diletakkan di tempat yang berlabel. so xde laa kite nak bukak laci tu bukak laci ni cari selotep, terus jadi 5 minit. gitu


"dd, nak pinjam fail sistem dot dot"

zappp zapppp "nahh ini failnya".. sekelip mata fail tu dapat diberi sebab fail tu senang kite nak cari, ada label, nombor dan reference. so xdela nak terbongkok2 dan angkat2 kertas tu kertas ni cari fail berkenaan ;p

haa berkualiti x ;p


ok so sempena ada audit hari ni dan aku pun dah kemas2 meja dan laci aku ni, so nak share gambar.

tp seriusly klu dibandingkan dengan kawan2 yang lain, laci aku biasa sangat. x secantik dan sekreatif diorang.

ini adalah laci, labelkan yg mana letak alat tulis, recycle paper dan peralatan





laci alat tulis saya
kitorang diwajibkan untuk buat partition dalam laci. tujuannye untuk elak barang2 tu bergerak sana sini, tapi walaupun aku dah buat partition, alat2 tulis aku still bole bergerak jugak sebab alat tulis aku sikit rolling on the floor

motip sangat alat tulis aku sikit kan, kui kui. nak tengok contoh opismet, kak hasnah punye?


haaa cunnn sangattt kak hasnah punye, memang byk partition dan alat2 tulis x bergerak
hee hee jauh beza dengan aku punye
hee hee
ni ada siket lagi alat tulis aku hee hee

nway kitorang wajib kene labelkan setiap ruangan alat tulis tu.



ok seterusnya adalah laci yang berlabel Recycle Paper

aku dividekan recycle paper kertas A4 dengan sampul2 surat. nak buang sayang, leh je guna balik



nak tengok laci Peralatan aku??

ada CD je.laughing yang lain sume dah SISIH. tinggal ni je. hee hee


meja belah kanan aku. ruangan peribadi kitorang xleh letak keychain lebih dari 3. tsk tsk. so keychain2 lain aku simpan dalam bekas lain. gambar x sure bole letak ke x, klu bole nak letak gambar haris. nota2 pun xleh tampal tau melainkan nota tu adalah tulisan komputer, bukan tulisan tangan. dulu penuh nota tulisan tangan aku kat dinding, sume dah kene sisih


oh jangan sisih kipas USB saya tu ye, berguna kalau tiba2 aircond x berfungsi



oh rupe2nye alat2 tulis aku byk kat sini hee hee sebab tu laci tadi kosong hee hee


fail2 untuk buat rujukan keje (bukan fail projek, fail projek kat rak fail yang khas). nomborkan, labelkan dan pastikan ada reference


nota2. hehe nampak comot ada kertas2 UAT dan pengujian yang belum sempat difailkan


Rak peribadi

apa yang ada dalam rak peribadi?



laci peribadi punn kene ada partition2 gak, kalau x nanti dapat sticker warning



pantry ;p




dan akhir sekali devidekan tempat letak payung dan souvenir2

ada ofismet aku kan, kelakaa sangatt.. dia laki tau, dia xnak buat partition2 ni, demi nak elak diaudit, last2 die pegi sorok laci dia rolling on the floor sekarang partition dia x de laci crying kelakar sangatcrying

oklah tu je. nex time aku nak upload gamba2 5s dari partition kawan2 opismet yg lain. diorang punye gempakk giler... aku x kreatif so, biasa2 aje la. asal x tolak markah je ;p

ok bye2 uols. jap lagi audit, xtau laa kene comment apa hihi.


ok korang ada tugasan sekarang. nak tag kat sume yang baca ni sila tunjukkan gambar meja keje korang. hew hew hew

note : nak beli Felinna Inchloss dengan harga bes? klik sini ;)

Wednesday, October 24, 2012

coret-coret pasal diri sendiri

5 comments

 - eh uols nanti minggu depan iols update pasal besday haris eh. haris dah setahunn tauuu!!!! senyum sampai telinga (^____________________^)
 tunggu tau. minggu ni x berkesempatan lagi nak update.

- hoiii sedapp giler lagu Separuh Aku - Noah Band. suke sangattt laguu tu, asal sedap sangat niii??? mmg taste aku lagu cam gitu. aku suke lagu tu setaraf dengan aku suke lagu Suara Ku Berharap - Hijau Daun. dengar banyak2 kali pun masih feeling2 gitu.

- aku baru lepas present ni tadi kat atas. biasala, Bahagian Aplikasi kitorang ni setiap bulan akan ada perkongsian ilmu, akan ada turn masing2 untuk menyampaikan apa2 ilmu yang dia tau. 

tajuk pembentangan aku tadi "Kesilapan dalam Bahasa Melayu". comel x tajuk aku? 
comel x aku jadi cikgu BM tadi? 
comel x aku ajar diorang tadi yang ejaan 'Merbahaya' adalah salah tapi ejaan yang betul adalah 'Berbahaya', sebab xde imbuhan 'Mer' dalam Bahasa Melayu.

comel x aku ajar dorang yang ejaan agung untuk mesyuarat agung dll, tapi ejaan Agong untuk Yang di-Pertuan Agong je.

comel x aku ajar dorang tadi yang dalam bahasa melayu ejaan yang betul adalah mihun, bukan bihun.

comel x aku ajar dorang tadi yang ejaan maklum balas adalah dua perkataan 'maklum balas', bukan satu perkataan 'maklumbalas'.

comel khannnn, ahak2. kosser dd oii


- nah kat bawah ni saje nak share gambar aku kat PTM ni tengah buat keje.


bersama kak ain




2 gambar ni gambar masa gerak kerja UKMcard. gerak kerja tu maksudnye kadang2 dalam satu hari tu aku x duduk partition sendiri, tapi duduk dalam bilik 1hari  dengan team sistem ukmcard untuk siapkan kerje sampai siap. aku suke camni sebenanye sebab konfem keje aku akan siap bila duduk ramai2 dalam 1 bilik. sebab kalu kat partition sendiri, iolss x janjii iolss buat x har har har .


- nanti klu rajin aku nak buat coret2 pasal suami plak, hew hew bole?


Sunday, September 2, 2012

pendaftaran

2 comments

hari ni pendaftaran pelajar baru ukm. kene bertugas pula hew hew xpe, suke jek.



hrnmm... pada masa yang sama, kawan2ku yang bernama ja, muni dan rapidah sedang dalam bas menuju ke port dickson untuk kursus seminggu.. klu laa aku pilih jalan lg satu tu mesti aku dalam bas juga kan skang.. bersama2 mereka ;)

apa aku merepek ni eh. motip sempat update blog masa pendaftaran? dah dekat2 kul 2pm, nak abes pendaftaran dah. xnampak muke pelajar dah. xpe kite tunggu lg beberapa minit. daaa~~


Thursday, August 16, 2012

melepaskan ia pergi

2 comments



pagi tadi jumpe bos.. then secara personal aku bgtau die aku x terima tawaran SPA tu, aku nak stay sini je.. kire bile dah bgtau tu, secara rasminya keputusan aku dah dibuat. no more dilema sebab dah ada kata putus.

lepas cakap tu rasa lega. lepas ni xyah fikir2 dah. disamping itu, ada juga rasa 1 perasaan. bukan perasaan sayang melepaskan jawatan tetap, tapi perasaan siu siu siu~~ camne ek nak cakap, angin kosong berlalu pegi selepas aku beritahu keputusan itu. aku rasa seperti "betapa keadaan dan masa bole merubah seseorang itu.." .. sebelum ni aku nak sangat keje government, nak sangat nak sangat. first time interview aku gagal. 2nd interview baru jadi calon simpanan. dan sekarang dipanggil. tapi masa dan keadaan aku sekarang menyebabkan aku melepaskan ia pergi. betapa anak ini penting sampai satu keputusan yang mengejut telah dibuat.

haris~~ mama x kan tinggalkan haris :( mama xnak ambil risiko untuk sesuatu yang mama xpasti disana bagaimana dan dimana penempatan. * lagi satu x berapa suke dengan jobscope sana ;p


lepas dah bagitau bos tadi, terus bos nak antar aku kursus seminggu di INTAN. xpe, no hal, x kesah ulang alik hari2 walaupun jauh. hihi. untuk 1 malam pun aku xsanggup berpisah ngan haris, gewdix sungguh.


lately ni aku macam makin garang. kuku lebih penyabar dari aku, xpernah nampak die garang2 dgn haris. tapi aku makin garang. garang2 manja. garang sebab haris xmo dengar cakap mama :p padahal haris tu kecik lg mmg la xpaham apa mama die bagi dan xbagi ;p tapi nak ter'garang juga. kadang2 bile kuku belum balik umah, aku nak wat keje kat dapur angkut haris sekali ke dapur. tapi haris suke berpaut pada rak pinggan mangkuk pastu kasi goncang2. mana laa aku x bebel ;p kang klu periuk2 jatuh atas haris camane? alahaii haris haris~~ ;)

lepas ter'marah haris mesti cium kepala haris banyak2. sayang oh~~~

Thursday, May 17, 2012

huhu masih terbayang

5 comments

aku kat ofis lg, skg dah pukul 7:05pm.
balik lambat sebab ada kerja nak selesaikan sambil2 tunggu kuku jemput.

kejap tadi, masih ada beberapa ofismet lagi yang masing2 khusyuk mengadap pc masing2.

and then.. something happened...

salah sorang ofismet ku tiba2 kejang x bole gerak depan PC :'(

rakan partition kat sebelah terdengar namanya disebut dengan lemah sayup2 beberapa kali..

rakan itu segera memberitahu rakan2 yang lain..

salah sorang rakan menghubungi Pusat Kesihatan..

dan beberapa orang cube menenangkan ofismet yang kekejangan x bole bergerak..


masa berlalu dalam setengah jam mungkin, ofismet yang bergelut dengan kekejangan diri mungkin terlalu berusaha, tiba2 batuk seperti ingin muntah..

aku menyaksikannye, dan air mata bergenang.. Ya Allah janganlah jadi apa2 pada ofismet ku ini..

setelah batuk+ bunyi muntah beberapa kali akhirnyaa terdengar ofismet ku itu menangis dan menyebut.. "Ya Allah.. kesianlahh anak aku Ya Allah... Ya Allah.. kesianlah kat anak aku Ya Allah.."  

 syukur dah bole gerak siket, cume bahagian tengkuk masih belum bole gerak. beliau akhirnya dibawa pergi oleh ambulan..

aku masih terngiang2 suara ofismet ku menanges "Ya Allah.. kesianlahh anak aku Ya Allah... Ya Allah.. kesianlah kat anak aku Ya Allah.."

sumpah aku sedih :'(

aku terbayangkan diri aku juga. sekiranya berlaku apa2 pada aku, memang Haris yang akan aku fikirkan.. bagaimana dengan masa hadapannya... :'( 
 Haris, mama rindu haris.. mama nak balik sekarang laa, tengah tunggu Abi, nanti sampai rumah mama peluk cium Haris ehh :'(



Tuesday, March 13, 2012

perbualan di ofis yang menggelikan hati

2 comments

note : jujurnya, dialog ni x de lah sebijik2 macam yang realiti.. tapi nak yg bulat2 sama, konfem ar x ingat. so ni dialog lebih kurang la eeh, dan yg dah diringkaskan


perbualan 1

M dan kak Z sedang borak2 pasal buat Gantt Chart gune Microsoft Project.
M selama ni rupe2nye buat Gantt Chart x guna Microsoft Project.

kak Z pun datangla ke tempat A

kak Z : " kau guna Microsoft Project x?"
A : "guna, untuk buat Gantt Chart"
kak Z : "kau guna ye? yang M, tak guna"
A : "akak cakap M tak guna?"
kak Z : .... (gelak gelak)

xlama kemudia, M datang ke tempat A untuk tanye pasal Microsoft Project.
A : "weii, tadi kak Z cakap kau tak guna"
M : "memang la aku tak guna"


...
...
rolling on the floor
rolling on the floor

kelakanyee crying



perbualan 2

kitorang tengah buat pengujian sistem, entah macammana terborak pasal lesen mati pulak. pastu si Sha tetibe cakap camni

Sha : "alaaa sha mati minggu depan!!!"

erkk
hee hee


perbualan 3

F : "kak Z, kite ni (ukm) government ke NGO?
kak Z : ....(*motip jawapan yang betul tiada dalam pilihan?)



hehe korang paham kewrrr cerita aku ni? biasa2 je sebenanye. xpelaa kalau xpaham, aku sengih sorang2 jek la
hee hee


tetibe




 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez