mata duitan

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

tips anak cirit birit

hi u ols,

apa kabar? anak2 sihat? ramai betul budak sakit sekarang. we blame the weather, the virus. semualah huhu.

anak i baru je baik sakit2. demam dan cirit birit. tak taulah what went wrong. but it lasted for few days lah. alhamdulillah now she's recovering.

meh meh ahkak nak cerita tips dia berdasarkan pengalaman ahkak. yela ni first time eisya berry2. dia tak amik rotavirus vaccine before ni sebab masa tu dah terlambat. so i was a bit worried if she kena rotavirus. ok tips!!
 
KEBERSIHAN

lepas handle poo poo dia/sental cloth diaper, kita kena basuh tangan bersih2. i basuh 3kali. 3kali with anti bacterial sabun dan sekali with normal hand soap. yeah, i'm anal like that. asingkan tuala lap lepas berak dengan tuala lepas mandi. okay maybe just me.


KEEP HYDRATED

penting ni. kalau tak nanti sure kena drip air. so bagi dia minum air, dan kalau dr prescribe smecta, kasi setiap kali lepas mentahi. alhamdulillah eisya masa sakit tu, dia tak selera makan tapi air dia minum, susu minum (breastmilk only). air barli pon dia minum dan membantu sejukkan badan.

BRAT DIET?

well it is a good practice kalau kita lebihkan BRAT diet dalam pemakanan dia. (BRAT - banana, rice, applesauce and toast) tapi penting juga untuk memberinya nutrien yang secukupnya sebab dia asik kehilangan banyak nutrient dan air semasa proses mentahi. makanan BRAT ni selalunya mengandungi banyak potassium makanya ia akan membantu untuk mengeraskan najis.

my paed advised me to feed eisya macam baisa walaupun buah-buahan. i cakap takut lawas, dia kata lawas tak apa, yang kita risau dia cirit birit. so i pun lepas tu masak macam biasalah untuk cha delea. tapi tak ada la pulak tetiba nak kasi makanan yang kita tahu dia akan mentahi dengan jayanya kan seperti oat, prune, papaya dan pear.


PROBIOTIC

dr ada bagi probiotic capsules ni. ini penting untuk membantu usus dia. probiotic ni ada bakteria baik untuk bantu ketidakselesaan perut, tak kira sembelit ataupun cirit birit. selain dari capsules ni, boleh bagi makan yogurt. kalau boleh full fat, natural yogurt. farm fresh ler tewww. tapi eisya sungguh kasihan. abis stok farm fresh so i amik je yang natural yogurt tapi low fat. tak apalah asalkan yogurt. emergency punya pasal. i'm glad she loves yogurt.

selain yogurt, boleh cari sumber probiotic food lain. macam tempe. haa tak pernah bagi eisya tempe lagi. tapi tak leh gorenglah. abis sume termati. :p

ATTENTION

bayi sakit memang manja kededek. eisya active masa sakit. so kerisauan tu tak sangat. cuma ada time malam2 dia tak selesa sebab demam, dia memang nak melepek aje kat kita. i had to dodoi her dukung sampai tidur, pastu dia tanak baring so i tidur duduk, pastu da lama sikit, i baring with her on my tummy.

okay la tu aje tipsnya.

eisya punya demam dan cirit tu lasted for more than 4 days. dr kata kalau sebab virus memang normal kalau sampai 2 weeks berry2. tapi demam tu kena monitor tak boleh lebih dari 5days. 

punca eisya sakit ni i pun tak tahu kenapa. mula2 i ingat sebab orange. pastu sebab kulit orange. pastu tahla tak tau kalau ada sapa2 terbawak balik virus ke apa ke. tah lah kan. it must something, somewhere.

and the last thing you want to do when your child is sick is exposing her to outside environment. nak bawak pegi mall ke, zoo ke apa ke. tunggulah dia sihat. i personally dislike tengok budak2 yang kepala dia ada coolfever tapi makpak bawak jenjalan kat mall, budak tu melepek kat stroller. the very the kesian u ols. they need rest.

sebab eisya nampak active je, so hubby ajak kuar masa dia sakit. i tanak. eisya masih lemah masa tu. dia nampak sihat tapi dalam dia tengah lawan kuman2. soooo, dok rumah jer lerrrrr.

okay harap eisya is fully recovered lah. ni gambar budak budak mentahi cair 5-7kali sehari sehingga pingsan mommy nak basuh cloth diaper beliau. dah slim sikit dia.

oh yes, she walks now. lesen L :)
 kocak2 ni pon dia hepi semacam :)

 ni my cat dari zaman U, umy simpan, bagi cha main. so ni dia punya favourite sekarang. panggil cat, QEHH pastu aawww pastu tedt tedt (cemana nak eja bunyi kita decit2 panggil kucing tu)

 okay ni masa sakit. tiba2 bangun cari mommy. dan landing atas tangan mommy
 
 suka sangat masuk bilik ni, nak kacau ayahsu




 masa ni sakit tapi selera makan ada ok sket. sambil jalan2 makan. 



 tengah nyanyi2 aaaa ooo aaaa


 kat hospital, main cak2 dengan aunty belakang. ayahsu tengah dodo.paksa dia bangun, teman
 

okay dah sihat, alhamdulillah. ketawa terkekek2. gambar last ni macam muka i kan kan kan kannnn



Tuesday, July 12, 2011

diaper rash

alhamdulillah eisya tak ada masalah sangat dengan diaper rash. cuma masa awal2 lahir dulu je. lepas balik hospital. dan ada sekali sekala before this.

lepas tu tak ada dah.

kalau pasal diapers ni tak tahulah affect rash ke tak. maybe kot. masa kat hospital eisya guna pureen. so kita orang habiskan jelah kan. kejap lagi asyiklah terbocor habis tilam cot. papa dia cakap, jangannn beli pureen lagi. tu kata2 orang kecewa kena basuh tilam. hehe.

rash, masa tu ada tapi tak tahu sebab diaper tu ke atau bedak ke apa. we found out hospital tarok bedak, rasanya my baby kenot tahan kot. masa kat rumah baby sitter pun bedak. tapi i segan hendak beritahu huhu.

then, pakai mamypoko yang beli secara banyak masa baby fair last year. okay je eisya. then ada kawan kite, dyah bagi hadiah diaper cake. dalam tu ada huggies. pun okay aje. tak ada rashes. so lepas tu kita orang beli huggies dan mamypoko pakai selang2.

cuma i notice, mamypoko cepat bau hancing. dan huggies pulak macam ada kesan kat peha eisya. dia keras sikit kan compare to mamypoko.

lepas tu ada beli diaper murah gila jual kat baby fair few months back. pakai siang hari je sebabbb bocorrr manjang. dahla eisya berak 1 cupak tu kan. habisssss. hehehe. no good no good. rasanya masa ni pun eisya dah merah2 sikit buntotnya.

i ada jugak suruh B try brand lain tapi entah end up dia asyik membawa pulang huggies dan mamypoko aje. kadang2 malas nak kacau dia shopping diapers sebab mesti ikut cakap diaaaa je. T___T

i guess tak kisahlah brand apa pun asalkan kain tu breathable. baru baby selesa kan.

dulu awal2 eisya berak 4-6 times daily. sekarang dah kurang lah. paling banyak pun 2x sehari. average sekali sehari. kadang 2 hari sekali, pun ada.

tapi ini tips untuk elak rashes (at least for my baby yang berak secupak):

  • tukar diaper secara kerap kalau baby shishi. jangan kedekut.
  • basuh shishi dengan air dan kapas then only lap pakai wet wipes, and lap sampai kering. kalau poopoo, pergilah cebok basuh pakai sabun kat buntot. barulah wangi. i tiap kali cebok berak i cium buntot dia wangi tak. kalau bau tahi masam i basuh lagi. hehe. dulu kecik2 bersihkan dengan kapas basah dan wet wipes. tapi ni dah besar sikit, sink jela! datin melompat2 galak la kalau dapat main air.
  • dalam sehari, biarkan dia guling2 bogel so that buntot dapat bernafas. eisya suka gila. lepas tu shi shi kat mommy kan. poo poo pun penah. selambaaaa lah
  • pakaikan diaper rash cream each time diaper changing. untuk elakkan rash.
  • jangan letak bedak. (certain baby tak tahan. tapi i rasa memang tak sesuai apatah lagi baby girl.)
recommended!

ada jugak time eisya yang dah merah2 sikit buntot kan. tapi this angel baby bottom balm works wonders! sikijap aja sudah baik. and it has multiple use. kalau kena gigit nyamuk pun boleh.

kadang2 eisya ada jugak rash kat bawah leher tu. nak2 cuaca panas kan. orangnya memang kecil molek tetapi double chin. hihi.

i letak cream ni tak jalan maybe sebab texture dia macam moist kot. my mom letak bedak aiken kejappp je hilang okay.

orang kata bedak tak elok for babies kan. especially untuk muka. sebab tak elok untuk paru2. tapi i pakaikan aje. mmh tapi debu2 tu janganlah depan2 muka dia kan. calit2 baru sapu rata. harap2 okay ajelah.

tu jelah nak share. lain2 baby lain2 ketahanan dia. dan emak2 pun ada pelbagai cara. and this works for my baby!

how about you?

oh ya, i really really want to use cloth diaper. we bought few masa i pregnant dulu. tapi sampai sekarang tak guna lagi. nak pre wash dulu lah. tapi macam tak berapa nak reti lagi guna. so ada siapa2 nak ajar kite tak? bagi link ke. hehe thanks!

Thursday, May 5, 2011

how to baby dance?

hola!

i got few friends, asking me on tips on how to make a baby. ok, that sounds weird. everyone knows how to make baby! never mind. before you keep on reading, please understand these:

  • this is my personal view only, based on my experience
  • i'm writing this for sharing purpose. does not mean i am so pandai. i just thought that this is good to be shared with.
actually there are a lot of books and sites for you to refer. but here i can list out some of the important points.

before you plan to conceive

  • know yourself. track your menstrual cycle. are they regular? if yes, good. if not, seek dr's advice.
  • practice healthy diet. consume more green. YOU AND YOUR PARTNER. pergi paksa dia makan sayur! jangan makan asam jeruk, air gas. jajan and fast food, kurangkan. ask him to quit smoking if he does, kalau boleh.
  • TAKE ACID FOLIC at least 3 months before planning to conceive. so perantin yang plan nak bunting pelamin, pergi beli cepat eh. hihi
  • make sure you have enough calcium intake.
  • check your BMI. too fat or too thin? get your ideal BMI back.
  • if rajin, get a pre pregnancy check up with gynae. do not go to GP.
  • spend time to READ
sounds paranoid? well, tuhan pun suruh usaha. so tak salah usaha. selebihnya tuhan punya kerja.

in my case, my period was every 28 days every month. so it was quite easy to track my fertile days. and i actually used my cycle for my family planning masa tu.

masa jumpa gynae, she scanned my uterus and even told me which ovum ovulates that month. hihi. so masa after conceive i secretly told the boys where to go. go left go left! haha!

pre pregnancy is important if you are worry takut ada cysts ke apa. because ada kes, tiba2 pregnant and ada fibroid then you will have to choose which to let go. or just to see if you are ready or healthy to make a baby. then the dr will help you to determine your fertile days and give some tips.

i'll never forget what my gynae told me when i had my check up. you are a healthy and young lady, and so ready to make a baby. just do your best and ask from the man above. and, make sure you can grab your hubby during these days! hehe sebab my hubby was not in town most of days. nasib je masa tu dia tak OS. hihi

during conception (malu nak tulis)

  • make sure it is your fertile day! selalu hari ke 14. so you can work on 10, 12, 16 and 18. this is because ovum stays for 1 day but sperm for 3 days (sperm DSAI je bertahan lebih lama). so in between those, boleh la sangkut mana2 insya allah. if the boys are early, they will wait for the babe. hehe vice versa lah.
  • solat hajat sebelum itu, minta dengan tuhan
  • baca doa
  • bersopan
  • enjoy yourselves. hihih jangan stress!
  • do not wash yourself immediately after finishing. relax. elevate your waist below body. easiest way, letak bantal kecil bawah punggung. or put your legs 90 deg on the wall. paham ke? (unless if you are like saiful tu, berak pun lekat berhari2)
after conception

  • jaga makan. ikut jela macam orang kata. nenas, tebu, asam2. dont take lah.
  • jangan angkat barang berat.
  • berdoa berdoa berdoa
i guess that's it! bukan lah i cakap buat macam ni terus dapat baby. ini usaha sahaja. memanglah ada orang tak payah pun acid folic ke apa ke. sihat je baby. tapi ini yang dr recommend. tuhan pun suruh usaha. maka tak salah.

kalau tak dapat lagi, usaha lagi. banyak cara lagi. if you have been trying for more than 6 months, tapi tak dapat lagi, then BOTH should seek dr's advice. sangat pantang lah if orang keep blaming the women.

this involve 2 parties. and menurut dr hamid arshad, 40% of infertility adalah disebabkan oleh perempuan, 40% lelaki dan 20% adalah both! so it is very unfair kalau asyik nak salahkan the lady je kan.

both husband and wife kena kerja keras dan support each other. jangan stress dan jangan pedulikan orang luar. kalau tengah planning, enjoy! jangan percaya cakap planning nanti lambat dapat baby. hehe

kalau lambat dapat pun tak apa. tuhan tahu apa yang the best for us. yang penting usaha doa tawakal.

just to share, my cousin, she is now 10 weeks pregnant after 5 years being married. alhamdulillah. dah macam2 usaha. ivf tak jalan. last2 dia plan nak ambik anak angkat.

tapi ni tiba2 dia preggie. ya allah bersyukur sangat2. the whole family is so happy for her. :)

so, tuhan lebih tahu the right time to give. kita usaha dan doa sahaja. allah knows best!

oh yes, you can read my story here :) flashback sikit. hehe

good luck! my prayer is with you, untuk tambah umat muhammad SAW. insya allah :)

Tuesday, November 9, 2010

baju bayi

seperti yang kawan2 tahu, baju bayi adalah sangat menggeramkan kan. semua comel. semua rasa nak beli.

tapi kalau ikutkan hati sungguh tidak bagus. sungguh menkempiskan poket ibu bapa bayi.

bolehkan anda beri tips dalam pembelian pakaian bayi?

adakah patut beli size 0-3 months atau saiz yang lebih besar(3-6 months) kerana bayi membesar dengan beberapa kelip mata sahaja?

dan saya fikir saiz adalah berbeza mengikut brand. saya hanya membeli ikut tahap kecomelan baju. kalau comel tapi size 3-6 months saya bedal aja. 6-12 months pun haha kerana murahan sale dan comel kenot tahan meh.

sekarang ni baru beli pakaian kat rumah je. tu pun beberapa helai je baru yang sale. tahan dulu nafsu. baju jalan tu geram gila tapi tak apa tunggu sale. haha

berapa helai nak beli pun tak tahu ni. blur okay. oh ya terima kasih kepada kawan2 yang bagi list. saya dah tengok2 dan nak compile nanti ikut keperluan sendiri. tapi masih blur. tapi masa shopping tak blur. semua nak je.

eh pureen sale minggu ni kan. nak pergi dengan siapa sob sob sobbb

siapa pergi? adakah berbaloi2?

Monday, October 25, 2010

membatuk di tengah malam

i masuk tidur awal dari B sebab B kena stay up siapkan presentation materials dia. mmh kesiannya B macam dah overwork dah badan dia.

time together now is very limited. tapi kenalah faham walaupun dalam hati macam mmh tak apalah tak payah cerita. redha.

nak pergi dating pun susah. okay tak apa sambung cerita.

then, dia masuk tidur dan datang kiss me and baby and selimutkan. i mamai makan ubat batuk. lepas tu tak tau B bebel apa tapi i ingat dia kata hunny, baby tendang! dia macam excited sebab dia susah nak dapat rasa or tengok perut i bergelombang. hihi. sebab baby suka malu bila orang tengok dia diam.

lepas tu i tak sure tapi dia ada kata, sorry sayang b busy sangat lately. bla bla bla. and i put my head on his chest sebab dah mengantuk sangat2 so tak terkata apa.

tiba2 batuk non stop. tak boleh jadi. tak boleh nak cuddle2 dah macam niii.
hanya dapat tidur beberapa jam sahaja semalam. kerana batuk2. batuk tiada kahak, kering. tekak gatal. sakit urat perut nak membatuk woh.

memang kalau dulu2 pun, bab batuk ni alamak ai. memang akan lama lah nak hilang. tapi ni sebab ada baby dalam perut, macam kasihan pulak lah dia. dia pun guling2 dalam perut mesti tak selesa asyik dengar mummy dia uhuk uhuk.

dan janganlah B pun terjangkit sama. kesian dia pun asyik tersedar bila i bangun nak batuk, duduk atas katil - batukkk, bangun nak batuk kat toilet, bangun nak minum air supaya hilang gatal kat tekak. tiba2 dia kata, yang, jom pergi hospital. ingat ni macam emergency case ke. hihi

i terus hah, tak payah kot. sorry B to keep u awake.

tak apa. dia kata sambil tepuk2 belakang lepas tu kroh kroh sambung tidur.

memang rasa nak je pergi tidur bilik lain sebab tak nak kacau dia tidur since this morning B ada presentation. tapi macam pentakut okay nak pergi.

boleh baru teringat kat handbag ada gula2 hacks hitam tuu. dah berzaman rasanya gula2 tu. tapi sebab nak hilangkan jugak batuk, i kemam gula2 tu. sampai tertidur. ewwwwww i know. tapi it helps kot. sikit. tapi lepas tu bangun balik. macam every hour bangun untuk batuk.

ni bukan setakat batuk sampai terkeluar air mata tapi sampai terkencing sikit okay. dahla memang asyik ada je kan air kencing kat pundi kencing ni. haha. mujurlah tak basah bedsheet yang crisp and clean yang baru tukar. hoh!

lepas tu tiba2 dangggg! dah pukul 630am! tak cukup tidurrrrrr.

huhh. B suruh pergi jumpa dr - my gynae Dr Zarul sendiri sebab tak nak dr lain prescribe ubat yang tak sesuai. tapi malasnya. it still drugs kan. so i thought of trying remedies instead.

i ada google a few. nak try lah. harap2 jadilah. kesian anak mummy.

jap, betul ke ice and ice cream worsen cough? i tau dia bukan penyebab tapi worsen? mmmh errrr since pregnant ni anak i sangat2lah cool asyik minta menda berais and nak makan aiskrim je. sundae singgit mcD pun jadilah okay. stok baskin robbin dah habis. kalau worsen, i have to stop dulu la kot. any advice?

anyway, ni link few cough remedies yang i googgle. sila jangan taruh harapan tinggi i nak try yang pelik2. hihih.

http://www.natural-homeremedies.com/homeremedies_cough.htm
http://tipnut.com/cough-remedies/
http://www.ayushveda.com/homeremedies/cough.htm

ingin ucapkan semoga cepat sembuh, ederq!

Wednesday, October 28, 2009

APA PENDAPAT ANDA


kalau aku recycle selendang ini untuk majlis nikah okay tak? adakah nanti akan nampak sama? FYI, baju nikah aku adalah lilac. dan majlis nikah adalah pagi. lepas tu tengah hari sanding. makanya aku hanya pakai dalam masa lebih kurang 4 jam max.

aku adalah gatal gelenyar nak beli yang baru tapi iman kata jangan bazir. ececeh imannnn.

saja je la nak post gambar tunang dulu dan dan je gambar en tunang blur. hihihihihih

UPDATE: THE SELENDANG DOESNT MATCH MY NIKAH OUTFIT. MAKANYAAAAA WAJIB BELI BARU. BAHAHAHAHAHHA!

Thursday, October 8, 2009

persediaan bakal perantin

selain dari bersiap sedia untuk majlis, persiapan untuk menjadi isteri juga penting. selain dari ilmu, fizikal juga penting.

tapi saya hanya pergi spa manicure pedicure segala sahaja kot. bila ada kawan saya tanya ada petua tak sebelum kahwin ni. dan dia makan madu untuk tenaga. saya pun jadi gelabah. adakah perlu?

lagi nak makan apa? mind sharing sapa2 yang tahu? hih!

arigato!

Saturday, August 15, 2009

Juvanex


it's my first day of Juvanex today. 5 hours now after my first consumption.
sabar jelah detox at home. challenging gila lah. all those tempting menu at home. woh tahan2.

i felt sleepy few hours after took it first time this morning. so i slept like a baby. lena gila macam tido during night time. it's somekind of a normal reaction when the body is working out to detox.

woke up for lunch. eaten soup and ratah ikan bakar and kerabu mangga. sabar jela tak boleh makan somekind of rendang ayam ummy. tapi ummy supportive siap masakkan soup for me. sebab i kan tido tadi. hihi sayang ummy.

pagi tadi before detox i dah berak banyak gila sebab semalam makan banyak gila dengan mok2 at seoul garden. so now tak berak lagi. just that frequent kenchin je. ishhh cepatla tunjuk reaction lebih drastik. kenapa i tak sakit perut pon? tak ada toxin ke apa? haish tipulah tuh. mesti banyak toxin ni. but my tongue is feeling thick a bit. good sign.

wish me luck okay! for more info on Juvanex, please go here.

Wednesday, June 17, 2009

P.E.R.I.O.D P.A.I.N

para lelaki sila bersyukur, sujud syukur sekarang kerana anda tidak datang bulan. tidak pernah dan tidak akan dapat period pain.

para perempuan yang tidak mengalami masalah sama, sila bersyukur juga.

para perempuan yang mengalaminya. HI 5!

tapi aku juga harus bersyukur kerana aku bukan akan sakit gila sampai harus MC dan makan ubat dan terbaring. aku benci ubat maka aku tahan aja. tapi aku tak lah gagah perkasa untuk tahan sepanjang masa.

mari aku bagi tips hilangkan period pain yang annoying:

  1. strecth your body. kau wat exercise macam kau nak warm up, warm down. especially part hip and below. pastu kau rasa lega. tips ini jugaboleh digunakan semasa kau lenguh dan rasa kepingin massage. strecthing pun dah rasa segar.
  2. kau isi air panas dalam botol. pastu kau tuam kat perut. kat tapak kaki. LEGA! kalau dapat bertungku lagi syiok woh.
  3. aku selalu kaki akan jadi sejuk. kau pakai la socks. keep your feet warm. paling senang, rendam kaki dalam air suam. sure kau aman gila.
  4. kau jangan baring je sebab sakit. kau kena jalan. lagi lega sebenarnya.
  5. minta orang tersayang urut. aku paling suka adik aku alan urut. dahla siap tahu mana urat yang ketul2. tapi servis dia tak lama ah. lenguh je dah malas. tapi ada sorang ni urut aku siap kuar2 angin lagi dia. aku kuar melalui kentot, dia burp. wah kolaborasi! kalau kau urut tak ada sapa2 kuar angin. hah, buang masa!
  6. kau makan something yang boleh buat kau gembira. ya! coklat dan aiskrim. okayy, aku tak boleh lah kan. maka aku baut2 gembira je.
  7. jauhi perkara yang sakitkan hati kerana tahap kesabaran adalah tipis saat ini.
dan yang paling penting, encik kekasih sila perhatikan bila pasangan anda datang bulan, PMS dan period pain. kalau tak nak kena fire la. kalau nak okay je. hehe. (tapi sebenarnya lelaki pun kadang2 ada hangin semacam tiba2 kerana perubahan hormon. tak caye? research ah sendiri)

okaylah tips2 kat atas tu yang aku selalu buat. korang ada tips lain?

**berguling2**menggelupurr*guling2*goyang2**aarrgghhh**