Hai guys, aku excited nak cerita dekat sini, nama aku D. aku seorang yang suka plan hidup aku sendiri start dari sekolah. mungkin juga aku anak kedua, suka sendiri and parents bz dengan adik adik kecik time tu. adik beradik aku beza dua tahun jadi memang membesar bersama sama.
Start dari sekolah menengah time tu form 3, aku teringin nak masuk sekolah teknik (time tu tengok budak teknik macam cool sangat la) jadi aku mohon, masa mohon aku dah selidik sekolah apa yang best dan dekat mana aku nak. tanya kawan kawan sikit sikit dan aku pilih sekolah dekat bandar. sebagai seorang yang tidak berapa cemerlang aku dapat masuk aliran vokasional. Jadi tingkatan 4 dan 5 aku dekat kelas vokasional. Time tu memang top la vokasional boleh masuk poli, ilp, ikm and bla bla. Jadi dengan memahami tahap upaya diri time tu aku apply poli sahaja. ya aku tak apply upu sebab aku yakin tak boleh dapat course yang aku nak. Aku dapat tahu poli akan hantar kau dekat negeri yang ada course tu dan paling dekat dengan rumah kau. Time tu pulak tengah seronok nak belajar dekat KL (lepas spm aku duduk rumah makcik dekat kl) jadi aku apply course yang ada dekat poli negeri yang aku nak sahaja so aku tak dihantar ke tempat lain. alhamdulillah, aku dapat ape aku nak.
Habis diploma, kawan aku cakap sambung degree under MARA la nanti dapat elaun, bayar sikit je ikut pointer and bla bla. 3 tahun dekat KL cukuplah, aku mula bosan. Untuk degree aku mohon course yang ada dekat negeri aku sahaja jadi tak payah merantau lagi. alhamdulillah, course aku ambil tu market okay. walaupun 4 tahun kena buat degree tapi aku enjoy, sebab dekat dengan rumah. every weekend aku balik rumah.. haha. sampai la tiba masa untuk internship. aku risau time tu sebab ramai orang cakap nak kerja kena ada cable la baru senang. aku cari je email and alhamdulillah apply sekali terus dapat dan dekat dengan rumah. masa ni nikmat mana lagi aku nak dusta kan. lepas intern aku dapat offer serap sini terus jadi engineer. sampai sekarang aku masih dekat sini walaupun plan asal aku nak stop 1 year pergi travel tapi rezeki lain datang dulu.
Dari aku start degree aku memang dah set target by 30 aku mesti dah settle kan semua loan study aku. aku ada buat side income jual online, tak ada la gempak sangat tapi alhamdulillah cukup la untuk lebih dari apa ada sekarang ni. Dari pandangan aku la bila kau niat nak bayar hutang dan kau usaha, Allah memang akan mudahkan urusan rezeki kau. aku memang pulun habis nak habiskan hutang study dan kereta buat masa ni. aku beli kereta tahun lepas 2016, axia standard time tu harga dia 35k. aku kumpul 5k dan loan bank 30k. aku ikat dengan bank 5 tahun jadi bulanan aku RM600. ramai orang terkejut bila aku cakap aku bayar kereta RM600 dan aku pakai axia... dah la bukan full spec lak tu. huhu
aku terkejut time nak beli kereta baru tahu ada tunggakkan ptptn 4k lebih, baru aku faham rupanya surat tangguh bayar tu tak ada apa apa pon. loan ptptn kau still jalan time buat degree. aku kumpul duit 2k+ bayar tunggakkan dan aku pinjam duit makcik aku untuk settle kan terus dalam 9k sebab ada discount 15%. 2018 ada discount 20% woi baik korang bayar mane mampu tu. jadi every month aku bayar dekat makcik aku RM300 dan aku target 2018 aku boleh settlekan duit makcik aku. Mara pulak aku dah start bayar RM265 sebulan buat masa ni dan aku target lepas selesaikan ptptn aku tambah duit tu untuk habiskan mara secepat mungkin. salah aku satu sebab aku amek phone guna contract jadi bil aku RM200 tiap bulan bagi aku mahal nak mampos. nasib baik tahun ni last. aku nak advance bayar guna bonus jadi RM200 tu aku boleh tambah untuk bayar kereta. kalau korang tanya pasal family, jangan risau aku aku bagi mak aku RM300 every months, RM60 untuk duit korban raya haji. exclude Duit Tesco (duit belanja dapur) aku bawak mak aku beli barang dan on time ape dia request aku akan belikan.
and for your information gaji aku RM2592 (standard gaji fresh grad) belum tolak EPF. kahkah. every month aku bayar hutang je almost 2k. aku dah ada insurance dan aku simpan la sikit untuk tabung haji.
Aku bukan hebat sangat nak compare dengan hidup orang lain cuma bagi aku la memang betul niat tu penting.
- Bersyukur dengan rezeki kita
- Niat nak habiskan hutang cepat
- Buat baik dekat parents.
Aku tahu rezeki orang lain lain, tapi percaya la bila kau bersyukur tu Allah akan kasi lebih. tu janji Allah. jangan berkira dan just enjoy ur life. aku tak rasa berat pon nak bayar hutang sebab aku yang pakai semua duit tu kan. Alhamdulillah aku tak susahkan parents aku.
Doakan aku kahwin tahun depan k. bye