Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Saturday, September 10, 2016

Mona Ikan Bakar, Kuala Perlis

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hampir sejam juga perjalanan ke Kuala Perlis ni dari Alor Setar. Tapi dah alang-alang-alang Encik hubby nak bawa, kita ikut je lah. ?
ᅡᅠExcited juga bila tengok banyak gerai makan yang ada di Kuala Perlis ni. Sebelum ni encik hubby dah pernah makan di salah sebuah gerai (bila tanya dia pun lupa gerai tu nama apa) so, dia ajak makan di gerai yang lain. Jadi kami pilih gerai Mona Ikan Bakar. 

Masa mula-mula pilih aneka seafood tu rambang juga mata, maklumlah ikan-ikan, udang, sotong dan ketam semua nampak segar bugar! :p Rasa macam nak makan semua! Tapi Alisya dengan Faris bukannya suka sangat makan macam ni, so kami ambil sikit-sikit je la... Sikit tak sikit pun inilah yang kami order... ?

Siakap tiga rasa
Siakap bakar
Sotong goreng tepung
Udang goreng tepung, ni favorite Faris.
Kailan ikan masin
Sebenarnya ada juga telur dadar dan tomyam putih (isi ayam dan daging) untuk Alisya dan Faris. Maklumlah, itu je lah lauk budak-budak ni. Alisya lagi best, makan nasi + telur dadar dengan kicap je. ? Itulah anytime favorite dia.

Ok, komen saya tentang Mona Ikan Bakar yang saya dah makan ni, sedap jugalah. Siakap tiga rasa dengan bakar tu memang sedap. Isi siakap bakar tu, kemain lembut... cicah pula dengan air asam, memang best! Oh, ikan siakap tu kami beli seekor je, separuh masak tiga rasa, separuh lagi bakar... ?


Bila ditanya encik hubby, gerai Mona Ikan Bakar dengan gerai yang dia pernah makan dulu mana yang sedap, encik hubby saya kata sedap lagi Mona Ikan Bakar ni. So, oklah boleh recommand gerai ni. (^_^) Nombor telefon ada tu, so kalau anda datang di Kuala Perlis ni, bolehlah singgah dan rasa sendiri makanan di Mona Ikan Bakar, Kuala Perlis. 






Monday, September 28, 2015

Muzium Negeri Terengganu

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kami ni kan, kalau sampai di Marang, memang tak tahu apa nak dibuat. Encik hubby tak de kawan di Marang... Kalau kami balik ke Cerul, memang dari pagi sampai ke petang encik hubby bawa jumpa kawan-kawan dia. So, bila tak de nak jumpa siapa-siapa, kami pergi la melawat tempat-tempat menarik berhampiran.

Sehari sebelum Raya Aidiladha, encik hubby bawa kami pergi Muzium Negeri Terengganu... Faris dan Alisya la seronok sangat... Alisya walaupun demam layankan juga pergi berjalan-jalan. Cuma kadang-kadang dia minta didukung sebab dah penat berjalan.

Sebenarnya masa cuti macam nilah ramai orang ambil peluang untuk "Cuti-cuti Malaysia". Maklumlah hari biasa-biasa susah juga nak cutikan... Nak-nak kerja macam encik hubby saya yang kadang-kadang cuti kena beku disebabkan ada event besar melibatkan menteri.

Oh ya... kalau dah nama pun melawat muzium, mestilah tengok hasil-hasil tinggalan sejarah. Yang tak boleh nak layan tu bila Faris asyik la tanya macam-macam soalan pelik. Mama dia ni kalau tak sakit gigi, boleh la melayan. Ni nak layankan sakit gigi, layan soalan cepu mas lagi.. Aduhai! Mencabar betul rasanya... (T_T)


Saya: Faris ni la Batu Bersurat...

Faris: Batu Bersurat tu apa?!

Saya: Ni tengok... tulisan Jawi paling awal ni... Orang dulu tulis atas batu...

Faris: Kenapa susah-susah tulis atas batu?! Kertaskan ada mama... 

Saya: Dulu mana ada kertas... (*tepuk dahi*)

* * * * *

Faris: Macam mana pedang Jepun boleh ada kat kampung abah...?

Saya: Ye la dulu kita ni DIJAJAH orang Jepun... orang dulu-dulu mana ada pakai senapang hebat-hebat... pakai pedang je...

Faris: Kenapa Jepun GAJAHKAN kita?!

Saya: GAJAH apa pulak... JAJAHLAH... Jajah tu orang Jepun nak perintah tempat kita... (saya elak guna perkataan "takluk", kang lagi macam-macam dia tanya...)

Faris: MAJALAH?! Ooo, ambil gambar semua pedang ni masuk majalah... (T_T) Aduhai Faris... mama ni sakit gigi tau! Soalan-soalan lepas tu saya diamkan aja... Makin banyak di jawab, makin banyak soalannya... Kalau tak sakit gigi saya layankan je... Ni sebab sakit pun tak dapat nak tahan...

* * * * *

Bila tanya Faris dan Alisya apa yang paling best dekat muzium tu, kata mereka... Tempat yang paling best adalah di bahagian luar muzium. Di bahagian luar tu ada kolam ikan koi. Punyalah banyak ikan koi dalam tu... Ada pula jual makanan ikan... kami pun pakat beli dan bagi ikan makan... Seronoknya la Faris dan Alisya bila tengok ikan-ikan melompat dan berebut makanan. 

Anak-anakkan, aktiviti macam ni la mereka suka buat... kalau baca dan tengok barang-barang lama dalam muzium tu bukannya mereka faham pun...


Kepada mereka yang ingin melawat Muzium Negeri Terengganu, ini sedikit info tentangnya:

TIKET:
Kanak-kanak (7-15 tahun) - RM 2.00 (bawah 7 tahun percuma)
Dewasa (16 tahun ke atas) - RM 5.00

WAKTU OPERASI:
Sabtu - Khamis - 9.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat - 9.00 pagi - 12.00 tengah hari, dibuka semula jam 3.00 - 5.00 petang


Nota kaki: Lepas ke Muzium dan bagi ikan makan, kami terus ke Pantai Batu Buruk... Nanti saya buat entri lain...

Monday, September 15, 2014

Bayou Lagoon, Melaka

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 21 Zulkaedah,

Alhamdulillah semalam dapat tunaikan permintaan anak-anak untuk mandi manda... Maklumlah cuti sekolah pun dah mula... Maka ada je lah plan anak-anak yang minta ibu bapa penuhi... Sejak dua menjak ni AF saya memang tersangatlah suka aktiviti mandi kolam...

Di Melaka ni, ada beberapa tempat yang boleh mandi manda... tapi kami pilih untuk ke Bayou Lagoon sebab dekat je dengan rumah kami... Tempat tu dulu encik hubby saya pernah recce untuk aktiviti kelab office dulu. So, katanya tempat tu menarik... 

Untuk kanak-kanak...
Yang tengah kolamnya sangat cetek... sesuai untuk baby atau yang bawah 1 tahun... yang belakang tu... untuk dewasa...
bahagian depan, masih cetek dan sesuai untuk kanak-kanak

Dalam banyak-banyak tempat AF saya hanya suka main ni... Tak jemu-jemu pula tu turun naik benda ni...


Yang dekat sini berani main air gini je la... dua beradik ni sebenarnya penakut juga... tapi Alisya dengan Faris... Memang Faris la paling penakut nampaknya... Nama je abang...


Dua jam mandi tak ingat dunia... sampai yang seorang kecut tangan... sampai menggigil, biru bibir... Yang seorang lagi, bila dah injured baru nak keluar dari kolam... Haih, macam-macam!

Tangan Alisya sampai kecut!
Faris pula sampai injured... :p Last2 encik hubby saya ajak balik...
Kesian.. tak puas mandi katanya...

Apa pun rasanya saya boleh la suggest kan tempat ini untuk dikunjungi pada musim cuti sekolah ni... Yang penting, mak ayah yang bawa anak-anak tu, mandilah sekali dengan anak-anak... Bukan apa... Bayaran untuk dewasa RM20, kanak-kanak pula RM15, anak-anak yang tingginya kurang dari 3 meter, masuk PERCUMA... Saya tak mandi, malah tak celup kaki pun di kolam... terasa rugi pula bayar sampai RM20. Saya masuk 4 beranak, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak totalnya RM70. 

Bayou Lagoon buka pada jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari... 

Bayou Lagoon Park Resort Sdn. Bhd.
Amari Villa, Bayou Lagoon Park Resort,
Jalan Wakaf Utama,
75450 Bukit Katil,
Melaka.
Tel: 06-233 0888
Fax: 06-253 3876
Email : reserve@bayoulagoon.com.my
website : www.bayoulagoon.com.my

Nota kaki: Rakan blogger, Zaza Abdul Latif pun ada buat satu entri pasal Bayou Lagoon ni... boleh terjah di sini yea... 

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, April 29, 2014

Pesta Buku Antarabangsa @ PWTC

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah... Sabtu lepas dapat juga berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC... Kami ke sana dengan menaiki LRT je... So dah nama naik LRT, gamaknya tak la dapat nak beli buku banyak-banyak... :(( 

Ramainya la orang... Dan banyaknya la buku yang nak ditengok dan dibeli... Rasa macam tak puas pula membeli, sebab mana satu tangan nak pegang Alisya, satu tangan nak belek buku... Rasa macam nak pi lagi Ahad tu... Saya cakap pada encik hubby nak pergi lagi... dan minta ditinggalkan kat sana sementara dia jaga anak-anak di rumah... (tak de maknanya dia bagi... takut saya minta duit la tuh! hahaha :p )

Mana-mana booth yang saya berhenti kebanykkannya saya beli... Mana taknya diskaun tu... adeh... terpukau tau!! Sampai pada buku yang memang saya dah aim nak beli... tapi tak dapat beli sebab tangan kiri kanan dah penuh buku yang dibeli sepanjang menyinggah... Termasuklah belon-belon yang AF dapat sepanjang berada di sana memang tak muat tangan nak pegang... Harus diingat... Kita datang naik LRT!!

So, ni buku-buku yang sempat saya sambar sewaktu kunjungan Sabtu lalu... 
Buku ini untuk AF saya... Bagus juga untuk saya dan suami...
Jom hafaz surah! :D
Buku ni dikarang oleh Dr Zulkifli...panas-panas baru keluar dari oven...
Kalau siapa-siapa yang mengikuti "satu isu" beberapa minggu lepas,
mungkin familiar dengan nama Telaga Barahut ni...
Apa pun jom tambah ilmu dengan membaca dan berguru!
Sedang baca buku ni...
Nanti saya buat entri review bila dah habis baca...
InsyaAllah...
Isu-isu Al-Ustaz yang saya terlepas... termasuk isu baru...
Solusi, salah satu majalah kegemaran saya juga...


Buku aulad untuk Alisya dan Faris... yang dalam plastik tu 12 buah, setahun punya keluaran...
hehehe saya beli yang tahun 2012 punya... Bagus Aulad ni... ada doa, adab, Asma ul Husna, kisah Nabi, dan banyak aktiviti membaca dan mewarna...
Tiga buah buku ini encik hubby hadiahkan pada seorang rakan...
Moga buku ni bermanfaat buatnya...
So, inilah semuanya... Termasuk stationery AF dan coloring book untuk mereka...
dan barang-barang free...

Apapun terima kasihlah pada encik hubby yang sudi gak melayan saya yang nak sangat pergi Pesta Buku ni setelah beberapa tahun saya tak pergi... Mujur Ramlee Awang Murshid tak keluar buku baru... hahaha kalau tak lagi la lama saya kat situ dok beratur tunggu nak sign :p

Walaupun ada lagi buku yang saya tak dapat sambar... tak pe la... cari dalam MPHonline pula ada 20% diskaun... hahaha

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Sunday, December 22, 2013

The Little Big Club

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jika di Tingkat 1, kami telah melihat semuanya yang cute tentang Hello Kitty, di Tingkat 2 dan 3 pula terdapat pelbagai lagi permainan yang semestinya menarik minat anak-anak sebaya AF saya. Ada Bob The Builder, Pingu, Angelina Ballerina, Barney dan Thomas & Friends. Tempat ni dipanggil The Little Big Club.

Kebetulan kami naik ke tingkat atas tu ada persembahan Barney...
Ini tempat Barney... comel tempat ni... Alisya request 'bilik belajar'
macam ni... Adeh!

Beria AF nak bergambar dengan maskot Pingu ni...
Tapi lepas snap gambar tu Alisya tanya "Kenapa dia tak peluk adik?"

Alahai tangan maskot tu memang tak bergerak pun... Tak pe la...
Meh mama peluk adik...
Faris kalau dapat game memang leka dibuatnya...
Kiosk makanan kat sini mahal betul... Sabar je la... Patut la saya nampak
ada pengunjung yang sorok-sorok bawa roti dan junk food...
Tingkat atas ni memang banyak game... Faris dari satu game ke satu game
dia main... Alisya tak suka main game... so setialah dia jadi model mama... :)
Angelina Ballerina... Alisya malu pulak bila suruh buat macam patung tu...
Bila saya suluh kamera...malu-malu alah je nak pose...
Tapi bila tak suluh kamera... sibuk buat aksi comel...
Faris first time main bumper car... Dia pelik kenapa semua orang langgar dia...
Siap muka cuak lagi... hehe
Alisya dan abah di pintu masuk The Little Big Club... Ni gambar nak balik
dah ni...

Maka berakhirlah cerita jalan-jalan kami di Hello Kitty Town dan The Little Big Club... Memang moment yang happy buat dua beradik ni. Balik dulu sebelum teruskan perjalanan ke Legoland esoknya (21 November 2013).

(Sila bertabah dengan entri dah basi yang baru nak publish ni...)

- - - - - - - - - -

Sedikit info tentang percutian kami di Hello Kitty Town:

  • Tiket masuk ke Hello Kitty Town dan The Little Big Club, kami ambil melalui pakej Hotel Tune (tempat penginapan kami) harga tiket adalah RM80 seorang (dewasa dan kanak-kanak) Jika tidak harga biasa untuk kedua-dua tempat itu adalah RM110 seorang atau harga MyKad RM85 seorang... Kami jimat RM20. Atau anda boleh dapatkan tiket online di sini...

http://www.playtime.com.my/ticket-prices

  • Dibuka setiap hari (Isnin-Ahad) jam 10 pagi hingga 6 petang, termasuk pada hari cuti sekolah dan cuti umum.
  • Jarak ke Hello Kitty Town dari Hotel Tune adalah lebih kurang 16 kilometer.
  • Alamat: Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Nusajaya, Johor.


Pautan ke entri berkaitan:
1. It's Hello Kitty Town
2. Hello Kitty Town (Part 2)
3. Hello Kitty Town (Part 3)
4. Hello Kitty Town (Final) 


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Saturday, December 21, 2013

Hello Kitty Town (Final)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ini adalah dua tempat terakhir yang terdapat di Hello Kitty Town, Hello Kitty Black Wonder dan Costume Dress Up & Photo Studio.

Di Hello Kitty Black Wonder, pengunjung perlu menyelesaikan beberapa puzzle
kononnya untuk menyelamatkan Hello Kitty yang terperangkap...
"Best... Jom masuk,selamatkan Hello Kitty!"
Disebabkan suasana yang suram AF sangat takut...
tak lama kami dalam ni..
Antara puzzle yang perlu diselesaikan...


Sempat juga singgah di bilik terakhir iaitu Costume Dress Up & Photo Studio... Alisya yang paling excited nak pakai baju My Melody... 

Tengah bersiap-siap nak bergambar...
Ada pelbagai baju karakter Hello Kitty...
Kami pakai yang ni sebab Alisya yang nak...

Maka dengan ini berakhirlah kisah di Level 1, Sanrio Hello Kitty Town. Kejap-kejap lagi saya update apa yang ada di tingkat 2 dan 3 pula (The Little Big Club)... 

Pautan pada entri berkaitan:
1. It's Hello Kitty Town
2. Hello Kitty Town (Part 2)
3. Hello Kitty Town (Part 3)

 
Nota kaki: Mood mengupdate kisah-kisah yang dah basi... Seronoknya line Celcom di Gombak ni... laju betul!!

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, December 12, 2013

Hello Kitty Town (Part 3)

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Selain Hello Kitty House dan Cookie Studio, satu lagi tempat yang menarik adalah Jewellery Making. Tapi bukanlah betul-betul 'bertukang' buat barang kemas tu kan... 

Simple je, untuk asah motor skill anak-anak. Pengunjung dibekalkan seutas gelang dan pelbagai loket pilihan. Pilih satu loket dan masukkan dalam gelang yang diberi, kemudian pakai... Siap! >_<

kusyuk pilih loket...
sekarang masukkan...

Aktiviti tak mencabar untuk Faris... :p
Alisya tetap happy buat apa pun... :)



Yang kiri sekali tu saya punya, tengah Faris punya, kanan sekali encik hubby. Yang bawah tu Alisya punya... Tapi sayang loketnya dah hilang... tercicir masa dia buka gelang tu... Kesian...


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...