Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Tersentuh hati menonton video ini... Saya tersangat rindukan Allahyarhamah mak saya... Moga dia tenang di sana... Serius, jasanya sampai ke akhir hayatnya saya tak mampu balas... Hanya mampu saya panjangkan doa agar mak saya tenang dan berada bersama para solihin... Amin...
Bukan semua
orang sanggup,
Bukan semua
orang mampu,
Tapi setiap
detik dan ketika,
Bila kita
susah, bila kita sedih,
Dia sentiasa
ada...
Mengeluh?!
Tak pernah
sekali...
Jika ada pun
keluhan di bibirnya,
Semuanya
(anak-anak) buat tak reti,
Masing-masing
tuding jari,
Tengok siapa
yang ikhlas berbakti...
Bila usia
makin tua,
Dia tiada
lagi upaya,
Namun bukan
semua anaknya nak bertanya,
Khabar
tentang sakit peningnya,
Malah
ditambah pula dengan pelbagai kerja (memasak, mengemas)
Bila di
tanya... Kenapa tak rehat saja?
"Biarlah,
ibu menumpang di sini saja..."
Kenapa
jadi begitu agaknya?!
Bersyukurlah
jika kamu masih punya ibu,
Tatanglah
dia,
Kerana
doanya sangat makbul,
Tataplah
wajahnya,
Kerana kamu
akan peroleh pahala,
Kasihani dan
jagailah dia,
Kerana
padanya ada lubuk syurgamu...
Ingatlah!!!
Tanda kamu
dilahirkan ke dunia...
Jangan nanti
bila sampai ajalnya,
Baru kamu
nak tangsi hiba,
Berbaktilah
selagi mereka ada,
Kerana saat
bersama merekalah yang akan kamu rindui setiap masa...
Sungguh ini
bukan cakap kosong,
Kerana aku
sudah tidak ada peluang berbakti buat ibuku...
Dan aku
cemburu, pada kamu, kamu, dan kamu yang masih punya ibu...
Nukilan seorang anak yang telah kehilangan ibunya... Ya, aku!
Nukilan seorang anak yang telah kehilangan ibunya... Ya, aku!
.・゜゜・(/。\)・゜゜・.
Nota
kaki: Selamat Hari Ibu buat para bloggers yang telahpun
bergelar ibu... Moga kita sentiasa tabah dan sabar menjalani rutin,
sebagaimana yang dilalui oleh ibu-ibu kita... Amin, InsyaAllah...
* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands?
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.