Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Thursday, 10 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Korban, semua!

Kami sekarang kat kampung, ada kat sini since 1st day raya. Seronok dapat makan sup rawan ngan sup perut buatan ma. Memang sejak balik, selera makan dah ok. Tak le berselera macam sediakala (dulu pantang tengok, mesti habis semua makanan depan mata) tapi at least aku makan le 2x sehari. Malam memang tak lalu nak makan sangat walau perut lapar. Mulut je yang tak mau bekerjasama menelan makanan.

Alhamdulillah jugak sejak balik ni aku dah mula ada mood nak buat keja2 tesis yang lama terbengkalai. Memang sebelum ni malas tahap Gaban. Sekarang dah sikit2 momentumnya kembali.

Sepanjang kat kampung ni sempat jugak aku berurut, menghilangkan lenguh-lenguh badan. Cumanya sakit kepala je yang masih ada. Harap2 lepas ni hilang la semua pregnancy symptoms yang membantutkan semangat ni. Biar aku sihat seperti sediakala, InsyaAllah.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua saudara-mara dan sahabat handai.

Monday, 13 September 2010

Sambutan Raya di Staines Sailing Club

Sambutan raya tahun ni sangat meriah. Kami buat di Staines Sailing Club. Tempat ni ada pemandangan yang sangat cantik. Memang best. Seperti biasa, tumpuan adalah pada makanan. Ada macam2. Kami sewa tempat tu dari pagi sampai 7pm. Apalagi, puas la makan2 sampai nak pecah perut.

Ladies only, yea....

Anak2 pulak.....

Kaum bapak pun ada............

Pakar pengibas sate. Kenyang la kami makan sate hari tu. Ada 300 cucuk semuanya. Sebab macam2 makanan ada, sendat perut woooooooo.

Makanan wajib semasa hari raya - sate, ketupat nasi, lontong, lemang dan rendang.

Siap ada wau, youuuuuu...macam kat Msia pulak.

Murtabak, pulut kuning, nasi dagang, gulai ikan, nasi minyak, ayam masak merah, rendang ayam.

Pecal, rojak mee, nasi beriani, wajik.

Kuih Melayu, kuih org putih, biskut ...

Kacang dan kerepek.

Cendol pun adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Memang puas hati la kami beraya hari tu. Cuaca pun cantik sangat. Alhamdulillah.

Walaupun jauh dari sanak-saudara, kami tidak terasa sangat kerana kami di sini agak rapat. Semuanya baik-baik belaka. Susah-senang kita, merekalah yang membantu. Terima kasih kepada semua. Hugs n kisses dari As dan Alia.

Selamat Hari Raya!!!!


Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada semua!

Lepas sembahyang raya....di Royal Holloway University.

Tengah dengar khutbah raya.

Lepas sembahyang raya, kami semua berkonvoi ke rumah kak Lina. Seperti biasa, kami tak buat kunjung-mengunjung dari rumah ke rumah macam kat Msia for practical reason. Kami buat mesyuarat, decide menu yang nak dimasak semasa hari raya and then semua orang berkumpul kat satu tempat je. Seronok sebab masing-masing bawak macam-macam juadah. Terima kasih kepada kak Lina sekeluarga yang susah-payah volunteer jadi host. Your house is lovely!

Kuih-muih yang terhidang di hari raya pertama. Seri muka tu sedap! Suka sangat.




Anak-anak dara kecil main buai.

Ibu-ibu lepak kat dapur. Ooops ada terselit sang jejaka sorang tu.

Kaum bapak makan kat luar. Sedap noooo...........



Selamat Hari Raya!! Maaf zahir dan batin!

Friday, 13 November 2009

The Journey continues......

SALAM SEMUA!

Apologies for not updating this blog for a longgggggggg time. My hubby was here since August and since then we have been sooooo busy (mind you!). We have moved into our new (rented, of course) house, not far away from my uni but close enough to Alia's school. Closer to Malay community here, so there have been plentiful of activities for mums, dads and kids alike!

Let's start with raya. We celebrated Eid with the many Malays here, and also with the mak2 and pak2 Arabs. Sembahyang raya and then having a small feast. There was lots of sweet desserts-variety of cakes and biscuits, chocolates and the savoury ones - turkey ham croissants, sandwiches (oh, so English!) and many more. Then we headed to Maswa's house for nasi himpit, lontong, rendang, and a special dish from Sue (lupa apa nama masakannya).

Lepas isi perut, off we went to Royal Holloway University of London (RHUL) for photo sessions. Kids were the happiest as they run and jump in the lush green field. After a handful of 'sengih sana sengih sini', we decided that it was time to leave for Malaysia High Commision's open house in London.

Malay Community in Egham : Raya 2009

Jamuan lepas smayang raya

Muslims of different races celebrate the Eid together.

with the Duta Besar

Rumah Malaysia

Kat depan rumah Duta Besar Malaysia

This year, we have decided that all open houses will be held at only one venue. Tak macam last year, door-to-door open houses, sampai penat badan. So semua orang kena bawak makanan yang telah ditetapkan. Mine was bihun sup. It was very merry (not my bihun...the celebration, hehehe). For K Izan's open house, the main menu was nasi dagang ikan tongkol. I bough a very humble apple pie for her.

Posing mak-mak dara

Oh, I almost forgotten of the invitation for iftar from frens. First was from Sue, at Huntersdale. And then me and Maswa c0-organised the 2nd one at Larksfield. Later was at Asad's in Sunninghill and the last one was by Sofia at Silwood Park.

The moms squashing themselves in my tiny kitchen while the dads smayang terawih.

Barisan bapak2 mithali

Gulai mackerel masak lemak tempoyak

Ayam masak lemak

Really love Win's otak2, freshly made from Kuala Selangor.

We had chicken beriani at Sofia's

Khirr- the Pakistani sweet dessert

Adrees n wife

Yuppp...that was my Ramadhan and Raya for 2009. Alhamdulillah for all the blessings from the Almighty.

Tuesday, 9 December 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Umat Islam kat UK menyambut hari raya haji pada hari Isnin, sama macam kat Malaysia. Pagi raya tu aku macam biasa siap-siapkan bekal Alia dan bawak keta ke umah Maswa. Sampai saja kat sana, semua anak dia tak pegi skolah. Siap pakai baju raya lagi. Ada tetamu kat umah dia masa tu. Semua orang pakai baju raya kecuali aku ngan Alia je. Si Alia siap pakai uniform skolah lagik. Rasa bersalah pulak aku. Tapi aku memang plan nak gi opis hari ni sbb Jumaat lepas sv aku dah sibuk tanya pasal progress aku. Lepas makan raya kat umah Maswa (dia masak pasembor, nasi himpit, kuah kacang dan tiramisu) aku balik ke kampus. Jumpa Sofia ngan Tariq. Diorang semua tak gi opis. AKu je yang semangat sorang2. Bila dah semo org tak gi kampus, aku pun malas la. Tengahari tu aku dipaksa masak makan tengahari oleh budak2 ni. Aku pun masak le apa yg ada kat dapur tu. Perancangan asal 2-3 org je tapi memikirkan dah alang2 aku masak, baik aku ajak semua yg Muslim nih. Dalam 2.30pm, siap la kari ayam, nasi putih, Chinese stir-fry, pasta carbonara dan buah-buahan. Aku main hentam je ikut apa yg ada kat dalam dapur aku. Takde tema langsung. Tak plan, kan? Yg syoknya, aku lupa langsung nak hidang air, hatta air kosong sekalipun. Tetamu aku plak baik bebenor, tak complaint pun. Tinggal lagi 3 org tetamu, yang lain dah balik, baru aku perasan aku tak hidang air bila aku tengok Sofia gi amik air kosong kat dapur aku. Oh, teruk betul aku ni. Ha, tu la. Sapa suruh aku masak tiba2? Nasib korang la. Heheh jahat aku ni. Pastu nak cover balik, aku siap buat teh panas power punyer. Berimannnnn (sambil letak tangan ala2 penyanyi nasyid).

Petang tu, lepas amik Alia aku siap2 utk pegi jamuan raya anjuran Student Union pulak.
Aku ditugaskan masak Phenni (sejenis masakan tradisional Pakistan). Mana la aku reti. Tapi sebab diorang suruh jugak so aku buat la. Nasib baik menjadi. Kuih ni ala2 bubur santan tapi letak mihun halus. Meriah jugak sebab ramai gak omputih ngan international students yang datang.

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakan-rakan dan saudara-mara di mana saja anda berada. Maafkan segala salah-silap saya. Buat ma, abah dan adik-beradik kat kg, oooo..korang buat bbq ye! Ces, sungguh tidak aci sekali. Takpe, nanti k lo ngan abg lo balik, kita buat lagi power punyer, ok. Moga raya yang akan datang kita akan berjumpa, InsyaAllah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :