Showing posts with label afiq. Show all posts

October 31, 2009

ʞɐloʇuǝɾ di rumahKU

 

BUAI LAJU-LAJU,
SAMPAI POKOK SENA,
APA DALAM BAJU,
SEKUNTUM BUNGA CINA.

Alkisahnya semalam, aku, cik abang dan anak-anak ke Giant Teluk Intan. Saja JALAN-JALAN CARI MAKAN. Jalan punya jalan maka kami terjumpalah satu benda yang benar-benar menambat hati anak keduaku NAWFAL. Bila dia nampak benda ni, terus dia pegang dan cuba nak ambil walaupun benda ni lebih kurang besar dengan dia aje.

Mulanya malas nak beli sebab di rumah pun dah berlambak-lambak benda ni tapi kecik-kecik. Memandangkan raut wajahnya yang SEDIH, tak sampai hati rasanya tak beli. Punyalah manisnya senyuman Nawfal bersama lesung pipitnya apabila ibu dan ayahnya setuju nak belikan benda ni.

"Sedih tengok Nawfal sebab masa umurnya 1 tahun 2 bulan, Nawfal dah bergelar 'angah'.
Mainan Nawfal pun tak banyak yang dibeli sebab mainan alongnya masih elok.
Tak salah jika aku dan suami beri dia sesuatu yang disukainya..." detik hatiku sendiri.



"Tolong! Tolong! Ada jentolak kat rumah kita..." kata AKU.

"Jentolak apa? Mana ada jentolak kat rumah kita ni" kata cik abang.

"Ada. Tu dia, yang warna kuning dan merah" kata AKU.

"Mana dia" kata CIK ABANG.

"Itu ha. Takkan tak nampak kot. Punyalah besar sampai Nawfal pun boleh naik" kata AKU.

"La itu ke? Itukan mainan jentolak Nawfal. Kenapa nak takut pulak" kata CIK ABANG.

"Sajalah nak bermanja... tak lama lagikan hari istimewa ayang. He...he...he... Sorry ye bang" kata aku.



JENTOLAK.....NAWFAL


Photobucket

Coretan oleh :
MINI ME

October 4, 2009

нα∂ιαн αι∂ιℓƒιтяι 2009


Adikku yang kedua dikatakan berkemampuan jugalah orangnya. Maklumlah la ni kerja dengan PETRONAS di KLCC. Gaji bulanannya tentulah lebih daripada aku walaupun umurnya baru mencecah 25 tahun.
MyEm0.Com

Anakku yang kedua iaitu MUHAMMAD AFIQ NAWFAL adalah anak saudara kesayangan adikku ini. Maklumlah nama AFIQ tu adikku yang berikan. Katanya sempena nama seseorang... Tambahan pula semasa aku dalam pantang, dialah yang banyak berdamping dengan AFIQ NAWFAL. Itulah agaknya sampai ke hari ini, AFIQ NAWFAL memang rapat dengan mak ALANG nya itu.
MyEm0.Com

Raya tahun ni, mak ALANG nya beri hadiah kasut dan stoking. Jenama OSHKOSH... Inilah kali pertama aku mendengar jenama kasut dan stoking tu. Maklumlah barang-barang branded ni aku tak tahu sangat. Aku sendiri pun belum tentu dapat beli kasut jenama tu untuk anak-anakku.
MyEm0.Com

Mak ALANG nya kata kasut ni sebagai latihan berjalan betul. Mana taknya AFIQ NAWFAL ni walaupun dah berumur 1 tahun 5 bulan, tapi jalannya macam orang MABUK LAUT.
MyEm0.Com

"Terima Kasih Daun Keladi, mak ALANG sebab beri hadiah kat AFIQ... Tahun depan bagilah lagi dengan baju dan seluar sekali tau. He...he...he... Cayang mak ALANG"
MyEm0.Com

Halloween text