Showing posts with label aiman. Show all posts

February 18, 2010

ßεrκhεmαh

Sudah lama benar rasanya aku tidak berceloteh di dalam blog ini...
Bukannya aku telah melupakan rakan-rakan blog tapi apakan daya masa yang singkat membataskan aku untuk menulis...
Di dalam entry ini, aku ingin berkongsi dengan pembaca blogku yang setia sehingga ada rakan yang menunggu entry terbaru dariku.

Alkisahnya, putera sulungku aiMaN, teringin sangat memiliki sebuah khemah...
Aku saja yang selalu buat tak mengerti kemahuannya. Bila pulaklah aku nak berkhemah di dalam hutan atau di tepi laut...

Akhirnya pada 12 Februari 2010 (Jumaat), aku dan suami ikutkan saja kemahuannya untuk memiliki sebuah khemah kerana pada hari Ahad, 14 Februari 2010 adalah hari lahirnya yang ke-7 tahun. Sebenarnya aiMaN bukan ingat tentang hari lahirnya. Yang dia mahu hanyalah sebuah khemah untuk bermain. Bila saja mendapat khemah idamannya, aku dapat rasakan keseronokan di hatinya.


"Ayah, ibu..... terima kasih ye kerana belikan aiMaN khemah ni.
aiMaN sayang ibu dan ayah. 
aiMaN janji akan belajar rajin-rajin. 
aiMaN tidur dulu ye".


Oleh kerana terlalu seronok, aiMaN tertidur di dalam khemah idamannya...

Meleleh air mataku mendengar kata-kata aiMaN... Semenjak dia memasuki alam sekolah rendah, dia semakin matang. Sejuk perutku mengandungkan aiMaN sehingga aku tertarik dengan resepi kasih ibu, entry ibu ayra di dalam blognya cerita-ceriti ibu ayra.

















SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAK SULUNG IBU... 
IBU DOAKAN SEMOGA DIKAU 
MENJADI SEORANG ANAK YANG SOLEH, 
SENTIASA DISENANGI OLEH SEMUA INSAN 
DAN MENJADI IDOLA 
KEPADA ADIK-ADIKMU KELAK. 
A...MIN.


Coretan oleh :
MINI ME



December 27, 2009

SiNa @ KHaLDuN

Sekuat mana pun hati IBU, di kala sunyi, diriku tetap berkata-kata seorang diri... Adakah anakku tak pandai, tidak seperti anak orang lain?

Januari 2010 ini, anak sulungku akan melangkahkan kakinya ke alam persekolahan sekolah rendah. Semasa pendaftaran 23 November 2009, aiMaN telah menduduki ujian diagnostik untuk menentukan kelas tahun 1 sama ada dia memasuki kelas 1 Ibnu Sina atau 1 Ibnu Khaldun.
Setelah sebulan iaitu pada 23 Disember 2009, suamiku pergi membawa aiMaN ke sekolah untuk membayar yuran. Aku tidak ikut serta kerana dua lagi anakku selsema. 

Bila mereka pulang, aku terus bertanyakan kepada suamiku.
"aiMaN dapat masuk kelas apa?" 
"Kelas 1 Ibnu Khaldun", balas suamiku.
Aku terus tergamam. Bukannya apa, sedih juga masa tu sebabnya 1 Ibnu Khaldun adalah kelas kedua terbaik. Entah macamanalah aiMaN jawab soalan-soalan ujian diagnostik hari tu.

Kemudian aiMaN bertanya padaku.
"Ibu, kenapa aiMaN masuk kelas 1 Khaldun. Opah kata kelas Khaldun tu kelas budak tak pandai. Maknanya aiMaN ni tak pandailah ye ibu".

"Siapa kata anak ibu tak pandai. Ibu lambat daftar aiMaN kat sekolah ni. Kelas Sina dah penuh. Itulah sebabnya aiMaN kena masuk kelas Khaldun".
"Ooo. Ye ke ibu".
Memanglah alasanku itu munasabah juga sebabnya sebelum ni aku dah daftarkan aiMaN di sekolah kawasan rumahku. Disebabkan kesungguhan tuk dan opahnya nak masukkan aiMaN di sekolah opahnya mengajar, maka aku dan suami turutkan saja.
Masa pendaftaran, nama aiMaN dimasukkan di kelas Khaldun sebab lambat daftar tahun 1. Aku dan opahnya menyangka jika aiMaN boleh jawab soalan ujian diagnostik, adalah peluang dia masuk kelas 1 Ibnu Sina.
Rupa-rupanya, aiMaN masih di kelas 1 Khaldun.

Walaupun hatiku agak terluka dengan prestasi pembelajaran aiMaN namun suamiku memujuk dengan mengatakan bahawa, 
"aiMaN akan berjaya juga. Cuma dia lambat sikit saja daripada kawan-kawannya yang lain. Yang penting kita kena selalu beri dia semangat dan percaya dengan keupayaannya".

Aku pun memanggil aiMaN. Sambil memeluk aiMaN, aku pun meluahkan rasa hatiku.
"aiMaN sayang ibu kan?

"Sayang. Kenapa ibu?

"aiMaN jangan sedih ye sebab tak dapat masuk kelas 1 Sina. aiMaN jangan malu ye masuk kelas 1 Khaldun. aiMaN dan kawan-kawan di kelas Khaldun bukannya bodoh, cuma kurang pandai sikit je".
"Boleh tak aiMaN janji dengan ibu, aiMaN akan cuba belajar sungguh-sungguh dan masuk kelas Sina".
Tiba-tiba ku rasa tanganku basah. Rupa-rupanya aiMaN menangis...
Jauh di sudut hati aiMaN, dapat ku rasakan bahawa walaupun dia amat aktif, tidak bersungguh masa belajar, suka main games, namun dia juga mempunyai impian untuk BERJAYA.
Dengan suara yang perlahan, aiMaN berkata,
"Ibu, aiMaN nak belajar sungguh-sungguh sampai dapat masuk kelas Sina. Bolehkan Ibu".
"Boleh", jawabku sambil memeluk aiMaN dengan erat...
Selama hampir 7 tahun aiMaN lahir ke dunia, inilah kali pertama aku mendengar kata-katanya yang amat sayu. Sejuk perutku mengandungkan dia satu masa dulu...




"Ya ALLAH, Ya Tuhanku, 
berikan semangat yang kental kepada anak sulungku ini 
agar dia dapat meneruskan hidupnya 
menjadi insan yang soleh dan berjaya kelak". 



"Tiada apa yang dapat mengembirakan hari seorang ibu 
selain melihat kejayaan dan kebahagiaan anaknya"






Coretan oleh :
MINI ME



September 6, 2009

BULI tapi SAYANG !


aiMaN suka membuli adiknya NawFaL. Sebelum ini, kami hanya melihat sahaja gelagat mereka kerana menganggap semua itu mainan kanak-kanak, sehinggalah suatu hari aiMaN telah mengunci NawFaL di dalam bilik study di rumah mak dan abahku. Kami semua tidak menyangka bahawa aiMaN sanggup mengunci adiknya. Bayangkanlah bagaimana keadaan NawFaL dikunci dalam bilik study yang kecil, tingkap dan kipas bilik yang bertutup. Aku dan emakku adalah antara orang yang paling panik sekali. Mana taknya, NawFaL baru berumur 1 tahun 4 bulan. Apalah yang dia tahu selain menangis.

Pada mulanya kami cuba memasukkan kunci pintu yang disimpan namun usaha ini tidak berjaya. Tambahan pula, NawFaL sudah sedar dirinya dikunci dan menangis dengan kuat. Kami tiada pilihan lain selain memecahkan combol pintu dan nampak NawFaL menangis sambil mengelilingi bilik study. Kuat betul kayu pintu bilik tu. Abah dan adik iparku bergilir-gilir memecahkan pintu bilik. Lama-kelamaan, tangisan NawFaL semakin perlahan. Aku semakin panik. NawFaL sudah berhenti menangis. Aku mengintai di lubang pintu dan dapati NawFaL sedang meniarap keletihan menangis. Sayunya hatiku melihat keadaan anak keduaku. Pandai dia berdikari. Maklumlah, semasa NawFaL berumur 1 tahun 2 bulan, dia sudah ada adik baru. Apabila suamiku pulang dari kedai gunting rambut, NawFaL terdengar suara ayahnya. Apalagi NawFaL menangislah semula. Setelah penat memecahkan pintu, akhirnya dengan satu tendangan sahaja, aku berjaya membuka pintu bilik tersebut lalu memeluk dan mencium NawFaL. Inilah kali pertama, NawFaL menciumku kerana selama ini suamiku adalah segala-galanya buat NawFaL. Hatiku sungguh sebak.
Mulai saat itu, NawFaL semakin rapat denganku. Rupanya ada rahmat di sebalik semua yang berlaku...
Aku dan suami tidak memarahi aiMaN sebaliknya cuba menasihatinya. Alhamdulillah, kasih sayang aiMaN terhadap adiknya berjaya kami lihat apabila dia tidak boleh tidur dengan lena semasa berpisah dengan adiknya satu malam. Semasa hendak lena, aiMaN sering menyebut-nyebut nama NawFaL. Begitu juga dengan NawFaL, walaupun telah dibuli oleh abangnya, dia tetap ingin bermain dengan abangnya. Inilah yang dikatakan "AIR DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS".