Waktu Jemma pregnant dulu bila dah nak dekat due masa tu lah kisah AMMAR tengah popular. Anak muda yang berkhemah dan atas dakwahnya mula di kenali selepas permergiannya. Waktu tu aku dan Jemma bersembang sembang cerita tentang Ammar. Apa kata ko namakan AMMar utk anak ko nanti Jemma. Aah lah sedap jugak nama tu kan, kata Jemma. Aku mencadangkan agar ko bacalah kisah Ammar tu. Nanti aku link kan cerita ammar tu ko baca erk. Selepas Jemma membaca kisah Ammar ni dia kata terus nak namakan Ammar jugaklah pada anaknya nanti. Sedeh lah kak kisah Ammar ni. Memang pun. Nanti andai satu hari aku terjumpa En Azam tu akan ku tunjukkan Ammar yang ko ada nanti.
Inilah Ammar Ziyyad.
Semalam genap tiga bulan umur Ammar. Selama tiga bulan ini Mek Jemah telah bergelar seorang IBU. Kalau dulunya mek jemah lah model dilabangi kesana kesini tapi kini nampak gayanya mek jemah terpaksa menjadi model ibu dan anak. Tugasnya sebagai ibu memastikan agar Ammar sentiasa ada dimatanya selalu. Ammar anak yang baik. Seharian berada di Taman hijau yang agak panas ini Ammar sangat behave. Tidak nangis pun biarpun cuaca yang agak panas terik. Sangat senang menjaga Ammar ni.
Moga Ammar menjadi anak yang soleh...
Habis photoshoot terus lepak kat Wadihana. Terima kasih mekda kerna banjer kak dilla semalam....