ABOUT

New establish blog


Salam perkenalan kepada anda semua, tidak kira dimana jua anda berada tua atau muda, jauh atau dekat.Setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH s.w.t kerana memberi keizinan pada saya untuk membina blog ini. Untuk pengetahuan dah lama sy berhasrat untuk memiliki blog sendiri since awal tahun 2009,rase macm jeleous gak tgk org lain da blog sendiri , now in the end of this year baru nak start. It is not easy for me to write but i will try to write something .Hope sahabat2 n rakan2 will guide me to write in this blog.

HIkmah Untuk Semua

1. Tiga perkara yang mesti dijauhi: Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud : " Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barangsiapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaanya maka telah hilang dua pertiga agamanya."

2. Empat perkara yang berharga dalam diri manusia: Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: "Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."

Total Pageviews