Sunday, May 31, 2009

FA Cup 2009 belong to Chelsea FA

today was the FA Cup Finale..
Everton VS Chelsea
Wemly Stadium
n... Chelsea is the champion.
a very big congratulation for tha galactico of English team
at last a cup for Hiddink
n most important chelsea won a thropy this year

Saturday, May 30, 2009

Cuti Sekolah datang lagi..

hari ini 29 mei, cuti sekolah datang lagi..
bersama dengan segala rutin rencam resam yang mengiringi ...
ada yang sibuk nak balik kampung
ada yang nak p melancung
ada yang sibuk nak rehat total
ada yang sibuk nak urus kahwin
he he
kursus kahwin da buat ke ?

Thursday, May 28, 2009

Euro Champion Leuge Finale

finale Liga juara-juara euro akan berlangsung awal pagi ini.
Barcelona VS Manchester United.
Live from Rome Stadium, Italy.

The fantastic Spain Champion menentang The Invincible England Champion
The Alwez bad lucker Barca lawan The alwez good lucker Man U
Messi Vs Ronaldo

for me..
i rather choose Barca to win it
ha ha ha

Wednesday, May 27, 2009

Adakah "jodoh" tercatat di "iras" wajah ?

syurga cinta (cinta jenis ke-3)

gadis ini berkata dengan tegas,..

"Walau apapun yang telah berlaku, walau apapun yang diperkatakan, Danish tetap kini menjadi sebahagian daripada hidup ini. Penerimaan tanpa syarat dan penerimaan penuh dirinya seadanya."

sebab itu ku berpeluang utk tampil mempersembahkan "hidup" bersamaku..

Sunday, May 24, 2009

Selamt Bertunang...Danish & Nurul

23 Mei 2009
jam 3.00 pm
N0.38, Taman Nikmat Phase 5
Kota Belud, Sabah
(TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN YANG MEMBERI SOKONGAN JUGA YANG HADIR)

berlangsunglah majlis pertunangan
Dohimbang @ Danish bongkihoi dgn Nurulhudah Mohd Azman


pemeteraian ikatan janji jodoh ini tidak mudah untuk dilaksanakan. pelbagai dugaan getir hadir di sepanjang tempoh itu. bahkan pada saat-saat terakhir masih lagi ada cubaan penuh berani dan dahsyat yang cuba untuk melerai dan meretakkan jodoh ini. SMS racun dan telefon berniat jahat kepada abi nurul sejurus sebelum majlis berlangsung menjadi bukti betapa dugaan yang hadir cukup kuat. sehingga saat-saat akhir masih lagi cuba untuk mensabotaj...

kepada Danish & Nurul..
tenangkan fikiran, lapangkan dada,
ingatlah, kegembiraan dan keutuhan hubungan bergantung kepada diri anda berdua... abaikan rakan bertopeng syaitan. dan rapatkan diri dengan rakan sejati kerana mereka muncul paling ketara pada waktu-waktu begini.
mungkin terjemahan ayat A-Quran di bawah boleh menjadi pedoman dan memberi kekuatan kepada pasangan..

Firman Allah SWT ..
"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menampakkan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah swt tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA."

Step 2 of 3: done

11 dulang hantaran..


cincin pertunangan..


Upacara menyarung cincin ibu lelaki kepada menantu perempuan...


pasangan yang bertunang


Pasangan bersama ibu bapa masing-masing

Saturday, May 23, 2009

Menanti perjalanan rombongan..

sebentar lagi rombongan ku akan bertolak.
cdangnya lepas zohor
jadi antara 1230 - 1 pm lah.

sibuk dari kelmarin ke malam
n sambung lagi dari subuh sampai skrng
penatnya badan
letihnya minda
he he

semoga
perjalanan nnti
satu perjalanan kebahagiaan
amin...

Wednesday, May 20, 2009

Dunga's dilemma

i am watching tv while waiting my nur finishs wrapping the soveniers for our engagement day's then sunndenly there is a video clip about this once fantastic footballer n now a Brazil head of coach.

it nothing actualy..
just the segment about the bitter part of his career got my eyes n heart open.

it about how he describe the degree of his problem at that time..
he said,..
sunddenly everybody blame him for anything
even..
if its the economy crisis, it dunga's fault
if its the political anarchy's it dunga's fault
if there are weather changes it still dunga's fault
if there are family quarrels it surely dunga's fault

ha ha ha..
how this comical realities happens everyday

i can understand u Mr Dunga n have emphatic on u
coz i am feeling the same. before n now

hanging...

dejavu..
i am feeling something
the felt that once i had already..
around 6 years ago..

something gonna change..
big changes
a change that will permanently goes
that i am going to live with for..

the same questions
keep flashing again
AM I Ready...
How it gonna be.
????

hmmmmm
a frend said last night, "don't ever turn back again once u had decided"
surely i am trying to fullfill that
but waiting for the occasions n the life afterwards
frankly... excites me more with little scares n wondering..

Mabe that MY nurlife annour can do
convinces me

Sunday, May 17, 2009

Happy teacher's Day

16 of MEI every year ia devoted to "teachers"

SELAMAT HARI GURU 2009

kepada semua guru
rakan guru
dan bakal guru

coz..
u all...
doo the best thing in worlds
that is "..to eNOBLE' pupils

p/s : tq bnyk2 kepada semua yg mengirimkan sms Hari Guru..
tdk ada yg paling berharga bagi seorang guru selain... ucapan penghargaan dari anak murid..

Friday, May 15, 2009

cinta semu vs cinta sejati

pakar cinta menyenaraikan pelbagai jenis cinta. dari seawal monyet kepada seagung laila-majnum. tidak ketinggalan cinta abadi kepada tuhan dan kasih ibu. kerecahan jenis-jenis cinta ini kadangkala menyesatkan. mana satu yang semu ? mana satu yang sejati ? itulah yang selalu menjadi pertanyaan.

mungkin jawapan kepada persoalan itu hanya satu. cinta yang berakhir dengan penyatuan. cinta yang berakhir di pentas pernikahan adalah yang sejati. manakala yang kandas tanpa mengira alasannya adalah yag semu.

inila juga yang ku fahami sekarang. inilah juga yang ku rasai. inilah juga yang ku temui.

CINTA SEMU
cinta ini bermula dengan kontraversi. bergolak ketika mula berputik. menggoncangkan dan mengejutkan semua orang. ada yang pro tidak kurang yang anti. tapi cinta tetap berjalan hingga mencecah usia 5 tahun. memang banyak yang berlaku dalam tempoh itu. personaliti yang berbeza, ego yang berbeza, dan yang ketara agama yang berbeza. pada mulanya rintangan agama di pandang sipi. kerana tanggapana wal ia akan dapat diselelsaikan bila personaliti dan ego sudah berbaur dalam tulusnya kasih dalam lestarinya matlamat penyatuan hidup.

inilah silap yang maha besar. sesungguhnya perbezaan agama inilah yangmenjadi duri sepanjang jalan. onak yang merintangi hingga luka-luka yang berlaku walau dibalut dan diubati akhirnya tetap akan mengangah dan mengalirkan bukan lagi darah tapi nanah dan kebusukan. begitu akut hingga terpaksa di potong dan dicantas.

bagaimana cinta ini berakhir ?

selepas 5 tahun berdolak dalik. berpisah dan menerima kembali yang berlaku hampir setiap bulan dalam setiap tahun di usia 5 tahunitu. akhirnya ku memutuskan satu penghujung yang tegas mesti dilakukan. walau betap sakit dan betapa kejam juga betapa jahatnya diriku akan kelihatan.
keputusannya adalah, hubungan ini putus bila tidak ada kesepakatan menjelang pemergian ku ke serdang pada 22hb disember 2008. keputusan itu telah ku nyatakan secara jelas sejak bulan oktober lagi. ku dikatakan kejam. ku terima. ku katakan itulah hujungnya. klo tidak ikutlah aku. nikah lah denga diri ku. caranya hanya itu. klo ya. ku tidak akan ke serdang sebaliknya kita nikah disember dan bina hidup rumahtangga di tahun 2009.

keputusan ini di terima dengan linangan air mata. keputusan ini diiringi sumpah seranah dan kutukan kepada diriku, kedua ibu bapaku, agamaku. namun ku tegas. itulah keputusan ku. malangnya selepas tiba hari itu, 22hb tetap seperti 5 tahun yang lalu. tetap berdolak dalik. lalu pergilah diri ku ke serdang. pergi sebagai orang baru. lelaki bujang tanpa teman wanita. pergi dengan bekal persetujuan bersasama. itulah hujung hubungan. aku dan dia ble mencari pasangan hidup baru dan berkahwin.

selepas hampir sebulan, tiba-tiba hatinya yang keras itu mencair. lebur dalam rindu dan cinta mencekam. dia akhirnya bersetuju untuk menerima diriku juga agamaku agar hajat lama berkahwin dapat dilaksanakan. ku menerima dengan syukur dan tangan terentang. masih ku ingat di awal pagi itu, kuajarkan dia membaca dua kalimah syahadah. mendengarkan kelancarannya mengucap dan kepasrahannya memasuki islam. ku menyatakan dia kini sudah islam walau secara tidak rasmi. mengucapkan tahniah dan selamat menjadi seorang islam. dia meminta ajarlah dia kerana dia tidak tahu apa-apa. kukata tanyalah dan akan ku jawab juga menasihatkan tanyalah pada rakan-rakan yang lain kerana mereka memang sudah lama mahu membantu mengajari dengan gembira. ini berita gembira. ini detik dua hati dan satu matlamat akhirnya menjadi nyata.

tidak disangka hati ikhlas itu hanya bertahan sekejap cuma. bila mentari menyinar, bahangnya mencairkan tekad malam tadi. timbul keraguan di hati dan penolakan di fikiran. keadaan tambah meruncing bilamana ku minta dia untuk mengumumkan keputusan itu kepada keluarga sekaligus meminta izin untuk melakukan conversion secara rasmi kerana itulah syarat terkini. permintaan ku di tolak dengan alasan takut mengejutkan mereka. meminta agar proses ini berjalan perlahan. ku angguk sahaja. ku desak dia mengatakan kepada anak buahnya dan bila anak buahnya menyatakan, "fikirlah masak-masak" dan juga "janganlah" maka dia pun tambah jauh dari hasrat awal. mula lah mengaju pelbagai idea seperti kahwin adat, p ja meminang dulu, tunang dulu baru convert, dan yang paling ku tidak dapat terima adalah bila dia menyatakan, "kita nikah ja dan bila sudah ku akan masuk balik kristian. bersama mu dan anak-anak. sebab ku masuk islam hanya utk bolehkan kita nikah ja"
ku melopong mendengar ini....

pada waktu itu, jelaslah sudah di hati, di fikiran dan keputusanku bahawa dia memang bukan jodoh diriku.
ku nyatakan secara terang. sampai di sini saja lah kita. izinkan ku mencari gadis lain untuk ku sunting sebagai isteri dan membina hidup baru. keputusan ini tetap jadi pukulan kepadanya. dengan linangan air mata dia akhirnya mengizinkan tapi dengan syarat jangan hebahkan hubungan kami yang sudah berakhir. juga biarlah bagi dia ruang dan masa untuk memikir dan membuat tindakan hingga menjelang bulan april. bila masa itu dia masih lagi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu keluargannya maka aku bebas untuk pergi melamar, bertunang dan menikahi gadis lain.

ku kabulkan permintaannya.

CINTA SEJATI
berakhir dengan kekecewaan bila yang dihajati tidak kesampaian. ku teruskan niatku. menyerahkan kepada Allah swt, berdoa dan beribadat. mencari secercah cahaya jodoh.
ku cari gadis lain. gadis yang memenuhi sunah dan ada kufuh dengan diriku. orangnya sudah jelas siapa. cuma perlu usaha bermati-matian untuk menyakinkan dirinya akan kesungguhan niat dan ketulusan kasihku.
akhirnya an-nur itu tiba dengan segala sifat yang diidamkan juga kufuh yang kuat ditambah dengan restu orang tua dan keluarga juga dorongan dari kawan-kawan.
akhirnya... cinta sejati muncul diiringi niat kuat dan dorongan proses melestari jodoh sebenar.
cincin risik diberi diikuti cincin tunang dan insyallah cincin nikah menjelang tiba.

Nur...
kita dijodohkan di azali...
kini di dunia fana kita bertemu..
mengikat dan memenuhi ketetapan Ilahi.
Jodoh yang asal kita lestarikan di dunia.

cintah di garis selari

ibarat garis selari
saling bersama sepanjang jalan
bermula dari pangkal sama
berpenghujung di horizon infiniti
tidak pernah bertemu titik akhir
kerana hukum garis selari
memang tidak berjodoh
dari titik mula, sepanjang jalan hingga ke penghujung titik .

kalau pun garis tetap terlorek
itu kerana impian dan angan-angan
dengan dibuai indahnya pelangi hidup
yang mewarnai sepanjang lorekan garis.

inilah analogi cinta...
kisah cinta sepasang manusia
diikat oleh satu keinganan
tapi dipisahkan oleh rangkulan agama
agama yang berbeza tidak mengizinkan
dua manusia bersatu tanpa titik dan garis yang sama
ini kenyataan. ini realiti.
sakit macam mana pun
kejam macam mana pun
terima lah ia
kerana
tiap agama yang dianuti
membaluti manusia dengan beza yang tidak bertemu
dari lahir, sepanjang hidup atau semasa mati juga selepas mati.

bila diri terbelenggu
dalam rumit dan ruwetnya cinta begini
hanya toleransi dan pengorbanan agama
mampu menyatukan sepasang jasad dan roh
jika tidak
jadilah ia cinta garis selari.

bila sudah terperangkap begitu
hanya tinggal satu pilihan
mencantas perjalanan garis
meletakkan hujung
dan bermulalah dari titik mula
dengan titik yang bertemu
agar di hujung juga bertemu
dan jodoh menjadi realiti.

bila ini berlaku..
itulah qada
itulah qadar
itulah jodoh
terimalah dengan ikhlas, redha dan tawakal.

Thursday, May 14, 2009

Ular dan wanita

wanita kadanglaka di samakan dengan ular. kenapa ular ? sebab ular adalah makluk kecil molek yang bergerak lembut dengan menjalar juga cantik kulit dengan solekan warna warni. geraknya lembut, tubuhnya molek tapi lidah selalu menjelir keluar dengan bunyi desir yang tidak pernah berhenti. dan satu yang paling bahaya adalah bila mendesir dan menjelir, lidah yang keluar selalu bercabang dua. bahayanya di hujung mulut itu adalah bisa yang mematikan. seoalah-olah lidah, bisa dan bunyi mendesir itu samalah dengan wanita yang suka bergosip, mengumpat dan mengata dengan desis desus menyemai sengketa menyebar tohmahan dan selalu berubah prinsip sokongan.

kenapa ku cakap benda nie..
senang ja
sebab ini pengalaman hidup dari berkawan dengan 2 orang wanita
mulut bercabang dengan kata berbisa
mengumpat dan menyebar dakyah
walau kepada saudara seagama kawan sekerja

macam mana tu ah..
ceritanya begini..

pad satu masa di satu ketika dalam waktu yang lama diri ini berkawan kasih dengan seorang gadis yang tidak seagama. lamanya kami berkasih hingga mengundang risih di mata mereka juga dengki di hati hingga selalu cuba untuk menggugat pilihan ku itu selain cuba mempengaruhi ibu bapaku dengan kata-kata begini, " carikan lah c oyong itu perempuan bertudung. supaya senang n cepat dia berkahwin. lama betul sdh juga klo tidak ble kasi berhenti ja. jngan buang masa lama."
bahkan sebelum ku jalan ke serdang, seorang itu bahkan berkata, "mudah-mudahan ko dapat cari isteri di sana n kasi tinggal yang di sini". smpai begtu sekali dorongan yang meeka berikan.

Subhanallah. maha kuasa Allah swt...
suatu ketika hati ini menerima an-nur lalu tertutuplah kasih tanpa hujung itu dan masuklah sinar kasih tulus di waktu subuh dengan iringan gema bacaan quran sebelum solat subuh pada 29 disember 2008.
lantas termakbulkah apa yang mereka mahukan itu...

masalahnya...
paras dan sosok ULAR itu kini menjelma..
bukan menyambut berita itu dengan gembira dan menadah tangan berdoa utk kebahagiaanku atau bersyukur..
apa yang ULAR itu buat..
menuduh lagi diriku kaki perempuan
kasi main perempuan
dan menyalahkan an-nur ku yang mereka mahu kan dulu..

he he
that why
orng tua cakap
perempuan itu ada yang macam ULAR

pengajarannya..
abaikan mereka ini. ULAR yang lidah bercabang dengan bisa membinasakan..
JANGAN KITA BIARKAN MEREKA MENGURANGI KEGEMBIRAAN KITA

Sunday, May 10, 2009

Hijrah hidup

sometime dalam hidup ini kita perlu buat satu keputusan penting. sangat penting hingga amat sukar untuk menentukan mana satu pilihan daripada alternatif yang ada paling afdal untuk diri sendiri, pasangan, family dan kawan2.
kesukaran pemilihan options ini pastilah kerana kita mahu semua yang ada berasa gembira dan mendapat manfaat daripada keputusan penting yang akan kita buat itu. kekadang timbul konflik dalam diri apabila dalam keputusan itu akan ada yang terpaksa dikorbankan sehingga kita berada dalam dilema. bagai di telan mati emak di luah mati bapak pula tahap sukarnya.

seorang kawan pernah mengatakan, "kita sendirilah myang menentukan keembiraan untuk diri kita. Jangan sesekali peduli orang lain kata. jngan biarkan kenaifan mereka mengurangkan kegembiraan kita" kerana bak kata seorang kawan lagi, "kenapa ? apakah klo dorang mengata kita itu akan menyebabkan gaji kita kurang ?" ada rasionalnya dan terasa logiknya.

sememangnya membuat keputusan itu paling sukar. apa lagi bila keputusan yang kita ambil merupakan TITIK MULA dalam hidup kita. dalam Islam keputusan yang setara dengan HIJRAH. satu keputusan yang pastinya akan merubah hdup kita dan membawa kita ke satu tahap yang lebih baik (pada pendapat kita).

dalam membuat keptusan yang menentukan seperti ini...
apakah yang menjadi andalan dan sandaran..
diri sendiri..
pasangan..
keluarga..
kawan-kawan..
seteru..

atau...

kebaikan dan manfaat yang kita jangkakan akan kita nikmati kesan daripada perubahan itu. atau fobia akan perubahan dan takut kepada perubahan yang akan berlaku juga jangkaan keselesaan rutin yang akan hilang apabila keputusan itu kita ambil ?

namun, apabila kita berada pada satu persimpangan dengan banyak anak-anak jalan yang mengelirukan. setiap satu mempunyai keburukan. setiap satu mempunyai kebaikan. pastilah konflik dan dilema akan menjadi makanan hati, perasaan dan fikiran.

satu yang pasti...
HIJRAH atau tidak

pastikan ia satu yang bermanfaat dalam hidup. redha dengan dugaan, tabah dan sabar dengan cabaran. sebab yang pasti dalam apa pun keputusan kita; semua itu pasti akan ada juga.
Namun yang penting..
biarlah diri sendiri yang menentukan ..
apa yang paling megembirakan diri sendiri
apa yang paling baik untuk diri sendiri

Saturday, May 9, 2009

something to enjoys

Friday, May 8, 2009

Thursday, May 7, 2009

Danish is me. born last night, registered today

Danish bin Baharuddin
Dohimbang Bongkihoi
Dohimbang @ Danish bin Bongkihoi @ Baharuddin

he he itulah diriku
itulah namaku
sekarang...

new born man
a new man
that given an-nur..

thanks to noer yg mencarikan nama ini
dengan segala susah payah
dan penuh kasih..

Danish will accompny u
from now till death
and after death

The Fact that shocked me

kelmarin
6 Mei 2009
satu kejutan ku temui.. kejutan besar yang ku sedari tapi tidak pasti akan kebenarannya. juga tidak punya keberanian untuk melakukan verifikasi ke atas hipotesis tersebut.
faka tersebut adalah bahawa diriku dari segi perundanga bukan seorang muslim

kenyataannya.
ya aku bukan berdasarkan 2 fakta :
1. dalam mykad tidak ditulis perkataan islam dan rekod komputer JPN meletakkan diriku seorang kristian
2. rekod di MUIS dan JHEINS juga tidak ada tentang namaku sebagai seorang islam.

masalahnya...
macam mana nak kahwin...
he he

ku masih ingat lagi pada tanggal 7 April 1983. pada waktu itu ku baru berusia 8 tahun dan sedang berada di darjah 2. pada waktu malam hari itu ada ramai orang datang berkumpul ke rumah. ramai orang asing yang berpakaian aneh dengan songkok dan baju melayu juga serban dan jubah yang hadir di rumah pada malam itu. rupanya mereka orang islam dan pada malam itu kami sekeluarga yang hanya terdiri daripada parents, brother tua n aku bersama dengan keluarga jiran akan menjalani proses islamisasi atau lebih terkenal dengan nama coversion.

ku masi ingat lagi pada malam itu bagaimana mereka duduk berbaris melintang seramai 4 orang dan kami satu peratu datang ke hadapan mereka untuk melakanakan proses conversion. upacaranya ringkas sahaja. hanya perlu berjabat tangan dan membaca dua kalimah syahadah. ituun mengikut sahaja lafaz yang diucapkan oleh mereka. proses ini selesai dalam 1 jam dan kemudiannya ada lagi proses tazkirah, seterusnya proses menandatangani pelbagai borang (pakai cap jari hehe) dan diakhiri dengan doa selamat.

pada malam itu juga ku mendapat satu sonkok hadiah daripada pegawai agama yang membuat majlis. minggu itu kena buat baju melayu dan dalam tahun2 seterusnya kami menganjurkan majlis farduh ain di rumah untk belajar mengaji dan ceramah agama utk masyarakat islam sekitar kawasan itu. pada waktu itu jugalah ku bersama2 abng dan rakan2 pergi belajar mengaji malam2 daripada guru-guru atau ustaz melayu dari semenanjung yang bertugas di smk tamparuli. tapi belajar begini ada baik ada buruknya. ku masih buta huruf arab tapi kuat ingatan utk menghafal. tdk mcm abngku yang cerah hati dapat mengaji sampai quran ku hanyalah sampai muqaddam itupun tdk habis.

now...
selepas 26 tahun menganuti dan mengamalkan Islam tiba2 ku mendapat tahu rupanya ku bukan orng islam dari segi perundangan. ini berlaku kerana semua borang yang ku sign dgn cap jari itu tidak pernah sampai ke MUIS dan di daftarkan. bahka kad pengislaman yg dikenali sbg ic islam juga ku tdk ada.

nasip baik masalah ini ku jumpa sebelum proses akad nikah. klo tidak kan nahas nanti masa juru akad check ic tiada tertera agma islam di sana n bila cucuk ic p mesin pembaca juga agama yang tertera adalah kristian then bila minta tunjuk ic islam pu tidak dapat bagi sebab memang tidak ada.

mujurlah maslah di kesan awal..
so ble lah p isi borang conversion lewat
p ambik gambar pasport bersongkok
n buat ic islam.
syukur alhamdullah

Tuesday, May 5, 2009

Congratulation!! Syabas!! Tahnia !!! oyong


Monday, May 4, 2009

the blur but sure mei

selamat hari pekerja..
kepada semua yang bekerja makan gaji utk menyara hidup sendiri dan juga keluarga. hari yang bertuah ini adalah hari untuk meraihkan jasa dan mengiktiraf peranan semua pekerja dalam membangunkan ekonomi negara n global secara keseluruhannya. tidak ada yang terkecuali.. tidak kira apa jawatan, apa tugasan apa peranan semuanya tetap mempunyai jasa dan fungsi dalam mencorakkan ekonomi secara mikro dan makro.

mei ini amat penting..
kepada diriku bulan mei ini akan menjadikan diriku seorang yang 'baru'. baru dalam ertikata mempunyai tanggungjawab dan peranan yang berbeza. kedudukan ini meletakkan diriku dalam satu keadaan yang lebih bersedia, lebih bertanggungjawab, lebih berpandangan ke hadapan juga lebih matang dan menyesuaikan diri.
adakah aku sduah bersedia ????
Ya. ku sudah amat bersedia. serunya telah tiba. inilah detik dan ketikanya untuk diriku menyahut seruan untuk hidup yang lebih bermakna dan berteman. semuanya sudah tersedia baik secara material, fizikal mahupun mental. tinggal lagi keberanian tekad dan keunggulan menghadapi segala dugaan untuk kekal pada landasan niat dan janji yang telah dimaterai.
Ini yang pasti. this one is the sure matter. i am certainly go for it. without hesitation without any doubt.

Mei juga sesuatu yang blur..
kepada bulan yang penuh dugaan ini. pancarobah dan dugaan datang bagai ribut yang tak berhenti-henti. silih berganti antara taufan yang ditengahnya disinari petir dan guruh. jugah banjir kilat dan banjir besar. semua ini dugaan. semua ini cabaran yang cuba untuk menenggelamkan satu matlamat yang pasti. walau apa pun konsekuennya, satu yang jelas adalah diri ini tidak akan menyerah begitu sahaja. ribut akan digagahi, taufan akan diharungi, petir dan guruh akan di sabari, banjir juga pasti direnangi dengan tabah, cekal, sabar dan penuh kematangan. semuanya pasti akan selesai dengan berkat doa diri, pasangan juga kawan2 dengan dibekali kepercayaan dan kesabaran bersama.

marilah berdoa..
bersamaku
semoga 24hb mei
menjadi satu pengakhiran kepada misery
dan permulaan kepada happiness ever after.
amin ya rabbil alamin.
 

.................aspiration. Design By: SkinCorner