Assalamualaikum,
Kuih raya UmmuSofeya 2008 sudah kembali. Sebenarnya sampel sudah diedarkan sejak minggu lepas lagi tetapi oleh kerana sambutan yang menggalakkan 20 kotak sampel telah habis diedarkan.
Apa pun tahun ni terdapat 8 jenis kuih raya yang akan dijual. Harga juga sedikit meningkat namun masih mengekalkan rasa yang sedap dan kualiti yang tinggi. Semuanya adalah buatan sendiri.
Apa pun tahun ni terdapat 8 jenis kuih raya yang akan dijual. Harga juga sedikit meningkat namun masih mengekalkan rasa yang sedap dan kualiti yang tinggi. Semuanya adalah buatan sendiri.
Semprit millenium adalah resipi asli semprit yang diberi nafas baru dengan kehadiran coklat putih dan beras coklat berwarna warni. Amat digilai oleh kanak-kanak dan juga diminati oleh yang berusia.
Ice Lemon Cheese adalah resipi terbaru menggunakan topping keju chedar dan perasa lemon. Keju chedar ini dimasukkan di dalam peti ais sebelum disagat dan dibakar bersama-sama ramuan kuih berasaskan tepung suji. Enaknya dimakan begitu saja.
White Chocolate Capucino adalah satu lagi kuih raya terbaru UmmuSofeya yang digubah mengikut selera semasa. Ramuannya diperkasakan dengan perasa capucino dan adunan campuran cornflakes dan kacang tanah. Ia kemudiannya dihiasi dengan coklat putih dan coklat hitam untuk menambahkan perisa. Kegaringannya pasti membuatkan anda tidak mahu berhenti mengunyah!
Hitam-hitam si tampuk manggis, makin hitam semakin manis. Itulah hakikat yang paling sesuai untuk Chocolate Cornflakes ini. Setelah disadur dengan sekata di dalam coklat, cornflakes kemudian disejukkan di dalam peti ais selama beberapa lama dan dihias dengan hundreds and thousands. Kerangupannya dikekalkan dengan cara itu. Cubalah, anda pasti teruja.
Tak perlu diperkenalkan lagi. Tart Nenas UmmuSofeya sudah terkenal turun-temurun di seluruh Lembah Kelang (cam poyo jer...). Ia tidak cair di mulut, tetapi cair di perut. Inti nenasnya adalah dimasak sendiri di rumah menggunakan resepi ibu (nenas kena lah beli kat econsave kan.). Untuk peminat tart nenas, sebalang pasti tidak akan memuaskan hati anda. Beli 3 balang untuk memastikan anda mendapat kepuasan yang anda inginkan.
Resipi ini telah diubahsuai untuk memastikan ia tidak terlalu manis seperti resepi "famous amous". Dengan resipi yang diubahsuai, coklat chips enak dan kacang walnut yang diimport, maka menjadikan rasa walnut chocolate chips di antara yang terbaik di pasaran. Saya mempunyai seorang pelanggan yang memesan 10 balang walnut chocolate chips (sekali order) pada tahun lepas hanya setelah merasakan keenakannya. Itupun kerana dia telah terorder kuih raya dengan orang lain dan menyesal.
Anda tengok saiznya sahaja, anda sudah terliur. Almond London ini dijaga kualiltinya dengan saiz yang hampir-hampir sama dengan ibu jari kaki.... anak anda. Ia menggunakan kacang badam (almond) bersaiz besar sebiji - bukan kacang almond mini dari China yer dan bukan juga diimport dari London. Ia juga dihiasi dengan potongan halus almond (nip). Saya masih mengekalkan rupa bentuknya dan ramuannya yang asli.
Saya tahu, kakitangan PUSRAWI dan Hospital Seremban amat menggilai Strawberry Marble Cookies. Mungkin kerana rasanya yang lemak manis dan lembut. Walaupun amat sukar menghasilkannya, namun amat berbaloi melihat wajah merka yang memakannya tersenyum puas dan akhirnya menjilat jari.