.



"garaplah cintaNya, peluklah rinduNya, menangislah keranaNya, kerana hanya kerana Dia kita bisa bahagia... di
sini dan di sana..."

Rabu, 7 September 2011

THE HERO


A TRUE LEADER IS THE TRUE HERO

A true hero is to be a hero that the people NEED not only a hero that the people want.

A true hero dare to make a choice that is not right from the people point of view, and be hated by them, as long as he knows that it is the right choice for the sake of the people, and for the sake of Islam.


Gambar hiasan (^_^)


Dan di situ juga letaknya beza penyokong dan pendokong.
Penyokong kadang kala hanya melihat pada sudut kemahuan.
Akan tetapi pendokong akan cuba untuk melihat dari sudut keperluan.

IF WE'RE NOT THE HERO, THEN LET'S BE A GOOD SUPPORTER.


Khamis, 7 Julai 2011

Sebuah Lakaran


(baca dengan versi Indonesia)

Rahsia-rahsia itu semuanya milik Allah






Yakinlah kita bahawa Dia punya perencanaan terbaik buat kita

Hanya tinggal untuk kita berusaha terus



Terus berdoa dan berdoa


Dan tidak akan pernah putus harap padaNya....


Ahad, 3 Julai 2011

2M



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt buat tetamu-tetamu yang sudi menyinggah sejenak ke laman perkongsian yang serba kekurangan ini...

Just to take some space here to greet my beloved before w
e share somes....
  • Mama and Abah, who have been living like a newly wed-couple since 2003 (^_^)
  • Bro Aiman, who's struggling out there searching for some drops of The Almighty Ilm (insya Allah)
  • Bro Ammar-engineer-to-be who's gonna start his long holiday till this September
  • all my friends from Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah Kg Kastam, Butterworth (just keeping in touch with Nabilah now through fb)
  • friends of SKPB, Kepala Batas
  • friends of Maahad Mahmud Aloq Staq
  • friends of DQ (especially Nujumul Islam)
  • and friends-of-another-3 years-to-be-together-still , my Alexandria University mates
  • and all my Muslims brothers and sisters out there
may we keep living in this world with a crystal clear meanings-of-life-understanding and with the love and mercy of Allah till we meet Him...


Are we motivated to......

Saya paling ingat satu point yang dibawa oleh Dr semasa kelas Behavioural Science berkaitan faktor-faktor yang menyebabkan kita MEMILIH.

Salah satu daripadanya adalah MOTIVATION. Kita ada motivasi atau termotivasi untuk memilihnya. Dan contoh yang dibawakan oleh Dr adalah....

" Ok, imagine in an occasion where there are both Muslims and Christ
ians, and then comes the time when there is a Quran recitation , both Muslims and Christians listen to the recitation. But does both MOTIVATED TO CHOOSE TO REALLY LISTEN AND UNDERSTAND the Quran recitation? No. IT'S JUST THE MUSLIMS. CAUSE THEY'RE MOTIVATED TO, BUT NOT THE CHRISTIANS."

Sebaik sahaja kenyataan itu dikeluarkan oleh Dr, saya terbayang, begitukah suasana sebenarnya yang berlaku dalam kalangan Muslim terutamanya rakyat Malay
sia?

termotivasikah kita tatkala mendengar bacaan Al-Quran untuk kita fahami, hayati dan amalkan?
termotivasikah kita tatkala mendengar azan berkumandang untuk terus melangkahkan kaki meninggalkan apa sahaja kerja buat kita demi menghadap Allah yang satu?
termotivasikah kita tatkala mendengar seruan mengajak kita sama-sama mengislah diri menjadi muslim yang lebih baik?



Tepuk dada tanya Iman.


Andai sahaja kita mahu...

Tarbiyah itu wujud di mana-mana.

Cuma adakah kita MAHU melalui setiap detik dalam hidup ini sebagai satu proses pentarbiyahan daripada Allah.

Allah tak pernah ciptakan sesuatu tanpa ada sebabnya.
Allah tak pernah takdirkan sesuatu tanpa ada hikmahnya.

Suka saya membawa satu perkongsian oleh K.Hidayah Norbi ketika perjumpaan AJKT akhawat tidak lama dahulu berkenaan satu ayat daripada surah An-Naml ayat 18 yang maksudnya;

"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah
seekor semut: Hai semut-semut, masuklah kamu ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari,"


Cuba sahabat-sahabat fikirkan pengajaran daripada ayat yang pendek, ringkas dan mudah maksudnya ini.

Dalam ayat yang saya kira boleh dikatakan ringkas ini, banyak pengajaran yang dapat kita ambil sebenarnya;

Dalam berhadapan dengan sesuatu masalah;

  1. Kita perlulah sentiasa cakna dengan persekitaran kita;
  2. Tak pentingkan diri
  3. Sampaikan peringatan untuk saudara-saudara yang lain
  4. Mencadangkan penyelesaian kepada masalah yang timbul
  5. Menerangkan mengapa sesuatu tindakan itu harus diambil
  6. Husnu dzhon
wallahua'lam...

PERSOALANNYA, ADAKAH KITA TERMOTIVASI UNTUK MENJADI MAHU???

Sabtu, 23 April 2011

Di Mana DIA di hatimu.....?


WALLHUA'LAM.

Hanya itu jawapan yang mampu diberi.

Muslim itu adalah yang mengingati Allah dalam diamnya, dalam percakapannya, dalam perbuatannya, dalam segala gerak langkah langkahnya.

Muhasabah diri.



Sabtu, 16 April 2011

Benar @ Menang

Bismillahi walhamdulillah.
Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah, setelah penuh bersawang, tercuci juga akhirnya sedikit sebanyak.

"Ok, sekarang adik-adik pecahkan kepada 3 kumpulan, kumpulan A ke check point 1, kumpulan B ke check point 2, kumpulan C ke check point 3."

Bersemangat adik-adik Wardatus Solehah mengikut arahan permainan.

"Sekarang, adik-adik buka kertas-kertas tu, dan susunkan menjadi satu nama sahabat rasulullah s.a.w. "

Kurang 2 minit kemudian,

"A.m.r.u, Amru," kumpulan A melaung penuh semangat.

"Eh, ni apa ni, eh, korang dapat apa tu?" kumpulan B cuba membina kerjasama dengan kumpulan C.

"Al-Khattab,"

"Eh, bukan Amru lah... U.m.a.r. Saidina Umar Al-Khattab. Akak, dah dapat, Saidina Umar Al-Khattab."

"Ok, tahniah, betul lah tu, Saidina Umar Al-Khattab. Ok, sekarang sapa boleh bagi khulasoh atau learning point dari game ni?"

"Kerjasama," Nabilah, ketua SC memberikan pandangan pertama dengan nada Wonderpet nya.

"Em... kita kena kenal dengan sahabat-sahabat Rasululullah," Ili turut tidak ketinggalan menyuarakan buah fikirannya.

"Aiwah, ada lagi...?"

Semua menunggu si mentor menyimpul... Perut dah lapar sangat tu....

"Ok, lah. Betul apa yang Nabilah dan Ili cakap tadi. Di samping itu, tadi kita ada tengok, kumpulan A tadi mula-mula kata Amru dengan penuh yakinnya. Surfacely, jawapan tu boleh dikatakan betul, tapi bila tengok balik dekat kumpulan lain, baru tahu, salah, dan jawapannya adalah Saidina Umar Al-Khattab...

Ok, kaitkan dengan hidup kita. Dalam kita hidup seharian, kita kena ingat, apa yang kita nak tegakkan adalah KEBENARAN, bukanlah KEMENANGAN, walaupun kadang-kadang kemenangan itu memberi peluang untuk kita tegakkan kebenaran.

Kenapa, cuba kita tengok macam tadi. Hakikatnya kumpulan A tadi tak menang. Sebab mereka tak berjaya membawa jawapan yang benar. Itulah yang berlaku sekarang. Apabila pihak yang merasakan diri merekalah pemenang, menjadi lupa diri, lupa akan orang di sekeliling, tapi kenyataannya, mereka sedang berdiri di atas kebatilan.

Bila kemenangan menjadi matlamat, kita akan lupa diri bila kita menang, kita akan putus asa bila kita kalah. Kita jadi tamak. Lupakan orang sekeliling.

Bila kebenaran menjadi matlamat, insya allah tiada sifat tamak, pentingkan diri, dalam mencapainya. Semua pihak akan bersatu.

Macam adik-adik tadi, akak dah pecahkan kepada 3 kumpulan. Tapi bila adik-adik betul-betul nak cari jawapan yang BENAR, kembalilah pada siapa adik-adik, iaitu WARDATUS SOLEHAH"

BERSATULAH. Itulah kuncinya...

Andai tak mampu mencari titik kesatuan, janganlah menebuk lubang perpecahan.


Khamis, 20 Januari 2011

al-fatihah





Teman, persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu....
Persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia...

Kerana Dialah aku mengenalimu dan kerana Dia juga telah menetapkan aku dan kau
mengukir 1001 kenangan bersama....


Moga kita bertemu kembali di syurgaNya kelak...


Al-fatihah buat Nurul Iman Ab Alim yang telah kembali ke rahmatullah pada 10.15 pagi, 17 Januari 2011.

Coming later : Perginya seorang mujahidah


Isnin, 3 Januari 2011

ACTUALLY...



“Niat itu memang sudah ada sejak dulu lagi, namun sebaiknya biarlah kita betul-betul bersedia dan sebaik kita pakai jangan sesekali kita tanggalkan. Tidak semestinya selepas berkahwin kita harus memakai tudung kerana bertudung itu adalah perkara yang wajib bagi wanita Islam laksanakan, cuma kita saja yang abaikan. “Manusia ini sebenarnya memang tahu dosa yang dia lakukan, tetapi kita saja yang buat-buat tak tahu, apa-apapun kita cuba renungkan kembali apa niat kita sebenarnya. “Jika ada pilihan selepas ini memang saya sudah tidak mahu ambil watak yang seksi tetapi kita harus melihat juga sejauh mana seksi itu, jika terlalu mendedahkan tubuh memang saya tidak mahu. “Seksi ada banyak faktor, kita berpakaian lengkap pun ada kalanya orang menganggap ia masih seksi, terpulang kepada mata orang. Kalau watak seksi itu boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton buat apa kita tolak,” katanya.







Mungkinkah mereka sebenarnya tahu,
Tapi mungkin juga mereka tidak benar-benar faham
Atau mungkin juga mereka tahu dan faham, tapi tiada kesedaran....?

Tak perlu kita soalkan mereka

Tuding jari ke diri kita.
Bagaimana kita?
Kita tahu?
Kita faham?
Kita sedar?
Kita beramal?
Kita sampaikan?

ISLAH NAFSAK WAD'U GHAIRAK