Showing posts with label gila. Show all posts
Showing posts with label gila. Show all posts

Thursday, 26 October 2017

Family Day 2017 (2.0)

Pada 18/10/2017-19/10/2017 telah diadakah family day bagi Keluarga Allahyarham Hj Ihsan dan Allahyarhamah Hjh Amnah.. Lokasi Family day kali ni ialah di Kamar Tamu, Tongkang Pecah, Batu Pahat...

Allahyarham Hj Ihsan merupakan atuk aku belah ayah (Hairuman Ihsan)... Sedikit sejarah Keluarga Allahyarham Hj Ihsan dan Allahyarhamah Hjh Amnah: [info ni xlah tepat sgt, byk yg aku hentam jek sbrnya...]

1. berkahwin pada ............ (xtahu)

2. dikurniakan 4 orang cahaya mata:
    -Allahyarhamah Mak Long
    -Uncle Joe
    -Untie Dah
    -Ayah (Hairuman)

3. Cucu pula:
    -Allahyarhamah Mak Long (6 orang)
    -Uncle Joe (12 orang ) -agaknya
    -Untie Dah (4 orang)
    -Ayah (Hairuman) (2 orang)

4. lain-lain info xtau nak tulis apa..😊😊😊😊


ni anatara muka2 yang ada... aku xde masa ni, sbb aku dari KL, makanya kami berjumpa di sana jek..:):)


sampai-sampai jek anak aku dah merengek nak terjun kolam... dialah puncanya semua sepupu sepapat die dapat mandi kolam... walhal baru pukul 2pm kot masa tu... 


AJK hadiah menyusun segala hadiah cabutan bertuah.
untuk cabutan bertuah setiap keluarga dari cucu-cucu  Arwah...
1 family perlu menyediakan 2 jenis hadiah yang bernilai kurang-kurang RM20/hadiah...
lepas dikumpul2 dapat dalam 37 jenis hadiah cabutan bertuah...


aktiviti pertama ialah pertandingan mewarna..
cucu Hairuman yang join pertandingan ni Yaya n Feeya... 


malam pertama ada persembahan dari cucu keluarga Pak Long,  tengok lah anak aku tu, sibuk aje kat depan...


Sambutan hari lahir buat Untie Dah..:):)


Sebahagian anak-anak dan cucu-cucu Pak Long..


Yaya menang pertandingan mewarna...no. berapa xsure ek, lupa pulak..


Feeya pun menang... pandai jugak die mengaler..:):)


ni antara topeng2 yang dorg kaler.. comel2 semua..:):)


inilah family kami..:):) tema mlm ni baju bebas, shela suruh aku print baju utk mak2.. 
sbb anak2 mmg dah ada baju oren... maka sedondonlah..:):)


hari kedua baru start game untuk budak2... byk game guna kolam jek...
masa game ni aku x join sgt, sbb sibuk tidokan si kecik yang dah letih mandi kolam..heeee


petang dalam pukul 3pm, start pertandingan selfie... cara main die  mcm dibawah..:)




 ni pula tentatif baju kami... setiap ahli keluarga dikehendaki ikot dress code ni..:)


kakya dengan muka Hello Kittynya..:):)


ni kakya menang cabutan bertuah..:)


aku ni jarang dapat cabutan bertuah..skali  boleh naik pulak nama si kecik ni... 
bertuah sungguh budak ini..:):)


Dinner bersama baju Kelawar


ni baju hari last..:) ami ayah baju dah siap basuh, tu dorg pakai balik.. 
kami pakai baju The Hairuman's


rupanya anak aku jenis xtau malu... seronok sungguh die berjoget...heeee

Thursday, 8 January 2015

Drama

Kisah pagi ini - Drama...
Kisah hari ini - Drama...



Wednesday, 3 December 2014

Rumah Sewa oh Rumah Sewa

yang star tu tempat keje wa :)

Mencari rumah sewa sekitar Putrajaya memang menyakitkan hati..! Budjet maximum yang En Tunang peruntukan ialah RM1,000.00 sebulan dan indikator pencarian rumah ialah mestilah teres (Request En. Tunang) dan dekat dengan tempat kerja wa..

Wa sebenarnya xde hal duduk rumah 18tingkat pun, bersesak-sesak asalkan sewanya murah dan dekat dengan tempat kerja wa.. Sebab kalau jauh dari tempat kerja proses nak merempit tu sangatlah bahaya...

Sekarang ni wa tumpang rumah member, bayar lah dia sikit2 sebulan...nanti dah terkawen next year kena lah keluarkan... Nak tunggu dapat kuarters?? Tunggulah lagik 2,3 tahun kot..puihh..!!!

Lama x?? ni wa apply since bulan Februari 2014 haritu..
memang berjanggutlah tunggu kan...
ni pulak rekod pergerakkan giliran kuarters wa..paling laju sebulan gerak lebih kurang :
E-13
F-35

 Bila dah jadi macam ni mula lah wa rindukan rumah kat Sarawak...sewa pun murah jek.. RM350 je sebulan.. Sebuah rumah teres 2 tingkat 3 bilik tidur 2 bilik air tau..!! Ni harga rumah kat Putrajaya macam harammm J sungguh....!


Tuesday, 18 November 2014

Tuesday, 25 June 2013

Kami giler..

Petang tadi akuh mintak tolong amoi amik akuh kat airport, sbb akuh g anta kete kat customer..then masa balik kami singgah kat City One, .teringat yang Baskin Robin baru bukak kat sini, so kami pun ngengada nak beli, nasib baik x ramai orang..kengkonon nak try Food Court die..skali pusing-pusing macam xde mende sangat nak di telan..lepas makan aiskrim, akuh ajak amoi main game joget ni..[gambar xde, sbb batt low] korang bayangkan lah akuh main dengan baju kurung + tudung+CK heels, n amoi dgn long skirt+blouse+DP flat..xke macam orang giler..?? 3 kali fight, juaranya?? tentulah akuh..!! yeaahhh..

pic ehsan En Gugel..




lepas 2 akuh ajak die main drum jepun pulak...giler lah, berpeluh2 kot + kaki sakit sbb menari macam candi borobudur  tadi..ok now kami dah ader xtvt baru, lepas ni boleh hangkut shikin join de club..menarai-nari..



pic ehsan En. Gugel..


Wednesday, 19 June 2013

Keywords tak menahan..!!


mementanglah wa ada tepek bahasa sarawak, keywords ni yang dorang carik dalam blog wa????? lucah bebenor...!!

Monday, 17 June 2013

Review : Jangkar / Jantan Waterfall

Sabtu lepas akuh, Yap, Dayah, Shikin dan Ada pergi berlibur di Air Terjun Jangkar.. Perancangan asal kami sepatutnya bertolak dari rumah Yap jam 7am..tapi disebabkan kegagalan akuh untuk bangun pagi, maka kami bertolak dalam jam 8am.. itu pun selepas Dayah kejut akuh pukul 7am...kelam kabut akuh bersiap..

kami singgah di Kedai makan area MJC, Batu kawa untuk breakfast..[wajib makan dulu sebelum ke sana, sebab kedai makanan halal terakhir hanya boleh di jumpai di MJC] kalau anda terlepas MJC anda boleh makan di pekan lundu, tapi terpaksa menahan lapar selama 1jam 15 minitlah..

gedebak, gedebuk kami sampai di Kampung Jantan jam 11am..terus daftar dekat Koperasi [masa ni kami confident bayar RM100 untuk 5 orang dan RM5 untuk parking kereta] dan kami di beri Encik Abas sebagai  guide untuk kami masuk ke Hutan..

maka bermulalah ekspedisi kami selama 1 jam 15 minit meredah hutan belantara...

parking di celah-celah rumah orang..


masing-masing bersemangat...


Ada dan Dayah mmg hebat, diorang jalan giler laju..!!


ni akuh, Yap n Shikin dah hampir mati keletihan....


ada 2 pondok kat sini, xtau untuk apa....x singgah pun


Finally..!!!! kami sampai sudah..selepas 10kali berhenti mintak nyawa ala-ala Candy Crush Saga..
waktu ni akuh sopan lagik..




hah, masa ni akuh dah tunjuk body2 gemuk akuh kat orang awam dah..
kami masa ni dekat 1st Waterfall.. ramai yang panjat batu belakang shikin then terjun..[next time akuh wajib  buat...!!]

🌟🌟🌟🌟


Masa makan dan minum, mandi-mandi dekat 1st Waterfall, akuh sempat berkenalan dengan beberapa tourist dari Singapura yang baru sampai..dan terus join diorang tangkap Udang kecik.. akuh berjaya tangkap sekor udang besar ala-ala jari kelingking.. then masa ni akuh tergerak nak tanya nama guider yang bawa bebudak singapore ni..nama beliau BENYAMIN..!! demmit..! orang ni lah yang ramai suggest amik sebabgai guider.. dan dia lah yang bawa kami ke 2nd Waterfall..nak ke 2nd Waterfall ni jalan die agak susah, jalan majoriti semuanya pacak..90 degree...!


Tapi pemandangan dari atas, SubhanAllah!! cantek sangat2...

gamar2 di atas semuanya di ambil oelh Encik Ben, kami punya Encik Abas duduk dediam jek...








Kasut masa balik mmg dah nazak...kesian giler..!!!




✖✖✖✖✖

Trivia:
  1. anda di nasihatkan sarapan sebelum bertolak ke Lundu
  2. masa yang sesuai sampai di sana adalah selewat-lewatnya jam 1230pm.
  3. anda boleh request "ayam pansuh" dan beberapa jenis masakan dari BEN..insyaAllah halal..sebab dia orang islam..
  4. pastikan anda memakai kasut yang sesuai dan kasut yang tahan lasak..bukan pakai kasut yang dah setahun x pakai, nanti jadi macam saya...pakai selipar pun boleh, tapi xselesa lah kan..bahaya jugak..
  5. air sebotol besar cukup untuk perjalanan pergi dan balik..
  6. kalau anda bukan jenis yang fit sangat, xperlulah bawak barang berat-berat..
  7. baju-baju boleh ditinggalkan di kereta, sebab anda akan bersihkan badan di tandas yang disediakan di bawah..
  8. tiada tandas di atas, untuk segala urursan pembuangan toksin sila buat sebelum memulakan pendakian.

info Jangkar Waterfall:

  • Jangkar waterfall terletak lebih kurang 95km dari Bandar Kuching iaitu 1 jam 30 minit memandu..untuk ke sini anda perlu ikut Jalan Batu Kawa dan belok kanan masuk ke simpang Lundu/Sematan, dari Jalan Lundu/ Sematan anda akan jumpa simpang tiga.Ambil kiri dalam 10 minit anda akan jumpa Jalan Biawak di sebelah kiri. Kemudian anda akan jumpa Kampung Jantan kira-kira 5 minit perjalanan, masuk simpang kanan...
  • Anda akan masuk jalan kampung dan akan jumpa Koperasi, kalau boleh jangan pergi ke Jangkar menggunakan perkhidmatan koperasi, kerana anda akan dikenakan bayaran berlebihan daripada koperasi. Adalah dinasihatkan supaya anda mencari Encik Benyamin Hasumo [014 899 9158] kerana khidmat guide dia sangat bagus.. Dia akan beri macam-macam penerangan..dan dia juga photographer yang hebat..! hehe





View Larger Map


Ringkasan :

  • Dari Kuching ke Kg Jantan, Semantan = 1jam 30min [bergantung kepada pemanduan anda], 
  • dari Kg Jantan ke 1st Floor Jangkar Waterfall = 1 jam, 
  • dari 1st floor to 2nd floor, 10minit.. 
  • TURUN 30MIN SAHAJA OK..!!!!!

Friday, 12 April 2013

Pandanganku

2,3 hari lepas heboh 1 Dunia pasal kes budak sekolah belasah ketua kelas mereka...akuh ckp 1 dunia sebab benda nih tersebar luas kat FB/youtube, n mesti kawan2 akuh yang duduk obersea pun dapat tahu..silapnya cuma 1..mereka upload ke Youtube..

Ya..! upload ke Youtube..! korunk tau xakibat bila dah di upload ke Youtube?? Polis terpaksa bertindak sbb dah ada bukti kukuh, family yang ditindas akan cakap kenapa polis x tangkap2 mereka?? kenapa mereka x dibuang sekolah???

Dan mulalah episod, ni semua salah Najib bagi polis gaji kecik, so polis semua makan rasuah dari family pembuli..sebab tuh polis xbertindak..ini salah BN..UMNO bodoh dan lain2..[bila keyboard warrior bersuara kat komen2 FB] ...Sebab tuh polis bertindak, sekolah bertindak...

Bergaduh x salah...memukul itu salah, belasah itu salah....ini 1 daripada sejuta kes gaduh kat sekolah yang dapat perhatian ramai...[akuh x buat kajian, akuh tibai jek..]

Kesilapan mereka upload kat Youtube dan beritahu semua orang, beritahu satu dunia itu punca mereka ditangkap...


Cuba kalau kita bersangka baik kenapa dia pukul ketua kelas ni..:
  1. mungkin monitor dia rembat gf dia.
  2. mungkin jugak monitor die giler kuasa, seperti mana kita pada zaman kanak2 benci dengan ketua kelas yang poyo n sombong
  3. mungkin monitor die nganjing2 nama mak bapak dia, yelah dulu kalau orang main nama mak bapak kompem kita tinju kasik keluar darah orang yang main2 nama mak bapak..korunk tgok cerita P. Ramlee pun dah tau betapa orang Melayu pantang dikaitkan dengan kisah mak bapak nya...
  4. itu baru sebut mak bapak, buatnya kutuk awek dia??akuh rasa mmg lagik lunyai ketua kelas tuh...
  5. mungkin ketiak ijat busuk sgt, so ketua kelas tegurlah "woii ketiak kau busuk lah..akuh x boleh nak belajar ni woii" sape x hanginkan kalau org tegur ketiak busuk????? mmg patut kene hentak...
  6. Atau kerja sekolah ketua kelas x siap, then dia bengang sbb x dpt nak tiru jawapan soalan 2+2=?? sbb cikgu nak harinih jugak homework 2, ijat jadik tertekan lalu memukul ketua kelas tersebut..
  7. boleh jadi jugak ketua kelas nih kaki report, sikit2 "cikguuu..dia kan, smlm kann..itu kannn...ini kann???" pergghh akuh kalau dapat yang jenis mengadu2 nih mmg akuh bagi kaki smpai patah kaki kau dibuatnya..
nampak x??/ ini salah satu punca yang boleh menyebabkan pergaduhan, pembelasahan, pembunuhan...bagi akuh selagi x mati itu adalah normal budak2 DULU dan SEKARANG mengajar budak yang kalau kiter pandang mmg mintak penyepak...

cuba tanya kawan2/makcik/pakcik2/diri sendiri/abang/boifren/awek/cikgu/lecture/boss/doktor or sesiapalah...pernah x dorg gaduh/bertumbuk sampai pecah tingkap kelas, pecah notis board?? mesti salah seorang dari yang akuh sebut di atas pernah..paling kuat pun pembaris kuning kat blackboard tuh patah dua..

akuh xlah sokong atau kata cara si dia nih menegur/membelasah Ketua Kelas dia tuh bagus..tp mesti bersebab..mesti ada sebab kenapa jadi macam nih...

xkanlah ko tengah elok2 kawan baik dengan dia, makan sama2 jalan pimpin tangan tetiba kena belasah??? xmungkin n x lojik dek akal...mesti bersebab..

Akuh harap lepas nih dia cuba belajar bersungguh2 jadi orang berguna bila dah besar nanti..bukan masa zaman sekolah malaikat, tp bila dah kerja, masa nih lah baru nak start berbunuh-bunuhan [tp di bidang kerja/dewasa cara berbunuh cukup pakai kata2, sekali cakap sekali maki abes boleh mati kawan tu...]

ni just pandangan akuh..kalau x setuju, akuh x kesah, sbb akuh pun xsetuju cara pandangan anda semua..:)







Friday, 26 August 2011

CheckList Balik Kampung

Setakat nih, halfway dah kemas......xsabar nye nak blik JB..!!!


1. Pakaian
2. Lappy, Camera n Phone
3. Charger BB, Nokia, HP n Canon
4. Luffman 10's
5. Hadiah Yaya
6. Kek Lapis
7. Ikan Terubuk
8. Hantar Joker n Mia g Nursery
9. Biskut Kak Ita
10. Check in FireFly
11. Passport..
12. LAGIK?? xtau....  


Lagik pe ek?? hope xde yang tertinggal sok....

Air Katira,
Air Jagung,
Ayam Percik...
Rojak Asma..!!!!


mau makan sampai muntah2..!!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri


kad nih khas buat kawan2 yang straight


kad nih pulak, khas tuk mereka yang senget2..:)

Assalamualaikum,


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...
di kesempatan ini saya ingin memohon beribu kemaafan sekiranya ada terkasar, tercelupar, termaki, terngumpat dan segala TER yang pernah saya buat. Halalkan makan minum, dan segalanya...


Alhamdulillah, buat pertama kalinya Ramadhan kali ini memberi seribu ketenangan di Jiwa dan buat pertama kalinya, segala hasad dengki, dendam semua terlerai dengan memaafkan semua sahabat-sahabat saya..


InsyaAllah ada rezeki, ada umur, kita saling kunjung-mengunjungi, ziarah-menziarahi rakan2 sekalian..


Salam Aidil Fitri,


Daripada:
Eazlye Reefa a.k.a iLi