VVIP TOS

Thursday, March 31, 2011

Rindu Saudara

31 March , tarikh ini membuat aku bangkit seawal waktu begini utk mengimbas kembali pemergian seorang saudara ku, Allahyarham Afiq Arham Azman..

Aku masih ingat kali terakhir kau telefon aku, " Wie , nanti abes matrik turun la Johor ".....menitis airmata aku bila teringatkan ayat-ayat kau nie..

Sedihnya aku bila dapat tahu pemergian mu itu seawal Asar, itu nasib baik dikna yang call bagitaw aku...waktu aku nak sangat ikut mak abah balik Johor....tapi, masa x mengizinkan aku menziarahimu buat kali terakhir. Aku kesal sangat.....

Menziarahi pusaramu diwaktu aku berada di UTHM merupakan satu impianku.. terima kasih pada Myrul yang sudi membawa aku ke pusaramu...namun, kini ruang dan jarak membataskan aku utk menziarahi pusaramu....maafkan aku.....

Pemergianmu begitu cepat dan pantas. kini sudah 2 tahun kau pergi meninggalkan kami semua..moga kau berada dalam kerahmatanNya disana.

Tiada titpan kata-kata yang mampu aku nukilkan utk mu..hanya mampu hanyalah ku kirimkan bacaan Al-Fatihah & Yaasin kepadamu..

Moga kau tenang disana...

Saudaraku,
Kini kau pergi meninggalkan aku
Buat selama-lamanya.......
Pergi mu dalam keadaan aku tidak bersedia
Dalam keadaan aku belum sempat menziarahimu

Saudaraku,
Pergi mu mengadap Illahi
Pergi mu dalam keadaan semua redha......
Pergi mu dalam keadaan kau belum mengecapi Kejayaan
Pergi mu sebelum kita sempat bertemu
Pergi mu sebelum kita sempat mengecapi kejayaan
Pergi mu sebelum sempat kita menikmati hidup di dunia...

Kini,
Tiada lagi gurauan yang akan aku dengari
Tiada lagi suara tegas untuk menasihatiku
Tiada lagi lagak lawak untuk aku tontonkan
Tiada lagi panggilan untuk aku tunggukan dari mu
Tiada lagi saudara yang aku sayangi

Namun,
Aku redha dengan kehendak Yang Maha Kuasa
Ajal maut telah ditetapkan
Kini tiba masa untuk kau kembali kepadaNya
Aku akan sentiasa mengingati mu

Akan ku kirimkan Al-Fatihah
Buat mu di Alam Barkzah
Agar kau senang di sana
Sementara menunggu Hari Kebangkitan

Al-Fatihah


Amin

Semoga Allah Mencucuri Rahmat ke atas Roh mu
Dan ditempatkan dalam golongan Para Syuhada dan Para Mukmin

Ahmad Sabri Muhamad 
31 March 2009
Kolej Matrikulasi Perlis

Saturday, March 26, 2011

~Isi Hati~ Keaiban Pada Diri Kita

Kita kerap meyalahkan zaman ini, sedang keaiban sebenar
adalah pada diri kita, tiada sebarang aib pada zaman kita,
kecuali diri kita sendiri.
Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah
dilakukannya.. kalau zaman tahu mengatur kata, tentulah ia
mencaci kita kembali
Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk..sebenarkan
kita memperdaya Yang Maha melihat kita
Si serigala tiadalah pernah memakan daging rakannya ..
sedangkan kita kerapkali makan daging semasa sendiri

- Imam As-Syafie -

Friday, March 25, 2011

~Isi Hati~ MasyaAllah Anak Bangsaku

Assalamualaikum w.b.t, selamat pagi semua & selamat hari Jumaat. Moga semua dah selesai menunaikan solat Subuh. Amin.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerna telah mengizinkan batang tubuh ini terus berkongsikan sesuatu pada pagi ini. Tapi ini bukanlah suatu takzirah sesudah Subuh mahupun macam rancangan Al-Kuliyyah di waktu pagi. Apa yang aku nak ceritakan adalah sesuatu yang benar-benar menyedihkan serta membuat aku rasa marah. Moga Allah meredakan kemarahan dalam diriku ini.


Kul 6.05pg aku bersiaga ke surau berhampiran dengan hostel aku, bersolat disana dan sempat sembang-sembang Islamik ngan budak2 sebaya dengan aku. Sesudah solat, aku terus ke Kedai Mamak dengan benar dengan SHELL BBB 1. 


Apa yang menyedihkan, datanglah satu motorsikal jenis Yamaha Ego bernombor plat dari negeri selatan tanah  air kita. Adalah 2 remaja lelaki, sorang pakai baju xder lengan dan sorang lagi nmpak sedikit proper. Mula-mula, aku xpndang sangat remaja tu, coz aku duk asyik mengadap makanan aku. Alih-alih pandangan aku beralih kepada remaja yang baju xberlengan tu.


MasyaAllah, terkejut aku tengok. bila tertera satu TATTO betul-betul kat dada dan sedikit di lengan. Mengucap panjang aku dibuatnya. Dalam hati aku rasa cam nak marah jer. Tapi apakan daya aku yang tulang 4 kerat ni, iman aku lemah nak tegur atau nak bagi nasihat kat dak 2.


lebih kurang macam ni la tattoo kat badan dak 2.....
Yang aku kesalnya, kenapa anak bangsa aku, MELAYU boleh jadi macam itu sekali? salah siapa? salahkan didikan ibubapa? salahkan sistem pendidikan negara? salahkan kerajaan? sepatutnya kita salahkan diri kita terlebih dahulu sebelum menuding jari pada orang lain. kerana Allah telah menganugerahkan kelebihan darjat kepada kita berbanding makhluk ciptaanNya yang lain. Apakah anugerah itu, tak lain ia adalah AKAL. adakah anugerah itu hanya perlu kita guna utk memutuskan sesuatu yang positif sahaja? 


Kenapa kita mudah ditewaskan oleh bisikan nafsu?
Kenapa kita mudah hanyut dek modenisasi ?
Kenapa kita mudah digugatkan oleh godaan syaitan?

Ya Allah, ku mohon padaMU
Selamatkan remaja itu...
Kembalikan remaja itu ke jalan yang benar...
Tutupkanlah hatinya dari melakukan perkara mungkar...
Bukakanlah jiwanya dalam melakukan amal ibadat padaMu...

Ya Rahman, ku berlindung kepadaMu
Dari segala kejahatan godaan syaitan
Dari segala fitnah buatan manusia
Dari segala kemusnahan oleh tangan manusia
Dari tipu daya bisikan nafsu.....

p/s: kul 10.30 jap agy ade kuliah Pengajian Islam...ade presentation..cuak dowh, slideshow pun xsiap agy..ha2~~

Thursday, March 24, 2011

Alahai Nasib Bangsaku

Dimanakah letak maruah bangsaku?
Adakah di sogokan wang ringgit?
Adakah di hamparan kemewahan harta?
Adakah di hidangan makanan mewah?
Adakah di tadahan pujian mahupun kemasyhuran?
Adakah di lambakan sel-sel besi?

Kenapakah?
Mereka telah lupa?
Atau sengaja melupakannya?
Mereka tahukah?
Atau sengaja dibuat-buat tidak tahu?
Mereka pedulikah?
Atau sengaja tidak mahu ambil peduli?
Mereka kisahkah?
Atau sengaja tidak ambil kisah?
Kemanakah arah tuju bangsaku?
Adakah masih menjadi tuan?
Atau dipertuankan di tanah airnya sendiri?
Adakah masih menjadi ketua?
Atau diperkulikan oleh bangsa lain?
Adakah masih dihormati?
Atau diperkudakan oleh bangsa lain?
Adakah masih disanjungi?
Atau diperlecehkan oleh bangsa lain?

Mengapakah?
Bangsaku kini sering alpa?
Bangsaku kini sering tamak?
Bangsaku kini berkelahi sesama sendiri?
Bangsaku kini berperwatakan asabiah?
Bangsaku kini ego dan angkuh
Bangsaku kini pengecut?
Bangsaku kini diperlecehkan sebegini lalu?
Bangsaku tidak mahu sedar?

Siapakah bangsaku?
Dulu mereka seorang penakluk terkemuka
Dulu mereka seorang pelaut dan pengembaraan terkenal
Dulu mereka peniaga dan pedagang paling termasyur
Dulu mereka pentadbir dan bangsawan yang terbilang
Dulu mereka sufi dan pemikir agama yang zuhud

Kini mereka seorang tawanan oleh nafsu sendiri
Kini mereka seorang pengaut keuntungan korupsi
Kini mereka seorang penggangur Berjaya
Kini mereka penjenayah di dunia sendiri
Kini mereka bangsa yang dihina
Kini mereka kehilangan hormat
Kini mereka dilupakan dan disisihkan

Bilakah mereka mahu berubah?
Dari satu titik hitam ke titik putih
Dari malas kepada lebih rajin
Dari mundur kepada maju
Dari lupa kepada terus ingat
Dari hina kepada hormat
Dari khianat kepada kejujuran
Dari perasuah kepada amanah
Dari bodoh kepada cerdik
Dari dijajah minda kepada dibebaskan minda
Dari kotor kepada bersih

Ayuh,
Majulah Melayuku
Kukuhkan kesatuan kita,
Majulah Bangsaku
Kukuhkan kedudukan kita
Majulah Peribumiku
Kukuhkan semangat kental kita
Majulah Perwiraku
Kukuhkan Kekuatan kita
Majulah Srikandiku,
Kukuhkan kerohanian kita
Majulah Anak Bangsa,
Kukuhkan kemerdekaan kita
Majulah BANGSAKU!!!

Marilah,
Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita roboh
Marilah kita,
Bagai Aur dengan Tebing
Marilah kita,
Muafakat Membawa Berkat
Marilah kita,
Di keruntuhan Kota Melaka, Kita dirikan Putrajaya.
Marilah kita,
Tinggalkan segala permusuhan kalangan kita,
Marilah Kita,
Majukan diri, bangsa, agama dan Negara..

InsyaAllah
Kita akan terus dihormati……..

Nukilan khas
Ahmad Sabri Muhamad
20 Oktober 2009
11.50 Pagi
G4A 205 KKTDI UTHM

Wednesday, March 23, 2011

~Isi Hati~ Hanya Pada Mu

Ya Allah
Ya Rabbi
Ya Rahman
Ya Rahim

Aku hambaMu yang naif
Aku hambaMu yang jahil
Aku hambaMu yang lalai
Aku hambaMu yang cuai
Ya Razak
Ya Malik
Ya Muhaimin
Ya Hakim

Aku naif dalam beribadat kepadaMu
Aku jahil akan hukum larangan Mu
Aku lalai dalam mengingatiMu
Aku cuai dalam suruhanMu

Ya Allah
Diriku penuh dengan dosa
Diriku dipalit kehinaan
Diriku disulami kealpaan
Diriku dimanjakan dengan maksiat

Ya Rahman
Ku mohon ampunMu atas dosa-dosaku
Ku mohon hidayahMu dalam meneruskan hidupku
Ku mohon perlindunganMu dalam perjuanganku

Ya Rahim
Ampunilah dosaku
Dosa yang telah lalu
Dosa ketika ini

Ya Hakim
Yang Maha Bijaksana
Aku syukur atas kurniaanMu selama ini
Aku redha akan azabMu kelak
Ya Karim
Kau kurniakanlah jiwa yang tenang kepadaku
Kau kurniakanlah jiwa yang bersih kepadaku
Kau kurniakanlah jiwa yang kental kepadaku

Ya Malik
Aku hanya hambaMu
berikanlah aku sedikit ketenangan hidup..

oleh :
Ahmad Sabri Muhamad
6.55pagi 
<  23 MAC 2011 >

Tuesday, March 22, 2011

~Isi Hati~ Mencari Ketenangan Dalam Keresahan

Assalamualaikum semua.semoga sihat2 belaka hendaknye...sebelum nak p zohor ni, aku nak share something ngan korunk2 semua..buat pedoman hidup pun bolehhhh....hu3~~

" Mencari Ketenangan Dalam Keresahan"

tajuk entri dh macam orunk patah hati kn? hu3~ manenyer x, skunk ni aku tgok cam musim orunk patah hati pun ade gak, sikit2 clash la, pastu kapel balik, clash balik, smpai bila taw nak berhenti duk pusing drama yg sama.he2. skunk ni pun makin byk ragam2 ahli2 politik negara kita an...yg tu tuduh yg ni, yg ni saman yg tu....smpai bertangguh2 kes kt mahkamah..lastly, byk kes mahkamah yg redundant....hu3~

apa yg dimaksudkan dengan mencari ketenangan dalam keresahan? mesti korunk dh ley agak an..ade aku kisah ke?... even korunk dah taw, aku nak share jugak citer aku..hu3~ mula2 kita kena faham dulu apa makna "TENANG"

Tenang mengikut kamus DBP ditakrif sebagai tenteram, kedamaian, kemakmuran...pergh sempat lagi aku google DBP online..ha3~ frasa aku adalah Mencari Ketenangan dalam Keresahan. susah ke kalau kita nak cari situasi tenang even kita dalam kesusahan? aku rasa itu terpulang pada individu sendiri.

igt senang ke nak cari ketenangan? adakah dengan kesenangan hidup menjamin kita tenang? mungkin kita semua ade pemahaman yg tersendiri kn...

 Senang ataukah tenang yang diinginkan seseorang? Menurut Abu Hamid Al-Ghazali, orang yang senang (al-Sa’id) itu belum tentu tenang (al-Nafs al-Mutmainnah). Misalnya, orang yang memang terkenal la ngan korupsi, mang konfirmla hidup dalam kesenangan melampau ngan dapat cekau harta menimbun dengan kadar segera tanpa susah, tapi adakah hati si perlaku korupsi ini akan tenang ngan perbuatan terkutuk itu? sah2 la xtenang kn...?

contoh lain plak, orunk yg selalu bergaduh/bertengkar/bergocoh/berkelahi, bleh jadi dpt ase sikit nikmat kalau dh menang kn, tetapi apakah hatinya jadi tenang dan tenteram? Atau, seseorunk yg mang tegar mengambil dadah,xknlah diorunk 2  merasa senang dan bahagia untuk sementara. Akan tetapi, apa benar dia tidak dihantui perasaan takut?.

cmne nak cari ketenangan? mudah je, kembali kepada Al-Quran & Sunnah RasulNya.

Surah An-Nisaa', ayat 103

kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada Dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya.

kalu  hati mutaminnah itu boleh diterjemahkan kepada "jiwa yg tenang" .. dlm quran ada menyebut .."wahai jiwa-jiwa yg tenang, kembalilah kepada Tuhan mu dlm keadaan redha dan di redhai .." - lebih kurang maksud. Surah Al-Fajr, ayat 27-30.
pernah berkata seseorang pada aku ni .. kunci ketenangan itu adalah pada "redha dan diredhai" .. sebelum kita diredhai Tuhan, kita hendaklah redha dgn Tuhan .. redha dulu, sebelum diredhai. melihat sejarah Islam pun .. nampaknya begitulah para sahabat baginda .. mereka redha dgn Allah dan RasulNya .. walaupun bagaimanapun kehidupan mereka .. akhirnya mereka dinobatkan radhiallah anhu ..

maka kunci nya pada redha kpd Allah dan RasulNya .. dipendekkan citer .. kembali kita kepada asas agama itu sendiri .. Iman, Islam dan Ehsan ..

pada iman itulah Tauhid .. segalanya adalah Dia
pada Islam itulah Syariat .. ibadat kita
pada Islam itulah Tasauf .. hamba yg tidak mempunyai apa-apa

pada Tuhan .. masa itu hanyalah makhluk, mcm kita jua. sedangkan kehidupan kita adalah dlm ruang lingkup masa. masakan makhluk mampu lari dari apa yg telah ditentukan .. bila kita "ada", maka redha lah .. semoga kita mampu bersyukur dgn kurniaan ini .. insyaAllah.


sedikit perkongsian dari aku...

cuba amalkan doa ini kalau kita dalam stress or jiwa xtenang..insyaAllah ketenangan itu akan dapat kita capai.. zikrullah juga dpt melembut hati dan menenteramkan jiwa kita....

p/s: jangan stress sangat, nanti takut hati kita dikuasi oleh emosi yg melampau..sempat lagi aku fikir pantun...amik la serangkap pantun dari aku.....Bahasa Jiwa Bangsa.

Tenang-tenang air laut,

     Sampan kolek mudik ke hulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
     Orang benci kita tak tahu.

Sunday, March 20, 2011

UNIKL MFI OPEN CHESS TOURNAMENT

Assalamualaikum w.b.t & Salam 1Malaysia
Kepada Pemain Catur Pro/ Amatur diluar sana...
Kejohanan Terbuka Catur UniKL MFI menanti penyertaan anda..
Serlahkan dan tajamkan kemahiran anda disini.

Ayuh semua.....JOM SERTAI Catur Terbuka

UniKL MFI OPEN CHESS TOURNAMENT

Date : 9th April 2011
Time : 7.30 a.m - 6.00 p.m
Format : 7/8 Round
Duration : 20/25 Minutes Per Round
Venue : UniKL MFI MultiPurpose Hall
Due Date for
Registration : 6th April 2011 by 6.00 p.m
Fees : Open - RM 25
          Under 18 - RM 18
          Under 12 - RM 12

Untuk maklumat lanjut sila klik blog ini

p/s: teman ase cam nak join gak la kejohanan ini.. teman bukan pro sgt pun main catur ni..hohoho.....apa lagi kekawan teman yg diluar sana, meh kita sama-sama join.......

RAMAN EFFECT

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Pagi Semua. Dah solat semuanya kn..Alhamdulillah moga2 awal2 pagi ini hidup kita dicurahi dengan rezeki yg banyak....


seperti yg dijanjikan ari itu, aq ada mentionkan nak tulis satu entri sal RAMAN EFFECT...igt lagi x? ( kalau korunk xigt, wt2 igt sudah..ha3).....Apa yg wat aku beriya2 nak tulis sal RAMAN EFFECT nie? mesti terpingga-pingga kn...mananyer x tetibe jer kuar satu teori baru, RAMAN EFFECT......


Sebenarnya, RAMAN EFFECT ni salah satu konsep/kajian fizik oleh seorang pemenang Anugerah Nobel 1930..hu3~nak tahu apa kajian yg diura2kan...


Klik Utk Besar
nak sape Uncle yg introduce RAMAN EFFECT ini, aku ada try tanye uncle Google kot2 uncle Google ada simpan gambar ke....

Tu dia habaq mAi....hensem gak upenyer Uncle Raman nie...

hu3...tapi knape aku nak tulis sal RAMAN EFFECT? apa motif aku sebenarnya? ho3~ sudah tahu bertanya pula la kan....sebenarnya aku nak share pasal RoOmAte aku utK Sem 2 di UNIKL ini ha..
panggil Raman or Abg Aman ( tersentap aku )kui3~~

Apa kena mengena rOomAte aku ni ngan RAMAN EFFECT? 
ha3~ sebenarnya aku pinjam tajuk RAMAN EFFECT jer...bukannya nak kaji balik kajian fizik itu.....< igt aku ade masa ke utk semua itu...hi3>
aku cuba nak cerita sal roomate aku jer....sejauh manakah effect roomate aku sorunk ni terhadap diri ku...ha3~~
Ade effect ke? ade la sikit2 tapi xbanyak...hahaha...

oppsss.....korunk nak kenal ke sape roomate aku aka RAMAN ini?
nak aku tunjukkan gmbarnya, sorry yer, aku lupe nak minx izin...hahahaa....lain kali aku dedahkan gmbar Raman...hahaa....

kenapa aku amik tajuk entri nie utk describe sal raman ek?
ye la, setelah hmpir 1 semester duk sebilik ngan dia, ade la sikit2 aku tahu sal dye ni even xtahu semua...hu3~

BUDAK RAMAN NIE.....

COOL orunknyer
SPORTING orunknyer
MATURED orunknyer..ofcos la umur pun dh lebih dari aku...ha3~~
MYSTERIOUS orunknyer.....hu3 seram2....
yg paling aku....
KUAT TIDUR ORUNKNYER.......
2 X 5 ngan aku la.....ha3~~

agak2 korunk la...tang mne yg RAMAN EFFECT ni bg kesan kt aq? cer fikior sikit...hahahaa....

p/s: isnin nie ade test Pengajian Islam la......kalau nak thu sedikit info tmbhn psal roomate aq nie, die nie Class Representative utk subject nie......ciri2 suami yg baik dh ade tuh.......huhuhuhu

~Isi Hati~ C.I.N.T.A

Wahai Sahabat Ku...
Sedikit Nukilan Ku...
Agar Diri Kamu & Aku...
Dapat Memahami Erti Cinta Itu...
Agar Tidak Kita Terus Dikuasai Hawa Nafsu...

Cinta Allah Tidak Mudah Berganti
Cinta Manusia Silih Berganti
Cinta Allah Itu Suci Tulus Hingga Ke Mati
Cinta Manusia Selalunya Berakhir Dengan Kebencian
Cinta Allah Memupuk Ketaqwaan
Cinta Manusia Merintis Kepada Kemungkaran

Cinta Allah Tinggalkan LaranganNya
Cinta Manusia Meninggalkan syariatNya
Cinta Allah Menyuburkan Keimanan
Cinta Manusia Menghakis Keimanan

Cinta Allah Mematikan Nafsu
Cinta Manusia Mengabaikan Maha Pencipta

Cinta Allah Mengukuhkan Keimanan
Cinta Manusia Menguatkan Kelalaian
Cinta Allah Meredhakan Ujian
Cinta Manusia Tewas Godaan Syaitan
Cinta Allah Tiada Pengakhirannya
Cinta Manusia Berubah Mengikut Masa

Cinta Allah Diiringi Rahmat & Kurniaan
Cinta Allah Disulami Redha & Keampunan
Cinta Manusia Menambahkan Keresahan
p/s: Kehidupan ibarat putaran roda, sekejap kita diatas, sekejap kita dibawah.. Kehidupan terdiri antara manis dan pahit...Jika hidup selalu disulami memori indah hati akan tersungkur lemah....Jika hidup dipenuhi dengan meratapi memori luka hati akan dikuasai emosi....

Monday, March 14, 2011

Tahniah Datuk Lee Chong Wei & Selingan Mentor 5

salam, tercunggap2 aq baru balik dari Kedai Makan Pulau Mutiara BBB Seksyen 1, bukan ape, dari kul 8.30mlm, aq, Raman, Eman dah terpacak di kedai makan.. pasang niat tgok All England Championship 2011, tapi hampeh, boleh plak hmpir semua kedai makan kt area situ sibuk duk tayang MENTOR TV3...wadahel..!!!huhuhu....
Diorunk2 nie xbagi sokongan ke ha? hahaha..pape la...xpatriotik la..hehehe...xley salahkan diorunk gak an.....coz hiburan kan......hehehee........


sempat la tgOk abes 1 round konsert Mentor, aq n rakan2 yg sejiwa 2 ley plak jadi juri awam..hoho....yg xley tahan abes semua kritikan sal vokal la, projection suara, penghayatan lagu la..semua kami balun..wakakaka.....dan2 plak enCik RAMAN wat sesi Trivia Artis Malaysia...hohohoo.
Ini baru kumpulan A yg berentap malam tadi
dh2 kita tinggalkan sal Mentor ni, bukannya fokus utama aku utk menulis benda2 nie...haha...kembali ke perbincangan asal, ALL ENGLAND.....


Sib baek la EnCIk RADIN telefon EnCIk RAMAN " Mutiara on badminton "

pergh......lega ase hati nak tgok badminton...huhuu...manenyer x, ade ke semua kawasan duk tayang Mentor.....mahunyer panas hati wa n geng2 wa...hahahah...bajet ade geng jer........

Mula2 tgOk, game beregu utama Malaysia, saat ni la paling dramatik, mang terbaek la aku bg kt pemain Malaysia tu, maen dgn bersungguh2...walaupun kalah, perak pun perak la.....janji anda dah berusaha.....Congrat!!!!

abes jer beregu tadi..kami semua sepakat ala-ala kampung pening lalat, pulang ke hostel...ye la, perlawanan tumpuan lambat agy nak start.....kul 12 baru start..hohoho.....

semua kluar tepat jam 12.05pagi...serbu itu Pulau Mutiara....

Barisan Penyokong Kami :-
Encik RADIN, Encik NIK, encik UcHA, EnciK RAMAN, EncIk HAniff, EncIk AmmAR, Encik Eman, EnciK BoB, Encik Zack , EnCik adAn dan xlupe juga kepada EnciK AhmAD Sabri (Aku)...hohoho

punye la gamat tgok perlawanan antara LCW n LD....yg mengamatkan keadaan adalah disebabkan EnCIk RAdin...wah, bangga aku tgok still ada anak Malaysia yg ade semangat PENYOKONG cam Ultras Malaysia...hohoho...u r da MAN ENCIK RADIN...hehehehe...

dRAMATIK JUgA game Nie.......nyaris2 LCW menang....hohoho....set 1 choNg Wei Menang ma...21-17....mahunyer tersipu2 si Lin Dan 2...hahahahaha


Masuk set 2, Lee ChoNg Wei tanpa seGan siLu meneruskan rentAk seorang Juara dengan memaksa Lin Dan tersentap dengan gaya sentaP....hahaha..kecian la Lin Dan, bajet dh menang dh td...apakn daya bukan nasib anda kali ini...kempunan nak menang buat kali ke LIMA......


Takziah buat Lin Dan...











VIDEO PERLAWANAN SET 1


VIDEO PERLAWANAN SET II


sekian la......t aku update benda lain plak..malam nie teruja lak tengok badminton...huhuhu

p/s: sindrom baru merebak di kampus aku, SENTAP SINDROM??apakah semua ini?? nanti aku cuba cari maklumat..hahahhaaa

Thursday, March 10, 2011

Riadah

salam...
aq kepenatan la plak..manenyer x semalam duk main badminton ngan encik RAMAN...



huhuuu.....gamaknyer macam nie la gaya aku maen semalam..terrer x aku .hahahaa...dh lama xmaen badminton....ntah semalam tetibe je nak maen badminton padahal bukan reti mana pun...huhuhu..

rasenye, lepas nie aq nak jadi badminton sebagai aktiviti riadah la plak...oppsss, enCik AHmad Sabri, sudah terlewat la nak beriadah skunk nie...hahaaha, ye x ye gak an, dh nak abes sem kowt.....kena struggle lebih la kn... start main dalm kul 6.15ptg tamat pada tyme orang azan maghrib...lama x? lama giler2 kn...hahaha....siyes penat la, dengan ye xda warming up n cooling down, aku maen hentam je pukul bulu tangkis..
hebat x aku maen....hebat kn, tapi bila pas maen badminton nie, aku decide yang aku nak join group terbaru...apa group 2???jeng3~~~   wow...EnciK AHmad Sabri peminat sukan badminton plak skunk ni, jangan maen2 ngan aku k...hahahhaa...bajet terrer la plak....tapi yg kelakar, bila pas main badminton, aku dh start sakit2 badan..hahahaa....sakit sana sakit sini, penat nak bagai la...last2 tertidur dek kepenatan.....

maka akibat tertidur, aku terus terlupa nak wat entri pasal encIk RamaN....nanti saya wat entri khas utk Raman k...." RAmAN EffECT"..huhuhu....apakah Raman Effect?? Effect pada siapa?? aku ke? or orang lain?hahahaha...

nantikan new entri dari aku...kalau nak taw sal raman la....kalau xnak, xpe.....=(..huhuhuuu

p/s: Hikayat Merong Mahawangsa dah start tayangan hari nie, semalam sedih coz Yusry xjawab soklan aku........huhuhuu.......