Showing posts with label Ayah. Show all posts
Showing posts with label Ayah. Show all posts

Hadiah Dari ayah

Kali ini ayah ost ke Shenzen, China. Seperti biasa ayah pasti akan belikan ole-ole untuk ibu dan anak-anak..alhamdulillah ayah tak pernah lupa pada kami di rumah ni. Untuk Firdaus ayah belikan jaket yang dah lama dia mahukan...adik-adiknya dah dibelikan.....yang lenlain ayah belikan coklat...banyak sungguh ayah beli di KLIA....lenlain ayah kata tak sempat nak shopping kat sana...tak apalah ayah....
Ini wallet......suka..suka..suka..:)



Yang dua di bawah ini....rasanya tahun lepas ayah belikan untuk ibu sewaktu ayah ke China juga, tapi yang ini bukanlah full leather seperti yang di atas tu...ibu baru pakai satu jer, yang guess tu ibu belum pakai lagi...


posted under | 0 Comments

Selamat Hari Bapa

Gambar tahun 2009 - sewaktu balqis masih baby....


Selamat Hari Bapa untuk ayah tersayang......bapa kepada anak-anak..Amerrul Firdaus, Amerrul Syafiq, Amerrul Rafique, Amerrul Idzham dan Amerra Balqis. Terima Kasih kerana memberikan kasih sayang yang tidak pernah berbelah bahagi, memberikan kami kesenangan, menjadi tempat untuk kami bergantung harap, sanggup bersusah demi kesenangan kami, sentiasa ada diwaktu kami memerlukan ayah, sentiasa ada sewaktu susah dan senang...ayahlah kekuatan hidup kami, ayahlah penyeri hidup kami....kami sentiasa sayang ayah dan sentiasa mendoakaan agar ayah sentiasa diberikan kesihatan yang baik, sentiasa di bawah keredhaan Allah, dipanjangkan usia untuk terus menjadi ayah yang terbaik buat kami dan menjadi pembimbing kami dunia dan akhirat.....

Kad buatan sendiri anak-anak...walaupun rupanya kurang cantik, tetapi ingatan itu yang penting...ibu tak suruh pun...malam tadi ibu, ayah dan balqis keluar pergi cari durian dan rambutan, balik jer anak-anak sedang buat kad..tapi sorok-sorokkan dari ayah



Idzham punya...angah tukang sebut huruf, idzham tukang tulis.....:)
Dari Firdaus
Kata-kata dari Firdaus buat ibu dan ayah tersenyum :)


"walaupun rupa ayah seperti orang yang marah..."




Ini pula hadiah dari ibu...:)


posted under | 0 Comments

Pulang dari Munich, German

Malam tadi, ayah sampai di rumah setelah 15 jam dalam flight dari German transit di Bangkok dan dari Bangkok ke Kuala Lumpur. Ayah sampai lebih kurang jam 9:15 malam. Di sebabkan aktiviti yang packed di German, on the way dari airport Munich, ayah cuma sempat beli keychain dan juga Fridge Magnet. Keychain seorang satu dan fridge magnet untuk ibu ayah kata.




Ini keychain, dari kiri ke kanan...Balqis punya, Idzham, Rafique, Angah dan kanan sekali Firdaus punya.

Okk......ini bukan ole-ole dari German, tapi semasa di KLIA tadi ayah sempat belikan ibu bangle :), Actually, dah lama usha bangle ni...dah pergi ke Habib di Melaka, Poh Kong, tapi tak ada design yang menarik minat ibu atau pun ayah. Kebetulan malam tadi..ayah singgah dan nampak lah design yang ayah kata nampak cantik dan solid..agak berat jugalah bangle ni..dengan harapan ibu sukaaaaa. Memang ibu suka pun...lagi pun ibu tahu..taste ayah lagi tinggi dari ibu..dan ibu tak perlu risaulah bab tu :)




THANKS AYAH...terima kasih daun keladi..heheh

posted under | 2 Comments

Kudap-kudapan untuk ibu dan anak-anak



Hari ini ayah akan bertolak ke German selama 5 hari. Kebetulan pula orang yang biasa jual bahulu kegemaran ibu dan rempeyek kegemaran ayah dan balqis datang, jadi ayah borong sampai 3 bekas setiap satunya. Ayah kata....nanti malam-malam ibu tengok tv ke berFB ker boleh la makan ...heheheh...adehhhhh...makin kembang setaman la ibu dek bahulu nanti......dah tu benda di depan mata..asyik ngap sajerlah....

Sudah la ibu ni makin berisi..bak kata ayah..dah macam "ayam tesco sudahhhh"......hahaha...tapi itulah ayah..sebelum ayah ost ke mana-mana mesti ayah akan siapkan segala keperluan di rumah..ayah kata tak mahu ibu susah-susah pergi beli barang keperluan....semua dah tersedia kat rumah.....dari dulu ayah memang akan pastikan semua sekali ok di rumah..baik anak-anak...pun segala ubat-ubat untuk demam, batuk, selsema pun ayah dah siapkan.....sebab itu lah ibu dan anak-anak sayang kat ayah.. :)

posted under | 0 Comments

Ayah dan kerjanya....

Majlis ini berlangsung pada 19 Mei 2011, Majlis menandatangani MOU diantara Akademi Teknologi Hijau dan syarikat bersama Pemandu untuk melaksanakan program sangkutan latihan industri hijau di Renaissance Hotel, Melaka.

Tak dapat nak mengulas panjang...ibu abadikan gambar-gambar sekitar tugasan ayah sebagai kenang-kenangan untuk tatapan anak-anak nanti....










posted under | 0 Comments

Ayah ke Singapore

Jumaat baru ni ayah telah pergi ke singapura. Sepatutnya ayah ke Singapore selama 3 hari iaitu sehingga ahad, tetapi ayah telah singkatkan kepada sehari sahaja. Pagi ayah bertolak ke Singapura dan kemudian dalam pukul 2 pagi ayah sampai di rumah. Lawatan ini adalah bersama Ketua Menteri Melaka untuk program promosi pelancongan dan industri melaka dan perjumpaan rasmi dengan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri Singapura, Mr. Lim Hng Kiang .




posted under | 0 Comments

Lawatan Ayah bersama Ketua Menteri Melaka ke Taiwan

20 April 2011 - Rabu

Ahad lepas, ayah telah berangkat ke Taiwan untuk lawatan kerja selama dua hari bersama Ketua Menteri Melaka dan beberapa Pegawai lain. Ini sebenarnya lawatan untuk mempelajari beberapa teknologi yang mereka gunakan terutama dalam Kitar Semula, yerla kan Melaka kan sedang giat berusaha untuk menuju ke arah Bandaraya Teknologi Hijau. Ibu tak pandai sangatlah nak mengulas tentang lawatan ini, tapi yang ayah cerita, antara yang mereka lawati adalah bangunan yang diperbuat dari botol-botol kitar semula. Gambarnya nantilah ibu cari...ibu letakkan di sini.

Kalau tak silap ibu gambar ini di ambil ketika berada dalam bangunan yang dibina dari botol-botol yang telah dikitar semula, nampak belakang tu ....





Gambar yang lain-lain tu..nanti ibu update kan lah perjanjian antara Taiwan dan Melaka berhubung dengan kerjasama dalam Teknologi Hijau ni.

posted under | 0 Comments

Ayah dan Ketua Menteri Melaka

13 March 2011 - Rabu

Ini beberapa gambar sewaktu ayah bersama Ketua Menteri Melaka pergi melawat operasi kedai-kedai di sekitar Kota Fesyen MITC.


Waktu ini kan, ibu ada dalam kereta...hahaha..nampak tak Waja sebelah kiri tu..haaa..ibu dengan Balqis kat dalam tu lah....sebabnya waktu ayah dipanggil tu, ibu dan ayah sedang ada urusan , kerana nak cepat ayah bawa ibu bersama, lepas tu baru lah ayah hantar ibu balik.

Sebab tu, tengoklah ayah punyalah santai...bertshirt Hard Rock Cafe lagi.....



Ini pulak sewaktu di serambi rumah Ketua Menteri Melaka, waktu ni ibu tak ikutlah..ibu dah kat rumah dah.....:)


posted under | 0 Comments

JAKPAW

19 March 2011 - Sabtu

JAKPAW ialah ringkasan kepada Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah. Sebagai salah seorang ahli JAKPAW Negeri Melaka, ayah telah menyertai Lawatan Kerja JAKPAW Negeri Melaka ke Negeri Perlis bermula dari 17 March -20 March 2011. Di sana di samping aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan dua hala antara ahli JAKPAW Negeri Melaka dan juga Negeri Perlis,di adakan juga latihan menembak yang dilangsungkan di Lapang Sasar UUM. Di sini ayah telah berlatih menembak menggunakan M16 dengan 100 peluru hidup. Fuhhhh.pengalaman yang sangat berharga. Heheheheh.ini entry yang ibu buat, so ibu tak pandailah nak mengolahkannya...mungkin kena tunggu ayah balik dan ayah ceritakan pelbagai pengalaman dan ibu boleh terus menulisnya di sini. Jawatan ayah dalam WATANIAH ni pun ibu dah lupa lah..nanti ibu tanya ayah..:)




posted under | 0 Comments

Ayah - Melaka Hari Ini

30 December 2010 - Khamis

Berita tentang ayah ada disiarkan di Akhbar Rasmi Negeri Melaka...iaitu Melaka Hari Ini pada 24 December 2010, di mana Ketua Menteri Melaka telah mengumumkan ayah menjawat satu lagi Jawatan baru iaitu Pengurus Besar Rumah Media Melaka (RMM) di samping tugas ayah sebagai Pengarah K-Ekonomi. Bulan lepas, ayah juga telah diumumkan mengetuai satu agensi baru iaitu Institut Teknologi Hijau.
Dengan bertambahnya jawatan ayah ini bermakna kerja ayah akan bertambah. Semua ini ayah terima dengan penuh tanggungjawab dan ibu serta anak-anak sentiasa mendoakan agar ayah dapat laksanakan tanggungjawab ini dengan baik dan cemerlang. Doa kami sentiasa mengiringi ayah. Semoga anak-anak akan mencontohi ayah, kerja ayah dan dedikasinya ayah terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan.











posted under | 0 Comments

Konvo - We Were Rushing

24 December 2010 - Jumaat


Entry kali ni masih lagi berkisar tentang foto-foto yg baru sahaja diupload masuk.....

Kisahnya disebalik Majlis Konvo ayah.....


Ini ketika baru sampai...lihatlah wajah anak-anak ibu..semua baru bangun tidur..apa tidaknya bangun pukul 3 pagi dan bertolak pukul 4 pagi..so....semua ZZZZZzzzzzz dalam keretalah, Ayah drive dari Melaka hingga ke Shah Alam.





Gambar ini ketika awal pagi, sebelum masuk ke Dewan...ayah kata.." Saya budak gemuk..." hahahahhah...... tulung... tulungg..... ayahhh.. bukan ibu yg cakap yer... statement ni keluar dari mulut ayah..... hahahha.



Ketika menunggu ayah, puas ibu melayan Balqis




Ketika ayah menunggu di dalam Dewan untuk penyampaian Ijazah oleh DYMM Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, ayah mendapat panggilan dari boss ayah (sesiapa yang tau kerja ayah..mesti kenal dengan boss ayah ni....:)), mengatakan meeting akan dibuat pada pukul 3 petang di Melaka. Walaubagaimana pun ayah telah memaklumkan bhw ayah mungkin sampai agak lewat memandangkan ayah sedang menghadiri majlis konvo.

Ayah keluar dari Dewan sahaja, kelam kabut ayah cari ibu dan anak-anak, di mana ketika itu Balqis dan Idzham baru bangun tidur dan Balqis sedang mengamuk memandangkan tak cukup tidur. Dalam suasana kelam kabut tu, sempatlah ibu dan anak-anak hadiahkan sejambak bunga dan sempat la ambil gambar dalam keadaan yang nak cepat.

Inilah gambar yang diambil dalam keadaan kelam kabut. Tengoklah Balqis sedang menangis, dan idzham pulak sedang mamai..baru bangun tidur.



Selesai bergambar ni, ayah tak sempat pun hadiri jamuan untuk pelajar PhD. ayah terus memulangkan robe dan terus kami balik. On the way tu, singgah McD..drive thru untuk beli makanan dan makan dalam kereta. Sepanjang perjalanan tu, laju jugalah ayah bawa kereta.... sampai jer rumah, ayah turun kereta, ambil kot, ambil kunci kereta dan terus bergegas ke office... phewwwwwww..... kasihan ayah......


posted under | 0 Comments
Older Posts Home

Followers


Recent Comments