Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Korang Kenal Tak Ini Budak?


Amacam? Ada gaya tak? Hehehe...


Bergaya di atas kerusi pinjam dari tuan kedai buah-buahan di Padang Besar. Terus di takle oleh anak gadis tuan kedai.

Macho tak? Huhuhu.. tu bukan buat gaya macho. Tapi buat muka sedih sambil memandang kedai mainan kat depan. Ayat-ayat godaan dia tak berjaya nak leburkan hati ibu yang kedekk.



Superstar? Ni kerja Azim dan ayah time boring sebab ibu membuta. Malas nak layan dua beranak yang suka berlawak dan berkuntau. Jadi ikut suka korang la. Jangan sepah lebih2 sudah, kang ada yang ada yang kena tahan telinga sambil muka tersengih dengan public speaking dari ibu.


Hensem tak saya? Ni gaya terbaru yang dia suka buat. Pastu tanya enchem?
Aku mesti tanya balik sapa yang hensem?
Penuh yakin menjawab -Ajimmmm

Bila dah tengok korang rasa kenal tak budak ini. Budak ni sekarang sudah panjang akalnya. Dah banyak kerenah dan banyak permintaan. Pandai buat lawak pulak tu sekarang ni. Hobi terbaru dia adalah memakai cermin mata hitam. Kalau berjalan dia akan bawa cermin mata hitam dia. Tapi aku tak bagi pakai lama-lama sangat. Aku suruh dia pegang jer. Dah 3 cermin mata yang dia ada. Semua hasil dia mempau ayah dia di stesyen minyak. Tempat favourite Azim adalah kedai minyak. Mungkin sebab dia rasa kat kedai minyak tu ada banyak barang yang dia suka kot. Asal nak keluar jer ajak pegi kedai minyak. Dah nampak kedai minyak dia suruh singgah la pulak. So, bila nampak kedai minyak kitaorang akan cakap, ok Azim kata bye-bye kedai minyak, lain kali Azim datang yer. Hehehe, dengan muka terpaksa rela dia pun melambai-lambai kedai minyak, byeeeeeeee (dengan muak yang sedih).

Tak dapek ler ibu ngan ayah ko nak bawa gi kedai minyak selalu. Asyik kena pau jer. Udah lah barang-barang di kedai minyak lebih mahal dari kedai biasa.







Tuesday, March 15, 2011

Rotavirus

Entry ni sebenarnya dah lama nak buat tapi asyik tertangguh ja. Kesibukan dengan agenda mengemas rumah dan berpindah. Kebetulan malam ni ada kelapangan. My Little Hero Azim tido awal. Baju Mr. Hubby dah iron dan kerja rumah dah siap jadi adala peluang untuk tulis entry ni.





Pertengah bulan februari, lepas birthday aku Azim muntah-muntah, cirit-birit dan demam. Risau gak kami. Mula-mula start dengan muntah-muntah. Asal minum jer sendawa terus muntah. Sampai Azim sendiri naik takut. Mula-mula aku risau pasal takut-takut dia jadi batuk berkahak balik. Sebulan sebelum tu dia kena selsema, batuk dan demam ( yang ini nanti aku buat satu entry untuk share info dengan kawan-kawan semua ye). Start pukul 11 malam Azim muntah sampai pukul 3 pagi (4 kali muntah). Aku dan Mr. Hubby dah risau, so kami buat keputusan bawa jer pegi klinik. Dah jumpa doktor, doktor cakap perut dia banyak angin jadi cara nak hentikan muntah tu dengan bagi Azim poopoo. Doktor jab ubat ikut bontot. Tak sampai 5 minit terus poopoo dengan banyaknyer. Doktor cakap akan poopoo lagi. Ok doktor bagi ubat angin dan ubat tahan muntah.

Cakap pasal ubat tahan muntah yang ini aku tak berani nak bagi sebab ada kawan aku cakap aritu anak dia muntah-muntah, bila pi klinik doktor bagi ubat tahan muntah. Tapi bila ambik ubat masih muntah-muntah. Bila bawa ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), doktor sana marah sebab dia kata ubat tu boleh menyebabkan sawan. Nauzubillah. Sampai pukul 6 pagi, Azim muntah 2 kali lagi (dah 6 kali). Sekarang masalahnya dia tak mau minum air atau susu. Dah trauma. Dah letih juga aku tengok. Telefon mak kat kampung. Mak suruh bawa pegi hospital saja, sebab takut dia dehidrate pulak. Sekali lagi Azim ke An-Nur. Doktor suruh masuk wad untuk tambah air. Sedihnya hati ibu. Bila masuk wad, muntah dah tak ada tinggal cirit-birit saja. Tetiba demam pulak. Bila demam ibu lagila susah hati. Doktor cakap antibodi Azim sedang melawan virus tu. Ini adalah normal. Ada sekali suhu naik sampai 40 darjah celcius. Azim sampai menggigil. Risau dan sedih sgt hati ibu. Ibu dan ayah kuatkan hati. 5 hari 4 malam juga kami berkampung dekat An-Nur tu.

Pelajaran baru yang ibu dan ayah terima ialah bila demam menggigil, untuk bayi selimutkan dulu sehingga gigil tu hilang. Selalunya masa menggigil badan bayi sejuk. Lepas selimut beberapa ketika badan akan jadi panas dan gigil akan hilang. Masa ni kita hendaklah spogging badan anak kita. Basahkan kepala, celah ketiak dan celah kangkang. Ini membantu menurunkan panas badan. Pakaikan baju kapas yang longgar-longgar. Ini aku dah pernah cerita dalam entry lepas - pasal demam.

Rotavirus tak ada ubatnya. Ia akan baik dengan sendiri apabila virus habis keluar melalui najis. Di sini kita perlu pemerhatian yang teliti sebab, bayi akan kekurangan air. Dehidrate cukup merbahaya. Rawatan yang Azim terima ialah pemantauan yang kerap, susu dan makan dikurangkan cuma bergantung dengan drip sahaja. Sedih sangat-sangat tengok Azim letih sahaja. Hati jadi lagi sayu bila Azim bangun Azim senyum kat ibu. Menitik air mata. Azim memang kuat dan tabah. Dia tak merengek dan sebolehnya dia nak aktif macam biasa cuma terhalang oleh drip air di tangan.

Seminggu aku tak tido. Setiap masa dan saat hanya untuk Azim. Masa tu makan pun tak rasa apa-apa. Masa tu hati dan jiwa aku teringatkan mak kat kampung. Aku tau mak risau tapi dalam masa yang sama mak sibuk dengan persiapan untuk menunaikan umrah. Aku cakap kat mak, tak pa jangan risau. Nanti apa-apa cheq habaq kat mak. Lepas habis cakap dengan mak aku mesti menangis sambil peluk Mr. Hubby. Inilah cabarannya bila kita jauh dari keluarga dan saudara mara. Nilai yang perlu kita bayar bila diperantauan.

Di sini aku nak share info pasal apa itu rotavirus:

Kita kena perhatikan dan awasi anak-anak apabila mereka muntah dan cirit birit. Muntah dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun ianya amat berbahaya bagi bayi. Bagi kes yang normal, muntah adalah cara badan kita mengeluarkan toksin daripada perut dan ianya bukanlah diklasifikasikan sebagai kes serius. Kebanyakan kes tersebut biasanya akan pulih dalam tempoh beberapa jam. Namun begitu, ibubapa perlu bimbang sekiranya suhu anak mula meningkat dan diikuti dengan muntah atau cirit-birit yang berpanjangan. Ini kerana kajian menunjukkan cirit- birit adalah merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia. Di Malaysia, dianggarkan 35 hingga 50 peratus daripada kes kemasukan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun di hospital akibat cirit- birit teruk adalah berpunca daripada jangkitan Rotavirus.

Apa itu Rotavirus?
Rotavirus adalah sejenis virus yang amat mudah berjangkit dan boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit manusia, malah mampu bertahan beberapa hari di atas permukaan objek keras dan kering. Ini bermakna virus ini mudah merebak melalui air atau makanan yang tercemar. Penyebaran virus juga boleh berlaku melalui orang dewasa yang dijangkiti atau yang menguruskan bayi yang telah dijangkiti.

Virus ini mampu hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Ia dikenalpasti menjadi punca berlakunya masalah cirit- birit di kalangan bayi baru lahir khususnya di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 6 hingga 24 bulan. Rotavirus sangat mudah tersebar dengan cepat melalui kitaran najis ke mulut. Ia amat mudah berjangkit melalui sentuhan biasa di kalangan kanak-kanak. Virus ini boleh berada di mana-mana khususnya permukaan lantai, tombol pintu atau alat permainan kanak-kanak.

Perkataaan “Rota” yang bermaksud roda kerana bentuk virus ini seperti roda apabila dilihat dibawa elektron mikroskop. Dalam kebanyakan kes,kanak-kanak yang berusia lebih daripada 3 tahun yang mendapat penyakit ini selalunya tidak perlu dimasukkan ke dalam wad di hospital. Malangnya jangkitan Rotavirus pada kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun boleh menyebabkan keadaan yang agak serius malahan boleh membawa maut.

Walaubagaimanapun, jangkitan Rotavirus di kalangan bayi berusia di bawah umur 3 bulan yang menyusu badan selalunya tidak begitu serius. Ini adalah kerana terdapatnya ‘passive immunity’ daripada ibu dan juga perlindungan daripada susu ibu. Kebanyakan kanak-kanak boleh dijangkiti Rotavirus sebelum berumur 5 tahun. Dengan jangkitan yang berulang, seorang individu akan meningkatkan tahap immunitinya terhadap jangkitan virus ini.

Punca jangkitan Rotavirus

Pada kebiasaanya, muntah dan cirit-birit kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang dijangkiti Rotavirus biasanya akan mengalami demam, muntah dan diikuti pula dengan cirit-birit yang teruk dengan najis yang berair . Kanak-kanak tersebut turut mengalami dehidrasi kesan daripada muntah serta cirit birit. Malahan yang membimbangkan lagi, mereka juga biasanya berdepan dengan masalah menghadam laktosa disebabkan maslah yang berterusan. Walaupun ianya berpunca mungkin disebabkan oleh keracunan makanan, sakit perut atau meningitis, namun kebanyakan kes yang sering dialami oleh kanak-kanak dan bayi adalah disebabkan oleh jangkitan virus dan dikenali sebagai Gastroenteritis Akut.

Gastroenteritis biasanya dikaitkan dengan masalah radang perut dan usus. Walaupun selalunya ia tidak begitu serius kepada kanak-kanak, namun ia juga boleh membahayakan dan dalam sesetengah kes ianya dapat mengancam nyawa bayi. Penyebab utama gastroenteritis adalah sejenis virus yang dipanggil Rotavirus.

Virus ini menjangkiti usus manusia dan mudah merebak. Ianya dapat masuk ke dalam usus kita melalui mulut. Cara jangkitan adalah melalui “feco oral” ataupun dari najis ke mulut. Oleh kerana virus ini mudah merebak, wabak ini amat senang berlaku khususnya di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak atau TASKA.

Justeru itu langkah pencegahan adalah amat penting dan pemantauan perlu dibuat dari masa ke semasa.

Apakah simptom jangkitan Rotavirus?

Selepas masa inkubasi selama 2 hingga 7 hari, kanak-kanak atau bayi yang mendapat jangkitan Rotavirus akan mula demam diikuti dengan muntah-muntah dan cirit-birit. Najis mereka biasanya berbentuk cecair tetapi tidak berdarah. Demam dan muntah selalunya akan pulih selepas 2 hari namun masalah cirit- birit akan berterusan.

Di kalangan kanak-kanak yang lebih muda terutamanya yang berusia di bawah 2 tahun, mereka akan mengalami ‘lactos intolerance’ iaitu oleh kerana usus mereka tercedera dan kehilangan enzim Laktase, biasanya najis mereka akan bertukar menjadi asid yang mana boleh mencederakan dan menyebabkan punggung kanak-kanak tersebut melecur. Sekiranya masalah cirit birit ini berlarutan,mereka akan mengalami masalah kekurangan air dalam badan (dehidrasi), kekurangan tenaga serta berkeadaan letih. Tanda-tanda dehidrasi di kalangan kanak-kanak adalah mulut dan bibir yang kering, mata terbenam, kurang kencing, sentiasa letih, tidak bermaya serta kelihatan pucat.

Rawatan

Pencegahan adalah lebih penting dari rawatan. Bagi pencegahan di rumah, tabiat mencuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas ke tandas dan sebelum makan adalah amat penting. Bagi ibu- ibu yang menjaga bayi adalah sangat penting untuk mereka mencuci tangan sebersihnya selepas membersihkan najis bayi mereka serta sentiasa memastikan puting botol atau puting payudara berkeadaan bersih sebelum memulakan penyusuan.

Kebersihan peralatan rumah seperti peralatan makanan (sudu, garpu, cawan dan pinggan mangkuk), alatan permainan, lantai serta tahap kebersihan makan yang disediakan perlulah sentiasa berkeadaan bersih. Semua langkah tersebut mampu mengelakkan jangkitan Rotavirus tersebar terutamanya kepada bayi anda.

Oleh yang demikian, langkah-langkah kebersihan adalah sangat penting dalam mencegah penyakit ini. Pesakit yang mengalami dehidrasi memerlukan rawatan di dalam wad di hospital. Dehidrasi dapat diubati dengan kemasukan cecair intravenous ke dalam badan. Rawatan untuk muntah dan cirit birit selalunya terhad dan akan berhenti selepas 2 hingga 5 hari. Jika pesakit mempunyai masalah dengan “lactos intolence” maka rawatan menerusi susu tanpa laktos perlu diberikan selama beberapa hari atau minggu (bergantung pada keadaan pesakit). Penyusuan ibu juga boleh disambung. Ubat demam akan diberikan sekiranya pesakit mengalami demam.

Sekiranya cirit-birit atau muntah tidak begitu serius, pengambilan “oral rehydration salt” (ORS) dengan kerapnya, bergantung kepada kekerapan pembuangan najis pesakit tersebut. Pengambilan antibiotik tidak diperlukan kerana ianya tidak memberi akan memberikan kesan kepada kuman Rotavirus. Satu cara yang paling berkesan dalam mencegah daripada jangkitan Rotavirus adalah melalui pengambilan suntikan vaksin untuk kanak-kanak.

Langkah berjaga-jaga yang umum

Sentiasa menjaga kebersihan., itulah satu nasihat yang perlu ditekankan di mana jua anda berada. Cuci tangan dengan bersih selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan. Ibu-ibu yang sedang dan masih menyusu bayi atau anak mereka digalakkan untuk terus menyusu. Secara amnya didapati susu ibu dapat mengurangkan masalah cirit birit di kalangan bayi atau kanak-kanak.

Kini terdapat 2 vaksin Rotavirus yang boleh diberikan kepada bayi anda. Vaksin ini akan diberikan dalam 2 atau 3 dos bermula dari umur bayi anda di antara 6 hingga 12 minggu dan perlu di habiskan sebelum umur bayi mencecah 8 bulan. Walaupun kos vaksin ini agak tinggi, ibubapa digalakkan untuk memberi vaksin ini kepada anak-anak mereka kerana jika dibandingkan dengan kos rawatan bagi masalah cirit-birit terutamanya yang melibatkan kemasukan ke wad, kosnya sudah pasti lebih tinggi daripada kos vaksin tersebut. Justeru itu kepada ibubapa, buatlah keputusan yang bijak demi kesihatan anak anda.

sumber dari website DarulEhsan Medical Centre Dr. Varughese Koshy Pakar Pediatrik).

Monday, March 14, 2011

Pemilik Bersama: Anak-anak Mudah Meniru

Betula la kata ahli sarjana anak-anak mudah meniru perlakuan ibu bapa dan orang dewasa.

Ini terjadi pada aku. Sekarang Azim suka panggil ayah dia B. Tiru sapa tiru aku la. Habis tu takkan aku nak panggil Mr. Hubby ayah? Dah terbiasala panggil B - mudah, ringkas dan mesra (hahahaha jgn muntah dengar statement aku yer). Kalau aku panggil Mr. Hubby, ayah. Nanti akan jadi kekeliruan pulak sebab aku duk rumah orang tua aku ni. Nanti aku panggil ayah bukan Mr. Hubby yang datang, ayah aku pulak yang datang.

Tak pa. Nanti bila Azim dah faham sikit aku akan terangkan pada dia.

Azim ni tak banyak perkataan dia boleh sebut dengan fasih tapi mulut dia riuh sangat. Kami layan je apa dia bisingkan. Kami dengan pemahaman kami, Azim dengan pemahaman dia. Azim cepatla boleh cakap, nak sembang-sembang dengan Azim ni.

Sunday, March 13, 2011

Pemilik Bersama: Hari Pertama

Hari pertama..Huhuhu..Bermulalah fasa baru. Ececehh..macamla tak biasa. Memang seronok duk dengan mak dan ayah sendiri. Tapi..Ada tapi tu. Mak aku tu kategori yanga rajin. Jadi aku terpaksalah mengikut tune mak aku. Dah sekarang aku ada little hero, jadi terpaksa aku merajinkan diri aku sebelum tunggang tebalik rumah ni. Nasib baik ada tempoh percubaan selama 3 minggu (sekarang mak dan ayah tak dak sebab pi umrah). So aku boleh lah membetulkan tune aku ni..
Padanya jadual aku, dalam erti kata lain banyaknyer aku nak kena buat.
Apa yang perlu aku buat setiap hari:
- Sembahyang subuh sebaik masuk waktu (hehehe..semoga berjaya)
- Pindahkan Azim dari bilik atas ke bilik bawah semoga aku senang buat keja
- Kemas bilik
- Buat sarapan
- Basuh baju
- Sidai baju
- Masak untuk lunch
- Kemas rumah (ini terpaksa buat berulang-ulang kali sebab lepas kemas Azim akan
sepahkan)
- Kutip baju kat ampaian dan lipat (yang ini aku agak malas sekarang terpaksa, semoga
ini menjadi hobi aku :))
- Blog pun aku kena juga jaga (ni selalunya aku luangkan time nap Azim)
- Prepare minum petang
- Bawa Azim main-main kat luar
- Prepare dinner
- Basuh pinggan lagi
- Kemas rumah lagi sebelum tido

Agak-agak sempat ker aku curi-curi masa untuk tido siang ni? Hahahaha..terukkan.

Aduhhh....memang aku letih. Tapi aku akan cuba menyahut cabaran ini. Sudah 2 hari aku di Jitra. Semuanya nampak baik dan berjalan lancar. Hati pun tenang. Mungkin semua depan mata. Suami pun keja belakang rumah jer.

Korang tau, sepanjang aku kawin ni, inilah kali pertama Mr.Hubby balik lunch kat rumah dan kami lunch bersama-sama. Best wooo..

Semoga aku terus berjaya. Caiyok..caiyok. Jangan sibuk dengan kerja rumah jer. Masa untuk Azim pun aku kena balancekan. Yang penting aku ajak Azim buat keja sama-sama aku. Sambil sidai baju aku nanyi lau ABC dgn dia. Azim ni yang dia ingat B, C, G.

Thursday, January 21, 2010

Pemilik bersama - Anak Ibu Suka Mandi

Azim tak ada masalah untuk mandi. Sejak dalam pantang Azim di ajar mandi 2 kali sehari. Aku mula mandikan Azim sendiri masa umur dia 1 bulan. Sebelum ni dengan bantuan mak atau mak cik liza (mak best friend). Terima kasih banyak-banyak untuk makcik liza yang setiap pagi tolong mandikan Azim bila mak pegi kerja.

Bila aku nak mula bekerja. Aku awalkan sikit waktu mandi Azim. Waktu tu pun aku fikir sesuai dengan waktu Azim nak tido. Dalam pukul 8 pagi aku dah mandikan Azim. Selepas tu awalkan sikit kepada pukul 7.30 pagi. Sekarang Azim mandi dalam pukul 7 pagi. Setiap pagi aku & Mr. Hubby yang mandikan Azim bersama-sama. Lepas siap-siap kan dia comel-comel baru hantar gi rumah pengasuh. Bukan pengasuh tak nak bagi mandi tp ini yang aku dan Mr. Hubby dah setuju bersama. Azim anak kita jadi sebolehnya setiap perkara penting dalam hidup dia mesti bermula dari kita di rumah. Tapi petang pengasuh minta kebenaran nak mandikan Azim. Lagipun Azim dah biasa antara pukul 4.30 petang hingga 5.30 petang. Masa tu tengah tido pun dia mesti akan terbangun sendiri. Pastu merengek-rengek. Bila mandikan dia, dah tukar pakaian. Pakai bedak, muka Azim sentiasa berbedak (ini tok yang ajar, tok kata tak pakai bedak tak comey, nampak comot). Dah siap bagi minum susu Azim akan tido balik. Tapi dia pun dah pandai pukul 6.30 petang bangun balik sebab time ni ayah dia nak datang ambik.

mandi manda

dalam besen

Sekarang nampak jer tempat mandi, Azim dah jadi girang. Aku basuhkan dulu kaki dia sebelum masukkan dia dalam tempat mandi. Azim sekarang dah pandai main tepuk-tepuk air. Sambil mandikan Azim, aku akan bacakan doa untuk dia, sambil aku cuci muka dia. Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kesihatan yang terbaik untuk anak ku, kurniakanla diaa umur yang panjang dan terhindar dari sebarang bencana.

Sambil basahkan kepala Azim aku bacakan doa, Ya Allah Ya Tuhanku jadikanlah Muhammad Aly Azim anak yang beramal soleh, berakhlak mulia, patuh kepada orang tua dan bijaksana. Jadikanla anakku ini insan yang berjaya dan seindah namanya.

Bila malam pun sebelum tido kami bacakan doa yang sama untuk Azim.

Semua ibu bapa mengharapkan kejayaan dan kesempurnaan untuk setiap anak mereka. Macam tu la juga kami.


Tuesday, January 12, 2010

Muhammad Aly Azim - 6 month

Sekejap saja masa berlalu. Dah 6 bulan our little hero. Macam baru sebulan dua masa berlalu. Masih teringat lagi kenangan di HKL. Dah memang takdir tertulis Muhammad Aly Azim dilahirkan di HKL. Ingatkan our little hero boleh jadi orang Kedah. Tapi tak kisahla asalkan semua selamat dan sihat. Alhamdulillah perkembangan dia memberangsangkan. Makin bijak. Dah pandai mengangkat bontot dan bergerak kebelakang. Hehehehe. Seronok sangat tengok perkembangan dia. Makin manja udak uchuk ni. Setiap hari tak sabar nak balik rumah.




Monday, November 30, 2009

Muhammad Aly Azim Azmi


Taraaa....Inila hero kami. Muhammad Aly Azim. Panjang ker nama tu? Kami rasa mcm ok jer. Cuba korang sebut. Muhammad Aly Azim. Tak panjangkan.




Semoga nama ini menjadi doa untuk hero kami ni.


Muhammad bermaksud yang terpuji & dirahmati


Aly (sebutnya Ali, hehehe standard la nak gak anak kami glamour) maksudnya yang mulia & yang tinggi kedudukannya.


Azim bermaksud yang besar (yang besar kedudukannya bukan gemuk ok).