Thursday, December 26, 2013

siapa berani nak curi hahhh





dulu kecik-kecik mesti biasa buat kan.. hahaha..




Sunday, December 22, 2013

si penjaga pameran


I am soooo excited about this, sebab ini adalah event pertama yang aku terlibat selaku warga pusaka.. yey! dimulakan dengan mesyuarat perlantikan AJK.. orang baru macam aku tak diberikan peranan yang berat sangat.. hanya lebih kepada watch and learn.. errr... sebenarnya, bos tak cakap camtu pun, aku yang assume sendiri.. hahaha.. that was my expectation.. but what i really get?

Masa mesyuarat AJK, aku cuti.. so keesokan harinya, aku dapat tau aku kena jaga pameran dengan kak anum dengan kak nab.. pameran?? adoi, lembik lutut den.. orang yang jaga pameran ni kena la orang yang expert.. dibuatnya jkkk kampong, penghulu dengan tok imam pakat serbu aku tanya macam-macam, mampuih! aku ni baru setahun jagung.. setahun pun tak sampai..  jangan la pressure saya sebegini rupa pak cik oii.. berat ni.. tapi dilihat dari sudut yang positif, dari sini la aku boleh belajar.. experience is the best teacher.. hah, pandai tak aku sedapkan hati sendiri?

Macam kenduri kawin la, beberapa hari sebelum tu dah sibuk nak nak kopek bawang, siang ikan.. tapi ni nak buat seminar, so sibuk nak prepare goodies.. ada 400 beg yang perlu diisi dengan buku nota, pen, pamplet, handouts dan tentatif program.. dan ada 20 mulut yang tak reti nak diam.. hahaha.. adat rewang, memang meriah la.. tangan jalan, mulut pun jalan.. 

 buat-buat buat kerja....


 bereh! 

Sehari sebelum kejadian, pergi melawat tapak dulu.. bos kata, nak bagi gambaran tentang perjalanan program esok.. sambil melawat tapak, kena angkut barang jugak.. staf plak semua pompuan.. alahai... terpaksa la bos kerja lebih sikit.. esoknya demam.. huhu.. sori bossss..

Pada hari kejadian, alhamdulillah semua berjalan lancar.. hadirin pun ramai.. semua pihak nyata berpuas hati dengan pelaksaanaan dan penganjuran program tersebut.. tepuk la sikit *crowd applause*..

 
jaga pameran la sangat...


pakcik daftar sebab nak beg...


dapat sambutan hangat yolls...


 
sesi ceramah bermula...


lepas dengar ceramah mesti lapar kan...


kat dalam tengah ceramah, kat luar ni la keje nya...


 
posing lagi...


 
otw nak gi makan posing jugak...


the VIPs..


orang-orang kuat.. ke orang kuat-kuat?



macam mana pulak dengan aku di meja pameran? hehhh... remember the butterflies in my stomach? they all died due to lack of air.. hahaha.. honestly, lega sangat sebab tak ramai yang tanya soalan pelik-pelik.. kalau ada yang aku boleh jawab, aku jawab.. kalau aku tak tau, aku rujuk pakar.. as simple as that.. aku yang suka pikir banyak serabutkan kepala.. rambut gugur jangan salahkan kelemumur..


Thursday, December 12, 2013

prevention is wayyyyy better than cure



kat opis ni memang dah ramai collegue yang ambil cuti sebab anak tak sihat.. aku pun naik risau sebab orang kata sekarang ni memang musim demam.. aku tau maksud musim, maknanya merebak! hah, dah masin mulut aku.. iman pun jadi tak sihat jugak.. mula-mula selsema, lepas tu batuk, lepas tu demam.. adoi, seksanya la menjaga anak sakit.. manja dia lebih sikit.. kita paham, dia tak sedap badan, sebab tu asyik merengek je.. asyik nak berkepit, nak dukung, nak peluk, ni tak nak, tu tak nak.. daripada lasak dan hyperaktif, jadi slow dan lembik.. hingus meleleh, batuk berkahak, hidung tersumbat.. sedih sangat.. bila dia menangis, kita pun rasa nak menangis jugak.. time ni betul-betul menguji kesabaran.. dan bila badan kita dah letih dan tak cukup rehat, apalagi, kita pun demam jugak.. parah! maka anak beranak kena pergi jumpa doktor.. bankrapsi ibuknya.. huhuhu..






yang anaknya pulak punya la anti dengan ubat.. kita bagi cara baik dia buat sama ada tak mo bukak mulut, atau luahkan balik, atau telan jugak tapi lepas tu muntah.. bila campur dalam susu, dia boleh detect ada kehadiran bendasing dalam susu dia, terus tak mo minum.. bijak, tapi tak bertempat.. dah tak nak makan ubat camne nak baik.. dekat dua minggu gak la nak sembuh.. jenuh bapaknya lah terpaksa rela menjadi misi menjaga dua orang sakit kat rumah.. untung bapak antibodinya kuat sikit.. hah, jangan bagi masin lagi mulut aku.. choi!! 



Tuesday, November 19, 2013

back by popular demand


ema, ko tak payah over boleh tak? back by popular demand adalah sangat melebih-lebih okay..


sedih pulak aku tengok... terharu pun ada.. macam menunggu durian tak jatuh.. macam menunggu bonus tak masuk.. huhuhu.. teringat dulu masa nak berpisah sorang pergi utara, sorang pergi pantai timur, kami dah buat pinky promise bahawasanya kami akan sentiasa keep in touch, contact-contact, fb-fb dan update blog cerita suma perkara tentang how's life, how's work, how's family.. tapi disebabkan kesibukan life, work dan family la maka blog pun bersawang..

sebenarnya memang banyak story yang aku nak share tapi tak berkesempatan nak taip menaip ni.. tapi demi tuanku puteri princess serenity (siap promote blog lagi.. hihihi..) patik akan cuba merajinkan diri mengemaskini blog...hopefully bukan hangat-hangat tahi je yoooo....



Thursday, November 14, 2013

Subhanallah! Puncak Gunung Yang Rata Menakjubkan



Gunung menakjubkan ini seluas 31 kilometer persegi. Puncaknya yang rata ini menjanjikan pemandangan yang menakjubkan. Seolah-olah kita berada di sebuah kayangan kerana di kelilingi awan memutih. Gunung Roraima juga dikenali nama Tepi. Tepi bermaksud rumah tuhan.


Ia dinamakan oleh orang asli kaum Pemon yang menemuinya. Gunung ini terletak di tanah tinggi Guiana, benua Amerika Selatan. Ia i terletak di sempadan antara tiga negara iaitu Venezuela, Brazil dan Guyana.

Di bawah ini adalah gambar puncak tertinggi Gunung Roraima, ianya dipanggil Maverick Rock terletak di dalam sempadan Vaneuzela dengan ketinggian 2810 meter dari paras laut. Jom lihat lagi gambar menakjubkan ini.
Sungguh cantik pemandangan di sini. Bagi orang yang gemar mendaki gunung sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk sampai ke puncak. Namun dukacitanya, tempat ini bukanlah berada di Malaysia kerana ia berada di benua Amerika Selatan. Sungguh indah ciptaan Allah SWT.


Sumber: informasi.my

Sunday, November 3, 2013

super duper cutie kai





wait till you see him sing 'when i was your man'.. 





Saturday, May 18, 2013

the two years of muhammad ilham iman



the day he was born..



a month later..



two months old..



three months old...



four months old..



five months old..



it's been half a year now...



seven months old..



eight months old..



nine months old..



ten months old..



one month to go..



a one-year-old iman..



a year and a month..



1 year and 2 months old..



1 year and 3 months old..



1 year and 4 months old..



1 year and 5 months old..



a year and a half..



1 year and 7 months old..



it's 2013 and i am 1 year and 8 months old..



1 year and  9 months old..



1 year and 10 months old..



1 year and 11 months old..



i'm turning two..



simple birthday celebration with cousins.. 





ibu sayang iman selamanya.. 
mmmuuuaaahhh..




Wednesday, May 8, 2013

hari kuku biru


PRU ke-13 telah selamat diadakan pada 5 Mei yang lalu.. macam-macam isu timbul, dakwat tak kekal, blackout, bangla mengundi.. biasa la, rumah siap pahat pun berbunyi.. sedangkan lidah lagi tergigit kan.. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.. (macam tak kena je).. pape pun, aku sebagai rakyat malaysia telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.. i'm a first-time-voter at 29 but better late than never, right?

harapan aku agar para pemimpin yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat tak akan mensia-siakan amanah yang diberi dan memikul tanggungjawab dengan penuh dedikasi.. menang tu senang.. but to gain and maintain the trust of people is not easy.. even a small step will bring a huge difference.. you want it, you got it, so prove it! (macam lagu k-pop je)..

tak nak cakap lebih-lebih la sebab kat facebook pun dah penat baca macam-macam komentar mengalahkan YB.. lagipun tak sesuailah blog aku yang comey lote kaler pink ni nak bercakap pasal politik kan.. aku cuma nak hidup dalam keadaan aman damai, tak de gaduh-gaduh, makan minum cukup, kemudahan lengkap.. this is malaysia that i know and that is where i want to be.. peace ya'll..


aku mengundi di sekolah kebangsaan kebun bharu.. planning nak pergi petang, dalam pukul 4.45 agak-agak nak tutup gate sebab malas nak beratur panjang.. tapi asal petang je hujan, asal hujan je petang.. mak aku kata, masa nak gi beli sayur pukul 8, kereta tak banyak.. bila balik beli sayur pukul 9, kereta dah banyak.. aku pun malas nak tangguh-tangguh, pukul 10 aku gi.. padanlah muka aku, memang ramai pun..

aku dah tau saluran mana, tapi tengok semua orang beratur check saluran, aku pun beratur buat menyemak je.. lepas tu aku tanya abang SPR tu, saluran 5 kat mana? dia kata depan ni je, yang paling pendek.. aku ingat dia perli ke hape, tapi bila aku tengok saluran lain, tuuuu diaaa lagiiiiii panjanggggg.. saluran 1 siap dengan kerusi, saluran 4 dah macam game snake dalam henpon tu.. saluran aku ni pendek-pendek pun sempat la mekap cair.. neves pun ada, first time kan.. aku masuk, dia check ic, lepas tu dia baca nama dan no. ic aku kuat-kuat, lepas tu cat kuku, lepas tu bagi kertas undi, lepas tu aku gi kat kotak mengundi, aku pangkah besar-besar, settle! mengundi tak sampai 5 minit tapi tunggu berejam.. huhu.. harap-harap undi aku tak rosak sebab every vote counts ;)



Tuesday, April 30, 2013

MSAM masam manis



hari jumaat yang lepas, tatkala kaum adam sedang menunaikan solat jumaat, dua orang kaum hawa telah ter-pergi la ke dewan wawasan dan ter-pergi ke Minggu Saham Amanah (MSAM) 2013.. semua ter- sebab plan asal nak gi tempat lain.. ter-singgah la pulak sebab tengok tak ramai sangat, linda kata alang-alang dah sampai.. semua yang gi situ dapat payung.. saya nak payung! kalau lucky, boleh menang cabutan bertuah.. ada yang dah menang notebook, ipad, galaxy tab, blender.. kalau extra lucky, boleh menang ford fiesta, toyota vios, perodua alza.. waaa waaa waaaaaaa.. tu yang menyirap dengar tu.. bajet macam aku ni bertuah la sangat kan.. mana la tau, rezeki ayam nampak di kaki, rezeki aku nampak di dewan wawasan ke.. hehe.. 

objektif utama penganjuran MSAM ini ialah untuk menyalurkan sebanyak mungkin maklumat tentang pelaburan dan perancangan kewangan kepada rakyat malaysia supaya mereka bijak mengurus kewangan mereka.. dalam erti kata lain, MSAM dianjurkan untuk melahirkan lebih ramai pelabur bijak di kalangan rakyat malaysia.. tapi aku datang nak payung, so cepat-cepat penuhkan cop dalam pasport, jawab e-peraduan, betul ke salah dapat payung.. apadaa aku.. lagi satu yang bestnya, kemudahan bas percuma disediakan bukan hanya kepada penduduk perlis, malah pengunjung dari alor setar pun boleh menaiki bas-bas percuma dari shahab perdana.. tak pasal-pasal gi keje seminggu free.. hehe.. 


menapak ke tapak pameran.. panas, sebab tu kena dapatkan payung..



nak sangat payung kan? hamik kau! kaunter pendaftaran yang sangat crowded.. 



ini dia pasport ke arah mendapatkan payung.. huhu..



rujuk peta agar tak sesat.. tapi sesat jugak.. apa saja demi payung..



dapatkan cop dari booth-booth terpilih, baru boleh dapat payung (payung lagi)..



DYMM Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (duduk, tengah) diiringi oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (kiri) dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Dato' Akashah Khalil bergambar kenangan selepas mencemar duli melawat pameran MSAM 2013 



cer cari aku kat mana? tak nampak? aku nyorok kat belakang lisa.. hehe..



cari aku plak kat sini.. tak nampak gak? aku gi toilet masa ni.. hai dr. sms..



last, last, last.. nampak aku tak? tak? aku memang tak de pun.. peace ya'll..



YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia menyempurnakan upacara penutup.. 



hasil pancingan dari MSAM 2013.. yang biru tu la payung pujaan hatiku.. haha.. 
champs, flavettes dan proviton tu beli sendiri okay.. kalau semua nak free, bankrap company.. huhu..




 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino