Tuesday, 26 February 2013

Taksub, Obses dan Kemaruk

Suatu hari saya terlambat keluar kelas untuk makan tengahari. Boleh dikatakan agak lambat la sebab bila saya sampai ke tempat makan tu rakan-rakan sekelas saya dah takde. Maka, mahu tak mahu, saya pun duduk lah dengan budak-budak kelas lain. Budak-budak medic pulak tu. Hewhew. Ada unsur-unsur assabiyah di situ. Lagipun saya ni bukan dari jenis-jenis yang masuk je dengan semua orang. Maklumlah, pemalu orangnya. Kof3.

Dan sepanjang waktu makan tu saya agak senyap lah. Bukannya tak pernah borak-borak dengan mereka. Tapi mungkin sebab penat kot. Baru habis kelas kan. Ok. Panjang pulak intro.

Nak dipendekkan cerita, masa tu mereka borak-borak pasal PLKN. Bercerita tentang keseronokan mereka di alam PLKN. Macam-macam lah yang diceritakan.

“Kitorang ada buat pertunjukan kawad senyap….”

“Rasa sekejap je PLKN..”

“Menyampah la dengan ketua jurulatih kat situ…”

ENCIK MUSAB tu comel kan..” (krik krik krik)

Sedang mereka bercerita, saya terfikir betapa best dan indahnya kalau drama sebegitu berlaku di syurga nanti. Bersama-sama dengan ahli keluarga dan rakan seperjuangan terchenta menikmati haruman bunga-bungaan di syurga, bersama-sama bergelak-tawa dan bertepuk tampar sambil menikmati buah-buahan yang lazat lagi berkhasiat. Kita sama-sama berbaring sambil menghirup udara syurga yang segar-bugar, sama-sama bercerita kisah-kisah lama di dunia dahulu.

“Man, ingat tak dulu kita pernah sama-sama tadabbur Al Quran pasal kisah-kisah syurga, masyaALLAH, bestnya syurga ni..!!”

“Kak Hani, ingat tak dulu waktu-waktu macam ni kan kita selalu usrah sama-sama, jom sambung usrah kat sini..:)”

“Akhi, ingat tak dulu kita selalu jalan kaki sama-sama pergi daurah,sekarang kita sama-sama jalan kaki kat syurga pulak..:)”

Dan bermacam-macam ayat yang dimulakan dengan frasa “ingat tak dulu” akan kedengaran.

Best kan..?

Anda dapat rasai keindahannya..?

Jom kita tadabbur surah Al Waqiah ayat 27 hingga ayat 38. Bagi saya, ayat-ayat ni sangat best sebab ia menceritakan tentang nikmat-nikmat yang disediakan untuk penghuni-penghuni syurga. Lagi-lagi bila dihayati sedalam-dalamnya. Perghhh..!

Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu (27)

Mereka bersenang-lenang di antara pohon bidara yang tidak berduri (28)

Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya (29)

Dan naungan yang tetap terbentang (30)

Dan air yang sentiasa mengalir (31)

Serta buah-buahan yang banyak (32)

Yang tidak putus-putus serta tidak pula terlarang mendapatkannya (33)

Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya (34)

Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa (35)

Serta kami jadikan mereka sentiasa dara (36)

Yang tetap mencintai jodohnya serta sebaya umurnya (37)

Semuanya itu disediakan untuk golongan kanan (38)

Allah..Allah..Allah..

Rasailah, hayatilah, tadabburilah ayat-ayat di atas sedalam-dalam hati kita. Alangkah indahnya nikmat syurga itu. Alangkah bahagianya menjadi penghuni syurga itu. Keindahannya tak terlihat dek mata, tak terdengar dek telinga, tak terbayang dek fikiran.

Anda tahu perkataan obses? Macam peminat-peminat tegar bola obses dengan kelab-kelab bola kegemaran mereka, macam tu lah juga kita patut obses pada syurga. Malah sepatutnya lebih dari itu. Kerana percayalah syurga itu Allah sediakan memang untuk kita.

Namun bak kata omputih, everything has its own price tag. Begitu juga syurga. Ada bayaran yang perlu kita bayar untuk mendapatkan syurga Allah yang sumpah best tu.

Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang beriman baik diri mereka mahupun harta mereka, dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang dijalan Allah sehingga mereka membunuh dan terbunuh sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain dari Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikianlah kemenangan yang agung.
(At Taubah : 111)

Itulah harganya. Perjuangan. Rasulullah dan para sahabat bersusah payah berjuang sehingga Deen ini tertegak di atas tempatnya yang Haq. Silap besar jika kita anggap kita mampu ke syurga tanpa berbuat apa-apa untuk agama ini. Jom kita sama-sama tanya diri kita sendiri. Sebesar mana sumbangan kita untuk Islam? Banyak mana kita dah berkorban untuk Islam? Kadang-kadang kita hanyut dan leka dengan dunia, pastu berangan nak masuk syurga. Pfffttt.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama berkerja untuk Deen ini. Berusaha dan terus berusaha sehinggalah Allah menetapkan saat kemenangan. Andai kita gugur sebelum tibanya saat itu, percayalah kita mati sebagai perwira. Sebagai rijal agama. Namun demikian, jangan sampai kita berpenat lelah di sini, tapi tak dapat apa-apa kat sana. Sebab apa? Sebab awal-awal lagi niat dah salah. Berjuang kerana nama, harta, pengkat, kemasyhuran, wanita dan apa-apa selain Allah.

Tak ada apa penat kat dunia nak dibandingkan nikmat di syurga.

Jom sama-sama jerit..

Aku nak SORGA..!!!!

Taksub syurga :)

Dengan Sepenuh Cinta

Aku kagum dengan dia..
Dia bukan pelajar lepasan sekolah agama..
Bukan juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Syariah..
Namun tinggi izzahnya pada agama..
Anugerah hidayah yang dikecapinya..
Dipeluk, didakap dan disimpan kemas rapi dalam sanubari..
                                         
Aku kagum dengan dia..
Ilmu agamanya tidak setara mana..
Namun hamasahnya tiada terkira..
Gigih bekerja demi agama terchenta..
Mana mungkin aku tidak jatuh chenta..
Pada orang yang sebegitu rupa..

Aku kagum dengan dia..
Kesibukannya bukan kepalang..
Arus gelojak duniawi sentiasa memburunya..
Namun sentiasa kelihatan wajahnya pada setiap bulatan gembira..
Ikhwah-ikhwah disantuni dengan penuh mesra..
Dengan sepenuh chenta..
Hanya demi redha-Nya

Aku kagum dengan dia..
Dia tidak pernah bertemu dengan junjungan mulia..
Namun cintanya mengalahkan cinta kekasih tiga purnama..
Aku juga ingin sepertinya..
Bersama mencintai kekasih yang sama..

Aku kagum dengan dia..
Raut wajah yang bercahaya..
Senyuman yang menawan..
Bisa membuatkan si gadis menyapa manja..
Namun dipilihnya jalan mujahadah..
Kerana hanya syurga matlamatnya..

Aku kagum dengan dia..
Gelaran Da’ie menjadi erti baginya..
Syahadatul Haq dijunjung penuh amanah..
Meski jernuh hidup dipukul dan dipalu..
Ujian datang tanpa henti..
Namun hati tetap untuk Tuhan..
Tidak pernah lekang dengan senyuman..

-Dedikasi khas buat ikhwah tersayang-

Dengan sepenuh cinta

Percayalah, saya tidak berimaginasi tatkala mengarang bait-bait puisi ini. Mereka-mereka ini memang benar-benar wujud dan saya sendiri telah melihat insan sebegini rupa di hadapan mata saya. Terkadang saya berasa cemburu. Saya juga mahu menjadi hebat seperti mereka. Bersama-sama menelusuri jalan dakwah yang sumpah panjang ini. Bersama-sama merasai pahit dan manis perjuangan ini. Bersama-sama berpimpinan tangan menuju ke syurga. Bersama-sama bermandi-manda di sungai susu sambil menikmati kopi coppucino disyurga nanti. MasyaALLAH. Oh indahnya.

Jom tadabbur surah Al Anfal ayat 63

Akhi..nak ikut..

Wednesday, 20 February 2013

Anda ada jawapannya?

Salam 1 Ummah…Dakwah didahulukan, Tarbiyyah diutamakan..

Dengan assignment yg bertimbun (dah nak habis sebenarnya, Alhamdulillah J), dan banyak yg perlu di cover untuk study kerana exam sudah mengintai-ngintai di celahan-celahan lubang pintu, saya kira secara Aulawiyyat nya, tidak sepatutnya saya duduk di atas kerusi sambil menaip-naip penulisan ini, tetapi, apakah yang lebih aula dari masalah ummat..? cheewaahh..

Sebenarnya, hati saya meronta-ronta untuk menulis, manakan tidak, anda dapat melihat sendiri bilakah entry terakhir saya, Limau untuk Syuhrabil #2 ditulis, dan insyaAllah, sambungan cerita itu akan ditulis dalam masa yang terdekat, saya pun tak pasti bila, haha.

Pada kali ini saya ingin memfokuskan tentang sesuatu isu yang saya rasa agak cliché jugak sebenarnya. Maklumlah, begitu banyak sekali blog-blog pelajar lepasan sekolah agama yang menulis tentang perkara ini. Hewhew. Tetapi saya merasakan penting untuk perkara ini diketengahkan.

Mutakhir ini, acap kali kita melihat di dada-dada akhbar arus perdana yang memaparkan tentang ancaman-ancaman baru terhadap umat Islam seperti liberalisme, pluralisme dan sebagainya. Walaupun ada suara-suara yang mendakwa bahawa laungan-laungan ini bernada politik, maklumlah ada satu parti yang didakwa membawa ideologi-ideologi tersebut, malah lebih teruk lagi, ada satu parti Islam yang digambarkan sebagai parti yang tipah tertipu dengan parti ini disebabkan kuasa politik dan sebagainya, tetapi saya memilih untuk bersangka baik terhadap amaran-amaran ini, dan saya secara peribadi bersetuju bahawa memang wujud ancaman-ancaman seperti ini di Malaysia. Perkaitannya dengan politik? I rest my case..senyum..

Akan tetapi..

Dalam kita sibuk bicara tentang liberalime dan pluralisme, kita terlupa akan sesuatu hakikat bahawa di negara ini, ancaman sekularisme sudah lama bertapak kukuh, mereka sudah ada kilang memproses ayam dan sudah ada pengedar yang mengedarkan ayam-ayam ini hatta di bilik tidur anda sekalipun.  Eh!

Anda tahu apa itu sekularisme?

Untuk definisi yang lebih ilmiah, anda dipersilakan untuk merujuk kepada Sheikh Google. Izinkan saya untuk menyampai definisi sekularisme secara relax, santai dan  mudah difahami.

Secara mudahnya, sekularisme bererti kita memisahkan kehidupan dunia daripada akhirat. Lebih kurang macam ni lah. Study tu dunia, solat tu akhirat. Sedangkan study itu juga sebanarnya adalah ibadah yang membawa kepada akhirat. Inilah antara symptom pemikiran sekular yang semakin membarah dalam kalangan umat islam maracapada ini. Ini baru hal kecil macam study. Belum cerita lagi bab-bab yang lebih besar lagi macam pemerintahan, perundangan dan sebagainya.

Kenapa saya katakan ancaman sekularisme ini lebih besar dan lebih aula daripada ancaman-ancaman yang lain? Sifirnya mudah. Liberalisme dan Pluralisme adalah musuh yang dikenali. Mereka umpama penceroboh-penceroboh yang terintai-intai di celahan-celahan pintu dan tingkap rumah kita. Boleh je kalau kita nak baling batu kepada mereka. Akan tetapi, ancaman sekularisme ini sudah lama lagi sejak dahulu mengetuk pintu utama rumah kita. Malah sekularisme ini sudah pun menjadi tetamu di rumah kita, tidur sekatil dengan kita, dan juga mandi sebilik air dengan kita. Sekiranya sekularisme ini sejantina dengan kita, maka kita dan sekularisme sudah layak mendapat anugerah pasangan sejenis paling ideal abad ini. Malah, lebih teruk lagi, sekularisme ini juga telah diangkat menjadi tetamu kehormat (VVIP) dalam rumah kita. Siapa lagi yang mengangkat kalau bukan tuan rumah? Err..Faham baguslah, tak faham sudah..haha.

Buktinya apa? Anda saksikan sendiri betapa ramai kawan-kawan sekelas, sekantor, serumah dan sebagainya yang mempunyai pemikiran study tu dunia, aolat tu akhirat. Sangat licik kan ancaman sekularisme ni?

Maka apakah solusinya kepada permasalahan ini?

Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah.

Al Quran itu diturunkan bukan untuk menjadi perhiasan di dinding, bukan juga sebagai hantaran perkahwinan, bukan untuk sekadar dibaca dan dihembus pada air. Tetapi Al Quran diturunkan sebagai panduan untuk kita semua.

Kita sering melaungkan “AL QURAN DUSTURUNA”

Tetapi sejauh mana kita berpegang teguh kepada kata-kata itu?

Saya ingin mengajak diri saya sendiri dan sahabat-sahabat semua untuk bersama-sama kita sedari bahawa bukan saja-saja Allah ciptakan kita atas muka bumi.

Bukan sengaja Allah ciptakan anda wahai akak yang bertudung kelabu itu..

Abang yang pakai T-Shirt kuning tu juga..

Hehe.

Kelak di sana kita akan ditanya..

Di mana tugas ubudiah kita? (Az Zariyyat : 56 )

Di mana tugas khilafah kita? (Al-Baqarah : 30 )

Anda ada jawapannya? Tepuk dada, tanya iman..

Assalamualaikum.. 

Tadabbur surah Al Kafiruun