Wednesday, January 17, 2018

New year, new wish. 2018

Tahun 2018.

Lamanya masa berlalu. I'm welcoming this year with a new azam as always. Tahun-tahun ada azam. Tercapai ke tak belakang cerita, belakang usaha. 


Tapi Tahun 2018 ni, azam aku tak sama dengan tahun-tahun lepas. Adakah sebab azam tahun lepas dah tercapai semua? Nope. Entahlah. Apa azam aku tahun lepas pun aku dah berapa tak ingat. Tercapai ke tak pun aku tak pasti. Kejap, aku ada azam ke tahun 2017? Tah. Kalau adapun, aku takleh nak list balik dah. 

Tahun ni, 2018, aku berdoa semoga ALLAH S.W.T. perkenankan doa kita semua, untuk mencapai azam masing-masing. Only HIM knows, how I pray for a better life. Aamin. 

Need to go. Love you, guys. 

Wednesday, September 6, 2017

The rainbow after rain

Picture : The rainbow after rain - 6 September 2017; 0705am 






The happiness -- yes, it's not fake.

The matter of the future, for God's sake. 
.
But how can i tell,
What in my heart kept on rebel.
.
I am sad, soon or now i would say.
Yes I feel bad, and it's not a lie. 
It won't fade, neither i'll be okay.
Without you here, i'd rather die.
.
Not in my dreams, neither in yours.
To stay apart, for thousand million hours.
.
In your heart, I stay still,
Yes it hurts, but I'll always will.
No one ever knows how it feels,
To say goodbye, nothing can heal.
.
And it's not easy, too much to say, 
May things go well, you know I'd pray. 
.
There would be a silver line I know, 
Behind all this pain, 
I love you forever and now, 
So much that no words can explain.
.
A wife for a husband;
Puan Hadra Abid,
22nd of August, 2017.

Friday, September 30, 2016

Alang Alang

Assalamualaikum.


Aku kan, sebenarnya sedih bila jenguk-jenguk blog ni, tengok last update dia tahun lepas. Pernah juga terfikir macam nak terminate je blog ni. Alang-alang kan? Daripada tak berupdate langsung.


Tapi bila fikir-fikir balik, maybe aku akan delete jer some posts kat sini yang bila aku baca balik, pandai malu sendiri.  Haaha. Tapi itu pun tunggu lah bila rajin-rajin tu datang.




Mungkin lepas tu baru ada mood nak update blog kot kan? Siapa tahuuu.

Saturday, November 21, 2015

Anak Syurga Mama (2)

02 Julai.

Awal pagi pergi klinik cek kandungan. Everything was okay. Cek pun pakai tangan seja kan. Petang tu, keluar darah. Sebesar 50 sen. Tp masa tu darah tu dah kering.

Cakap dengan husband, kalau malam ni keluar darah lagi baru kita g emergency. Tapi tiada. Subuh bangun prepare untuk sahur, tengok2 ada darah lagi. Sedikit, sebesar 20 sen. Pun dah kering. Dalam hati dah niat esok pagi terus pegi hospital.


03 Julai.

Awal pagi, masa mandi nampak darah segar menitis. Setitis je. Siap2 terus pegi KKIA. Drive sendiri sebab dekat je. Dalam 1 km. Masuk je Klinik Kesihatan Ibu dan Anak tu, bagitau nurse yg check semalam. Doctor check, scan dll, dia marah juga sebab lambat datang check. Patutnya nampak darah tu kena terus check. Tak kisahla sikit kah banyak.

Dengar doctor speaking ngn nurse kata threaten miscarriage. Kita yang faham ni terus nangislah. Tapi dia cakap jangan nangis sebab belom komfem gugur lagi.

Nurse nak call husband suruh dtg ambil kereta sebab td i drive kan. I nak di bawa ke emergency hospital. Tapi i tak bagi. I want to  call him by myself. Tp nurse dan doctor banyak kali warning jangan cakap kat husband kata gugur sebab tak komfem lagi. Bila call husband, nda boleh tahan nangis and husband macam da boleh teka. Husband tanya, gugur kah? I just cried and cried.

Husband ikut sampai emergency. Disana doctor pelatih check and dia cakap he cant see the baby. He cant see the heartbeat. Kena tunggu doktor datang dari tawau, yg kebetulan da nak sampai untuk check.

Doctor datang. Dia check. And still, she cant see the baby and the heartbeat. Dia bagi 2 weeks untuk rehat and wait for the heartbeat if possible. I dah nangis mcam orang gila. I ingat lagi doctor cakap apa.

"You janganlah nangis. I ada cakap gugur kah? Tiada kan? I pun da bagi you 2 weeks untuk tunggu denyutan jantung baby. Kita tunggu dlu lepas dua minggu baru kita buat keputusan. If masih takde heartbeat baru kita cuci."

I masih nangis. Nangis. Nangis.

"You last year ectopic kan. This year miscarriage. That means you and your husband subur. If you betul2 miscarriage this time, you masih boleh mengandung."

Still i was crying and crying.

Balik rumah, husband amik halfday. Sepanjang balik dr hospital i nangis dan nangis. Tidur pun nangis. Then i terbangun sebab i rasa sakit perut. Macam senggugut. I pergi tandas and there, darah keluar seketul. I meraung macam orang gila tengok darah tu. I bagitau husband and he drove me to hospital besar tawau malam tu juga. As it would take almost 2 hours to reach hospital tawau, i pegi tandas siap2 and still the same thing happened, darah berketul keluar.

Sepanjang jalan i mengejang tahan sakit. Sampai je hospital, turun dari kereta and i can feel lebih besar ketulan darah tu keluar lagi. Dekat parking tu jugak i meraung raung.

Masuk emergency, doctor cakap baby i da takde. Scan kat perut, cek dekat jalan, still takde. Heartbeat pun takde. I ditahan masuk wad malam tu.

04 Julai.

Doctor pakar datang check. Bila discan, tiada perubahan. Yang ada cuma kantung je. Takde baby. Takde janin. Takde heartbeat. The doctor let me decide, either nak tunggu or nak terus cuci. I was confused. Tunggu apa? Are we waiting for the heartbeat again- i asked her. No. Doktor geleng. There will be no heartbeat. I was completely  miscarriage. Maksud doctor tunggu, tunggu sisa2 keguguran tu untuk keluar sendiri. So i told her there's nothing to wait if really the baby is no more. And the doctor as well advised me, 1) if tunggu- bila2 masa boleh sakit and i akan terpaksa datang balik hosptal. 2) if terus cuci- biasalah kecederaan dalaman if cuai. Tp she suggested me cuci.

I dijadualkan DNC jam 2. I dmasukkan ubat siap2 untuk buka rahim so that diorang leh cuci sisa2 keguguran dalam rahim tu. Jam 12, i rasa sakit sangat. Sakittttttttt sangat. I cuba tahan and tak meraung tapi tak mampu. My husband dekat sebelah cuba tenangkan. I minta ampun banyak2 dekat husband masa tu. Memang fikir mati je masa tu. Kalau betul sampai tu jela hayat i, i minta husband ampunkanlah dosa2 i dekat dia. Jam 2.30 macam tu i di tolak ke bilik pembedahan. I still meraung2 sakit. Syukurlah the doctor and nurses tak marah tengok i meraung. Diorang tenangkan i sampaila i tak sedarkan diri. Actually i di suntik bius separuh badan. I tak ingat dah scientific name for that, epidural if tak silap. Tp i lemah sangat sampai terlelap masa proses cuci tu.

Alhamdulillah, semua okay and i diminta berpuasa and baring kejung camtu selama 6 jam. Takleh bangun, takleh berbantal, takleh makan or minum banyak. Sikit2 dibenarkan. Husband jaga i sampai habis waktu melawat. Hospital kerajaan dan wad kelas ketiga, lelaki tak dibenarkan menjaga dalam wad perempuan.

05 Julai.

I was discharge. Tu pun lepas maghrib. Dapat mc 2 minggu. Syukurlah. Sempat jumpa kawan baru di hospital. Patients katil kiri kanan depan dan hujung2 sana. Semua ku ajak berkawan2 hehe. Nak ubat duka.


Berpantang macam biasa. Macam tahun lepas. Tanpa baby disisi.

26 Julai.
Keluar darah sedikit (sebesar 10 sen).- After 3 weeks.

27 Julai.
I masuk sekolah for the first time after miscarriage. Apa lagi, seperti biasa lah. Masuk jalan gravel. Darah membuak2 keluar. 3 overnight pads perday.

29 Julai.
Actually i taktau ini bleeding ke period. Huhuu. Tp i pegi kecemasan, and i dapat MC 2 hari, Khamis dan Jumaat. Isnin dan Selasa i CRK sendiri. (Potong cuti tahunan yg 7 ketul setahun tu).

5 Julai.
Habis CRK, i turun sekolah, and the selfish GB handed me a letter. Suruh turun kursus. Guess what course? Kursus penyusuan ibu. HAHAHAHAHAHAHAHA. Bangang. I tak pegi.

24 Ogos.
I dapat pindah sekolah. Tanpa mohon eg tukar. Tanpa buat rayuan. Entahnyer, haritu mohon eg tukar kata tak lulus. Anddd, ingatkan tunggu laporan perubatan siap baru nak buat rayuan. Tak sempat siap and tak sempat merayu, dah dapat pindah. Dia memang nak tunggu kita gugur dulu kan baru nak bagi pindah.

Apa pun, syukurlah. Semoga dipermudahkan Allah urusan mereka yang membantu memudahkan urusan perpindahanku, siapa pun mereka. InsyaAllah.

28 Ogos.
Last review with the doctor. Everything was okay. Cuma doctor suruh rehat 4-6 months before i plan to conceive again. InsyaAllah. Mudah2an dipermudahkan semuanya. Aamiin.

Thursday, July 30, 2015

Anak Syurga Mama.

Assalamualaikum.

Hari ini saya dapat MC hingga esok. Pendarahan sejak Ahad malam, hingga hari ini. Semalam pergi emergency, seperti biasa doktor kata tiada apa-apa. Sentiasa tiada apa-apa. Dari dulu tiada apa-apa. Sampai dah keguguran baru dia cakap tak boleh buat apa-apa. T_T

02-04 Julai 2015, saya keguguran untuk kali kedua. Ya, kedua. Actually first haritu, 23 September 2014, saya kandungan luar rahim. Tapi saya tak tahu saya mengandung. 

Ramai tanya, takkan kau tidak tau kau pregnant? 

Tidak. Saya tidak tau sebab kebetulan kebetulan memang kitaran haid saya pada masa tu. Darah keluar pun tidak juga sakit. Only brown spot.

Dua minggu haid, saya tidak risau. Sebab saya fikir darah keluar sedikit-sedikit, memanglah lambat habis haidnya. Hari ke 16, first day drive masuk sekolah melalui jalan Tingkayu selepas buka sekolah.(Everyone of you tahu kan yang saya mengajar di kawasan pedalaman. Dalam ladang kelapa sawit, dan saya kena drive sejam ke sekolah setiap hari. Sejam pergi, sejam pulang. Dengan keadaan jalan gravel iaitu berbatu2 yang sememangnya menyebabkan saya terhentak2 dalam kereta tu on the way nak ke sekolah tu). Mungkin sebab gravel, dan dengan hentakan, sampai saja sekolah, darah saya semakin banyak keluar. Tidaklah banyak sangat. Just semakin banyak. Lebih kurang 1 pad. Normal lah bagi darah haid kan. Tapi saya rasa sakit bahagian bawah perut. Sakit macam senggugut. 

Itulah masalahnya. Sebab saya tidak pernah senggugut. Sakit macam mau mati. saya rasa sakit bahgian bawah perut. Pegi tandas, tengok darah banyak keluar. Bila masuk kelas, sakit mencucuk-cucuk. Sekejap-sekejap. Sampaikan saya terduduk di dalam kelas, dan saya minta izin kat murid, tolong jangan buat bising, I nak masuk bilik guru rehat. Dalam bilik guru, dari duduk sampailah terbaring. Dari baring sampaila menggelupur tahan sakit. Bila ustazah sebelah meja datang, terkejut dan terus panggil guru besar. GB tanyalah, kenapa dan sejak bila period. Dia suruh saya ke hospital, and asked me to call my husband supaya tunggu saya siap2 di hospital. I refused. Sebab malas nak buat suami risau. Bukan sakit apa pun, senggugut je nak call suami bagai. GB cakap kalau saya tak call suami, dia tak izinkan saya keluar. Nanti kau balik rumah, bukan pergi hospital- katanya.

So akak ustazah tadi volunteered nak hantar saya ke hospital. Guess what? My Headmistress didn't allow her. Saying that the ustazah needed to attend the meeting that afternoon. Saya tak ambil pusing sangat masa tu. Saya cuma rasa sakit, dan saya yang masa tu ingat itu cuma senggugut biasa. Akak ustazah tu merayu nak hantar saya ke hospital. GB cakap saya boleh keluar tapi bukan ustazah tu. (Haha. How lah saya nak drive dalam keadaan menggelupur tu?) Or, kalau ustazah tu nak keluar juga hantar saya, boleh. Tapi kena masuk balik sekolah untuk attend meeting. (Sejam drive keluar, sejam nak drive masuk balik. Tak berbaloi pun). Saya cakap dengan ustazah dan GB tu, takpe. Pergilah meeting. Tapi saya tak dapat join. Saya betul2 tak tahan. Izinkan saya duduk sini rehat.

Bila ustazah tu berkeras, baru GB cakap nanti dia carikan orang lain untuk hantar saya ke hospital. Any teacher yang KEBETULAN ada tugas diluar (such as PPD, or any tugas luar sekolah - which is pekan). Saya dah diam tahap redha tahan sakit. Few minutes later, GB datang bagitau, okay ada ustaz yang kebetulan ada tugas di salah sebuah sekolah di pekan so saya boleh ikut ustaz tu keluar. 

Bila sampai di hospital, husband dah tunggu siap2. Dia bawa saya pergi emergency, dan macam biasala. Kena check from the basic. HB, UPT, dll. Then saya kena scan. Doctor scan mana tau saya pregnant. Tapi tidak. Sebab tak nampak baby. Then keputusan urine pregnancy test siap, and it was positive. Doctor hairan sebab scan baby tiada. Scan semula, masih tiada. Doctor cakap ada dua kemungkinan. Gugur. Atau pun mengandung luar rahim.

Bila doctor cakap positive, I was about to smile when he continued saying, 'Tapi you kena ready untuk terima any bad news about your baby.' It's okay. Saya tetap senyum. Sebab saya tau, the baby is still with me at that moment. Bila doctor dan nurse keluar, saya nangis. Tak boleh tahan, cuba untuk redha. I can see the doctor pun tried hard to convince me that they are going to save both of me and my baby. 

Doctor scan lagi sekali, masih tiada. Dia saspek saya gugur, so doctor check melalui pintu di bawah untuk melihat kalau ada tanda-tanda keguguran. Juga tiada. Bila di rahim tiada, di pintu keluar tiada, baby dimana? Kuat kemungkinan baby tidak berada di tempatnya. Baby saya diluar rahim. Doctor forward saya ke hospital besar tawau, rujuk saya ke pakar sakit puan. 

Di hospital tawau, scan rahim dan check melalui pintu lagi sekali dan masih tiada, doctor meminta untuk menjalankan sekali lagi urine pregnancy test. Air kencing, dan darah diambil untuk check sekiranya betul saya pregnant. Katanya, manatau result tadi tersilap. So maybe the pain was only senggugut. And still. Positive. Last but not least, saya dibawa ke bilik pakar sakit puan. Saya berdoa ya Allah, mudah-mudahan doctor pakar ini nampak apa yang doctor lain tidak nampak. I hoped him to see the baby, manatau betapuk di mana-mana. Saya sapu perut perlahan, calling the baby and asked her to show herself on the screen. Sekali lagi, the doctor couldn't see the baby. 

Saya diberitahu yang perut saya akan ditebuk. Bahasa yang paling mudah untuk saya faham sebab saya bukan pekerja hospital and don't have any knowledge about medic. Ditebuk dan dimasukkan kamera, untuk melihat di mana baby saya sebenarnya. Tebukan kecil, sebesar chopstick, sebanyak 3 tebukan. Setelah melihat baby dimana, baru doctor akan buat keputusan berdasarkan kedudukan baby.

Saya diberikan dua keadaan oleh doctor. Sekiranya melalui kaedah tebukan laparascopy tadi, mendapati baby betul diluar rahim, tanpa menganggu rahim atau pun tiub fallapio, then doctor akan keluarkan baby sahaja. Tapi, sekiranya baby tersangkut atau melekat di tiub fallapio, doctor akan menjalankan satu pembedahan lain di mana tiub fallapio saya akan dipotong dan dikeluarkan bersama baby. 

Saya dengar dengan tawadhuknya apa yang diterangkan oleh doctor. Sehinggalah doctor tanya, setuju atau tidak sekiranya tiub saya dipotong sekiranya keadaan tersebut benar-benar terjadi. I terdiam. I speechless. Terkesima. This is out of my expectation. I hugged my husband, and in front of the doctor, i cried. I can hear the doctor softly said to my husband and the other doctor there, to just wait and let me cry. 

Saya tak tahu kenapa saya nangis. Saya rasa lain. Saya taktau saya pregnant. And the moment i tau i pregnant, i was told my baby will be taken out from my womb. And now, the tube will be cut off. Saya nangis gila-gila. Kalau tak fikir doctor dua orang tengah tunggu jawapan saya, rasanya saya masih tidak berhenti nangis sampai sekarang. Bila saya dah stop nangis, doctor tu janji dengan saya, IF incase saya perlu dibedah, dia akan jahit cantik-cantik. Hehe pandai doctor ni sedapkan hati saya. Dan doctor cakap, sebelum bedah kita scan lagi. Last. 

Harapan tu tidak pernah hilang. Sentiasa mengharap my baby ada duduk elok-elok dalam rahim. Berdoa. Berzikir. Mintak dipermudahkan. Bila last scan doctor cakap baby masih tiada dalam rahim, masa tu saya dah redha. Tebuklah. Saya tahu perancangan Allah mendahului apa yang saya inginkan dalam hidup saya. 


 

23 September 2014, sebelum saya ditolak ke bilik pembedahan, saya diminta terangkan semula apa yang saya faham tentang apa yang akan dijalankan ke atas saya. Menitis air mata mahu terang kan balik, baby saya akan dikeluarkan dari perut saya.

Semasa saya ditolak keluar dari bilik bedah menuju ke wad, saya tersedar. Saya nangis macam budak-budak. Saya taktau apa yang sakit. Satu badan sakit. Saya tanya husband, how was it? Kena potong. Tu saja husband saya mampu cakap. Saya pun tak tanya banyak, saya nangis sampai tertidur. Bila sedar esoknya, doctor datang checked saya. Saying sorry sebab dia terpaksa juga potong tiub saya. My baby melekat kat situ dan tiub saya dah bengkak. Doctor tak boleh keluarkan baby kalau tak potong tiub tu. Tapi I dah jahit cantik-cantik- katanya. Hehe. Okayla kan, kalau itulah yang terbaik yang dia mampu buat untuk saya.

"You punya husband, i baru mau keluar dia sudah lari ke pintu. Bagus la suami u. I dah explain kat suami u. Jangan risau, u masih boleh mengandung. The chance for u to get pregnant is still 100%."

"Bila doctor? Lepas berapa tahun?"

"Eh tidakla. Tidak sampai bertahun. Dalam tiga empat bulan. Dalam 4 kali period begitu la, then u boleh sudah mengandung. I tak kacau rahim u. So u tak perlu tunggu lama pun."

"Kalau mengandung luar rahim lagi?"

"Kita potong lagi. Kemungkinan masih ada. Tapi u jangan fikir itu. Kemungkinan u mengandung normal macam orang lain juga ada. Sekarang u honeymoon dulu ya."

I smiled. To the doctor, and to my husband.

Esok, InsyaALLAH. Saya update lagi. About my second miscarriage. Ni tadi memang nak update pasal yang tu, tapi tetiba pulak terkenang kisah lepas. Takpela. Layankan je mood malam ni. Dah lama tahan. Nanti meroyan. K bye. Assalamualaikum.

Monday, September 15, 2014

Indak

Nama pembantu rumah aku. 


Dia ni semua benda mau ikut kepala dia. Dah la mengaku muda dari aku takleh blah. Please lah. Aku tak panggil kau macik pun dah kira bertuah. 


Paling menyampah bila kau tegur pun tak bleh. Asal kau tegur sikit, mula lah nak berenti kerja. Memula tu layankan aje. Dah lama tu memang naik menyampah lah. Acaner tanak tegur kalau buat kerja tak betul? Dah macam kita pulak beriyer2 nak dia kerja kat sini. Padahal dia yang naik rumah minta nak kerja. 


Tak leh hadap betul bila dia asyik minta duit kat ayah aku. Mintak duit nak beli itu ini. Ayah aku ni jenis lembut hati. Tak biasa berpembantu. Dia layan minah tu macam anak2 dia je. Tapi lembut2 hati ayah aku pun lama2 naik meluat la jugak bila perempuan tu mintak duit mengalahkan cucu2 dia mintak duit. Cucu dia seminggu sekali belum tentu mintak duit, tau atuk dorang tak keja kan. Dia ni mintak duit mau hari2. 



Pasal dia nak gatal ngan lelaki tu, kau hadap la sendiri kan. Aku pun malas nak amek tau pasal laki kau. Tapi tengah cuci kain, sebelah tangan cuci, sebelah tangan lagi pegang fon. Arghhhh! Tak campur lagi tengah cuci piring, separuh jalan gitu jer dia main blah tinggalkan piring dia camtu jer kuar tak tau gi mana. Aku hangen gila kau. 


Lain citer. Lepas berbuka puasa haritu, aku tengah busy kat dapur, dia sebok bersenda gurau ketawa berdekah2 kat luar ngan kawan ayah aku. Takkan piring sisa dia makan kat meja tu aku pulak nak bersihkan? Oooooooooooooooooooooooooooooooooooooo Indakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! Macam orang kerasukan dah aku jerit nama dia baru dia muncul.


Macik sorang ni suka hilang tak bagitau. Tetibe ko cari dia keliling rumah tak jumpa. Keluar bukan reti nak bagitau. Kalau ke pasar ke kedai ke satu jam dua jam tak muncul gua boleh layan lagi. Ni kadang jam 2 subuh baru tekan loceng mintak dibukakan pintu. Aku tak kata apa, bapak aku la yang meroyan. Sebab bapak aku tukang bukak pintu untuk dia. Aku jam 2 subuh ko letak bom tepi telinga belom tentu bangun.




Sebelum raya haritu dia kata nak balik kampung. Dekat Filipin. Okay la kan takpe balikla. Aku siap bagi jajan2 untuk anak dia kat sana. Dia janji raya ke 3 atau ke 4 dia akan datang balik since aku kawen raya ke-5 kan. Mimpi di siang hari. Macam celaka je. Raya ke-4 dia balik, mintak duit. Konon singgah kejap je nak mintak duit buat bayar tambang, duit dia tak cukup. Lepas bayar nanti dia datang balik. Once again, mimpi di siang hari. Sampai ke esoknya baru dia muncul. Nak2 dia muncul masa tu aku kat bawah rumah. Yeah. Awal pagi tu before nikah aku kat bawah lagi tengah atur meja untuk tetamu risau kalau2 tutup jalan kereta nak lalu.


Aku menyinga la. Ya. Pagi before nak nikah tu aku menyinga. Kau ambil duit jer kau hilang. Tau tak kerja banyak kat rumah? Alasan dia macik dia paksa suruh dia bermalam kat rumah macik dia. Takde hari lain ke kau nak bermalam kat rumah  macik kau. Busuk2 sangat pun tak reti nak bagitau?


Haritu balik rumah berdarah-darah kepala. Balik dari bergaduh ngan kawan dia. Kawan dia tipu duit dia. RM40. Ya aku tau jumlah tu memang besar bagi dia. Bagi aku pun besar. Aku pun takleh hadam orang makan duit orang ni. Kesian gak kat dia. Cuma kitorang bebel gak la dia, jangan sampai kes polis. Yela, dia berdarah2 kepala pun selamat balik rumah gak. Minah sorang lagi lawan dia tu, masuk spital 8 jahitan sape nak jawab?


Apa pun.. Indak tu dah berenti kerja minggu lepas. Sebab seawal pagi jam 8.30 a.m. gitu dia keluar rumah tak balik2. Mintak izin kat kakak aku siap mintak duit janji balik petang tu. Tunggu2 tak balik pun. Petang tak balik. Malam tak balik. Subuh pun tak balik. Esok pagi tak balik. Esok tengahari pun tak balik. Esok petang tu baru balik. Balik tu lak takleh kena tegur. Kita tegur dia kata kita marah. Kalau marah pun, memang patutlah dah perangai camtu.


Kakak aku tegur dia bagus2 kot. Dia pulak mengencang. Macam kita pekerja dia tuan rumah. Siap ugut2 nak berenti. Lantak kau lah labu. Aku bagi gaji dia, then dia pun angkat kain baju dia.


Duduk2 cenggini reti plak aku rindu kat dia. Haha yelahkan. Takleh la ingat keburukan dia jer. Ada jugak terselit kebaikan dia somewhere somehow. Kalau dia ada kat rumah, rumah aku memang bising la. Dah dia jenis bising orangnya. Ada jugak bahan citer.


Mak aku sakit pun dia jugak yang jaga kalau pagi2 kitorang adik beradik gi kerja. Kena ingat jugak yang tu. Dia kerja pun rajin, selagi takde panggilan phone dari boipren dia laaaaaaa.


Dengar2 dia kerja kat restoran dah. Laki aku cakap lah, nampak dia kat situ. Good for you, Indak. Hehe.

Tuesday, July 29, 2014

Wedding Invitation

To all of you the readers of my blog. 


Sebenarnya aku tau, ramai yang rindu nak baca apdet aku kan? Hehe. Perasan tak? Perasan tak? Nak kata busy sangat tu taklah. Tapi jarang bukak laptop. Nak update kat henset tu, tunggu lah aku beli phone baru dulu. Boleh gitu? Tak pun, tunggu lepas kahwen, then pinjam handphone suami buat update. Hah yang tuuuu boleh. Besar sikit harapan banding nak beli phone baru.


Insya ALLAH 3 hari je lagi. Dan aku akan jadi isteri orang. Ready tak? Insya ALLAH. Dah bersedia lama dah sebenarnya, rezeki jer baru nak ada. Hahahaha. ALLAH lebih tahu. Mungkin dia rasa masa tu aku belum mampu  jadi isteri orang. Kan? 


Cerita pasal nak kahwen ni memang menduga. Kalau nak ikutkan, saaaaangat menduga. Terkadang sampai stress. Harap iman je kuat tak kuat nak hadap. Nak share dekat blog, karang takut terlebih emo. Hati tengah panas-panas nak sharing is caring kat blog, memang keluar habis bahasa tak berjiwa bangsa aku nanti. 


Apa pun, aku memang nak sangat share my wedding preparation ngan korang. Walaupun korang tak hadap sangat pun nak baca preparation aku kan, bajet retis ke orang nak amek tau camne ko prepare nak kahwen. Kahkah. Tapi sekurang-kurangnya aku pun nak simpan cerita tu, so nanti tua-tua bila terkenang-kenang, bolehla baca blog sendiri. Haha kekdahnya.




Macam dah terlambat jer kan nak jemput? Huhuhuhu. Soooooorrryyyy. Tapi pada yang baca blog ni, anda dijemput bersama-sama memeriahkan lagi majlis perkahwinan saya bersama bakal suami. Pada yang tak dapat datang, nak pos hadiah pun dialu-alukan. Tak dapat hadiah, aku nak mintak doa dari korang jugak dari kejauhan. Huhuuuu tanak rugi kan. Nak jugak tuuu.


As to anyone yang baca blog I daaaaari awal dulu, dari zaman dangdut-dangdut lagi, you'll know how I desperately need your du'a for me. Asyik meroyan tak habis-habis, pasni korang takder nak hadap dah  kan I meroyan macam budak tak cukup umur.


Ohya, ada yang tanya, bakal suami ni nak letak buah apa? Melon Lemon Oren, and now? Hahaha tak gigih dah nak letak. Rasa macam bebudak sangat. Malu nak berbuah-buah dah. Tapi kadang-kadang bila dengan dia I gelarkan jugak dia :-




Status WhatsApp siap tulis :- 




Aunty Emma tu nama I kat rumah. Ni handphone my niece. Kah kah. Nak jugak berbuah-buah kan. Hahaha majlis kahwen pun siap berangan nak buat camgini. 




Tapi risau nanti family aku dilanda kebingungan melampau. Bukan semua pun hadap ngan blog aku ni. Okayla. See you when I see you daaaaaa.. 

Wednesday, May 21, 2014

The reason again.

Giler malas dah update blog. Sebab hf i jenis lembaaaaaaaaaaaaaaab dan liduuuuuuuuuuuuuuuut! Dan paling menyakitkan hati asyik hang hang hanggggggggggggggggg! 




Kadang tengah update, dia hang. Baru taip2 sikit, dia hang. Nak upload gambar, dia hang. Menyampah i.So nak update apa2, tunggulah bila buka laptop. Memang jaranglah kan. Yang hairan bin ajaibnya, bila nak update status kat facebook, siap upload gambar bagai, takde lak lembab?


Sebab tu lah facebook i bleh berupdate 5 6 status sehari. Tapi blog ni 5 6 bulan sekali pun belom tentu. Update status pulak bukan main panjang lebar, bajet macam tulis blog. 



Monday, May 5, 2014

Tired of being one.

And the last entry of the day; I'm getting tired. Tired of being a teacher. 


Aku jenis tak kuat. Dan aku tak pernah mengaku aku kuat. Aku cuma tepuk bahu sendiri kata aku boleh. 


Nak mintak orang puji, hargai? Tak. Tak layak pun aku. RPH pun malar rompong nak layak amende.


Tapi dah naik menyampah dengan sistem bukan-bukan yang merapu-rapu entah apa-apa. Tugas hakiki dah jauh lari menyimpang. 


APDM
ePangkat
SSDM
EMiS
eOperasi
SAPS
SPS
ESPPSEL
SPKS
HRMIS
eKASIH
FrogVLE
iQ-PSS

Dan lagi dan lagi dan lagi.




Rasa macam menyesal berenti kerja kat dewan. Pun ada kadang-kadang. Tapi itulah. Aturan ALLAH. He knows better. Aku juga yang nak sangat kunun kan.



Tom- Our ♥

Memula bapak bawa balik Tom gi rumah, aku macam layan tak layan jer. Sebab masa tu, my previous Tom (kaler hitam sebijik macam Tom with Jerry tu) baru jer mati. So sentimental tak habis lagi, bapak dah ganti dengan kucing baru. Tanaklah layan.


Tengah rajin buat kuih kenari ngan mak, tangan dok capai mana tisu mana tisu. Rasa macam letak kat belakang ni. Pusing-pusing, masyaALLAH. Toooommmmm!!



I dah la pemalas tahap gila babun nak buat rph. Baru jer memupuk jiwa siket, Tom landing atas tu. Bajet-bajet comel plak tu? Nanti surat tunjuk sebab, I tulis nama you kacau I, paham?



Muka belagak giler dapat baju baru. Macam dia sorang aje ada baju. Dahla tak pakai seluar, bajet nsem sangat lah?


Tengok mata dia. Kau mampu ke tanak layan kalau gini rupa dia? Muka macam nak mintak penampo aje.


Dia tau-tau aje kita nak sekodeng orang kan, selamba duduk atas laptop buat macam landing tepi pantai. Muka takleh blah pulak tu seolah-olah tak mengerti segalanya.
 

Tom bila tidur, dia suka buat body contact ngan kita. Dia wajib peluk kalau tidur sebelah. Kadang-kadang I dah tidur tiba-tiba macam eh I terlenyek apa ni? Oh, Tom dah penyek kat bawah.


He will never wanted to see me senang lenggang kangkung. Ada je dia nak mencelah. Luas rumah ni kan, dia nak  jugak atas baju yang I tengah lipat. Kang I lipat-lipat you sekali, mau?


Muka redha asyik kena amek gambar. Aku duduk rilek gini pun nak amek gambar jugak??!


Yang ni memang takleh blah. Apahal dikau landing atas pokok dan tak reti turun, Tom? Dari pagi menjelang ke petang. Mujur jumpa, kalau tak jumpa? I jerit nak tekeluar anak tekak carik kau, kau jerit balik boleh? Suara macam pompuan simpan2.

Yang ni muka Tom tau I nak keluar dating ngan cik abang. Muka kencang bagi warning siap2 kena balik pukul berapa. Ehem, cantek rantai? Semua rantai kau kau bagi hilang kan Tom?



Sedap aje lena atas katil orang. Tidur nak demand aje. Ateh katil kena aircond. Belagak. Siap telentang-lentang tido.


Yang ni pun I tak paham lah motif. Tekejut I nak pilih tudung tengok-tengok ada makhluk dalam tu. Mujur I tak pukul terus ingatkan ular sawa amek port landing baek punya dalam almari.


Kan dah kata, Tom tido dia datang pelok kita sendiri. Body contact tu penting, baru romentik. Ye dok Tom?


Tom was toooooo weak, tak mampu nak duduk pun masa kat klinik. Dia baring dan langsung tak mengiau macam selalu. Previously bukan main semua bawah meja bawah almari bawah pintu semua dia masuk. Tapi ini, you can see how he was :(







Pergi dan balik dari klinik pun, Tom diam je atas riba. Takde dah kes tersepit kat tepi kerusi, jakun sangat masuk kereta. Dia diam je dari klinik sampailah balik rumah. Gitu je dia duduk, tengok tingkap buat kali terakhir :(







I miss you Tom. I swear to Allah I miss you so much. Everyone here is missing you. And we are crying looking for you :'( 


I miss you Tom. I miss your hug. I miss your paws when we were playing I miss your tails standing up when you walk. I miss misai sehelai yang kontot tak macam yang lain. I miss you, Tom.